Anda di halaman 1dari 2

Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan

KONSEP

Merujuk kepada air muka


Berkait rapat dengan maruah diri
Terdapat pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka :" Muka
tembok" ," Muka papan " menunjukkan orang Melayu mementingkan malu
dan air muka .
Malu = nilai suci dan murni yang menjadi asa kepercayaan yang diterima
mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa .
Menurut Islam , malu=perasaan yang mendesak seseorang supaya
menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala yang terpuji .
Konsep malu menjadi asas didikan anak-anak .
Orang yang menerima malu lazimnya akan berasa tertekan dan mudah
hilang pertimbangan .
Sesuatu perlakuan yang buruk yang mendatangkan malu akan
menjejaskan imeg keluarga juga .
Anggota yang sanggup memalukan diri dan keluarga dianggap tidak
bermaruah .
Dalam hikayat sastera klasik , terdapat beberapa peristiwa peperangan ,
pergaduhan dan amuk berlaku disebabkan seseorang itu dimalukan .
Sewaktu berinteraksi , orang Melayu ditegah menghina dan merendah-
rendahkan peribadi seseorang .
Penggunaan bahasa dan perkataan yang keluar dari bibir hendaklah
santun , tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri , keluarga dan
pihak lain walaupun yang dihujah itu benar .
Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain.
Oleh itu ,penggunaan mulut perlulah dikawal .

Penjagaan lidah juga penting kerana terdapat peribahasa yang berkaitan


dengan lidah , contohnya lidah bercabang, lidah buaya dan lidah tidak
bertulang .
Orang Melayu tidak bolh menerima orang yang menggunakan mulutnya
untuk menyampaikan cerita orang lain daripada seorang kepada orang lain .
Percakapan juga tidak boleh berlebih-lebih kerana ini boleh
menimbulkan kebosanan orang lain .
Kata-kata menggambarkan hati .
Hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada
lidah dan mulut .
Hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan
sebaliknya .
BAGAIMANA MENJAGA MARUAH DIRI ?
1. Memakai baju yang bersesuaian iaitu tidak ketat dan jarang .
2. Menjaga cara percakapan kita .
3. Menjaga cara pergaulan kita . Contohnya , memberi salam kepada orang
yang lebih tua daripada kita apabila kita tertemunya .

AKIBAT TIDAK MENJAGA MUKA .


Kehidupan tidak diberkati.
Dipulau oleh masyarakat dan orang sekeliling .
Masyarakat kucar-kacir dan negara tidak aman .
Kebaikan menjaga maruah diri .
1. Boleh membendung kejadian jenayah .
2. Melahirkan masyarakat bersatu padu , sejahtera dan negara aman .
3. Akan disanjungi , disayangi dan disukai oleh orang sekeliling

Anda mungkin juga menyukai