Anda di halaman 1dari 10

Konsep Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan

 Muka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada air


muka. (Asmah, 2000:101)
 Air muka dalam bahasa Melayu pula bermaksud:
o rupa, wajah seseorang
o maruah seseorang.
 Dalam perkataan "penjagaan muka", kita boleh
mendapati bahawa kita sepatutnya menjaga mimik wajah
kita supaya tidak menyinggung perasaan orang lain serta
menjaga maruah sendiri.
 Muka sangat berkait rapat dengan maruah diri
sehingga tercipta pelbagai peribahasa yang berkaitan
dengan muka.
 Antara peribahasa tersebut ialah:
1. Muka Tembok
2. Muka Talam
3. Muka Tebal
4. Muka Tarpal
5. Muka Papan
6. Muka Pot
7. Muka Sengkalan
8. Muka Batu
9. Muka Bantal
 Semua peribahasa di atas ditujukan kepada seseorang
yang tidak tahu malu. (Mohd. Tajuddin Haji Abd. Rahman,
1999: 149).
 Penjagaan peribahasa yang banyak itu mempunyai
satu makna menunjukkan bahawa orang Melayu sangat
mementingkan "malu" dan "air muka". ( NOTA )
 Bagi insan yang mempunyai maruah diri sendiri,
mereka mesti mempunyai perasaan malu yang tertanam
dalam jiwa mereka. Hal ini kerana orang yang mempunyai
maruah diri malu untuk melakukan perbuatan, tingkah laku
atau aktiviti yang akan menjatuhkan imej diri. ( NOTA )
 Malu dapat difahami sebagai suatu nilai suci dan murni
yang menjadi asas kepercayaan yang diterima sebagai
mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa
(Mohamed Mansor Abdullah, 1993:249).
 Menurut Islam, malu ialah perasaan yang mendesak
seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan
melaksanakan segala yang terpuji.
 Konsep malu dalam masyarakat Melayu begitu luas
serta menjadi asas didikan anak-anak. Anak-anak yang
dididik untuk memupuk perasaan malu dalam jiwa mereka
dapat menghindari daripada pelbagai aktiviti negatif
terutamanya gejala sosial yang boleh menjatuhkan maruah
sendiri serta keluarga.
 Menurut Zainal Kling (1980), konsep malu itu meliputi
pelbagai segi pengertian termasuklah yang paling tinggi
yang berkaitan dengan akhlak dan maruah individu,
keluarga dan masyarakatnya.
Datuk Prof Dr Zainal Kling

 Dalam masyarakat China, sifat malu ini sudah


dipraktikkan oleh nenek moyang masyarakat Cina sejak
beribu-ribu tahun yang lalu.
 Menurut Confucius, seseorang perlulah mempunyai
perasaan malu dalam kehidupan seharian apabila
melakukan segala perbuatan(行己有耻).
 Menurut Mencius (Sebelum Masihi 372- Sebelum
Masihi 289), setiap insan mestilah mempunyai perasaan
malu. Seseorang itu dapat menghindari perbuatan yang
memalukan sepanjang hayatnya jikalau dia boleh
memupuk sifat malu dalam jiwanya(人不可以无耻。无耻之
耻,无耻矣).
Mencius (Meng Zi)

 Menurut masyarakat Cina, sifat malu merupakan salah


satu tatatertib yang harus dimiliki oleh seluruh rakyat. Jika
tatatertib ini tidak dapat diamalkan oleh rakyat, maka
negara berkenaan akan musnah. (礼、义、廉、耻,四国
之维;四维不张,国乃灭亡。)
 Dalam sebuah karya Liew On (Sebelum Masihi 179 -
Sebelum Masihi 122), masyarakat yang tidak mempunyai
perasaan malu merupakan masyarakat yang sukar untuk
dikawal dan ditadbir(民无廉耻,不可治也). Hal ini kerana
masyarakat yang tidak tahu malu akan melakukan pelbagai
perbuatan negatif yang bukan sahaja menjejaskan imej
seseorang malah juga akan membawa pelbagai keburukan
kepada orang lain. Sebagai hasilnya, sesebuah negara
akan menjadi huru-hara dan sukar untuk ditadbir.
 Oleh yang demikian, seseorang perlu mengelakkan
dirinya daripada menerima malu atau memberi malu
kepada orang lain.
 Orang yang menerima malu, lazimnya akan berasa
tertekan dan mudah hilang pertimbangan. Hal ini akan
menyebabkan seseorang itu untuk melakukan perbuatan
yang tidak rasional.
 Dalam hikayat sastera klasik, terdapat beberapa
peristiwa peperangan, pergaduhan, pembunuhan, dan
amuk yang berlaku disebabkan seseorang itu dimalukan.
 Contohnya, balas dendam Hang Jebat ke atas Sultan
Melaka kerana telah memalukan Hang Tuah yang dijatuhi
hukuman bunuh kerana bermukah (zina) dengan
perempuan istana.

 Dalam masyarakat Melayu, malu itu bukan sahaja


perasaan sendiri bahkan sesuatu tindakan kita boleh juga
memalukan keluarga dan masyarakat.
 Oleh itu, seseorang tidak harus melakukan perbuatan
yang jahat dan negatif kerana dia akan mendapat malu
besar jikalau perbuatan negatif yang dibuat diketahui oleh
orang lain seperti peribahasa "pecah tempayan pekasam,
muka berconteng arang" serta "ditepuk air didulang,
terpercik muka sendiri".
 Selain memalukan diri sendiri, perbuatan-perbuatan
yang tidak santun juga akan memalukan keluarga serta
masyarakat. Oleh itu, lahirlah peribahasa "menconteng
arang di muka" yang bermaksud sesuatu perlakuan yang
mendatangkan malu dan aib kepada keluarga.
 Antara sesuatu tindakan yang terkeluar daripada
kehendak dan norma masyarakat adalah seperti seorang
gadis "kahwin lari", maka tindakannya dikatakan tindakan
yang tidak santun kerana telah melanggar adat
masyarakatnya.
 Selain itu, gejala sosial seperti penagihan dadah,
gengsterisme, perlumbaan haram dan sebagainya yang
sering dilibatkan oleh golongan remaja hari ini juga
dianggap perbuatan yang tidak sopan serta memalukan
keluarga dan masyarakat.
 Anggota masyarakat yang sanggup memalukan diri
sendiri dan ahli keluarganya dianggap tidak berhemah.
 Maruah dan harga diri seseorang perlu dijaga dengan
berpegang kuat pada konsep malu (penjagaan air muka).
 Konsep malu dalam masyarakat Melayu adalah
bertujuan untuk menjaga maruah dan air muka.
 Bagi masyarakat Cina pula, konsep malu juga
bertujuan untuk menjaga air muka sendiri serta air muka
ahli keluarga.
 Selain perbuatan seharian, perasaan malu juga boleh
berpunca daripada penggunaan bahasa.
 Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah sama
sekali menghina dan merendah-rendahkan peribadi
seseorang.
 Perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun,
tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang memalukan
diri, keluarga dan pihak lain walaupun sewaktu menyatakan
sesuatu yang benar.
 Di samping itu, masyarakat Melayu juga dinasihati
supaya tidak meninggi-ninggikan diri, memuji-mujikan
sendiri, bercakap dengan sombong dan ego. Hal ini kerana
orang yang sombong dan ego dianggap tidak mempunyai
sifat kemaluan serta bermuka tebal.
 Tambahan pula, kita juga tidak boleh bercakap
bohong, bercakap besar serta bercakap dengan
sebarangan kerana orang yang selalu berbohong akan
mendapat malu jika pembohongannya terbongkar.
 Mulut merupakan salah satu anggota badan yang
sangat perlu dijaga memandangkan mulut adalah bahagian
anggota yang mengungkapkan kata dan anggota yang
paling hampir dengan muka.
 Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri
dan orang lain jika mulut tidak dikawal dengan elok.
 Oleh itu, penggunaan mulut pada setiap hari perlu
dikawal dan orang Melayu sangat memberatkan perkara
ini.
 Ini jelas dengan penciptaan peribahasa seperti "kerana
pulut santun binasa, kerana mulut badan binasa".
Peribahasa ini bermaksud perkataan yang dikeluarkan dari
mulut akan menyusahkan diri sendiri jikalau mulut tidak
dikawal dengan baik.
 Orang Melayu juga tidak boleh menerima orang yang
menggunakan mulutnya untuk menyampai-nyampaikan
cerita orang lain daripada seseorang kepada seseorang
yang lain sehingga dia dikatakan seperti "mulut tempayan",
iaitu orang yang tidak pandai menyimpan rahsia.
 Percakapan seseorang juga tidak boleh berlebih-lebih
kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang lain
terhadapnya sehingga dianggap seperti "mulut murai", iaitu
orang yang suka bercakap dan kadang-kadang
percakapannya dianggap tidak berfaedah.
 Masyarakat Melayu juga tidak menyukai orang yang
bermulut berus, iaitu orang yang suka mengeluarkan kata-
kata yang kesat.
 Orang Melayu juga memberatkan penggunaan lidah
kerana lidahlah yang membentuk kata-kata.
 Dalam membincangkan tugas mulut dan lidah, kita
tidak boleh mengabaikan soal hati.
 Ini adalah kerana hatilah yang mendorong sesuatu
ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut. Setiap
perkataan atau ayat yang dikeluarkan dari mulut kita adalah
berasal daripada pemikiran kita.
 Oleh itu, kata-kata menggambarkan hati.
 Hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang
santun dan sebaliknya. Jikalau hati atau pemikiran kita
adalah baik dan positif, maka percakapan kita juga adalah
baik.
 Kita boleh mengelakkan pelbagai masalah jika
percakapan kita baik. Antaranya adalah pergeseran,
pertelingkahan ataupun perselisihan faham dapat
dielakkan. Selain itu, persekitaran yang aman damai dan
harmoni dapat diwujudkan jika seluruh masyarakat bertutur
dengan sopan dan santun.
 Perkara ini ada disebut oleh Raja Ali Haji (2000:8) di
dalam gurindamnya seperti yang berikut:
"Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah."

