Anda di halaman 1dari 4

SULIT

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


AMBILAN JUN 2022
TAHUN 1 Semester II

PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

KOD KURSUS: EDUP3113

NAMA: NURUL ZARITH NATASHA BINTI ZAMRI

ANGKA GILIRAN: 2022192340139

BUKU JAWAPAN

© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


SULIT 2022192340139 EDUP3113

UJIAN
( 20 markah )

1.
Psikologi pembelajaran merupakan kajian yang meliputi prinsip-prinsip
pembelajaran. Sehubungan dengan itu prinsip-prinsip pembelajaran
merupakan dasar yang menerangkan bagaimana pembelajaran itu berlaku.
Terdapat prinsip-prinsip yang telah dikemukakan oleh Ewell pada tahun 1997
antaranya penglibatan aktif dalam kalangan murid sewaktu proses pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini kerana proses ini dapat melatih murid untuk
menyelesaikan masalah dengan mengemukakan cadangan, menganalisis
dan menghubungkaitkan serta dapat meningkatkan komunikasi antara
murid-murid lain misalnya mengadakan aktiviti forum atau diskusi. Beralih
kepada prinsip yang kedua iaitu persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan di mana guru memainkan peranan untuk mewujudkan
suasana tersebut dari segi susun atur meja, kawalan kelas, suara guru dan
kawalan emosi tamsilnya guru perlu memastikan susun atur meja dan kerusi
bersesuaian dengan keluasan bilik darjah dengan meletakkan murid secara
berkumpulan bagi memudahkan untuk melaksanakan aktiviti di dalam
kelas.Hal ini akan melahirkan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan
ceria sekaligus dapat melaksanakan pembelajaran secara berkesan.

2. Pemindahan pembelajaran merupakan pemindahan kemahiran asas, konsep,


pengetahuan, nilai dan proses mental daripada sesuatu situasi kepada situasi
lain. Dalam kata yang lebih mudah, keupayaan murid menggunakan
pengalaman, pengetahuan atau kemahiran yang sedia ada dalam ingatan
untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan
dengan itu terdapat dua faktor yang mempengaruhi pemindahan
pembelajaran terhadap proses pengajaran dan pembelajaran murid dalam
bilik darjah yang berkait dengan aktiviti pembelajaran berkesan di mana guru
merupakan agen utama bagi membantu pelajar untuk mengembangkan
pengalaman pembelajaran mereka. Faktor yang pertama apabila murid dapat

2 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT 2022192340139 EDUP3113

menyelesaikan masalah secara realisitik iaitu murid perlu melalui proses


mengenal pasti, menganalisis, menghubungkait seterusnya dapat membuat
sesuatu keputusan yang logik dan rasional. Hal ini dapat melatih murid untuk
sentiasa mengembangkan pemikiran dan menggunakan pengetahuan sedia
ada dalam aktiviti yang diberi oleh guru. Secara tidak langsung pemindahan
pembelajaran akan berlaku dengan berkesan. Seterusnya faktor yang kedua
ialah kemampuan otak murid. Hal ini kerana setiap manusia mempunyai
perbezaan dari segi cara otak berfungsi yang memberi impak kepada mereka.
Justeru, guru hendaklah memastikan setiap pengajaran dan pembelajaran
yang diberi bersesuaian dengan kecenderungan dan kemahiran mereka.

3. Cara otak berfungsi akan memberi impak kepada pemahaman individu yang
melibatkan struktur dan perkembangan otak. Sehubungan dengan itu
Tokuhama Espinosa telah menggariskan prinsip-prinsip dalam Mind, Brain
and Education Science antaranya setiap otak adalah unik. Hal ini kerana
setiap manusia mempunyai perbezaan dalam aspek perkembangan,
pertumbuhan, persekitaran yang memberi impak kepada tingkah laku mereka.
Oleh itu cara berfikir setiap manusia adalah berbeza. Seterusnya, keupayaan
otak yang akan mempengaruhi tahap penerimaan mereka dalam aspek
pembelajaran. Hal ini juga kerana kecenderungan atau minat seseorang itu
berbeza dengan yang lain.

Selain itu, otak juga berubah mengikut pengalaman yang mana ia dapat
membentuk diri seseorang murid. Pengalaman positif akan memperkasakan
pembelajaran manakala yang negatif akan menghalang proses pembelajaran.
Oleh itu, setiap rangsangan manusia juga akan berbeza dari segi
kecenderungan mereka. Prinsip yang seterusnya menekankan aspek
kemampuan otak yang fleksibel iaitu dari segi tindak balas kepada pemikiran.
Hal ini kerana setiap otak berfungsi sebagai suatu sistem dan neuroplastik
yang mana mereka boleh mempelajari atau mengembangkan kemahiran di

3 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT 2022192340139 EDUP3113

mana-mana peringkat usia jika mempunyai sokongan, motivasi dan


persekitaran yang memberangsangkan.

Seterusnya, otak manusia menghubungkan maklumat baru dan maklumat


lama yang merupakan sebuah proses perkembangan otak melalui pelbagai
peristiwa. Akhirnya, otak akan menghubungkan segala peristiwa yang
mempunyai maklumat, rangsangan dan kemahiran bagi menghasilkan
pemikiran baru yang mempunyai maklumat terkini dan menambahkan konsep
baru kepada sedia ada. Oleh itu setiap manusia mempunyai gaya pemikiran
yang tersendiri. Prinsip yang terakhir adalah mengenai memori yang
menghasilkan pembelajaran. Sebagaimana yang kita ketahui, memori manis
dan pahit akan melekat dalam ingatan dan menigkatkan daya pemikiran
murid. Sehubungan dengan itu, murid yang memberi perhatian sepenuhnya
dapat merekod memori dalam ingatannya sama ada untuk jangka panjang
atau pendek. Memori yang menghasilkan pembelajaran ini akan melalui
peristiwa yang melibatkan deria rasa dan perbuatan.

4 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai