Anda di halaman 1dari 16

PLK 555 : APLIKASI TEORI DALAM AMALAN KAUNSELING

LAPORAN PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN REBT

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

PLG 555 : APLIKASI TEORI DALAM AMALAN


KAUNSELING : SEMESTER 1 2013

LAPORAN PERBANDINGAN
TEORI REALITI DAN TEORI
RASIONAL EMOTIF TINGKAH
LAKU (REBT)

DISEDIAKAN OLEH :
SITI NOORJANNAH BINTI ABD GANI
S-PM0105/13
830703-02-5056

DISEMAK OLEH :
DR. NOR SHAFRIN BINTI HJ. AHMAD
PLK 555 : APLIKASI TEORI DALAM AMALAN KAUNSELING
LAPORAN PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN REBT

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENGENALAN TEORI YANG DIPILIH : TEORI REALITI 2


DAN TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU
(REBT)

2 KONSEP UTAMA TEORI REALITI DAN TEORI REBT 2-5

3 MATLAMAT TEORI REALITI DAN TEORI REBT 5-6

4 PROSES TERAPEUTIK TEORI REALITI DAN TEORI 7-8


REBT

5 APLIKASI TEKNIK TEORI REALITI DAN TEORI REBT 8 - 11

6 PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN TEORI REBT 12 - 14

7 RUMUSAN 14 - 15

8 BIBLIOGRAFI 15 - 16

1
PLK 555 : APLIKASI TEORI DALAM AMALAN KAUNSELING
LAPORAN PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN REBT

PENGENALAN TEORI YANG DIPILIH : TEORI REALITI DAN TEORI RASIONAL


EMOTIF TINGKAH LAKU (REBT)1

Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak masalah serta kes yang dilaporkan yang
melibatkan kanak-kanak dan remaja. Diatas rasa bertanggungjawab inilah saya dengan
ini memilih tajuk perbandingan teori realiti dan teori rasional emotif tingkah laku (REBT)
dan membuat perkaitan dengan kes klien kanak-kanak dan remaja. Secara umumnya
teori realiti sangat sesuai diaplikasikan kepada klien di institusi pendidikan samada
kanak-kanak ataupun remaja manakala teori rasional emotif tingkah laku ini pula sesuai
kepada klien disemua peringkat umur.
Dalam Akta Kanak-kanak 2001 yang mengatakan bahawa kanak-kanak
didefinasikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun. Manakala menurut
Rogers (1951) 'adolescence' bermaksud membesar menjadi matang. Remaja dikatakan
berusia di antara 11 hingga 21 tahun merupakan transisi antara antara zaman kanak-
kanak dengan zaman dewasa yang melibatkan perubahan biologi, psikologi, sosial dan
ekonomi serta melibatkan perubahan peringkat tidak matang ke peringkat matang.

KONSEP UTAMA TEORI REALITI DAN TEORI REBT

Teori realiti merupakan teori di bawah asas KOGNITIF tingkah laku manakala
teori REBT merupakan teori yang berada di bawah asas teori pemikiran ataupun
kognitif. Teori realiti diasaskan oleh William Glasser (1925) yang merupakan seorang
ahli psikologi manakala Albert Ellis (1913-2007) merupakan pelopor teori rasional emotif
sebelum bertukar kepada teori REBT. Kedua-dua pengasas teori ini adalah merupakan
anak murid Sigmund Freud iaitu pengasas teori psikodinamik iaitu teori psikoanalisis
yang merupakan tunjang utama teori ilmu kaunseling. Kedua-dua mereka tidak setuju
dengan teori psikoanalisis setelah mereka menganalisis dan mengkaji tentang teori
psikoanalisis yang tidak begitu mendalam serta tidak saintifik.
Teori realiti menekankan bahawa manusia mempunyai kebebasan untuk
membuat pilihan dalam hidup dengan penuh tanggungjawab di atas setiap pilihan yang
telah dibuat. Semua tingkah laku kita datang daripada dalaman diri masing-masing
untuk memenuhi lima keperluan asas seseorang. Walaupun sebenarnya keadaan
persekitaran yang akan mempengaruhi keputusan dan tindakan kita namun kebanyakan

1
2
Selepas ini disebut teori REBT
PLK 555 : APLIKASI TEORI DALAM AMALAN KAUNSELING
LAPORAN PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN REBT

