Anda di halaman 1dari 2

KELEMAHAN

Kelemahan yang terakhir ialah guru tidak membetulkan kesalahan bahasa yang
dilakukan oleh murid semasa membina ayat. Kesalahan bahasa yang berlaku perlu
diperbetulkan oleh guru secara terus. Sebagai contoh, ayat yang dibina oleh murid ialah ‘Jasa
perwira negara akan dikenang setiap zaman.’ Perkataan ‘setiap’ yang digunakan dalam ayat
adalah kurang sesuai dan sepatutnya digantikan dengan perkataan ‘sepanjang’. Tetapi, guru
tidak membetulkan kesalahan ini. Kesalahan bahasa yang dibiarkan lama-kelamaan akan
menjadi suatu kebiasaan kerana mereka mengganggap perkara tersebut adalah betul. Alhadi
dan Zaitul Azma Zainon (2018) menjelaskan bahawa kesalahan yang dilakukan dalam
pertuturan kebiasaannya akan terbawa-bawa ke dalam penulisan murid. Justeru, guru
perlulah membetulkan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh murid agar tidak berulang pada
masa hadapan.

PENAMBAHBAIKAN

Seterusnya, terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilakukan bagi


mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada. Antaranya, bahan bantu belajar yang digunakan
perlu diperbesar. Hal ini supaya semua murid di dalam bilik darjah dapat melihat dengan jelas
bahan yang digunakan oleh guru. Murid tidak perlu bangun daripada tempat duduk mereka
hanya disebabkan mahu melihat bahan bantu belajar yang digunakan dengan lebih jelas.
Murid juga dapat memahami dengan jelas maklumat yang hendak disampaikan oleh guru
(Mohamed Nor Azhari, Nur Amierah, Ramlee, Balamuralithara dan Nor Kalsum, 2014).
Apabila bahan bantu belajar yang digunakan bersaiz besar, murid akan lebih berminat untuk
belajar. Hal ini disebabkan motivasi mereka untuk belajar dapat ditingkatkan kerana mereka
berasa teruja untuk menggunakan bahan bantu belajar yang besar (Kamarul Aziz, Mohd
Faeez, Ab. Halim dan Mohd Izham, 2011). Justeru, penambahbaikan yang boleh dilakukan
ialah guru perlulah menghasilkan bahan bantu belajar yang besar.

Seterusnya, penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah guru meminta murid untuk
menulis ayat yang dibina secara lisan pada papan putih. Hal ini bertujuan untuk
membantu guru agar fokus dalam mendengar dan menilai ayat yang dibina oleh murid.
Sebagai contoh, guru meminta murid untuk menulis ayat yang dibina pada papan putih.
Kemudian, murid perlu membacakan semula ayat yang ditulis secara bacaan kuat di hadapan
kelas. Melalui cara ini, guru dapat memberikan fokus dengan lebih baik terhadap binaan ayat
oleh murid. Hal ini disebabkan guru dapat melihat dengan lebih jelas sekiranya terdapat
kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut berbanding ayat yang hanya dibina dan
dibacakan secara lisan. Justeru, dengan meminta murid untuk menulis pada papan putih,
guru dapat fokus dalam menilai dan memerhatikan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh
murid dalam pembinaan ayat.

RUJUKAN

Alhadi Ismail & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2018). Analisis kesalahan dalam penulisan
pelajar bahasa kedua dari aspek morfologi. Jurnal Linguistik. 22(1): 24-31.
Mohamed Nor Azhari Azman, Nur Amierah Azli, Ramlee Mustapha, Balamuralithara
Balakrishnan & Nor Kalsum Mohd Isa. (2014). Penggunaan alat bahan bantu mengajar
ke atas guru pelatih bagi topik kerja kayu, paip dan logam. Jurnal Sains Humanika. 3(1):
77-85.
Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah.
(2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang
Pendidikan Islam sekolah menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education.
3(1): 59-74.

Anda mungkin juga menyukai