Anda di halaman 1dari 14

FUNGSI KESANTUNAN BAHASA DALAM KOMUNIKASI

Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Bahasa Melayu
sering dikaitkan dengan bahasa yang indah, sopan dan lembut yang sering
diperlihatkan melalui pertuturan kita. Kesantunan orang-orang Melayu akan terserlah
dengan penggunaan penanda-penanda sopan, iaitu beradab sebanyak mungkin
kepada si pendengar. Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud
dalam berbahasa. Kesantunan bahasa sering kali dapat dilihat dalam interaksi antara
individu yang berkomunikasi.
Semakin banyak penanda santun digunakan dalam sesuatu ujaran maka akan
bertambahlah tingkat kesantunan si penutur (Asmah Hj Omar, 2002). Ia sesuai dengan
ciri-ciri kesopanan yang dimiliki oleh orang-orang Melayu yang dianggap pemalu,
lembut dan penuh keprihatinan terhadap orang lain.
Ketika berkomunikasi,

tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur

budaya yang ada dalam lingkungan masyarakat dan penggunaan suatu bahasa dalam
berkomunikasi. Tatacara berbahasa sangat penting diperhatikan demi kelancaran
berkomunikasi. Pelbagai fungsi kesantunan yang dapat dilihat semasa komunikasi.
Fungsi-fungsinya dinyatakan di bawah:
a) Memupuk Rasa Hormat-menghormati
Kesantunan bahasa diklasifikasikan sebagai etika sosial, iaitu sesuatu yang asas
diperlukan untuk mewujudkan keramahan dan penghormatan kepada seseorang
tetamu dalam sesebuah masyarakat (Zaitul). Dalam komunikasi kesantuanan
bahasa memainkan peranan sebagai tanda hormat kepada lawan bicara ketika
berkomunikasi. Komunikasi yang berteraskan kesantunan melambangkan nilai
hormat yang tinggi antara penutur. Kesantunan berbahasa amat penting bagi
mewujudkan sebuah masyarakat yang saling hormat-menghormati, saling
bertolak ansur, hormat serta dapat mewujudkan kerjasama. Sapaan mestilah
mengikut syarat-syarat dan juga norma-norma yang betul berdasarkan beberapa
faktor antaranya adalah status sosial, jarak sosial,kont eks ujaran, dan jantina
penutur. Seringkali dilihat pada zaman serba moden ini, penggunaan kata ganti

nama diri yang sopan dan lebih manis seperti awak, anda, saudara, encik, tuan
dan sebagainya telah digantikan dengan panggilan ringkas seperti lu, gua, bro,
beb dan banyak lagi. Selain itu, Ungkapan tau tak pe menjadi kebiasaan
pengucapan golongan remaja.
menggambarkan

sikap

Komunikasi tersebut secara tidak langsung

sombong,

berlagak,

membangga

diri

serta

memperlihatkan penutur lebih tahu akan perkara yang sedang dibincangkan


walaupun melibatkan dua peringkat umur yang berbeza. Ungkapan tersebut
seharusnya

ditukar

kepada

ungkapan

persetujuan

yang

menunjukkan

kerendahan diri, berbudi dan hormat seperti ya, betul tu, saya setuju dan
sebagainya. Kelemahan dan ketidakarifan ini akhirnya akan memperlihatkan
kurang pekanya masyarakat kita untuk menghalusi nilai kesopanan berbahasa
dengan baik.
b) Menyerlahkan Darjah Kesopanan
Penekanan terhadap beberapa aspek seperti perkara yang sebaiknya dikatakan
pada waktu dan dalam keadaan tertentu, penggunaan ragam bahasa yang
bersesuaian dengan situasi, mengambil kira bagaimana dan bila kita harus
menunggu giliran untuk bercakap atau mencelah, mengetahui kenyaringan suara
yang sesuai digunakan ketika berbicara, mengetahui bagaimana sikap dan gerak
geri badan yang bersesuaian ketika berbicara dan akhir sekali ialah bila
masanya kita harus diam dan mengakhiri sesuatu perbicaraan juga menjadi
komponen yang tidak kurang pentingnya dalam mewujudkan gaya hidup yang
sempurna dan penuh dengan nilai kesantunan agar keperibadian bangsa yang
luhur, dihormati dan disegani dapat dikekalkan. Kesantuanan dalam tutur bicara
akan menyerlahakan darjah kesopanan. Penutur dan pendengar akan merasa
lebih selesa dan mesra apabila komunikasi berlangsung penuh kesantunan.
Komunikasi dengan orang yang lebih tua mestilah menggunakan nada suara
yang lembut dan kelakuan yang sopan. Tidak digalakkan orang yang lebih muda
berjenaka sesuka hati, memerli atau menyampuk percakapan orang tua walau
dalam keadaan biasa. Walaubagaimanapun, masyarakat yang lebih muda tetap