tingkah laku kita tidak disebabkan olehnya. Lima keperluan asas yang menjadi faktor
motivasi dalaman seseorang ialah keperluan untuk terus hidup (survival), rasa disayangi
dan dipunyai (love and belonging), kuasa (power), kebebasan (freedom) dan
keseronokan (fun). Menurut Glasser keperluan untuk seseorang rasa disayangi dan
dipunyai merupakan keperluan utama dan asas bagi memenuhi keperluan-keperluan
yang lain. Di samping itu, terdapat dua masa kritikal pembentukan identiti seseorang
samada identiti kejayaan atau identiti kegagalan. Masa tersebut bermula di zaman
kanak-kanak berumur 2 hingga 5 tahun di mana bermulanya proses sosialisasi dengan
cara berhubung dengan ibu bapa, adik beradik serta rakan sebaya. Sekiranya pada
masa ini kanak-kanak disayangi, dibimbing serta diterima oleh ibu bapa ia akan
membentuk identiti kejayaan yang kekal dalam hidup mereka. Masa yang kedua ialah
semasa kanak-kanak berumur 5 hingga 10 tahun di mana mereka mula bersekolah,
membentuk konsep kendiri masing-masing, mendapat pengetahuan dan penghargaan
di alam persekolahan. Jika mereka gagal atau bermasalah mereka akan membentuk
identiti kegagalan.
Walaupun semua orang mempunyai keperluan yang sama namun setiap orang
memenuhi keperluan ini dengan cara yang tersendiri dan unik. Kita membina satu album
gambaran peribadi (personal picture album) berdasarkan kehendak kita iaitu dunia
berkualiti (quality world) yang mengandungi imej tepat bagaimana kita hendak
memenuhi keperluan kita dengan cara yang terbaik. Sebagaimana satu konsep kereta
kelakuan sepenuhnya (total behavior car) yang menerangkan mengenai motivasi
dalaman setiap manusia. Dalam kereta tersebut di bahagian engin ialah mewakili semua
lima keperluan asas manusia manakala keempat-empat tayar mewakili tingkah laku,
pemikiran, perasaan dan psikologi. Selain itu, stereng pula mewakili apa kehendak yang
diperlukan di dalam hidup seseorang. Sekiranya seseorang yang membawa kereta ini
tahu ke mana destinasi hendak dituju iaitu ke arah dunia berkualiti (quality world) maka
orang tersebut akan berjaya menemui kejayaan atau arah yang dituju. Matlamat utama
teori realiti ialah mengajar seseorang bagaimana hendak mendapatkan apa yang
dikehendaki dalam hidup dengan tujuan dan cara yang terbaik.
Menurut Corey (2013) terdapat lima ciri-ciri teori realiti. Ciri yang pertama ialah
penekanan kepada tanggungjawab. Seseorang yang berjaya akan bertanggungjawab di
atas semua pilihan yang telah dibuat olehnya. Ciri yang kedua ialah menolak kepada
pemindahan (transference) yang bermaksud bahawa kaunselor memainkan peranannya
secara profesional tanpa berfikir mereka memainkan peranan sebagai ibu atau bapa 3
PLK 555 : APLIKASI TEORI DALAM AMALAN KAUNSELING
LAPORAN PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN REBT

klien. Ciri yang ketiga ialah tumpuan kepada peristiwa yang berlaku pada masa kini.
Peristiwa yang lalu hanyalah sejarah dan tidak boleh diubah dan untuk menjadi
seseorang yang berfungsi secara efektif mestilah merancang untuk masa kini supaya
dapat mencapai kebahagiaan di masa hadapan. Ciri yang keempat pula ialah mengelak
daripada fokus kepada simptom atau penyebab kelakuan yang negatif. Glasser
mengatakan bahawa jika seseorang itu tahu simptom iaitu penyebab kelakukan negatif
bagi dirinya dan dia keluarkan semua simptom itu maka sesorang itu akan menemui
kebahagiaan. Ciri yang kelima ialah menolak model perubatan iaitu teori ini tidak
menerima konsep ortodoks tentang penyakit mental termasuk kecelaruan neurotik dan
psikotik.
Dalam teori REBT pula menekankan bahawa manusia didominasi oleh prinsip
bahawa emosi, pemikiran dan perasaan terikat di dalam psikik manusia. Dalam REBT
pemikiran manusia kerap membentuk perasaan dan tingkah laku. Perasaan pula
memberi kesan kepada pemikiran dan tindakan. Tindakan juga memberi kesan kepada
pemikiran dan perasaan. Kesimpulannya ketiga-tiga aspek ini mempengaruhi antara
satu sama lain. REBT juga menekankan bahawa individu dilahirkan dengan potensi
berfikir secara rasional dan tidak rasional. Dengan menggunakan pemikiran yang
rasional dan bertingkah laku secara rasional akan membentuk diri individu ke arah lebih
produktif dan realistik seterusnya mencapai kehidupan yang lebih bahagia. Teori ini juga
memandang manusia dilahirkan dengan kecenderungan ke arah perkembangan dan
pengiktirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan kecenderungan untuk
berfikir secara tidak rasional dan contoh-contoh menyalah diri yang telah sebati di dalam
hidup manusia.
Di dalam REBT Corey (2013) mengemukakan tiga pemikiran tidak rasional
(The Three Basics Musts) yang telah sebati dalam pemikiran hidup manusia iaitu :
1. Saya mesti melakukan yang terbaik dan semua orang mesti menghargai apa yang
saya lakukan, jika sebaliknya saya bukanlah seorang yang baik
2. Semua orang perlu layan dan sayang saya sepertimana saya layan dan sayang
mereka, jika sebaliknya mereka perlu dihukum dan dikutuk
3. Saya mesti dapat apa yang saya kehendaki dan tidak perlu jika tidak inginkan tetapi
jika saya tidak berjaya dapatkannya saya akan bermasalah dan keadaan itu sangat
teruk.
Selain itu, Corey (2013) juga menjelaskan bahawa teori ini berlandaskan
kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan berfikir secara rasional
4
PLK 555 : APLIKASI TEORI DALAM AMALAN KAUNSELING
LAPORAN PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN REBT

dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara diri, menyayangi diri,
bergembira serta berkembang dan berkomunikasi dengan orang lain. Namun, manusia
juga cenderung untuk merosakkan diri, tidak mahu berfikir, mengulangi kesilapan,
mementingkan diri serta cuba mengelak penghargaan diri. Pemikiran tidak rasional ini
perlulah dikenalpasti dan dipertikai serta disangkal oleh kaunselor dan menggantikan
pemikiran yang rasional dan lebih positif.

MATLAMAT TEORI REALITI DAN TEORI REBT

Terdapat enam matlamat utama teori realiti ialah pertama menolong klien
mempunyai psikologi yang kuat, rasional serta bebas dan bertanggungjawab terhadap
tingkah laku sendiri. Matlamat kedua ialah menolong klien menjelaskan apa yang
dikehendaki dalam hidup dan sedar tanggungjawab dengan matlamat hidup masing-
masing. Ketiga ialah menolong klien membuat satu perancangan yang realistik, spesifik
dan konkrit untuk mencapai kehendak yang diidamkan. Selain itu matlamat yang
keempat ialah kaunselor dan klien mempunyai hubungan yang baik serta mempunyai
kefahaman untuk membantu klien berubah. Kelima ialah teori realiti adalah fokus
kepada tingkah laku klien masa kini dan bukan yang lepas. Matlamat yang keenam ialah
kaunselor tidak menggunakan hukuman serta tidak menerima alasan daripada klien.
Sekiranya perancangan yang dirancang tidak berkesan kaunselor akan membantu klien
membuat perancangan baru sehingga dapat mencapai matlamat hidup yang
dikehendakinya.
Sebagai contoh dalam kes Hafiq seorang pelajar tingkatan 2 di Sekolah
Menengah Seri mencuri barang-barang rakannya dan barang-barang koperasi di
sekolah. Pelajar ini ke sesi kaunseling setelah diarahkan oleh guru disiplin dan menjadi
kes rujukan. Dalam kes ini peranan kaunselor ialah sebagai guru atau fasilitator kepada
klien dan menjadi model kepada klien. Selain itu matlamat sebenar kaunselor ialah
mencari, menolong klien mengenal dan menilai tingkah laku yang sedang dilakukannya.
Kaunselor juga akan memfokuskan kepada tingkah laku sekarang dan tidak melihat
kepada pengalaman awal kanak-kanak. Kaunselor juga berperanan untuk membantu
klien mengubah tingkah laku negatif ke arah realiti tingkah laku yang positif dan
berguna. Menurut Corey (2013) dalam teori REBT pula telah hanya terdapat dua
matlamat utama iaitu yang pertama ialah menyedarkan klien supaya hidup di dalam 5
PLK 555 : APLIKASI TEORI DALAM AMALAN KAUNSELING
LAPORAN PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN REBT

keadaan rasional serta produktif dan membetulkan kesilapan yang ditaakul oleh emosi
yang tidak rasional yang selalu menggunakan perkataan mesti, wajib, harus, perlu dan
sepatutnya (must, should, ought, have to, need). Dalam keadaan ini, manusia sering
menggunakan perkataan yang tidak rasional contohnya saya mesti menjadi seorang
pelajar yang cemerlang namun, sekiranya saya gagal maka saya seorang pelajar yang
tidak berguna. Keadaan inilah yang akan menyebabkan seseorang itu bertingkah laku
secara tidak berkesan atau kemurungan samada di sekolah, kolej mahupun di rumah.
Matlamat yang kedua ialah membantu klien mengubah tabiat, pemikiran dan
tingkah laku melalui model A-B-C sepertimana rajah di bawah:

A : Activating event / peristiwa atau


A
kes yang berlaku
B : Belief / kepercayaan
C : Emotional and behavioral
consequence / kesan emosi dan
D B E F tingkah laku
D : Disputing intervention / dipertikai
dan disangkal
E : Effect / kesan emosi dan tingkah
C laku
F : New feeling / perasaan baru
Sebagai contoh di dalam kes kedua iaitu Adam seorang pelajar tahun 6 di
Sekolah Kebangsaan Balik Pulau yang merasa sedih dan kecewa (C : kesan emosi) di
atas keputusan peperiksaan UPSR 2013. Adam mendapat keputusan 5B dalam
peperiksaan tersebut (A : peristiwa yang berlaku). Adam percaya bahawa dirinya tidak
pandai dan tidak berguna kepada kedua ibubapanya dan tidak layak menjadi model
kepada adik-adiknya (B : kepercayaan). Adam juga mengatakan bahawa dia bercita-cita
menjadi doktor namun cita-citanya tidak akan tercapai dengan keputusan 5B UPSR
2013 (B : kepercayaan). Dalam kes ini kaunselor akan menyedarkan klien tentang
kepercayaan yang tidak rasional yang terdapat dalam diri klien. Kaunselor akan
menjelaskan kepada klien bahawa kepercayaan yang tidak rasional inilah yang akan
memberikan kemusnahan serta gangguan di dalam pemikiran klien. Kaunselor juga
akan menjelaskan supaya Adam menerima realiti yang sebenar walaupun ia sukar
diterima dan ini akan menjadikan Adam menjadi individu yang lebih sihat.

PROSES TERAPEUTIK TEORI REALITI DAN TEORI REBT


6
Di dalam teori realiti kaunselor berperanan untuk menolong klien mencari
PLK 555 : APLIKASI TEORI DALAM AMALAN KAUNSELING
LAPORAN PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN REBT

cara yang berkesan bagi memenuhi lima keperluan asas terutamanya keperluan kasih
sayang dan rasa dipunyai. Semasa sesi kaunseling dijalankan, kaunselor adalah
dianggap sebagai seorang guru atau model yang akan menerima klien dengan mesra,
sedia mendengar, memahami, kogruen, menghormati klien manakala klien dianggap
sebagai seorang pelajar. Selain itu, kaunselor juga menekankan mengenai penghargaan
kendiri klien untuk mendapatkan pilihan realiti yang sebenar. Di samping itu, sesi
kaunseling yang dijalankan juga hanya fokus kepada tingkah laku yang dikehendaki
klien dan apabila klien sudah bersedia untuk berubah, kaunselor akan bersama-sama
membantu klien membina satu perancangan dan strategi yang spesifik ke arah
perubahan tersebut. Selain itu, kaunselor juga sering memuji klien di atas tingkah laku
atau perasaan yang positif yang terdapat di dalam diri klien semasa sesi kaunseling. Ini
adalah untuk klien melihat dan menilai diri dan tingkah laku yang dilakukannya dengan
perasaan bertanggungjawab. Di samping itu, kaunselor juga tidak menggunakan ujian,
diagnosis atau menganalisis tentang diri klien tetapi kaunselor akan kerap bertanya
mengenai tingkah laku yang sedang klien lakukan serta adakah tindakan tersebut
memberi kesan kepada klien ataupun sebaliknya. Selain daripada itu, kaunselor juga
tidak menitik beratkan mengenai pengalaman awal kanak-kanak, samada klien
mendapat celik akal ataupun tidak, ataupun keadaan tidak sedar (unconscious) atau
gangguan sakit jiwa oleh diri klien sebagai cara yang terbaik untuk mendapatkan
maklumat.
Dalam teori REBT, Corey (2013) pula menekankan supaya klien dapat
menerima diri sendiri (unconditional self-acceptance) dan klien juga dapat menerima
orang lain (unconditional other acceptance). Semasa sesi kaunseling dijalankan,
kaunselor adalah sangat aktif dan berterus terang dengan klien mengenai sesuatu
emosi atau kepercayaan yang tidak rasional. Kaunselor juga seorang yang empati,
saintifik, berminat membantu klien serta mengetahui dengan mendalam cara
menggunakan teori REBT. Kaunselor juga seolah-olah seorang tenaga pengajar atau
guru atau fasilitator kepada klien. Kaunselor juga perlu mendengar dengan teliti semua
pemikiran yang tidak rasional dan tidak logik yang terdapat dalam diri klien semasa sesi
kaunseling dijalankan. Kaunselor akan menyangkal dan mempertikai semua emosi atau
kepercayaan yang tidak rasional yang terdapat dalam diri klien.
Selain itu, kaunselor juga akan menyediakan instrumen pentaksiran sebagai
penilaian pemikiran klien bagi mengenalpasti pemikiran rasional dan pemikiran tidak 7
rasional yang terdapat dalam diri klien. Namun penilaian ini tidaklah sepertimana
PLK 555 : APLIKASI TEORI DALAM AMALAN KAUNSELING
LAPORAN PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN REBT

penilaian diagnostik yang digunakan di dalam kes DSM-IV. Semasa sesi kaunseling
dijalankan juga kaunselor dan klien perlulah mempunyai hubungan yang mesra dan
kefahaman antara satu sama lain supaya tujuan utama bagi membina sistem
kepercayaan atau emosi yang rasional dapat dibentuk dengan sebaiknya.

APLIKASI TEKNIK TEORI REALITI DAN TEORI REBT

Dalam teori realiti kebanyakan teknik-teknik yang digunakan adalah bagi


mengubah tingkah laku negatif klien kepada tingkah laku yang positif yang lebih baik.
Terdapat dua komponen utama teknik teori realiti iaitu (1) persekitaran kaunseling dan
(2) prosedur khas ke arah perubahan tingkah laku. Dalam komponen persekitaran
kaunseling, kaunselor perlu mencipta perhubungan yang terapeutik melalui
perhubungan yang mesra, melibatkan diri dengan klien serta membina rapport yang
baik. Di samping itu juga, kaunselor sepatutnya mengelak daripada mencari salah,
mengkritik, menyimpan dendam ataupun cepat putus asa kepada klien. Selain itu,
kaunselor tidak menerima tingkah laku klien yang tidak realistik tetapi menerima klien
sebagai seorang manusia. Sepanjang sesi kaunseling juga, kaunselor perlulah menarik
minat klien untuk melakukan perubahan tingkah laku melalui humor atau kelucuan yang
diwujudkan secara spontan dan tidak sengaja untuk memberikan keselesaan di samping
meringankan tekanan kepada klien. Selain itu, kaunselor juga akan melakukan
konfrantasi dan juga main peranan yang sesuai supaya klien dapat menerima
tanggungjawab di atas tingkah laku atau perbuatan yang dilakukan olehnya.
Dalam komponen yang kedua iaitu prosedur khas ke arah perubahan tingkah
laku melalui konsep akronim WDEP yang bermaksud W = (wants) kehendak, D =
(direction and doing) arah atau perkara yang dilakukan, E = (evaluation) penilaian, P =
(planning and action) perancangan dan tindakan.
1. Dalam peringkat W kaunselor akan bertanya kepada klien apakah kehendak yang dia
mahukan atau impikan? contohnya dalam kes Hafiq kaunselor akan bertanya apakah
kehendak atau kemahuan Hafiq dalam hidup ini?.
2. Dalam peringkat D pula akan membincangkan mengenai arah tuju kehidupan klien.
Peringkat ini juga akan memberi fokus supaya klien mendapat kesedaran dan menukar 8
tingkah laku negatif yang sedang dilakukan sekarang. Antara soalan yang akan ditanya
ialah ke manakah arah tuju Hafiq sebenarnya dengan bertingkah laku mencuri?.
PLK 555 : APLIKASI TEORI DALAM AMALAN KAUNSELING
LAPORAN PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN REBT

3. Pada peringkat E pula klien akan diberi peluang membuat pilihan yang efektif dan
membuat penilaian kendiri berdasarkan tingkah laku kini serta arah tuju yang
diinginkannya. Antara contoh soalan yang akan ditanya ialah adakah dengan mencuri
Hafiq berjaya memenuhi kehendaknya? atau apakah kesannya sekiranya Hafiq memilih
untuk mencuri sepanjang hidup?.
4. Pada peringkat P pula, klien dibantu kaunselor untuk merancang dan bertindak
secara spesifik bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Contohnya dalam kes
Hafiq yang berniat untuk mengubah tingkah laku negatifnya kepada tingkah laku positif
melalui penyertaannya secara sukarela dalam Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di
sekolahnya bermula 1 haribulan Mac 2013. Penyertaan Hafiq dalam PBSM adalah
pilihannya sendiri untuk menjadikannya seorang yang lebih bertanggungjawab terhadap
diri sendiri selain daripada memupuk semangat setiakawan dan lebih berdisiplin.
Perancangan juga perlulah mempunyai kualiti sebagaimana yang dijelaskan dalam
akronim SAMIC 3 :
a) S = (simple) mudah difahami, spesifik dan konkrit. Dalam kes Hafiq
perancangan yang dibuat perlulah mudah dan tidak membebankan Hafiq
sebagai seorang pelajar.
b) A = (attainable) boleh dicapai dan dalam motivasi klien untuk mencapainya.
Jika sukar akan menyebabkan Hafiq mudah putus asa dan enggan
meneruskannya.
c) M = (measurable) boleh diukur iaitu perancangan yang dibuat mestilah tepat
dan perubahan boleh dilihat dan bantu.
d) I = (immediate and involved) perancangan yang segera dan memerlukan
penglibatan Hafiq sepenuhnya.
e) C 3 = (controlled, committed and continuous) kawalan, komitmen dan
iltizam atau konsistensinya dalam melakukan perancangan tersebut. Dalam keadaan
ini, klien perlulah mengawal diri sendiri dan bukanlah orang lain serta
bertanggungjawab di atas perancangan yang telah dibuat. Dalam situasi ini
Hafiq perlulah sedar akan tanggungjawabnya untuk mengubah tingkah laku ke
arah positif dan dia sendiri yang mengawal tingkah lakunya secara berterusan,
konsisten dan istiqamah. 9
Dalam teori REBT pula, kaunselor dilihat memainkan peranan aktif mengajar
semula klien bagaimana punca emosi yang tidak rasional dan yang tidak logik menjadi
gangguan hidup klien. Terdapat tiga pecahan teknik REBT iaitu (1) teknik emotif (2)
PLK 555 : APLIKASI TEORI DALAM AMALAN KAUNSELING
LAPORAN PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN REBT

