Anda di halaman 1dari 13

Ideal -

Unit 5 Bimbingan Kerjaya


UPM

Unit 5
Bimbingan Kerjaya
Objektif
Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat:
1.
2.
3.
4.

5.1

memahami definisi bimbingan kerjaya


mengetahui sebab bimbingan kerjaya diperlukan
memahami bidang bimbingan kerjaya
memahami teori-teori kerjaya terpilih

Pengenalan

Bimbingan kerjaya merupakan bidang bimbingan yang perlu diberikan perhatian dan
penekanan dalam sistem pendidikan. Melalui bimbingan kerjaya para pelajar dapat
dibantu untuk meneroka, mendapatkan maklumat dan membuat pilihan kerjaya yang
sesuai dan kongren dengan kemampuan, minat, nilai dan pencapaian mereka.

5.2

Definisi Bimbingan Kerjaya

Zunker mengambarkan bimbingan kerjaya sebagai career guidance encompasses all


component of services and activities in educational institutions, agencies and other
organizations that offer counseling and career-related educational programs.
Suradi (1996) pula mengatakan bimbingan kerjaya sebagai bidang bimbingan yang
merangkumi perkara yang berhubung dengan pemilihan pekerjaan atau perancangan
kerjaya, persediaan kerjaya dan penempatan dan penyesuaian dalam pekerjaan.
Definisi yang lebih klasik telah dikemukaan oleh Super iaitu seorang tokoh dalam
bidang kerjaya yang telah mengemukakan teori perkembangan kerjaya Super. Super
(1951) telah mendefinisikan bimbingan kerjaya sebagai a process of helping a
person to develop and accept an integrated and adequate picture of himself and his
role in the world of work, to test his concept against reality and to convert it into
reality with satisfacation to himself and benefit to society.
Secara mudahnya dapat disimpulkan bahawa bimbingan kerjaya adalah aktiviti yang
dirancang untuk membantu seseorang individu supaya mengenali dirinya dan

50

Ideal -

Unit 5 Bimbingan Kerjaya


UPM

persekitaran pekerjaan seterusnya membuat pemilihan kerja yang sepadan dan


bersesuaian dengan dirinya.

5.3

Mengapa Bimbingan Kerjaya Diperlukan?

Terdapat beberapa sebab utama mengapa perkhidmatan bimbingan kerjaya perlu


diadakan khususnya di peringkat sekolah. Di antaranya adalah
1.

Kesukaran para lepasan sekolah atau lulusan institusi pengajian tinggi


mendapatkan pekerjaan. Kebanyakkan pekerjaan memerlukan kemahiran
dan kelayakan yang khusus dalam bidang yang tertentu. Oleh kerana
pencari pekerjaan tidak memiliki kemahiran tertentu yang diperlukan oleh
pekerjaan tersebut maka jawatan tersebut tidak dapat diisi. Akibatnya
pengangguran berlaku walaupun pada hakikatnya berlaku kekurangan
tenaga kerja dalam pasaran. Oleh sebab itu bimbingan kerjaya yang
berkesan sangat diperlukan supaya para pelajar dapat menyediakan diri
untuk memasuki bidang-bidang pekerjaan yang berkenaan.

2.

Perkembangan yang pesat dalam bidang sains, teknologi dan komunikasi


pada masa kini. Perkembangan dan kemajuan ini telah mengujudkan
beribu-ribu pekerjaan dalam pasaran pekerjaan malah setiap tahun
berbagai pekerjaan baru wujud. Beberapa puluh tahun yang lalu pekerjaan
di negara kita kebanyakkannya hanya berkisar dalam bidang pertanian
semata-mata tetapi kini terdapat beribu-ribu pekerjaan baru yang tidak lagi
berasaskan pertanian sahaja sebaliknya berasaskan bidang lain seperti
industri,
perkhidmatan,
komunikasi,
komputer,
perdagangan,
pengangkutan, hiburan dan yang terkini bioteknologi. Perkembangan dan
kemajuan ini telah menyebabkan kerjaya pada zaman ini sentiasa berubah
dan berkembang. Oleh sebab itu bimbingan kerjaya amat diperlukan
supaya para pelajar mampu membuat persediaan yang cukup untuk
menghadapi perubahan dalam perkembangan kerjaya ini.

3.

Pemilihan pekerjaan yang sesuai. Pekerjaan merupakan satu cara hidup.


Pekerjaan menentukan taraf hidup dan status sosio ekonomi seseorang
individu dalam masyarakat. Melalui pekerjaannya juga seseorang individu
akan cuba memuaskan keperluannya untuk mencapai kemajuan dan
perkembangan diri. Menurut Suradi (1996) terdapat ramai orang yang
menjalani kehidupan tanpa mencapai sebarang kejayaan kerana mereka
tidak melakukan kerja yang paling sesuai dengan diri mereka dan tidak
menyedari kedudukan mereka yang sebenar. Akibatnya mereka terpaksa
meneruskan hidup tanpa sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan. Oleh
sebab itu para pelajar perlu mencari pekerjaan yang betul-betul sesuai
dengan minat, nilai, personaliti dan pencapaian mereka. Oleh yang
demikian bimbingan kerjaya diperlukan untuk membantu para pelajar
membuat pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan diri mereka.

51

Ideal -

Unit 5 Bimbingan Kerjaya


UPM

Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa bimbingan kerjaya diperlukan bagi


membantu para pelajar membuat pemilihan kerjaya yang sesuai dengan minat,
personaliti, nilai, kebolehan dan pencapaian mereka di samping membantu
melengkapkan diri mereka dengan kelayakan dan kemahiran atau persediaan untuk
memasuki bidang kerjaya yang menjadi pilihan mereka.

5.4

Bidang Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya

Terdapat tiga bidang utama dalam perkhidmatan bimbingan kerjaya. Bidang-bidang


tersebut adalah perkhidmatan inventori, perkhidmatan maklumat dan perkhidmatan
kaunseling kerjaya.

5.4.1 Perkhidmatan Inventori


Perkhidmatan ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami dan menerima
keadaan diri sendiri. Melalui perkhidmatan ini pelbagai maklumat sama ada objektif
atau subjektif mengenai diri pelajar dapat dikumpul dan dianalisa melalui berbagaibagai data psikologi dan sosial. Dengan cara ini kaunselor mempunyai sumber
maklumat untuk mengenali dan memahami pelajar. Kemudahan ini juga boleh
digunakan oleh pelajar untuk mengenali dirinya dan dapat membezakan dirinya
dengan individu lain.
Data-data dari pencapaian akademik dan ujian-ujian psikologi seperti inventori minat
kerjaya, inventori personaliti dan lain-lain boleh digunakan secara proaktif untuk
melihat atau mengesan kecenderungan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang
pekerjaan.

5.4.2 Perkhidmatan Maklumat


Perkhidmatan ini menyediakan maklumat masa kini dan masa depan yang berkaitan
dengan pendidikan, pekerjaan dan perkara sosial. Maklumat yang diberikan mestilah
tepat dan kemas kini.
Maklumat pendidikan merangkumi segala jenis bahan yang membincangkan segala
jenis peluang pendidikan dan latihan yang boleh digunakan oleh pelajar. Maklumat ini
mengandungi penerangan mengenai jenis pendidikan, bentuk, kandungan program,
syarat-syarat kemasukan, perbelanjaan yang diperlukan, keistimewaan, kemudahan,
kakitangan, pengajar dan lain-lain lagi.
Maklumat pekerjaan pula ialah bahan-bahan yang membincangkan tentang tugas,
syarat-syarat kemasukan, suasana pekerjaan, tanggung jawab, risiko, gaji dan
ganjaran-ganjaran lain, peluang-peluang kenaikan pangkat, masa depan pekerjaan itu
dan lain-lain lagi.

52

Ideal -

Unit 5 Bimbingan Kerjaya


UPM

Maklumat sosial ialah maklumat yang dapat menolong individu memahami keadaan
manusia dan persekitaran sesuatu pekerjaan itu dan bagaimana ia diharapkan untuk
menghubungkan dirinya dengan persekitaran tersebut.
Ketiga-tiga maklumat ini ada hubungannya antara satu sama lain walaupun kadang
kala tidak dapat dilihat secara langsung. Maka menjadi tanggungjawab kaunselor
untuk menolong pelajar melihat hubungan ini dan seterusnya membantu mereka
menyediakan diri bagi memasuki alam pekerjaan yang berkenaan.
Maklumat-maklumat ini di samping di simpan di bilik bimbingan dan kerjaya atau
sebagainya boleh disebarkan secara berkelompok seperti mengadakan hari kerjaya,
seminar atau ceramah kerjaya, lawatan kerjaya, perkhemahan kerjaya dan melalui
aktiviti persatuan atau kelab.
Maklumat-maklumat ini juga boleh diperolehi dan disebarkan melalui penggunaan
teknologi komputer dan komunikasi.

5.4.3 Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya


Perkhidmatan kaunseling kerjaya merupakan inti kepada perkhidmatan kerjaya.
Pegawai yang bertanggung jawab perlulah mempunyai kemahiran dalam
mengendalikan kaunseling untuk melaksanakan perkhidmatan ini. Dalam konteks ini,
kaunseling diperlukan untuk membantu pelajar membuat beberapa keputusan. Di
sinilah maklumat inventori dan maklumat pekerjaan yang telah dikumpulkan
digunakan bersama-sama dengan teori-teori kerjaya seperti teori Super, Holland dan
lain-lain untuk memberi kaunseling kepada para pelajar.
Antara matlamat kaunseling yang ingin dicapai adalah
1.

Membuat perubahan dalam tingkah laku klien

2.

Mempercepatkan perkembangan vokasional

3.

Menggalakkan keinginan untuk menentukan arah diri

4.

Membina kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk perancangan masa


depan.

Menurut Mizan (1992) ada beberapa sebab mengapa pelajar tidak dapat membuat
keputusan dan memerlukan kaunseling kerjaya. Antaranya adalah
1.

Klien tidak dapat bertanggungjawab sendiri untuk membuat keputusan.

2.

Klien mempunyai kurang maklumat dan tidak tahu apa yang ia tahu untuk
membuat keputusan itu.

53

Ideal -

Unit 5 Bimbingan Kerjaya


UPM

3.

Klien mempunyai beberapa pandangan yang bercanggah tentang dirinya


dan tentang kerjaya yang diminati dan yang dikehendakinya

4.

Pertelingkahan pemilihan antara pilihan diri sendiri dengan pilihan


individu penting di sekeliling mereka seperti ibu bapa.

5.

Pertelingkahan antara nilai positif dan negatif tentang sesuatu pekerjaan.

6.

Memerlukan pengukuhan.

Healey (1982) pula menyatakan para pelajar memerlukan kaunseling apabila


mengalami perkara-perkara berikut:
1.

Matlamat yang tidak realistik

2.

Tidak memahami konsep pekerjaan atau sistem pekerjaan yang ada.

3.

Tidak sanggup melibatkan diri kepada sesuatu pilihan.

4.

Melihat masalah secara berpecah-pecah atau tidak menyeluruh.

5.

Mempunyai maklumat yang tidak tepat atau melihat masalah dengan tidak
tepat.

6.

Rasa cemas diri yang tinggi.

5.5

Teori-teori Kerjaya

Bagi melaksanakan bimbingan dan kaunseling kerjaya dengan berkesan kaunselor


perlulah membina satu rangka kerja konsep dan panduan yang dapat membantunya
menjalankan aktiviti. Walaupun tiada satu teori kerjaya yang boleh dianggap sebagai
seratus peratus betul tetapi ianya tetap boleh digunakan pada sepanjang masa dalam
melaksanakan tugasan bimbingan dan kaunseling kerjaya ini.
Pada amnya terdapat berbagai teori telah dikemukakan dalam kaunseling kerjaya.
Untuk kursus ini hanya lima teori kerjaya sahaja yang akan dibincangkan secara
ringkas iaitu teori Super, teori Anne Roe, teori Krumboltzs, teori Ginzberg dan teori
Holland. Maklumat yang lebih mendalam mengenai teori-teori berkenaan atau teoriteori yang lain boleh anda perolehi dari buku rujukan yang disenaraikan.

5.5.1 Teori Super


Donald Super telah mengemukakan satu teori perkembangan kerjaya. Super
berpendapat bahawa konsep kendiri merupakan kuasa pendorong yang mempengaruhi

54

Ideal -

Unit 5 Bimbingan Kerjaya


UPM

pemilihan kerjaya seseorang sepanjang hayatnya. Pada pandangan Super, pemilihan


kerjaya adalah suatu usaha yang merealisasikan konsep kendiri seseorang itu. Super
telah mencadangkan beberapa usul untuk menjelaskan teorinya. Usul-usul tersebut
adalah seperti berikut
1.

Manusia berbeza dari segi minat dan personaliti.

2.

Setiap individu layak menjawat beberapa jenis pekerjaan disebabkan


kebolehan, minat dan trait personaliti yang berbeza.

3.

Setiap pekerjaan memerlukan corak kebolehan, minat dan ciri-ciri


personaliti yang tertentu. Oleh itu seseorang individu boleh menjawat
beberapa jenis pekerjaan dan beberapa individu boleh melakukan satu
jenis pekerjaan.

4.

Pemilihan pekerjaan, situasi di mana mereka bekerja dan konsep kendiri


berubah dari masa ke semasa apabila pengalaman baru diperolehi. Oleh itu
membuat pilihan dan menyesuaikan diri dengan situasi baru merupakan
satu proses yang berterusan.

5.

Proses itu berlaku dalam satu siri peringkat kehidupan seperti berikut:
a. Peringkat Pertumbuhan (sejak lahir hingga 14 tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat pertumbuhan fizikal dan psikologi.
Individu mula membina sikap dan tingkah laku yang menjadi unsurunsur konsep kendirinya. Pengalaman dijadikan asas pengetahuannya
semasa membuat pilihan tentatif dan muktamad di dalam dunia
pekerjaan.
b. Peringkat Penerokaan (15 24 tahun)
Individu mula menyedari kepentingan pekerjaan di dalam hidupnya.
Peringkat ini meliputi tiga tahap iaitu:
i.

Fantasi. Pilihan pekerjaan biasanya tidak realistik dan berkait rapat


dengan permainan individu. Pemilihan ini hanya bersifat sementara
sahaja.

ii.

Tentatif. Individu akan cuba mengurangkan dan menghadkan


pilihannya kepada beberapa kemungkinan sahaja berdasarkan
kemampuan dan peluang pekerjaan yang diketahui.

iii.

Realistik. Individu akan memilih pekerjaan yang paling sesuai


dengan nilai individu dan masyarakat.

55

Ideal -

Unit 5 Bimbingan Kerjaya


UPM

c. Peringkat Pengukuhan (25 44 tahun)


Pada peringkat ini, individu akan melakukan beberapa percubaan
untuk memastikan jenis pilihan dan keputusan yang dibuatnya.
Seseorang itu akan menjadi lebih stabil selepas dia memperolehi
pengalaman dan kemahiran yang semakin bertambah. Dia akan
memilih pekerjaan yang paling sesuai dan penting bagi dirinya.
d. Peringkat Pengekalan (45 64 tahun)
Individu akan cuba memperbaiki keadaan pekerjaanya pada peringkat
ini. I akan terus berusaha untuk mencapai kepuasan dari pekerjaannya
dan cuba mengubahsuaikan segala perasaan yang tidak selesa.
e. Peringkat Kemerosotan (65 tathun ke atas)
Peringkat ini meliputi jangka masa hampir bersara. Individu pada
peringkat ini lebih mementingkan pengekalan jawatan daripada
memperbaikinya.
6.

Pemilihan kejaya ditentukan oleh taraf sosioekonomi ibubapa, keuapyaan


mental, sifat-sifat peribadi dan peluang-peluang pekerjaan yang
ditawarkan kepada seseorang individu.

7.

Perkembangan individu melalui peringkat-peringkat hidup tertentu boleh


dibimbing dengan membantu proses kematangan, keupayaan dan minat
seseorang individu itu. Individu boleh dibantu untuk memahami kekuatan
dan kelemahan diri masing-masing.

8.

Proses perkembangan kerjaya merupakan suatu proses perkembangan dan


pelaksanaan konsep kendir. Setelah seseorang membina konsep
kendirinya, dia akan memilih pekerjaan yang sejajar dengan konsep
kendirinya dan menolak pekerjaan-pekerjaan lain.

9.

Proses kompromi di antara individu dengan faktor-faktor sosial dan di


antara konsep kendiri dengan realiti merupakan satu proses main peranan
sama ada secara fantasi semasa sesi kaunseling atau aktiviti kehidupan
sebenar seperti semasa di dalam kelas, kelab atau kerja sambilan.

10.

Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana


seseorang itu dapat menggunakan kebolehan, minat ciri-ciri personaliti dan
nilai-nilainya.

56

Ideal -

Unit 5 Bimbingan Kerjaya


UPM

5.5.2 Teori Ann Roe


Ann Roe menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kaedah tertentu di dalam
menggunakan tenaga jiwa yang diwarisinya. Seseorang individu itu akan
menggabungkan tenaga dan pengalaman ketika kanak-kanak untuk membentuk satu
gaya demi memenuhi keperluan hidupnya sepanjang hanyat termasuklah dalam soal
keperluan memilih pekerjaan.
Dalam menerangkan teorinya Ann Roe telah menggunakan konsep penyaluran tenaga
jiwa dan pengalaman semasa kanak-kanak yang dikatakan mempengaruhi cara hidup
seseorang dari Garner Murphy. Ann Roe juga telah menggunakan konsep hieraki
keperluan dari Abraham Maslow untuk menerangkan teorinya.
Teori Roe terdiri daripada dua peringkat. Pada peringkat pertama, Roe berpendapat
bahawa minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi melalui baka genetik.
Tenaga jiwa yang terdapat dalam baka genetik ini pula tidak dapat dikawal
sepenuhnya oleh individu tersebut. Gabungan faktor-faktor genetik ini dan tuntutan
hieraki keperluan seseorang akan mempengaruhi pemilihannya terhadap sesuatu
pekerjaan. Kekuatan motivasi untuk mencapai matlamat kerjaya pula bergantung
kepada susunan dan struktur keperluan seseorang. Susunan dan kekuatan motivasi ini
diperolehi dari pengalaman-pengalaman yang dilalui semasa kanak-kanak.
Peringkat kedua lebih tertumpu kepada kekuatan desakan keperluan asas yang
dipengaruhi oleh pengalaman semasa kanak-kanak. Contohnya jika seseorang itu
kekurangan pujian dan penghormatan semasa kanak-kanak maka dia akan cuba
mendapatkan pekerjaan yang akan lebih memberikannya pujian dan penghormatan
apabila dia dewasa nanti.
Roe juga telah membahagikan pekerjaan kepada dua kategori iaitu pekerjaan yang
berorientasikan manusia dan pekerjaan yang tidak berorientasikan manusia. Roe
mengandaikan bahawa individu-individu yang berada dalam kategori pekerjaan yang
berorientasikan manusia biasanya berasal dari keluarga yang penuh dengan
keseronokan dan kasih sayang serta diterima dan dihormati oleh kedua ibubapanya.
Manakala mereka dari kategori pekerjaan yang tidak berorientasikan manusia
biasanya adalah individu-individu yang mengalami suasana hidup yang dingin dan
diabaikan.
Roe menyatakan bahawa
1.

Suasana rumah tangga yang mesra dan penuh kasih sayang akan
menyebabkan individu itu berorientasikan terhadap manusia dan akan
menceburkan diri dalam bidang pekerjaan perkhidmatan, perniagaan,
organisasi, seni dan hiburan.

2.

Suasana rumah tangga yang mana kakank-kanak diabaikan, ditolak atau


bersahaja menyebabkan individu berorientasikan bukan terhadap manusia.

57

Ideal -

Unit 5 Bimbingan Kerjaya


UPM

Pekerjaan yang akan mereka pilih adalah berkaitan dengan teknologi, kerja
luar dan bidang sains.
3.

Kalaulah keadaan rumah tangga itu terlampau dilindungi atau kanak-kanak


itu terlalu dijaga maka indivudu berkenaan mungkin berorientasikan
terhadap bukan manusia.

4.

Sesetengah individu dari keluarga yang menolak atau diabaikan mungkin


boleh berorientasikan terhadap manusia kerana mencari kepuasan.

Menurut Roe lagi, setinggi mana seseorang individu akan meningkat dalam kumpulan
pekerjaan yang diminatinya akan bergantung kepada baka genetik, taraf sosio
ekonomi dan peluang-peluang yang ada pada satu-satu masa itu.
Secara amnya teori Reo cuba menerangkan hubungan dan perkaitan antara
pemeliharaan kanak-kanak, kepuasan pencapaian keperluan-keperluan dengan bidang
pekerjaan yang diminati oleh seseorang individu.

5.5.3 Teori Holland


Holland berpendapat bahawa minat pekerjaan adalah sebahagian daripada personaliti
keseluruhan seseorang individu. Beliau telah membahagikan personaliti dan
pesekitaran pekerjaan kepada enam jenis iaitu Realiti, Investigatif, Artistik, Sosial,
Enterprising dan Conservatif. Seterusnya beliau menyarankan konsep pemadanan atau
keselarasan personaliti individu dengan pesekitaran pekerjaannya. Contohnya,
seorang individu yang personalitinya digolongkan sebagai realistik adalah selaras jika
bekerja dalam persekitaran realistik.
Holland telah mengemukakan beberapa andaian untuk menjelaskan teorinya.
Andaian-andaian itu adalah seperti berikut:
1.

Personaliti setiap individu adalah berbeza.

2.

Personaliti terbentuk hasil daripada baka dan persekitaran.

3.

Setiap individu mempunyai definisi, imej dan nilai yang tersendiri


terhadap setiap pekerjaan

4.

Individu yang berminat dan menceburi sesuatu bidang pekerjaan akan


mempunyai sifat keperibadian yang sama atau hampir sama. Oleh itu
mereka akan menyelesaikan masalah dengan tindakan yang sama atau
hampir sama.

5.

Kepuasan, kestabilan dan pencapaian dalam bidang kerjaya bergantung


kepada kesepadanan personaliti individu dengan persekitaran pekerjaan.

58

Ideal -

Unit 5 Bimbingan Kerjaya


UPM

Ciri-ciri enam jenis personaliti yang dikemukakan oleh Holland adalah seperti
berikut:
1.

Realistik. Orang yang mempunyai personaliti realistik menghadapi


persekitarannya secara konkrit dan fizikal. Individu ini disifatkan sebagai
materialistik, stabil dari segi emosi, mempunyai sifat-sifat kelelakian dan
tidak begitu bersifat sosial. Ia lebih suka kepada aktiviti pekerjaan yang
bersifat luar pejabat seperti petani, operator mesin, pemandu lori dan lainlain lagi.

2.

Investigatif. Orang yang mempunyai personaliti investigatif menguruskan


persekitaranya dengan menggunakan kecerdasannya. Ia lebih berminat
kepada pekerjaan yang bercorak saintifik dan teoritikal, membaca,
mempelajari bahasa asing dan aktiviti-aktiviti kreatif seperti seni muzik
dan seni bina. Ia bersifat kelelakian, cekal hati, berminat kepada ilmu
pengetahuan. Ia lebih bersifat bebas, asli, yakin tetapi kurang pratik. Ahli
fizik, kimia, biologi dan antropologi adalah contoh orang yang mempunyai
personaliti investigatif.

3.

Artistik. Orang yang mempunyai personaliti artistik menghadapi


persekitarannya dengan mencipta bentuk-bentuk dan hasil-hasil seni. Dia
bersifat imaginatif, sensitif, sedia mengalah, emosional, kewanitaan,
kurang bersosial, tergesa-gesa, introspektif dan fleksibel. Selalunya
mereka mempunyai bakat lisan yang lebih tinggi dari bakat matematik.

4.

Sosial. Individu yang mempunyai personaliti sosial menggunakan


kemahiran sosialnya bagi menghadapi persekitaranya. Individu jenis sosial
mempunyai sifat pering, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan suka
menjadi pemimpin. Mereka sangat mengambil berat hal ehwal kebajikan
dalam masyarakat. Mereka sukakan pekerjaan yang bercorak pendidikan,
terapi, agama, muzik, drama, aktiviti yang berkaitan dengan khidmat
masyarakat dan sebagainya.

5.

Enterprising. Individu yang mempunyai personaliti enterprising


mempunyai sifat pandai memujuk, bijak berbahasa, agresif, berkeyakinan
diri, suka menunjuk-nunjuk dan dominan. Mereka juga suka mengembara
dan selalunya tergesa-gesa dalam menghadapi cabaran. Kerjaya yang
berkaitan adalah pegawai bank, jurujual, pengurus, pentadbir dan lain-lain.

6.

Konvensional. Individu yang mempunyai personaliti konvensional


selalunya mempunyai cara penyelesaian masalah yang stereotaip dan tidak
asli. Mereka suka kelihatan kemas, suka bergaul tetapi konservatif,
mempunyai sifat kelelakian, dominan, mengikut peraturan dan dapat
mengawal diri. Mereka meminati kerja-kerja perkeranian dan mengira
yang biasanya berkaitan dengan perniagaan.

59

Ideal -

Unit 5 Bimbingan Kerjaya


UPM

5.5.4 Teori Ginzberg


Teori ini menyatakan bahawa terdapat tiga peringkat penting dalam proses pemilihan
kerjaya. Peringkat-peringkat tersebut adalah
1.

Peringkat Fantasi. Pada peringkat ini, kanak-kanak belum lagi


mempunyai sebarang keputusan tentang pekerjaan. Mereka belum lagi
mencapai kematangan dalam perkembangan vokasional. Pilihan mereka
sentiasa berubah-ubah, ideal tetapi tidak realistik. Mereka ingin menjadi
apa sahaja yang dicita-citakan seperti juru terbang, polis, askar, guru dan
sebagainya. Peringkat ini berlanjutan sehingga umor 10 atau 12 tahun.

2.

Peringkat Tentatif/Percubaan. Peringkat ini wujud apabila kanak-kanak


mula menyedari tentang minatnya, keupayaannya dan nilai peribadi serta
nilai masyarakat terhadap sesuatu pekerjaan. Kemudianya dia akan
menggabungkan semua kriteria ini semasa membuat pemilihan kerjaya.
Kanak-kanak pada peringkat ini akan memilih pekerjaan yang diminatinya
berdasarkan kebolehannya dan bersesuaian dengan nilai sendiri dan nilai
masyarakat. Mereka lebih suka memilih pekerjaan yang dihargai oleh
masyarakat.

3.

Peringkat Realistik. Peringkat ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap
penerokaan di mana individu giat melaksanakan pilihan tentatif, tahap
penghabluran di mana pilihan yang dibuat menjadi lebih tetap dan jelas
dan tahap pengkhususan di mana bentuk pekerjaan ditetapkan.
Pemilihan kerja sebenar bermula pada peringkat realistik. Seseorang
individu akan mula membuat pengkhususan serta menyempitkan bidang
pilihan kerjayanya. Pada peringkat ini seseorang individu itu akan
menukar pilihan yang kurang sesuai kepada yang lebih sesuai. Proses ini
berlaku secara berterusan sepanjang hayat seseorang. Walau bagaimana
pun seseorang individu itu akan cuba menyempitkan pemilihan kerjayanya
apabila umurnya meningkat dan cuba menetapkan pekerjaan yang
dipilihnya.

Ginzberg dan rakan-rakannya juga telah mengelaskan manusia kepada dua kumpulan
besar. Kumpulan pertama adalah kumpulan yang berorientasikan pekerjaan.
Kumpulan ini memberi nilai yang penting kepada pekerjaan. Mereka lebih
mementingkan kepuasan intrinsik yang boleh diperolehi dari pekerjaan yang
dilakukan.
Kumpulan kedua pula adalah kumpulan yang berorientasikan keseronokan. Kumpulan
ini biasanya mendapatkan kepuasan dari aktiviti yang tidak bercorak pekerjaan.
Mereka lebih mementingkan keseronokan dan sengaja mengelakkan diri daripada
pekerjaan.

60

Ideal -

Unit 5 Bimbingan Kerjaya


UPM

Teori Pembelajaran Sosial (Krumboltz)