diberi peluang untuk memberi pandangan atau meluahkan perasaan tetapi tetap
dalam keadaan sopan dan berhemah.
Kesantunan bahasa bukan sahaja dipandang serius di negara Malaysia sahaja,
malah

negara-negara

luar

turut

menekankannya.

Contohnya

ialah

di

Middleborough, Amerika Syarikat, satu peraturan baharu dilaksanakan dengan


mengenakan denda sebanyak AS$20 (RM64) ke atas mereka yang bermulut
celupar jika didapati menyumpah seranah di tempat awam. Peraturan baharu
yang dilaksanakan mendapat persetujuan yang majoriti daripada penduduk
bandar tersebut.
c) Menjaga Perasaan Orang Lain
Kesantunan bahasa dalam komunikasi adalah bertujuan untuk menjaga
perasaan pendengar. Amalan kesantunan berbahasa juga dapat membantu
mewujudkan suasana dan perhubungan yang mesra dalam suatu komunikasi
dan tidak menimbulkan konflik serta sentiasa menjaga air muka orang yang
dilawan bercakap, (Ahmad Khair Mohd. & Rohaida Abdul Gani, 2005). Perkataan
yang digunakan dalam komunikasi perlu bersesuaian dengan keadaan
pendengar dan situasi sekeliling.

Namun, seringkali terdapat individu yang

berkomunikasi terlalu menyentuh privasi orang lain dan berkomunikasi dengan


menggunakan bahasa yang menjelekkan orang lain.

Sekiranya kesantunan

tidak diterapkan dalam komunikasi berkemungkinan akan munculnya benihbenih permusuhan.


Perkembangan hari ini menunjukkan bahawa media massa memainkan
peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi pergerakan remaja. Aksi,
pertuturan dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media
cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi role model
bagi golongan remaja. Pembentukan personaliti melalui media massa dianggap
sukar dibendung kerana walaupun diakui media merupakan alat yang boleh
mendidik pendengar dan penontonnya, pada masa yang sama boleh membawa
penontonnya ke jalan yang salah terutama dalam kalangan remaja yang cepat

terpengaruh seolah-olah apa yang dilihat itu merupakan satu realiti dalam
kehidupan. Berikut merupakan masalah kesantunan bahasa yang berlaku di
media soaial pada masa ini:

Contoh di atas menggambarkan sikap individu yang tidak mejaga kesantunan


dalam komunikasi. Komen-komen yang ditulis di laman sosial ini tersimpang jauh
daripada kesantunan. Keadaan ini bakal mengguris perasaan

individu yang

terlibat dan merupakan percambahan pergaduhan sesama mereka yang terlibat.


d) Komunikasi Berkesan
Kesantunan dalam komunikasi memastikan mesej yang disampaikan difahami
dengan tepat dan jelas. Menurut Rozita (2014), apabila seorang penutur berjaya
menggunakan kesantunan dalam perbualan maka komunikasi akan berjalan
dengan lancar dan matlamat komunikasi berjaya dicapai. Dalam situasi
komunikasi yang berjaya, imej pendengar tidak terancam dan penutur pula
dikatakan sebagai seorang yang bersopan-santun. Makna masej akan difahami

dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima sekiranya penutur


mengutamakan kesantunan ketika berkomunikasi. Penggunaan perkataan yang
santun dan sesuai membolehkan kehendak penghantar dan penerima tercapai
dan hubungan akan menjadi lebih mesra. Contoh perkataan yang sering
digunakan tetapi sering disalah tafsir oleh pendengar ialah Apa-apa aja lah! ,
Whatever! ataupun Ok. Fine!
Perkataan-perkataan ini mendatangkan maksud negatif walaupun ditutur
dalam nada yang lembut dan bakal mendatangkan reaksi negatif daripada
pendengar dan menjadikan komunikasi kurang berkesan.
STRATEGI KESANTUNAN
Antara strategi kesantunan yang digunakan dalam komunikasi ialah :
a) Strategi ikhlas : Menegur secara tidak langsung sesuatu perbuatan yang tidak
disukai.
b) Strategi merendah diri : Menggunakan ungkapan-ugkapan membawa
maksud penutur merendah diri dengan mengaku kelemahan dan kekurangan
diri.
c) Strategi maaf : Meminta dengan baik untuk bercakap atau berbuat sesuatu.
d) Strategi penyelesaian: Mengambil keputusan memudahkan sesuatu urusan
supaya penyelesaian cepat dicapai tanpa mendapat banyak bangkangan.
e) Strategi memberi peluang : Memberi peluang kepada yang lebih berumur
atau berjawatan dalam masyarakat untuk bersuara.
f) Strategi penghargaan dan pujian : Urusan yang menunjukkan seseorang itu
dihargai kerana sesuatu tindakan yang disenangi.
g) Strategi berterima kasih : Penghargaan secara ucapan terima kasih terhadap
seseorang yang telah membuat sesuatu kebaiankan atau pertolongan.

h) Strategi kiasan : Ujaran yang diucapkan secara tidak langsung untuk


menjaga air muka seseorang.
i) Strategi berhemah dan lemah-lembut : Menggunakan ujuran yang halus dan
tidak kasar untuk membuat teguran atau nesihat supaya pendengar tidak
berkecil hati.
j) Strategi kecindan : Menggunakan ujuran dalam bentuk jenaka untuk
menimbulkan perasaan gembira.
k) Strategi menyapa/menegur : Ujaran yang dibuat apabila bertemu dengan
seseorang untuk menunjukkan keramahan walaupun telah mengetahui apa
yang dibuat oleh seseorang.
l) Strategi ungkapan Rabani : Menggunakan ujaran seperti Bismillah ,
Alhamdulillah , doa untuk menunjukkan kekuasaan Allah.
LAKUAN BAHASA
Kamus Linguistik terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1997) mentakrifkan lakuan
bahasa (speech act) sebagai penghasilan bunyi bahasa dengan cara yang tersusun
untuk melahirkan ujaran yang bermakna. Bahasa digunakan oleh penutur untuk
mempersembahkan lakuan. Bercakap dalam sesuatu bahasa bererti melibatkan diri
dengan bentuk lakuan yang terikat dengan peratura. Sewaktu bercakap, penutur
sebenarnya melakukan sesuatu lakuan pertuturan. Setiap tindakan yang dilakukan oleh
sesorang akan tergambar dalam bahasa yang digunakan. Permintaan maklumat adalah
satu lakuan bahasa dan lakuan ini diwujudkan dengan pelbagai cara (bertanya,
meminta @ memberi komen). Lakuan bahasa dalam komunikasi perlu betul dan tepat
supaya komunikasi berjalan lancar dan maksudnya tidak disalah tafsir.

Terdapat pelbagai fungsi lakuan bahasa dalam komunikasi seperti yang disenaraikan di
bawah:
a)

Membuat Penolakan

Membuat penolakan dalam komunikasi mestilah dilakukan secara berhemah di


samping penolakan tersebut jelas difahami oleh pendengar. Lakuan bahasa
dalam membuat penolakan perlu benar-benar menggambarkan penutur menolak
sesuatu perkara. Contoh lakuan bahasa penolakan ialah:
A / Jelas

B/ Kurang jelas

Saya suka menonton filem dengan Saya perlu bekerja lebih masa pada
awak tetapi saya bekerja pada Jumaat Jumaat malam
mala ini

Contoh lakuan bahasa A jelas menunjukkan bahawa penutur menolak pelawaan


rakannya untuk menonton filem pada Jummat malam. Manakala, lakuan bahasa
B lebih menunjukkan seolah-olah penutur membuat penyataan bahawa dia perlu
bekerja lebih masa pada Jumaat malam tanpa menolak pelawaan rakannya.
b) Membuat Aduan
Lakuan bahasa dalam membuat aduan perlu berbentuk tegas dan jelas agar
aduan tersebut dipandang serius oleh pihak yang menerima aduan. Contoh
lakuan bahasa aduan ialah:
A / Jelas
Saya sudah menunggu tiga minggu Telah

B/ Kurang jelas
tiga

minggu

tugasan

saya

Lakuan bahasa aduan seperti B kedengaran agak longgar dan tidak

jelas

untuk komputer, dan saya diberitahu ia tergendala


akan dihantar dalam masa seminggu

menunjukkan penutur membuat aduan. Penerima aduan mungkin tidak akan

mengambil serius hal tersebut kerana aduan yang samar. Berbeza dengan
lakuan bahasa aduan A tegas dan jelas menggambarkan penutur membuat
aduan.
c) Membuat Jemputan
Lakuan bahasa juga digunakan untuk membuat jempuatan. Lakuan bahasa
jemputan perlu dilakukan dengan jelas agar pendengar dapat merasakan
keikhlasan dan harapan individu yang membuat jemputan. Contoh lakuan
bahasa jemputan ialah:
A / Jelas
Kami

menjemput

beberapa

B/ Kurang jelas
orang Kami mengadakan majlis pada malam

untuk majlis malam Sabtu dan ingin Sabtu


tahau sama ada anda ingin menyertai
kami

Lakuan bahasa jemputan A amat bersopan dan jelas menunjukkan keikhlasan


penutur membuat jemputan kepada rakannya. Berbeza dengan lakuan bahasa
jemputan B seolah-olah penutur hanya sekadar memberitahu tentang majlisnya
tanpa mempelawa rakannya untuk hadir ke majlis tersebut.
d) Membuat Pujian
Dalam membuta pujian juga lakuan bahasanya perlu tepat dan jelas menujukkan
keikhlasan penutur membuat pujian. Contoh lakuan bahasa pujian ialah:
A / Jelas

B/ Kurang jelas

Saya benar-benar suka penampilan Kamu sesuai mengenakan pakaian


awak. Awak kelihatan sangat menarik

ini

Penutur di A benar-benar menujukkan kesungguhan dan keikhlasannya


membuat pujian kepada rakannya. Manakala, lakuan bahasa pujian penutur B
kedengaran agak longgar dalam memuji rakannya.
e) Menyatakan Kekesalan
Lakuan

bahasa

dalam

menyatakan

kekesalan

haruslah

benar-benar

menunjukkan keikhlasan dan kekesalan. Sesorang akan dilihat sebagai


mempunyai ego yang tinggi sekiranya lakuan bahasa kekesalan tidak
ditunjukkan dengan betul. Contoh lakuan bahasa kekesalan ialah:
A / Jelas

B/ Kurang jelas

Maafkan saya kerana terlupa hari jadi Oh, rupa-rupanya semalam hari jadi
kamu semalam

kamu!

Lakuan bahasa kekesalan B melambangkan penuturnya sekadar membuat


pernyataan tentang hari jadi rakannya yang telah lepas tanpa sebarang rasa
kekesalan. Manakala, penutut A benar-benar menyatakan kekesalannya kerana
terlupa tentang hari lahir rakannya.
f) Membuat Permintaan
Dalam membuat permintaan, lakuan bahasa penutur juga mesti jelas supaya
pendengar memberi bantuan seperti yang dikehendaki oleh penutur. Contoh
lakuan bahasa permintaan ialah:
A / Jelas
Bolehkah

anda

tolong

B/ Kurang jelas
hulurkan Jauhnya kentang lecek itu

kentang lecek itu?

Lakuan bahasa A jelas menunjukkan penutur memerlukan bantuan rakannya


untuk menghulurkan kentang lecek tersebut tetapi lakuan bahasa B tidak jelas

dan kedengaran seperti penutur sekadar membuat pernyataan. Hal ini akan
menyebabkan pendengar memberi respond yang berbeza kepada kedua-dua
lakuan bahasa.
IMPLIKASI

KESANTUNAN

BAHASA

DAN

LAKUAN

BAHASA

DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


Kesantunan bahasa dan lakuan bahasa memberi impak yang besar kepada pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu. Impaknya seperti yang dinyatakan berikut:
a) Implikasi dalam pengajaran guru
Guru memainkan peranan penting dalam menyemai kesantunan dalam diri
setiap pelajar. Guru dilihat sebagai role model kepada pelajarnya dan setiap
gerak geri serta perlakuan guru menjadi perhatian palajar.
Pelbagai implikasi boleh terjadi sekiranya guru tidak mengamalkan
kesantunan dalam PdP. Antaranya ialah guru tidak akan dihormati rakan sejawat,
pelajar dan masyarakat sekeliling. Perlakuan guru bukan sahaja mendapat
perhatian warga sekolah, malah turut menjadi perhatian masyarakat sekeliling
kerana sekolah amat berkait rapat dengan masyarakat. Kredibiliti seseorang
guru itu akan dipertikaikan disebabkan pendangan negatif masyarakat.
Selain itu, masyarakat akan mempunyai persepsi negatif kepada
profesion keguruan. Masyarakat terutamanya ibu bapa meletakkan harapan
yang tinggi kepada guru untuk mendidik anak mereka supaya menjadi modal
insan berguna. Jika harapan ini disia-siakan oleh guru, maka peranan guru tidak
lagi dilihat sebagai peranan penting dalam mendidik anak bangsa. Kelak, ibu
bapa lebih mempercayai pihak luar seperti kelas-kelas tusyen dan sekolah
swasta bagi menjamin kecemerlangan anak mereka.
Seterusnya, ketidaksantuan guru bakal dijadikan contoh oleh pelajar jika
guru tidak membendung perkara ini. Sekiranya guru mengamalkan kesantunan
dalam pengajaran, maka hal ini akan turut dipraktikkan oleh pelajarnya. Situasi
ini boleh dikaitan dengan peribahasa guru kencing berdiri, anak murid kencing

berlari. Jika dilihat pelajar masa ini sudah tidak mementingkan kesantunan
terutama dari aspek pertuturan. Seringkali berlaku masalah pelajar kurang ajar
dengan guru, memaki hamun rakan dan menyumpah seranah tanpa segan silu.
Masalah ini berlaku sedikit sebanyak berpunca daripada perlakuan guru yang
kadang kala mempamerkan ketidaksantunan di hadapan pelajar.

Para guru

harus sedar tentang perkara ini dan segera menanganinya supaya tidak menjadi
semakin parah.
b) Implikasi dalam pembelajaran pelajar.
Kesantunan dan lakuan bahasa turut memberi implikasi kepada pembelajaran
pelajar. Implikasi ini dapat dilihat jelas daripada hasil penulisan karangan bahasa
Melayu pelajar. Berikut merupakan beberapa contoh dapatan hasil penulisan
pelajar yang melibatkan kesantunan:
Dapatan 1

Dapatan 2

Dapatan 3

Dapatan 4

Daripada dapatan-dapatan di atas, dapat disimpulkan bahawa kesantunan yang


dipamerkan oleh pelajar melalui penulisan ini berpunca daripada penggunaan
perkataan dalam komunikasi seharian mereka. Komunikasi seharian pelajar
meliputi komunikasi dengan guru, rakan dan ahli keluarga. Apabila pelajar telah
terbiasa menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sopan dalam komunikasi
harian, maka mereka akan merasakan penggunaan perkataan tersebut betul dan
sesuai walaupun melambangkan ketidaksantuanan bahasa.
Selain itu, berkemungkinan juga pelajar telah terdedah dengan filem-filem
yang mengandungi unsur ketidaksantunan dan mereka terikut-ikut dengan aksi
dalam filem tersebut. Latar belakang keluarga juga turut menjadi punca kepada
masalah ini. Pelajar yang membesar dengan suasana keluarga yang kucar kacir
dan sering bertutur menggunakan bahasa kasar akan menyebabkan pelajar
sebati dengan pertuturan tersebut. Seterusnya pelajar akan mengaplikasikan
pengalaman mereka

dalam pembelajaran di sekolah dan ini bakal menjadi

masalah yang serius kepada pelajar.

Guru perlu melakukan tindakan sewajarnya supaya masalah kesantunan


dan lakuan bahasa pelajar dapat ditangani dengan berkesan. Pelajar yang bakal
memegang pucuk pimpinan negara tidak seharusnya dibiarkan hanyut dengan
masalah sedemikian dan perlu dibentuk dari kecil.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, cara pertuturan, kesantunan dan lakuan bahasa yang betul dalam
komunikasi perlu dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan
pendidik dan pelajar. Memandangkan negara Malaysia bersifat majmuk, maka perkara
ini harus diambil perhatian oleh semua supaya perpaduan antara kaum terjamin. Di
samping itu, pertuturan, kesantunan dan lakuan bahasa turut menjamin kelancaran
komunikasi antara penutur. Kesannya, mesej yang disampaikan oleh penutur akan
mudah difahami dan tidak disalah tafsir oleh pendengar.

Anda mungkin juga menyukai