teknik kognitif (3) teknik tingkah laku. Di dalam teknik emotif terdapat teknik rational
emotive imagery ataupun satu bentuk latihan mental untuk membina corak emosi yang
baru dengan cara membayangkan apa yang berlaku sekiranya dia mengambil tindakan
yang tidak rasional. Selain itu, kaunselor banyak menggunakan unsur humor yang dapat
membantu klien menghilangkan masalah tersebut akibat terlaku serius. Teknik force and
vigor juga amat sesuai kerana sebagai satu usaha kaunselor untuk membantu klien
berdialog dengan diri sendiri dan kemudiannya menyangkal kepercayaan yang tidak
rasional tersebut dengan tegas.
Dalam teknik kognitif kaunselor sedaya upaya secara aktif menyingkirkan
kepercayaan tidak rasional dan mengajar klien bagaimana melakukannya. Konfrantasi
yang baik mampu menyerang pemikiran tidak rasional dan memberikan celik akal
(insight) kepada klien. Selain itu kaunselor juga memberikan kerja rumah kepada klien
dengan cara menggantikan perkataan yang negatif yang sering diperkatakan seperti
'saya akan gagal' atau 'tidak ada orang yang suka kepada saya' kepada pernyataan
yang lebih positif seperti 'walaupun saya seronok disukai orang tetapi bukan semua
orang mengukai saya dan bukan dunia ini sudah berakhir bagi saya'. Kaunselor juga
mengajar klien untuk menukar penggunaan bahasa yang tepat supaya bahasa yang
menggambarkan tidak berdaya atau menjatuhkan diri sendiri ditukar kepada penyataan
baru yang membantu klien mengubah tingkah laku sekaligus menimbulkan perasaan
tenang, lebih baik dan ceria.
Dalam teknik tingkah laku pula kaunselor banyak menggunakan peneguhan
iaitu dorongan serta galakan seperti pujian atas perubahan yang dilakukan klien.
Kaunselor juga kerap menggunakan teknik desintisasi bersistematik iaitu kaunselor
mengajar klien memberi respon yang tidak diingini digantikan dengan tingkah laku yang
diinginkan secara berperingkat. Selain itu kaunselor menggunakan teknik modelling
dengan memperlihatkan dua model atau situasi berbeza antara positif dan negatif untuk
membantu klien melihat sendiri di mana kedudukan klien seterusnya memilih keputusan
dengan lebih baik.
Selain ketiga-tiga teknik yang dinyatakan di atas teknik yang menggunakan
model A-B-C-D-E Ellis adalah amat sesuai dan sebati bagi pengamal REBT. Kaunselor 10
perlu mengenal pasti pemikiran tidak rasional klien contohnya di dalam kes Adam iaitu :
Situasi (A) : mendapat keputusan 5B dalam UPSR 2013
Kepercayaan (B) :1) Adam mengatakan bahawa dirinya tidak pandai dan tidak
berguna kepada kedua ibubapanya
PLK 555 : APLIKASI TEORI DALAM AMALAN KAUNSELING
LAPORAN PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN REBT

2) dia tidak layak menjadi model kepada dua adik beradiknya


3) dia juga mengatakan bahawa dia bercita-cita menjadi
doktor namun cita-citanya tidak akan tercapai
Emosi (C) : merasa sedih dan kecewa
Tingkah laku (C) : berkurung diri dan menangis.
Setelah kaunselor dapat melihat Adam kecewa dan sedih di atas
kepercayaannya yang tidak rasional yang terdapat dalam The Three Basics Musts iaitu
dia tidak pandai, tidak berguna dan tidak layak menjadi model kepada adik-adiknya
kaunselor akan membuat konfrantasi kepada Adam untuk menyangkal dan mempertikai
serta memberikan celik akal kepadanya (D : sangkal atau pertikai). Antara contoh ayat
yang digunakan ialah :
- adakah peperiksaan UPSR merupakan peperiksaan terakhir Adam?
- adakah dengan memikirkan menjadi seorang tidak berguna atau tidak pandai
akan membuatkan Adam menjadi selesa dan tenang?
- adakah dengan cara sedih dan kecewa akan memberikan impian yang Adam
impikan selama ini tercapai?
- adakah dengan berkurung dalam bilik serta menangis akan menyelesaikan
masalah?.
Setelah Adam dapat membuang kepercayaan yang tidak rasional tersebut
maka akan menghasilkan kesan emosi positif dan tingkah laku yang baru (E : kesan
emosi dan tingkah laku) seterusnya memberikan perasaan yang baru, tenang dan sihat
(F : perasaan baru). Kesemua kepercayaan yang tidak rasional ini perlulah disingkirkan
kerana dengan kepercayaan inilah Adam tidak dapat menjadi seorang yang produktif,
aktif dan sihat. Setelah kepercayaan tidak rasional ini disangkal serta dipertikaikan maka
akan menghasilkan kepercayaan yang rasional, realistik, dan logik. Oleh itu, diharapkan
Adam berfikir secara rasional, logik dan bertingkah laku dengan baik dan positif.

PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN TEORI REBT


11
Setelah dihuraikan sepertimana di atas, dapatlah dijelaskan bahawa teori
realiti dan teori REBT mempunyai persamaan dan perbezaan masing-masing. Teori
realiti yang dipelopori oleh William Glasser adalah diantara teori kognitif tingkah laku
manakala dalam teori REBT pula diantara teori emosi, kognitif dan tingkah laku.
Terdapat persamaan diantara kedua teori ini iaitu dari aspek tingkah laku. Di dalam teori
PLK 555 : APLIKASI TEORI DALAM AMALAN KAUNSELING
LAPORAN PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN REBT

