Anda di halaman 1dari 19

Assalamualaikum saya Nursyakirah binti sabli dari kelas bahasa Melayu Hari ini saya akan

menerangkan aspirasi murid dan hala tuju pendidikan negara serta implikasinya terhadap

guru berjiwa pendidik.

Pertama, saya akan menerangkan dahulu aspirasi murid. Sebelum kita,

menerangkan enam aspirasi murid. Mari kita memahami maksud aspirasi. Menurut Kamus

Dewan Edisi keempat 2010, Aspirasi ialah keinginan yang kuat untuk mencapai sesuatu.

Oleh itu, aspirasi murid merupakan satu lanjutan daripada aspirasi sistem pendidikan

negara. Seperti mana kita ketahui terdapat lima aspirasi sistem pendidikan negara. Iaitu

ialah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Perkara ini dilaksanakan adalah

memastikan kualiti yang perlu ada pada setiap murid seiring dengan yang ditekankan dalam

falsafah pendidikan Kebangasaan iaitu modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan murid yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Di samping itu, turut melahirkan murid yang

berkualti dan berinovasi serta melahirkan murid yang menguasai kemahiran yang diperlukan

dalam abad ke-21.

Aspirasi murid ini dibahagikan kepada enam aspirasi, iaitu yang pertama, Pengetahuan,

yang kedua Kemahiran Berfikir, yang ketiga kemahiran memimpin, yang keempat kemahiran

dwibahasa, kelima etika dan kerohanian dan yang keenam identiti nasional.
Pengetahuan

Sekarang saya akan mengupas aspirasi murid ini dengan lebih mendalam. Yang pertama

ialah pengetahun. Menurut Mubarak (2011), pengetahuan merupakan segala sesuatu yang

diketahui berdasarkan pengalaman manusia itu sendiri dan pengetahuan akan bertambah

sesuai dengan proses pengalaman yang dialaminya. Secara umumnya, kita mengetahui

bahawa di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak mestilah menguasai kemahiran literasi

dan numerasi. Menurut Mahzan (2001), literasi ialah keupayaan minimum yang diperlukan

oleh seseorang untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis. Manakala Kemahiran

numerasi bermaksud kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami

idea serta dapat mengaplikasikan penggunaan matematik dalam kehidupan seharian.

(Kamus Dewan Edisi Keempat 2010)

Kemahiran ini merupakan kemahiran hidup asas yang berfungsi dalam masyarakat bagi

membolehkan mereka memupuk nilai untuk diri sendiri,masyarakat, dan negara. Penting

bagi murid untuk menguasai mata pelajaran teras seperti bahasa melayu, bahasa inggeris,

matematik, sains dan sejarah. Di samping itu, murid juga perlu didedahkan dengan bidang

berlainn dan juga pengetahuan am berkaitan Malaysia. Sebagai contoh, seni, muzik, sukan

dan georafi.

Pengetahuan yang diperoleh oleh murid dapat diaplikasikan dalam kegunaan kehidupaan

seharian mereka. Tambahan itu, pengetahuan murid dapat diseimbangkan dengan

kemahiran mereka, iaitu, kemahiran berfikiran secara kreatif, inovasi, penyelesaian masalah

dan kepimpinan. Kemahiran-kemahiran ini seiring dengan kemahiran yang diperlukan dalam

pembelajaran abad ke-21.


Kemahiran berfikir

Seterusnya aspirasi murid yang kedua ialah kemahiran berfikir. Berfikir ialah proses kognitif

yang membolehkan memperoleh maklumat, pengetahuan berkembang dan menambah ilmu.

Kemahiran ini merupakan eleman yang penting untuk mempersiapkan murid untuk

mempunyai keupayaan berdaya saing pada peringkat global. Apabila murid dapat berfikir

maka mereka dapat menghubung kait pelbagai pengetahuan dan mampu membina

pengetahuan baharu. Murid akan belajar cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan

sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu) untuk membolehkan

mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Di samping

itu, Murid juga akan belajar cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan untuk membolehkan

mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Selain itu

Murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran

kritis, kreatif serta inovasi.

Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif Terdapat tiga kemahiran kogniyif

yang penting:

Yang pertama, Pemikiran kreatif dan inovatif iaitu kemampuan murid menginovasi, mencipta

idea dan pengetahuan baharu. Kedua, Pemikiran Kritis dan penaakulan. Ini merupakan

keupayaan murid untuk menganalisi maklumat, menjangka masalah dan mendekati isu

secara kritis, logik, induktif dan deduktif bagi untuk mencari penyelesaian dan akhirnya

membuat keputusan. Akhir sekali, Keupayaan belajar ialah keupayaan yang memacu

pembelajaran sendiri dengan kemampuan menghargai sepanjang hayat.


Kemahiran memimpin

Seperti yang kita ketahui, Pembangunan sebuah negara itu kerletak kepada kualiti

kepimpinan yang memimpin negara tersebut. Oleh itu, usaha dalam melahirkan pemimpin

yang berkualiti mestilah daripada akar umbinya iaitu dalam kalangan generasi muda.

Kebolehan memimpin dan bekerja dengan orang lain amatlah penting bagi memastikan

kecemerlangan dan keharmonian sesuatu kelompok.

Dalam sistem pendidikan, terdapat empat elemen aspek kepimpinan yang berupaya

membentuk sifat pemimpin yang cemerlang dan berkesan kepada murid.

Yang pertama, keusahawanan. Dalam aspek ini, pihak sekolah Sekolah memainkan

peranan untuk membentuk budaya keusahawanan dalalm kalangan murid. Kemahiran

keusahawanan merujuk kepada ciri-ciri keusahawanan seorang usahawan yang kreatif,

mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berani melakukan perubahan serta bijak

menggunakan peluang dengan baik. Kemahiran ini amat penting untuk mendepani cabaran

pada abad ke-21. Di samping itu, terdapat beberapa langkah yang dapat dilakuan oleh pihak

sekolah untuk melibatkan murid dalam bidang keusahawanan. Antaranya, Menubuhkan

kelab keusahawanan, Membuka pelaburan di koperasi, Menganjurkan seminar

keusahawanan dan Mengadakan hari keusahawanan

Kedua, aspek berdaya tahan. Murid yang berdaya tahan ialah mereka yang mampu

membina cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi rintangan seiring dengan

abad ke-21. Oleh itu, sistem pendidikan harus menekankan pembentukan modal insan yang

bukan saja mampu berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif malah berkecekapan dalm

menyelesaikan masalah, berkeuoyaan mencipta, mempunyai daya tahan dan daya saing

yang kukuh, kompeten dan berkebolehan. Selain itu, juga dapat mengadaptasi persekitaran

ekonomi global dan sosial yang sering berubah-ubah.


Yang ketiga, dari aspek kecerdasan emosi. Pemimpin yang berkualiti adalah pemimpin yang

mampu memahami dan bekerja dengan berkesan serta mampu mempengaruhi persekitaran

secara positif. Oleh itu, sistem pendidikan yang membentuk modal insan bukan sahaja

dilihat dari sekadar pencapaian intelek tetapi juga dari tahap kecerdasan emosi sesorang.

Aspek yang keempat, keterampilan berkomunikasi. Dalam aspek ini, pemimpin yang

berkualit harusalah mempunya keterampilan komunikasi yang baik. Hal ini kerana,

kemahiran komunikasi merupakan kemahiran yang amat penting yang perlu dititikberatkan

supaya dikuasai oleh setiap individu. Setiap murid perlu menguasai keterampilan

berkomunikasi supaya mereka dapat menyuarakan pendapat atau hasrat secara lisan atau

tulisan dengan jelas dan tepat.


Kemahiran dwibahasa

Sepertimana, yang kita ketahui, bahasa pengantar dalam sistem pendidikan

Malaysia ialah bahasa melayu. Oleh sebab itu, setiap murid haruslah menguasai bahasa

Melayu iaitu bahasa kebangsaan di Malaysia. Di samping bahasa inggeris yang merupakan

bahasa kedua dan juga bahasa komunikasi antarabangsa. Penguasaan bahasa inggeris

amatlah penting kerana keadaan dunia pada masa kini yang mementingkan teknologi. Untuk

menguasai bidang sains dan teknologi, perlulah penguasaan bahasa inggeris yang baik

kerana kebanyakkan bahan bacaan dan rujukan yang menggunakan bahasa inggeris. Oleh

sebab itu, bahasa inggeris perlu ditekankan di peringkat sekolah rendah hingga ke institut

pengajiain tinggi bagi merealisasikan aspirasi murid yang menguasai kemahitan dwibahasa.

Selain itu, Kementerian pelajaran Malaysia juga menggalakkan murid-muridnya

supaya mempelajari bahasa tambahan sekurang-kurangnya tiga bahasa. Sebagai contoh,

bahasa mandarin, bahasa tamil, bahasa prancis dan bahasa jepun. Hal ini diterapkan

supaya dapat membolehkan mereka untuk berkomunikasi dan berkerjasama secara

berkesan dengan rakan dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga negara-negara lain yang

terdapat dalam global pada masa kini.


Etika dan kerohanian

Etika bermaksud prinsip moral ataupun nilai akhlak yang menjadi pegangan kepada

seseorang. Manakala kerohanian ialah sifat-sifat rohani Dalam aspirasi ini murid-murid akan

diajar dan dibimbing untuk mempunyai etika dan kerohanian yang tinggi dalam diri masing-

masing bagi mendepai cabarn abad ke-21. Sistem pendidikan yang berkesan akan berjaya

membentuk murid yang berani menghadapi cabaran. Sebagai misalnya, dapat

menyelesaikan konflik dengan baik dan aman, dapat membuat keputusan yang wajar

walaupun dalam situasi yang kritikal dan berani untuk melakukan perkara yang benar.

Satu set prinsip termasuk nilai yang kukuh telah diwujudkan untuk diberikan penekanan

kepada semua murid. Iaitu

Yang pertama, kerohanian iaitu mempunyai pegangan agama yang kuat dan

mengamalkannya sebagai asas kehidupan dan menyokong standard moral yang tinggi.

Kedua, intergriti. Iaitu mempunyai keberanian, disiplin dan semangat untuk melakukan

perkara yang betul.

Yang ketiga, tanggugjawab sivik. Tanggungjawab sivik ini berfungsi untuk kebaikan negara,

prihatin terhadap orang lain dan alam sekitar dan mempunyai kemampuan yang mendalam

untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Adanya, nilai etika dan kerohanian ini akan menjadikan ilmu dan kemahiran yang ada

digunakan dengan cara yang betul dan lebih baik kepada diri sendiri, masyarakat dan

negara. Nilai ini merupakan asas untuk membentuk dan membina perwatakan dan sahsiah

murid supaya mempunyai kualiti amanah yang tinggi. Nilai ini haruslah dipupuk dalam diri

murid sebagai persediaan kepada mereka untuk menghadapi cabaran dan dapat membuat
pertimbangan yang baik dalam membuat keputusan yang tepat dengan berpegangkan yang

kepada prinsip betul.

Identiti nasional

Setiap rakyat Malaysia mestilah mempunyai perasaan yang kuat tanpa berbelah bahagi

perihal identiti nasional dan haruslah berpegang teguh dengan prinsip rukun negara untuk

mengukuhkan perpaduan dan masa depan Malaysia. Setiap murid haruslah berbangga

untuk menjadi rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang,kepercayaan, taraf

sosioekonomi atau kedudukan. Murid haruslah belajar untuk memahami perbezaan dan

bertolak ansur, menerima dan menghormati bangsa lain. Identiti nasional amat berkait rapat

dengan asas patriotisme kepada cita-cita negara yang berkait rapat dengan dengan jati diri

sebgara warganegara Malaysia.

Oleh sebab itu, setiap murid perlulah menghayati prinsip rukun negara untuk menjamin

kejayaan masa depan Malaysia. Kerjasama setiap murid yang mempunyai latar belakang

yang berbeza harus dikembangkan rasa perkongsian yang tinggi dan semangat kekitaan.

Identiti nasional amatlah penting untuk dibina supaya tidak menjejaskan hubungan antara

kaum. Oleh itu, identiti nasionallah yang menjadi aspirasi dalam PPPM untuk membentuk

murid yang berbangga dikenalii sebagai rakyat malaysia tanpa mengira etnik, bangsa,

agama dan sosioekonomi.


Hala tuju

Untuk mencapai aspirasi yang dihasratkn dalam pppm, kpm yeah menggariskan 11 anjakan

sebagai hala tuju dalam pendidikan untuk merialisasikan aspirasi murid.

Hala tuju pendidikan anjakan 1: : Menyediakan Kesamarataan akses kepada

pendidikan berkualit bertaraf antarabangsa

Setiap murid perlu pengetahuan asas literasi dan numerasi. Kemahiran ini merupakan asas

kepada yang membolehkan mereka mempunyai pengetahun agar dapat berfungsi secara

berkesan. Dalam aspirasi murid pengetahuan, murid perlu untuk menguasai mata pelajaran

teras, antaranya bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik, sains dan sejarah.

Untuk merialisasikan aspirasi ini, anjakan 1 iaitu Menyediakan kesamarataan akses kepada

pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa telah dijadikan sebagai hala tuju kpm untuk

mencapai hasrat aspirasi murid yang mempunyai pengetahuan dan kebolehan supaya murid

mampu untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Oleh itu, Kpm menetapkan penanda aras

keupaayaan murid dalam kemahirann membaca, matematik dan sains dengan standard

antarabangsa.

Bagi mencapai murid yang mempunyai kemampuan literasi dan numerasi sepenuhnya, Kpm

telah memperkenalkan program Literasi dan Numerasi sekolah rendah atau Primary literacy

and numeracy (PlaN) di 800 buah sekolah rendah. Objektif PLaN adalah untuk memastikan

semua murid mencapai tahap meninimum bagi penguasaan literasi dan numerasi murid

tahap 1. Pada tahun 2020, pihak kpm telah memfokuskan kepada peningkatan kemahiran

guru dalam pengajaran berfokus dan berbeza dalam Bahasa Melayu, bahasa inggeris dan

matematik. Program ini berjaya menunjukkan meningkatkan peratusan murid untuk

mencapai tahap minimum iaitu tahap penguasaan 3 (tp3). Buktinya dapat kita lihat dalam

laporan tahunan pppm 2019 dan 2021


Selain itu, Kementerian juga akan menetapkan dan memantau sasaran pencapaian murid

dalam pentaksiran antarabangsa iaitu PISA dan TIMSS.

TIMSS dan PISA merupakan suatu kajian tentang pendidikan sesebuah negara. TIMSS dan

PISA adalah satu kajian yang dijalankan oleh organisasi antarabangsa untuk menilai dan

membandingkan kualiti pendidikan sesebuah negara. Kajian ini membantu negara-negara di

seluruh dunia untuk meningkatkan pembelajaran dalam Sains dan Matematik. TIMSS dibuat

untuk mengukur prestasi murid daripada dua aspek iaitu pengetahuan kandungan dan

kemahiran kognitif seperti proses pemikiran berbentuk pengetahun, aplikasi dan penakulan.

Manakala PISA pula bertujuan untuk menilai kecekapan dalam membaca, matematik dan

sains. Melalui inisiatif ini, kualiti pendidikan ini dalam tempoh 15 tahun malaysia berhasrat

dapat menjadi negara pendidikan sepertiga teratas dalam pendidikan antarabangsa.

Oleh itu, usaha-usaha ini dapat melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan yang

tinggi dan dapat mengaplikasikan pengetahuan secara kreatif dan inovatif kepada diri,

keluarga, masyarakat dan negara sekaligus mempunyai ciri-ciri kepimpinan untuk berdaya

saing di peringkat global.

Hala Tuju pendidikan Anjakan 2: Memastikan setiap murid menguasai kemahiran

dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa

tambahan

Seterusnya, semua murid haruslah menguasai kemahiran dwibahasa untuk melahirkan

murid yang setaraf dengan kualiti standard antarabangsa sebagaimana dalam aspirasi

sistem. Apabila murid mampu menguasai kemahiran dwibahasa, maka dapat melahirkan

yang mahir dalam perttutura dan bidang sains dan teknologi. Kesannya murid akan mampu

bersaing di peringkat global sebagaimana hasrat kpm dalam plan pembangunan pendidikan

malaysia. Oleh itu, anjakan 2 telah dijadikan hala tuju kpm untuk demi merialisasikan hasrat

ini. Terdapat beberapa inisiatif yang telah dilakukan oleh kpm.


Antaranya, pemartabatan pendidikan bahasa melayu. Permartabatan ini diwujudkan adalah

untuk mengukuhkan penggunaan bahasa melayu dalam kalangan murid sesuai dengan

kedudukannyaa sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia. Oleh itu, terdapat pelbagai aktiviti

yang dilaksanakan untuk menghasilkan hasrat ini. Sebagai buktinya, kursus pembangunan

profesionalisme pedogogi terbeza telah dilaksanakan kepada guru Bahasa melayu di

sekolah. Pedegogi terbeza merupakan usaha untuk mempelbagaikan metodologi

berdasarkan keperluan murid dan lingkungannya seperti menggunakan aplikasi digital untu

menghasilkan pedagogi yang bermakna dan berkesan. Menurut Nurul Azira Sapian dam

Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, (2022) pedogogi terbeza merupakan kajian literatur

sistematik yang bertujuan untuk memantau dan menganalisis secara kritikal corak

penyelidikan terkini berkaitan pelaksanaan pendekatan pedagogi terbeza dalam

kalangan guru bahasa Melayu yang memfokuskan kepada tahap pengetahuan, aspek

amalan pedagogi terbeza serta cabaran pelaksanaannya dalam pengajaran bahasa Melayu.

Menurut laporan tahunan PPPM 2020 dan 2021, 4832 pada tahun 2020 manakala sebanyak

5767 guru bahasa melayu telah menerima latihan penigkatan kemahiran pedogogi. Dengan

usaha ini, boleh kita lihat peningkatan peratusan murid mencapai kepujian dalam SPM

bahasa bahasa melayu dari tahun 2016-2021.

Seterusnya, kerajaan juga telah memperkenalkan tahap penguasaan bahasa inggeris dalam

kalangan murid dapat ditingkatkan berlandaskan paiwaian antarabangsa iaitu Comman

European framework of reference for languages (CEFR). Pelaksaan ini sejajar dengan

aspirasi murid dalam pppm 2013-2025. Sistem ini memfokuskan penghasilan murid yang

mahir dalam bahasa inggeris bagi meningkatkan kebolehpasaran di peringkat global. Berikut

merupakan pencapian tahap penguasaan piawaian antarabangsa (CEFR) dalam laporan

tahunan pppm 2020. Data menunjukkan pratusan lulus subjek bahasa inggeris bagi SPM

pada tahun 2016 hingga 2020. Data-data yang saya lampirkan, menunjukkan bahawa

sistem pendidikan kita berada pada tahap yang betul dalam mencapai objektif pppm.
Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025. Pada

masa ini, ramai murid telah mempelajari bahasa tambahan selain bahasa Malaysia

dan bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa tambahan akan dapat membantu murid

menyertai tenaga kerja global. Oleh itu, aspirasi Kementerian adalah untuk

memastikan setiap murid dari peringkat rendah hingga menengah, berpeluang

mempelajari bahasa tambahan. Pada tahun-tahun permulaan, Kementerian akan

memberikan tumpuan untuk menambahkan bilangan guru bahasa Cina, bahasa Tamil

dan bahasa Arab bagi memastikan bilangan guru bahasa-bahasa itu sepadan dengan

keperluan murid. Apabila sistem pendidikan negara dapat meningkatkan kebolehan

dan keupayaan, Kementerian akan memperkenalkan bahasa penting lain seperti

bahasa Sepanyol, bahasa Perancis dan bahasa Jepun. Pengajaran bahasa tambahan

juga akan dimasukkan dalam waktu pengajaran di sekolah menengah, seperti dalam

KSSR.
Hala tuju pendidikan anjakan 3: Melahirkan rakyat yang menghayati nilai

Kemudian, Perpaduan dalam aspirasi sistem merupakan elemen yang sangat penting untuk

dipupuk di negara ini. Oleh sebab itu, kpm menjadikan anjakan 3 sebagai hala tuju

pendidikan untuk membina murid yang mempunyai identiti nasional sama seperti aspirasi

murid.

Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan pembangunan nilai,sahsiah dan perpaduan di

sekolah. Kerajaan ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan murid yang seimbang dengan

pembangunan intelek dan jasmani mereka bagi menjamin keamanan, kemakmuran dan

kemajuan yang dicapai oleh Malaysia akan berkekalan di masa hadapan. Tambahan itu,

anjakan ke-3 dalam pppm adalah melahirkan masyarakat yang menghayati nilai. Kpm

melaksanakan Pembangunan Nilai, Sahsiah Dan Perpaduan Di Sekolah. Menurut laporan

pppm tahunan 2020, Antara inisiatif untuk merialisasikan aspirasi ini adalah pelaksanaan

aktiviti utama dalam plan hala tuju perpaduan iaitu Pembangunan instrumen pengiktirafan

kepada sekolah yang membudayakan perpaduan dan Pelaksanaan latihan penerapan nilai

perpaduan untuk Pengetua dan Guru Besar. Oleh itu, Dengan pelaksaan ini, murid akan

mencontohi prilaku guru dan dapat membentuk murid yang mempunyai identiti nasional.

Selain itu, kpm juga melaksanakan program aktivti antara sekolah iaitu RIMUP bagi

memupuk interaksi yang lebih kukuh antara murid daripada jenis sekolah berlainan. Pada

masa hadapan, kekerapan dan intensiti program akan ditingkatkan dan disasarkan kepada

sekolah yang mempunyai populasi murid yang homogen. Kementerian juga akan

memperluas program ini dengan melibatkan sekolah swasta. Hal ini terbukti hasil penilaian

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) kementerian dalam pemantauan yang dijalankan

di 78 sekolah bagi menilai tahap pelaksanaan RIMUP. Laporan Tahunan 2014 Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menyatakan, pemantauan itu membabitkan

sekolah di kawasan bandar dan luar bandar yang mempunyai komposisi murid pelbagai

etnik. Berdasarkan pemantauan itu, didapati sekolah yang melaksanakan aktiviti yang

menjurus kepada pembentukan perpaduan dapat dilihat melalui interaksi dan tingkah laku
murid dalam bilik darjah dan ketika aktiviti kokurikulum. Pemerhatian mendapati, 84.6

peratus atau 66 sekolah sudah melaksanakan lima kategori RIMUP dan secara rawak di 10

bilik darjah setiap sekolah menunjukkan 73.1 peratus atau 57 sekolah sudah melaksanakan

susunan tempat duduk secara bercampur dalam kalangan pelbagai etnik.


Hala tuju anjakan 7: Memanfaatkan TMK bag meningkatkan kualiti pembelajaran di

Malaysia

Sistem pendidikan akan terus kekal komited untuk melahirkan secara menyeluruh. Oleh itu,

kerajaan berusaha untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid tanpa

mengira latar belakang status ekonomi, sosial dan bangsa. Usaha ini juga adalah untuk

mencapai hasrast kpm dalam pppm iaitu melahirkan murid yang berpengetahuan. Sejak

pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sistem pendidikan telah

berjaya meningkatkan tahap akses pada peringkat pendidikan prasekolah hingga menengah

atas. Namun, pandemik COVID-19 yang melanda sejak tahun 2020 sehingga lewat tahun

2021, telah sedikit sebanyak memberi kesan terhadap peratus enrolmen murid pada semua

peringkat pendidikan. Namun, pihak kpm berusaha untuk meningkatkan kembali enrolmen

murid pada tahun 2021.

Oleh itu menurut laporan 2021, fokus kpm pada tahun 2021 kpm berusaha untuk

meningkatakan enrolmen murid. Antara usaha kerajaan untuk meningkatakan enrolmen

murid adalah usaha pihak KPM yang berterusan serta kerjasama yang diberikan oleh pihak

komuniti, agensi-agensi lain, pihak swasta, NGO serta lain-lain pihak yang sedia membantu

KPM demi menyokong pembelajaran murid menengah atas yang bakal menduduki

peperiksaan SPM. Sebagai contoh memberi bantuan alat elektronik seperti telefon pintar

dan leptop serta akses internet kepada murid-murid yang kurang berkemampuan supaya

dapat meneruskan pelajaran walaupun dalam keadaan pandemik. Usaha ini juga berjaya

untuk mengurangkan kadar keciciran murid dalam pelajaran. Oleh itu secara ringkasnya,

Usaha ini berjaya menunjukkan peningkatan peratus enrolmen bagi tahun 2021

menunjukkan peningkatan sebanyak 1.11%. Usaha ini dapat meningkatkan pengetahuan

murid dan juga dapat meningkatkan kemahiran sebagaimana hasrat dalam pppm.
Hala tuju pendidikan anjakan 10: Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap

ringgit:

Aspirasi murid Kemahiran berfikir amat penting bagi setiap individu. Pemikiran yang kreatif

dan inovatif mampu mencipta idea dan pengetahuan baharu supaya murid dapat bersaing di

peringkat global. Untuk mencapai hasrat aspirasi sistem meningkatkan kecekapan dalam

pendidikan dalam anjakan 10. Hal ini kerana, infrasturktur yang baik, selesa dan selamat

amat penting bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran yang kondusif. Selain itu,

penyediaan enam kemudahan minimum untuk penyampian kurikulum. Apabila kemudahan

ini disediakan, guru dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih

bermakna dan seterusnya melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan juga mampu

berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut laporan tahuan PPPM 2021, Kpm telah

membangunkan semula dan menaik taraf sekolah dengan bangunan daif iaitu, Sebanyak 31

projek pembangunan semula dan naik taraf sekolah dengan bangunan daif yang berada

pada skala 6 dan 7 telah siap dilaksanakan berbanding sasaran sebanyak 30 projek.

Selain itu, kpm juga telah mengenalpasti sekolah yang mempunyai enam kemudahan

minimum untuk penyampian kurikulum. Berikut merupakan data peratusan bilangan sekolah

yang mempunyai kemudahan minimum untuk penyampaian. Pada tahun 2022, perancangan

secara komprehensif dan strategik dirangka bagi memenuhi keperluan murid berkeperluan

pendidikan khas dengan infrastruktur asas yang lengkap seperti dapatan yang diperoleh, di

samping menangani masalah sekolah yang mempunyai bangunan daif.


Implikasi guru berjiwa pendidik

-etika dan kerohanian-

Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dari segi etika dan kerohanianya. Guru yang

mengajar muriid tersbut haruslah mempunyai jiwa pendidik. Guru yang berjiwa pendidik

perlu mempunyai sifat bertanggungjawab dan amanah. Guru haruslah mempunyaai rasa

tanggungjwb terhaadap seuatu yg dilakukanya. Selain itu, guru tersebut juga akan amanah

dengan tugasanya. Sebagai contoh, guru yg beetanggungjawab dan amanah dengan

kerjanya akan masuk ke kelas tepat waktu pdp dimulakan. Sikap seperti ini dapat dijadikan

teladan kepada para murid untuk dicontohi. Melalui ini cara ini nilai-nilai dapat dipupuk

dalam jiwa murid-murid melalui keterampilan guru itu. Dan akhirnya dapat melahirkan modal

insan yang beretika dan rohani sebagaimna dalam aspirasi murid.

-Dedikasi-

Seorang guru haruslah mempunyaai sikap yang berdedikasi yang tinggi dan komited

terhadap tugasnya. Seorang guru yang berdedikasi akan ikhlas dan sabar ketika mengajar.

Mereka akan sanggup berkorban tenaga dan masa untuk memastikan murid 2nya mendapat

pelajaran yg cukup. Sebagai contoh, guru melaksanakan kelas tambahan, mengadakan

program dan membimbing murid. Selain itu, mereka juga sentiasa berusaha untu

meningakatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka dengan menyertai pelbagai

kurusus. Guru yang menyertai kursus akan mempjnyai inovasi dalaam pengajarannya.

Dengan ini, guru dapat melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan yg tinggi.

-Berakhlak mulia-

Seorang itu haruslah mempunyaai sifat kerohanian yang tinggi dan menunjukkan akhlak

yang mulia kepada murid-murid. Selain itu, guru yang mempunyai akhlak yang mulia
haruslah mempunyai intergriti yang tinggi. Selain itu, guru yang berdedikasi haruslah

bersikap adil dengan tidak memilih antara muridnya. Selain itu guru juga harusalh bijak

untuk membina hubungan antara murid. Guru yang baik akan menunjukan rasa hormat

mereka terhadap murid untuk memastikan murid berupaya membina hubungan yang sihat

berasaskan kepercayaan serta menghormati orang dewasa, rakan sebaya, peraturan dan

memahami dann menghormati perbezaan dan budaya. Oleh itu, apabila guru menunjukan

sikap seperti ini, akan berjaya melahirkan murid yang mempunyai akhlak yang baik. Perkara

ini juga daat mengurangkan masalah disiplin di sekolah.

-Kendiri dan positif-

Seorang guru cemerlang seorang guru haruslah mempunyai konsep kendiri positiif ialah

individu yang percaya dan yakin akan keupayaan diri sendiri, mempunyai minat yang baik

dan objektif. Oleh itu, guru perlulah kreatif dalam Pdp serta luar Pdp supaya dapat

melahirkan muridi yang mampu berfikir secara kritis. Selain iru, guru ini juga bijiak mengatur

strategi. Sebagai contoh, bijak memgatur keadaan kelas untuk menjadikan pembelajaran

dan pengajaran memjadi lebih bermakna. Selain itu, guru yang positif juga dapat mencipta

budaya yang positif kepada murid-murid.

-Bersikap terbuka-

Seorang guru yang mempunyai guru jiwa berjiwa pendidik haruslah mengamalkan sikap

terbuka dan memandang postif terhadap semua murid. Guru yang bersikap terbuka akan

memahami, bertimbang dan bersikap adil dan saksama terhadap semua murid. Selain itu,

guru yang bersifat terbuka tidak akan menyentuh sensitiviti kaum dan menerapkan

semangat patriotik dalam diri murid. Sikap ini dapat memjadi suri teladan kepada murid

untuk penghayatan nilai dan perpaduan dalam kalangan murid seprti mana dalam hasrat

PPPM. Hasrat ini berlandaskan dalam anjakan ketiga iaitu melahirkan rakyat yang

menghayati nilai. Penghayatan nilai rohani merupakan salah satu tonggak utaman dalam

pendidikan. Apabila guru mempunyai sikap terbuka perkara ini dapat dijdikan contoh kepada
Rujukan

Kamus Dewan edisi keempat (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Nurul Azira Sapian dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad, (2022). Pelaksanaan

Pendekatan Pedagogi Terbeza dalam kalangan Guru Bahasa Melayu: Kajian

Literatur Sistematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities 7(8),2-16.

Diambil daripada

https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1684/1193

Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Laporan Tahunan 2019. Diambil daripada

https://www.panduputeri.org.my/news/buku%20laporan%20tahunan%20pppm

%202019

Kementerian Pendidikan Malaysia (2020). Laporan Tahunan 2020. Diambil daripada

https://www.padu.edu.my/wp-content/uploads/2021/09/LT2020_PPPM_Final.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia (2021). Laporan Tahunan 2021. Diambil daripada

https://www.padu.edu.my/wp-content/uploads/2021/09/LT2020_PPPM_Final.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-

2025. Diambil daripada

https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/1813-pppm-2013-

2025/file

Mahaizura Abd Malik, (7 April, 2020). Telefon pintar percuma untuk pelajar sekolah B40.

Harian Metro. Diambil daripada

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/563668/telefon-pintar-percuma-untuk-

pelajar-sekolah-b40

Anda mungkin juga menyukai