 Maksudnya adalah kita dapat memperoleh pelbagai


faedah jika kita boleh mengawal lidah kita iaitu percakapan
kita.
 Manakala mengenai hati pula, Raja Ali Haji seterusnya
berkata:
" Hati itu kerajaan di dalam tubuh,
Jikalau zalim, segala anggota pun roboh."
 Maksudnya adalah hati merupakan anggota badan
yang menguasai dan mengawal segala tingkah laku serta
percakapan kita. Seandaiya hati kita jahat, maka tingkah
laku serta percakapan kita pun jahat juga.
"Tapi sayang
Tatkala bahasa disalah guna
Oleh lidah bercabang dua
Segala yang indah menjadi nista
Binasalah badan seluruh anggota
Bagai bunga kembang tak jadi"
(Sajak Bahasa,Norlila Abdul Ghani)
 Rangkap sajak ini membawa maksud menggunakan
kata-kata yang salah dalam percakapan akan membawa
binasa kepada seseorang itu. Penulis sajak ini menasihati
pembaca supaya bercakap dengan berhati-hati dalam
kehidupan seharian.
"Ke tanah seberang satu purnama,
Duduk bertamu rumah saudara;
Kalau bertutur dengan sempurna,
Nahu tersusun santun terjaga."
(Pantun Bahasa)
 Penulis menasihati pembaca supaya bertutur dengan
sempurna iaitu dengan sopan santun, halus dan
menggunakan kata-kata yang baik supaya kesantunan kita
terjaga.

Anda mungkin juga menyukai