realiti menekankan mengenai perubahan individu ke arah tingkah laku positif. Terdapat
persamaan diantara kedua-duanya iaitu daripada aspek menukar tingkah laku klien ke
arah yang lebih baik. Namun, perbezaannya ialah teori realiti tidak melihat kepada emosi
dan kognitif individu sebagaimana teori REBT.
Selain itu, teori realiti mempunyai matlamat untuk melahirkan individu yang
bertanggungjawab di atas tingkah lakunya dan pilihan menukar tingkah laku tersebut
dibuat secara rasional dengan membuat perancangan yang spesifik dan realistik.
Manakala dalam teori REBT pula lebih menekankan seseorang individu itu berfikir
secara rasional dan membuang pemikiran yang tidak rasional yang mungkin sebati di
dalam hidupnya. Di sini terdapat persamaan matlamat iaitu kedua-dua teori
menekankan mengenai pertumbuhan manusia yang positif namun melalui cara yang
berbeza iaitu samada dengan menukar tingkah laku negatif ke tingkah laku positif
ataupun melalui pemikiran yang tidak rasional kepada pemikiran yang rasional. Setelah
seseorang individu itu dapat menukar tingkah laku dan pemikiran yang tidak rasional
kepada yang logik maka akan terhasillah tingkah laku yang baik serta pemikiran yang
rasional melalui perancangan yang dirancang serta yang dibuat bersama kaunselor.
Menurut model ABC teori REBT, jika seseorang itu bertindak balas ke atas
situasi yang negatif (A) dengan keadaan rasional (B) maka individu tersebut akan
menghasilkan kognitif yang berfungsi, emosi yang sihat dan akan menghasilkan kesan
yang tingkah laku yang sesuai (C). Namun jika individu tersebut bertindak balas ke atas
situasi yang negatif (A) dengan pemikiran yang tidak rasional (B) maka akan terhasil
individu yang kognitifnya tidak dapat berfungsi dengan baik (dysfunctional cognitive),
emosi yang tidak sihat serta bertingkah laku diluar jangkaan (C). Tugas REBT juga ialah
untuk mempertikai kepercayaan atau pemikiran yang tidak rasional (D) bagi
menghasilkan individu yang mempunyai kepercayaan atau pemikiran yang rasional dan
memberikan kesan emosi, tingkah laku yang positif dan efisyen (E+F). Matlamat teori
REBT ini berbeza dengan matlamat teori realiti yang mana berkonsepkan kepada lima
keperluan asas manusia yang wajib dipenuhi oleh setiap individu yang bergelar manusia 12
iaitu keperluan untuk terus hidup (survival), rasa disayangi dan dipunyai (love and
belonging), kuasa (power), kebebasan (freedom) dan keseronokan (fun). Ini kerana
kesemua keperluan asas ini akan memberikan kebebasan kepada individu tersebut bagi
menentukan identitinya samada identiti kejayaan ataupun kegagalan. Namun, pada
pandangan saya, sekiranya digabungkan matlamat kedua-dua teori ini iaitu seseorang
yang mempunyai keperluan asas yang lengkap bergabung dengan pemikiran atau
PLK 555 : APLIKASI TEORI DALAM AMALAN KAUNSELING
LAPORAN PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN REBT

kepercayaan yang rasional maka akan menghasilkan individu yang dapat berfungsi
dengan baik dan berjaya samada dari segi emosi, kognitif seterusnya bertingkah laku
dengan sangat baik, sopan serta efektik.
Dalam proses terapeutik pula, kedua-dua kaunselor dianggap sebagai tenaga
pengajar, guru atau fasilitator. Kaunselor kedua-dua teori juga banyak memberikan
peneguhan kepada klien supaya menilai tingkah laku ataupun pemikiran yang rasional.
Kaunselor dalam realiti akan mengajar klien cara untuk menilai tingkah laku dengan
penuh tanggungjawab supaya tingkah laku yang dirancang dengan penuh spesifik akan
menghasilkan konsep penghargaan kendiri yang tinggi. Kaunselor REBT pula akan
mendengar dengan teliti dan mencari kepercayaan yang tidak rasional dan membantu
klien membuang kepercayaan tersebut dengan keupayaan sendiri. Kedua-duanya
mempunyai persamaan iaitu kaunselor membantu klien untuk memperbaharui tingkah
lakunya samada melalui penolakan kepercayaan tidak rasional yang memberikan kesan
kepada tingkah laku dan emosi ataupun penolakan kepada tingkah laku yang negatif.
Namun begitu, kedua-dua teori banyak menggunakan teknik yang sama
seperti teknik konfrantasi, penyoalan, pengukuhan atau peneguhan yang positif, humor
dan kaunselor menjadi model kepada klien. Persamaannya juga ialah dalam teori REBT
mempunyai teknik tingkah contohnya teknik desintisasi bersistematik iaitu kaunselor
mengajar klien memberi respon yang tidak diingini digantikan dengan tingkah laku yang
diinginkan secara berperingkat. Ini selaras dengan sistem WDEP dalam teori realiti iaitu
kaunselor membantu klien memikirkan mengenai kehendaknya sendiri, apa tujuan
kehidupannya, apa penilaian terhadap tingkah lakunya serta apa perancangan untuk
perubahan tingkah laku tersebut. Namun begitu terdapat juga perbezaan di dalam REBT
iaitu menggunakan teknik emotif dan teknik kognitif. Pada pandangan saya, dari aspek
teknik dapat diandaikan bahawa teori realiti merupakan sebahagian kecil daripada teori
REBT yang banyak menggunakan emosi, kognitif serta tingkah laku. Namun teori realiti
lebih menumpukan kepada tingkah laku semasa klien sahaja sepertimana kata-kata 13
Glasser iaitu untuk menukar personaliti seseorang haruslah bermula dengan menukar
tingkah lakunya.
Selain daripada itu, kedua-dua teknik ini banyak memberikan kesan kepada
motivasi dalam individu untuk berkembang menjadi seseorang yang dapat berfungsi
dengan baik. Kedua-dua teknik adalah sangat jelas, efektif, efisyen dari segi masa serta
mudah untuk mengajar klien samada kaunseling individu mahupun kaunseling
kelompok. Kedua-dua teknik juga sesuai digunakan untuk individu yang mengalami
PLK 555 : APLIKASI TEORI DALAM AMALAN KAUNSELING
LAPORAN PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN REBT

gangguan atau trauma yang dikategorikan gangguan pertengahan yang tidak terlalu
teruk iaitu samada gangguan penderaan, personaliti, keresahan dan sebagainya.
Namun, teori realiti berbeza dengan teori REBT yang menekankan tanggungjawab dan
kebebasan individu untuk membuat keputusan tanpa mengkritik keperibadian seseorang
namun REBT hanya mempertikaikan kepercayaan yang tidak rasional dan menukarnya
kepada kepercayaan yang rasional.
Kedua-dua teori ini juga tidak terlepas daripada limitasi yang sama iaitu klien
haruslah mempunyai pengetahuan dan dapat berfikir dengan baik serta menilai samada
tingkah lakunya ataupun pemikirannya. Sekiranya klien yang tidak dapat berfikir sendiri
kaunselor tidak dapat menggunakan teori realiti mahupun teori REBT.

RUMUSAN

Kesimpulannya ialah kedua-dua teori ini menekankan pembentukan manusia ke


arah yang baik dan manusia itu perlulah berfungsi dengan baik samada dari segi emosi,
kognitif mahupun tingkah laku. Kedua-dua teori ini juga sesuai diaplikasikan untuk
pelbagai populasi iaitu samada di institusi pendidikan, institusi sosial, pusat komuniti
ataupun hospital. Kedua-dua teori sangat baik dan sesuai dipraktikkan kepada guru-
guru di sekolah, kolej ataupun jururawat yang bekerja di hospital.
Dalam teori realiti mahupun teori REBT mempunyai kelemahan dan kelebihan
masing-masing, namun kaunselor berperanan untuk menjadikan teori ini berkembang
dengan baik dan sempurna. Seseorang kaunselor perlulah mengaplikasikannya dengan
cara tersendiri tanpa tersasar daripada konsep dan matlamat teori. Diharapkan juga
saya dapat mengkaji lagi secara mendalam mengenai kedua-dua teori ini seterusnya
dapat mengaplikasikannya dengan baik selain dapat menolong klien menuju kehidupan
yang lebih bahagia dan bermakna. 14

BIBLIOGRAFI

1. Corey, G (2013), Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy (9th.ed.),


India : Brooks/Cole.
2. Sapora Sipon (2008), Teori Kaunseling dan Psikoterapi (Edisi Pertama), Negeri
Sembilan : Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia
3. Sabariah Siron (2005), Teori Kaunseling dan Psikoterapi (Edisi Pertama),
PLK 555 : APLIKASI TEORI DALAM AMALAN KAUNSELING
LAPORAN PERBANDINGAN TEORI REALITI DAN REBT

Selangor : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.


4. Nor Shafrin Ahmad & Rohany Nasir (2013), Aplikasi Praktik Teknik Kaunseling &
Psikoterapi (Edisi Pertama), Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia
5. Muhd. Mansor Abdullah (1993), Kaunseling Teori, Proses dan Kaedah (Edisi
Kedua), Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
6. Robert E. Wubbolding, Answering Objections to Choice Theory / Reality Therapy,
International Journal of Choice Theory and Reality Therapy, Volume XXXI, No. 1, Fall
2011
7. Thomas K. Burdensi & Robert E. Wubbolding, Extending Reality Therapy With
Focusing : A Humanistic Road For The Choice Theory Total Behaviour Car,
International Journal of Choice Theory and Reality Therapy, Volume XXXI, No. 1, Fall
2011
8. Patricia A. Robey, Jennifer E.Beebe & Alishia Davis Mercherson, Applications of
Choice Theory and Reality Therapy with Challenging Youth, International Journal of
Choice Theory and Reality Therapy, Volume XXXI, No. 1, Fall 2011
9. Windy Dryden, Flexibility and Passionate Non-extremism Versus Absolutism and
Extremism: Teaching the Basics of REBT Theory and Showing Its Wider
Applicability, J Rat-Emo Cognitive-Behav Ther (2012) 30:38–51 DOI 10.1007/s10942-
010-0119-8\
10. Windy Dryden, On Rational Beliefs in Rational Emotive Behavior Therapy: A
Theoretical Perspective, J Rat-Emo Cognitive-Behav Ther (2013) 31:39–48 DOI
10.1007/s10942-012-0158-4
11. Windy Dryden, The ‘‘ABCs’’ of REBT I: A Preliminary Study of Errors and
Confusions in Counselling and Psychotherapy Textbooks, J Rat-Emo Cognitive-
Behav Ther (2012) 30:133–172 DOI 10.1007/s10942-011-0137-1 15
12. Philip Hyland & Daniel Boduszek, Resolving a Difference Between Cognitive
Therapy and Rational Emotive Behaviour Therapy: Towards the Development of
an Integrated CBT Model of Psychopathology, Mental Health Review Journal, Vol. 17
No. 2 2012, pp. 104-116, Q Emerald Group Publishing Limited, ISSN 1361-9322 DOI
10.1108/13619321211270425

16

Anda mungkin juga menyukai