Teori ini menganggap bahawa kewujudan personaliti dan tingkah laku seseorang
individu adalah hasil dari pengalaman pembelajaran mereka yang unik. Pengalaman
pembelajaran ini berkait rapat dengan pengukuhan analisis kognitif sama ada yang
bersifat positif atau negatif terhadap sesuatu peristiwa yang pernah dialami oleh
individu berkenaan.
Teori pembelajaran sosial mengatakan bahawa manusia adalah pandai, boleh
menyelesaikan masalah, sentiasa menilai jalan untuk memahami keadaan dan
mengawal persekitaran mereka untuk menyelesaikan keperluan dan tujuan sosial.
Teori ini mengatakan bahawa proses perkembangan kerjaya melibatkan empat faktor
iaitu baka keturunan dan kebolehan khas, peristiwa dan situasi persekitaran,
pengalaman pembelajaran dan kemahiran melaksanakan tugasan (task approach skill).
Baka keturunan dan kebolehan khas merangkumi kualiti-kualiti diri yang diwarisi dari
ibubapa yang boleh menghadkan peluang-peluang kerjaya seseorang. Faktor-faktor ini
boleh mempengaruhi proses pemilihan kerjaya.
Peristiwa dan situasi persekitaran adalah faktor-faktor yang diluar kawalan seseorang.
Apa yang ditekankan di sini ialah terdapat peristiwa-peristiwa atau keadaan tertentu
dalam persekitaran individu itu yang memberi kesan kepada perkembangan
kemahiran-kemahiran, aktiviti-aktiviti dan keutamaan kerjaya. Contohnya polisi
kerajaan dan sumber-sumber bahan mentah ( seperti bijih timah) yang terdapat di
persekitaran individu akan menentukan peluang-peluang pekerjaan yang ada. Semua
ini adalah diluar kawalan individu yang berkenaan.
Pengalaman pembelajaran meliputi pengalaman pembelajaran instrumental dan
pengalaman pembelajaran perkaitan (associative learning experiences).
Pengalaman pembelajaran instrumental berlaku apabila seseorang individu itu
dikukuhkan dengan positif atau didenda atas tingkah laku yang dilakukannya.
Seseorang individu akan mengulang tingkah laku yang mana mereka dikukuhkan
dengan positif supaya mendapat lebih lagi pengukuhan. Contohnya, seorang anak
akan belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat A dalam peperiksaan apabila
diberikan hadiah oleh ibubapanya. Akibat dari tingkah laku yang diulang-ulang ini,
akhirnya tingkah laku ini telah menjadi kebiasaan dan pengukuhan dari luar tidak lagi
diperlukan untuk mengekalkannya. Sebaliknya seseorang individu akan cuba
mengelakkan diri dari melakukan tingkah laku yang sering menyebabkan mereka
didenda.
Pengalaman pembelajaran perkaitan pula berlaku apabila seseorang individu
mengaitkan sesuatu peristiwa yang berlaku secara neutral dengan emosi positif atau
negatif mereka. Contohnya, kenyataan guru adalah ibubapa yang baik dan semua
usahawan adalah orang kaya akan mempengaruhi persepsi seseorang individu
terhadap kerjaya guru atau ahli perniagaan. Perkaitan ini diperlajari melalui
pemerhatian-pemerhatian, bahan-bahan bacaan, media dan lain-lain.

61

Ideal -

Unit 5 Bimbingan Kerjaya


UPM

Kemahiran melaksanakan tugasan adalah set-set kemahiran atau perlakuan diri yang
telah dibangunkan dalam diri seseorang individu seperti kemahiran menyelesaikan
masalah, tabiat kerja, set mental, tindak balas emosi dan tindak balas kognitif.
Kemahiran-kemahiran dan perlakuan ini akan menentukan bagaimana cara seseorang
individu menyelesaikan masalah atau melaksanakan tugasan yang akan dihadapinya.
Contohnya seorang pelajar sekolah yang cara belajarnya ialah dengan mengulangkaji
nota yang diberikan oleh guru, dengan menggunakan kaedah ini beliau mungkin
berjaya diperingkat sekolah tetapi jika keadah yang sama digunakan di universiti,
beliau mungkin gagal. Oleh itu beliau perlu mempelajari teknik yang baru.

5.6

Aktiviti

1.

Dengan menggunakan perkataan anda sendiri bincangkan definisi


bimbingan kerjaya.

2.

Kerajaan perlu memainkan peranan yang aktif dalam menyokong aktivitiaktiviti bimbingan kerjaya di negara ini. Berikan pandangan anda.

3.

Dengan menggunakan teori Super, sila bincangkan perkembangan kerjaya


anda.

4.

Sila temuduga seorang kaunselor sekolah. Bincangkan sama ada beliau ada
mengendalikan aktiviti bimbingan kerjaya dan baggaimana aktiviti
tersebut dilaksanakan.

62

Anda mungkin juga menyukai