Anda di halaman 1dari 4

MODEL KECERDASAN EMOSI (GOLEMAN) Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenalperasaan sendiri dan

orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosidengan baik ketikan berhubung dengan orang lain. Definisi yang diberikan olehGoleman cuba menerangkan kebolehan-kebolehan lain selain daripada kecerdasanakademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ. Dalam menerangkan konsep kecerdasan emosi,Goleman (1995)membahagikan kecerdasan emosi kepada lima komponen utama iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi dan dua komponen berbentuk kompetensi sosial. Lima komponen tersebut adalah mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi orang lain dan membina hubungan. Komponen pertama iaitu mengenali emosi diri sendiri bertujuan agar seseorang itu dapat merasai apakah keadaan emosinya pada waktu itu berupaya untuk membuat keputusan yang rasional, mempunyai penilaian yang realistik serta mempunkeyakinan diri sendiri yang kukuh. Tiga subkompetensi yang dikenalpasti ialah kesedaran emosi, ketepatan menilai diri sendiri dan keyakinan kendiri. Komponen kedua ialah kebolehan mengatur emosi serta keupayaan menanganikehidupan dan psikologi diri sendiri dengan lebih terkawal. Terdapat limasubkompetensi iaitu kawalan kendiri, amanah, berhemah, kebolehsuaian dan inovasi.Bagi Goleman, mereka yang cerdas emosinya dapat mengendalikan emosi diri sendiridan dengan dapat menggiatkan lagi kehidupan dalam mencapai matlamat hidup, lebihberhemah dan dapat mengawal sesuatu keinginan yang mendesak. Selain itu, beliaujuga menegaskan bahawa peraturan emosi diri sendiri yang baik dapat membantuseseorang mengawal perasaan kebimbangan, kemarahan dan dorongan darimelakukan tingkah laku yang tersasar. Disamping itu, ia juga berkeupayaanmengembalikan emosi ke arah yang lebih positif setelah berhadapan dengan sesuatuujian atau halangan. Komponen ketiga ialah berkaitan dengan keupayaan untuk menggerakkan danmendorong diri sendiri untuk bertindak atau disebut sebagai motivasi. Terdapat empatsubkompetensi yang berkaitan iaitu dorongan, pencapaian, komitmen, inisiatif danoptimisme. Individu yang mempunyai emosi yang cerdas berupaya untuk bertindak,mengambil inisiatif dan berusaha ke arah pencapaian matlamat hidup. Kebolehan inimembantu seseorang itu untuk meningkatkan diri ke arah yang lebih maju danberupaya bangkit dari kegagalan.

Seterusnya, komponen keempat dalam model Goleman ialah empati iaitukeupayaan untuk memahami dan merasai apa yang orang lain rasakan serta dapatmewujudkan hubungan yang baik dengan setiap lapisan masyarakat. Selain itu, kanak-kanak yang berusia dua tahun sudah mula dapat memahami perasaan teman yangsedang menangis. Keupayaan dan kemahiransedemikian boleh membantu seseorangmewujudkan suasana hubungan yang baik dengan semua orang.Kemahiran ini dapatmemberikan panduan kepada seseorang mengenai perbuatan, tutur kata dan perasaanyang akan disusuli kemudian. Komponen kelima ialah kemahiran sosial iaitu melibatkan pengendalian emosibagi mewujudkan dan membina hubungan sosial yang baik.Seseorang yang cerdasdikatakan berupaya mengurusdan memahami situasi serta emosi orang lain dengantepat. Kebolehan ini akan dapat membantuseseorang berinteraksi dengan baik. Disamping itu, kebolehan juga membolehkan seseorang mempengaruhi danmerundingkan masalah dalam menyelesaikan sesuatu konflik. Selain itu, kemahiransosial juga untuk mengurus perhubungan antara perseorangan melibatkan usahamemahami emosi dan bagaimana untuk menyesuaikankannya semasa membinaperhubungan dengan orang lain. Terdapat lapan subkompetensi yang mewakilikompetensi ini iaitu pengaruh, komunikasi, pengurusan konflik, kepimpinan, pemangkinperubahan, menjalin ikatan, bersatu, bekerjasama dan keupayaan berkumpulan. Setelah melalui proses pemantapan dalam kerangka konseptualnya,

Golemanmerangkumkan beberapa elemen kepada empat dimensi iaitu dua kompetensi emosiatau personal dan dua kompetensi sosial. Keempat-empat dimensi ini diperlukan olehseseorang yang mempunyai kecergasan emosi dan menggunakannya mengikut masayang sesuai. Empat dimenasi utama yang dikenalpasti adalah kesedaran kendiri,pengurusan kendiri, kesedaran sosial dan kemahiran sosial.Dimensi pertama iaitukesedaran kendiri merangkumi pengukuran terhadap kesedaran emosi kendiri,ketepatan penilaian kendiri dan keyakinan. Seterusnya, dimensi kedua berkaitandengan pengurusan kendiri iaitu mengandungi kawalan kendiri, amanah,

berhemah,penyesuaian, orientasi pencapaian dan inisiatif. Dimensi ketiga pula berkaitan dengankesedaran sosial, memasukkan empati, kesedaran organisasi dan orientasiperkhidmatan. Dimensi terakhir ialah kemahiran sosial iaitu kebolehan bekerjasama danberkumpulan, membantu rakan, kepimpinan, pengaruh, komunikasi, pemangkinperubahan, pengurusan konflik dan menjalinkan hubungan.

Secara keseluruhannya, Goleman juga percaya model kecerdasan emosi yangdiutarakannya merupakan satu model psikologi yang positif kerana ia dapat membantumenyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan seharian. Model tersebut jugamenjanjikan satu agenda sainstifik kerana berupaya mengkaji spektrum mekanismepsikologi yang lebih luas dalam kehidupan, pekerjaan, kekeluargaan dan masyarakat.

Menurut Goleman: EQ= 80%IQ= 20% - manusia sempurna

KOMPETENSI PERSONEL

Mengendali Emosi Diri Sendiri(Self Awareness) Merujuk kepada kemahiran mengurus perasaan danpembentukan konsep esteem diri, mengenali perasaan inimerupakan EQ.

Mengendali Emosi(Self Regulation) Ini merujuk kepada kemahiran mengawal tindakan dan perasaan sebelum melakukan sesuatu Motivasi (Motivation) Merujuk kepada daya usaha dan daya ketahanan seseorang pekerja untuk mencapai matlamat hidup KOMPETENSI SOSIAL Empati (Emphaty) Keupayaan memasuki fikiran atau keperibadian diri orang lain. Mampu membayangi dan merasai pengalaman, perasaan @ emosi dalaman orang itu.

Kemahiran Sosial (Social Skill) Merujuk kepada kemahiran menjalinkan perhubungan, memulakan dan mengekalkan hubungan

Teori Daniel Goleman, EQ, adalah kecerdasan intelektual bukan faktor dominan dalam membentuk seseorang, terutama dalam dunia bisnes mahu pun sosial. Menurut Goleman, ramai para sarjana yang cerdas dan cemerlang dalam pelajaran, namun ketika masuki dunia pekerjaan beliau hanyamenjadi anak buah teman sekelasnya yang prestasi akademiknya serdahana. Menurutnya, kunci kejayaan hidup lebih banyak ditentukan oleh kecerdasan emosional, iaitu aspekaspek yang berkait dengan keperibadian, yang di dalamnya setidak-tidaknya ada empat unsur utama, iaitu: Pertama, kemampuan seseorang memahami dan memotivasi potensi dirinya. Kedua, memiliki rasa empati yang tinggi terhadap orang lain. Ketiga, senang bahkan mendorong melihat kejayaan orang lain, tanpa dirinya merasa terancam. Keempat, asertif, iaitu tampil menyampaikan pemikiran dan perasaan dengan baik dan jelas tanpa harus membuat orang lain berasa tersinggung mahupun membuat orang lain berdendam.

Anda mungkin juga menyukai