Anda di halaman 1dari 2

KEKUATAN

Kekuatan pertama yang dikenalpasti sepanjang kumpulan kami menjalankan simulasi


pengajaran mikro ialah perancangan PdP yang dilaksanakan dapat menimbulkan minat dan
semangat murid untuk belajar. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan BBM yang menarik iaitu
Roda Kata. Penggunaan BBM Roda Kata ini bukan sahaja memberi keseronokan kepada murid
malah ianya juga membantu murid dalam mencapai objektif pembelajaran di mana ia dapat
menimbulkan rangsangan keinginan dan minat murid untuk mengetahui sesuatu dan
memahami konsep dengan mudah (Abdul Rahman Hamdan & Mohd Yasin, 2010).

Selain itu, kekuatan kedua yang dapat saya perhatikan ialah kejelasan saya dalam
memberikan arahan dan pengajaran. Menurut Adenan Ayob & Khairudin Mohamad (2012),
kejelasan penyampaian dan kelantangan suara memainkan peranan yang penting ketika sesi
PdP di dalam kelas. Arahan yang diberi jelas dan ringkas memudahkan murid faham kehendak
guru dan bagaimana sesuatu aktiviti itu harus dijalankan. Pengajaran dapat disampaikan
dengan jelas barulah murid dapat melakukan aktiviti berkumpulan dengan betul tanpa
melakukan kesilapan dan dapat mempelajari ilmu yang diajar dengan berkesan. Jika murid
tidak dapat mendengar suara guru dengan jelas maka murid akan mudah merasa bosan dan
tidak memahami pelajaran yang ingin disampaikan (Juliah Long, 2010). Ini menyebabkan
objektif PdP yang dirancang oleh guru tidak tercapai.

Seterusnya ialah kami dapat mengawal suasana dan keadaan kelas dengan baik
dimana kami sentiasa memantau dan membimbing murid terutama ketika aktiviti penilaian
seperti pengayaan dan pemulihan dilakukan. Oleh itu, penyampaian seseorang guru itu juga
penting bagi memastikan murid benar-benar memahami pelajaran yang diajar dan seterusnya
dapat mengawal murid dengan baik. Dengan adanya kawalan murid yang baik maka suasana
PdP akan berlangsung dengan harmoni.

KELEMAHAN

Salah satu kelemahan yang dapat dikenalpasti sepanjang menjalankan simulasi pengajaran
mikro ialah BBM yang dibina tidak boleh melibatkan murid yang ramai untuk menggunakannya.
Hal ini menyebabkan mereka terpaksa bergilir-gilir menggunakannya. Dalam masa yang sama
BM yang dibina adalah kecil dan menyukarkan murid yang duduk di bahagian belakang kelas
untuk melihatnya. Hal ini jika tidak diatasi boleh menyebabkan murid hilang tumpuan sepanjang
interaksi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Abdul Rahman Hamdan & Mohd Yasin (2010). Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di
kalangan guru-guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor.
Fakuti Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Adenan Ayob & Khairudin Mohamad. (2012). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn Bhd.

Juliah Long. (2010). Pengajaran kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai