Anda di halaman 1dari 3

Model Kompetensi Emosi

Khor Wei Ling http://khorweiling.blogspot.com/2012/07/model-kompetensi-emosi.html


Soalan Tugasan : Huraikan Model Kompetensi Emosi (Model Bercampur
Kecerdasan Emosi) yang dibina oleh Goleman (2002)
Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan keupayaan seseorang
untuk mengenali perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri
serta dapat menguruskan emosi dengan baik ketika berhubung dengan orang
lain. Dalam Model Kompetensi Emosi yang dibina oleh Goleman, beliau telah
membahagikan kecerdasan emosi kepada lima komponen utama. Kelima-lima
komponen tersebut adalah nerkenaan dengan mengenali emosi diri sendiri,
mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi orang
lain dan membina hubungan. Dalam lima komponen itu, terdapat tiga komponen
yang berbentuk kompetensi emosi dan dua komponen yang berbentuk
kompetensi sosial.
Komponen yang pertama adalah mengenali emosi diri sendiri. Tindakan
ini bertujuan agar seseorang dapat merasai keadaan emosinya, mempunyai
penilaian yang realistik dan mempunyai keyakinan diri, seterusnya dapat
membuat keputusan yang rasional. Terdapat tiga subkompetensi yang
dikenalpasti, iaitu kesedaran emosi, ketepatan menilai diri sendiri dan keyakinan
diri. Komponen yang kedua ialah kebolehan mengatur emosi dan keupayaan
menangani kehidupan serta psikologi diri sendiri dengan terkawal. Dalam
komponen kedua, terdapat lima subkompetensi, iaitu kawalan kendiri, amanah,
berhemah, kebolehan menyesuaikan diri dan inovasi. Menurut Goleman, mereka
yang cerdas emosinya dapat mengendalikan emosi sendiri dan dapat
menggiatkan kehidupan dalam mencapai matlamat hidup, lebih berhemah dan
dapat mengawal sesuatu keinginan yang mendesak. Selain itu, peraturan emosi
diri yang baik dapat membantu seseorang mengawal perasaan kebimbangan,
kemarahan dan dorongan daripada melakukan tingkah laku yang tersasar.
Individu yang cerdas emosinya berkeupayaan mengendalikan emosi ke arah
yang positif apabila berhadapan dengan sesuatu rintangan. Komponen yang
ketiga ialah keupayaan untuk menggerakkan dan mendorong diri sendiri untuk
bertindak. Terdapat empat subkompetensi yang berkaitan dengan komponen ini,
iaitu dorongan, pencapaian, komitmen, inisiatif dan optimisme. Seseorang yang
mempunyai emosi yang cerdas berupaya untuk bertindak, mengambil inisiatif
dan berusaha ke arah pencapaian matlamat hidup. Kebolehan ini membantu
seseorang itu untuk meningkatkan diri ke arah yang lebih maju dan berupaya
membangkit dari kegagalan.
Komponen yang seterusnya ialah empati. Empati ialah keupayaan untuk
memahami dan merasai apa yang orang lain merasakan serta dapat
mewujudkan hubungan yang baik dengan setiap lapisan masyarakat. Keupayaan
ini dapat mewujudkan suasana yang baik dan harmoni dalam masyarakat.
Komponen yang kelima ialah kemahiran sosial, iaitu kemahiran
melibatkan pengendalian emosi untuk mewujudkan hubungan sosial yang baik.
Kecerdasan emosi yang wujud dalam diri seseorang berupaya mengurus dan
memahami situasi emosi orang lain dengan tepat. Dengan adanya kemahiran
sosial, seseorang dapat mempengaruhi dan merundingkan masalah dalam
sesuatu konflik. Tambahan pula, kemahiran sosial juga adalah untuk mengurus
perhubungan antara manusia. Terdapat lapan subkompetensi dalam komponen
ini, iaitu pengaruh, komunikasi, pengurusan konflik, kepimpinan, pemangkin
perubahan, menjalin ikatan, bersatu, bekerjasama dan keupayaan berkumpulan.
Kebolehan ini dapat membantu manusia berinteraksi antara satu sama lain
dengan baik.
Begitulah huraian saya terhadap Model Kompetensi Emosi yang dibina
oleh Goleman. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai