Anda di halaman 1dari 20

Budi bahasa dapat dedifinasikan sebagai tingkah laku,tutur kata, kejujuran , keadilan,

pemurah , bertimbang rasa , perangai baik , berterima kasih dan akhlak yang elok . Budi
bahasa yang tinggi mencerminkan ketamadunan sesuatu masyarakat . Berbudi Bahasa kepada
ibu bapa merupakan tapak permulaan kehidupan seseorang.Hal ini demikian kerana
merekalah yang membesarkan anak-anak sejak sebesar tapak tangan hingga
dewasa .Justeru,ibu bapa wajar melatih anak-anak berbudi bahasa ketika hendak melakukan
sesuatu perkara.Misalnya,anak-anak perlu meminta izin daripada ibu bapa mereka samada
hendak keluar rumah atu ketika menyertai sebarang aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah
.
     Amalan berbudi bahasa lain yang perlu disemai dalam diri remaja termasuklah sentiasa
bertutur  n itu,dengan suara yang lemah lembut,bermuka manis , dan penuh kemesraan
terhadap orang yang lebih tua.Selain itu, remaj perlu berbudi bahasa kepada guru juga.Merka
hendklah merendahkan suara apabial bertanyakan sesuatu soalan atau ketika berbincang
tentang pelajaran . Remaja harus juga memiliki adap sopan ketika belajar dalam kelas .Guru
pula perlu menjadi model terbaik untuk membimbing mereka menjdi insan yang berbudi
bahasa .
     Disamping itu , penerapan berbudi bahasa boleh juga dilakukan melalui Pergaulan dengan
rakan sebaya yang berakhlak mulia.Pilihlah rakan yang memiliki sikap yang baik seperti
bersedia memaafakan kesalaahan dan kesilapan orang lain.Rakan yang rajin berusaha serta
mudah diajak berbincang dapat juga memupuk budi bahasa dalam diri remaja .
      Justeru,konsep berbudi bahasa ini sepatutnya menjadi amlam golongan remajabagi
membentuk kehidupan yang lebih harmonis dan berbudaya tinggi sebagaimana saranan
Mantan Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Melalui berbudi bahasa ini ,
tamadun dan kehidupan sesuatu bangsa itu akan sentiasa dipandang  tinggi oleh bangsa-
bangsa lain di seluruh dunia.

Jawapan :
     Budi bahasa perlu diterapkan dalam diri remaja sejak kecil . Antara langkahnya ialah
berbudi bahasa terhadap ibu bapa . Remaja perlu meminta izin daripada ibu bapa sebelum
melakukan sesuatu atau ketika hendak keluar rumah atau menyertai aktiviti di sekolah.Selain
itu,mereka perlu sopan, mesra, dan bermuka manis terhadap orang tua.Disamping itu, mereka
juag harus merendahkan suara ketika berbincang dan bertanyakan soalan kepada
guru.Seterusnya, pilihlah rakan yang berakhlak mulia dan mudah diajak berbincang.Akhir
sekali, guru pula perlu menjadi model kepada remaja supaya menjadi insan yang berbudi
bahasa .
                                                                                                                          (79  patah
perkataan)

Bahagian (ii) :Pemahaman                                                                                               


1      1. Apakah maksud rangkai kata kehidupan yang lebih  harmonis
Maksud rangkai kata kehidupan yang lebih harmonis ialah kehidupan yang lebih seimbang .

2.      2.Nyatakan dua ciri rakan sebaya yang dapat membantu remaja kea rah pembentukan sikap
berbudi bahasa .
Ciri rakan sebaya yang dapat membantu remaja ke arah sikap berbudi bahasa ialah rakan
yang sedia memaafkan kesalahan dan kesilapan orang lain . Selain itu, rakan yang rajin
berusahaa dan mudah diajak berbincang dalam apa-apa juga perkara .
3.      3.Pada pendapat anda, mengapakah sikap berbudi bahasa perlu diterapkan dalam diri
golongan remaja ?
Sikap berbudi bahasa perlu diterapkan dalam diri remaja kerana mereka adalah generasi
muda yang bakal mewarisi kepimpinan Negara pada masa depan.Sikap berbudi bahasa ini
juga melambangkan ketamadunan sesuatu masyarakat .
1. Menurut Teuku Iskandar (1970), perkataan budi yang berasal daripada kata Sanskrit
iaitu Buddhi bermaksud bijak, pekerti baik dan mulia.
2. Maskud budi yang ditakrifkan oleh Zaidi Daud (1996) pula adalah peribadi insan yang mulia. 
3. Menurut Kamus Dewan (2005), budi merupakan: akal dan kebijaksanaan atau perangai,
akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya
upaya yang baik. 
4. Menurut Islam pula, budi ialah: adab, sopan santun yang menggambarkan orang yang
beriman.
5. Pengertian budi pekerti yang dihuraikan oleh Imam Al-Ghazali (2002) adalah budi pekerti
berasaskan pertimbangan akal, hawa nafsu dan marah. 
6. Mustafa Haji Daud (1995), menjelaskan perkataan budi apabila ditambah dengan awal "ber"
menjadi berbudi atau "man" di akhirnya menjadi budiman akan membawa maksud seseorang yang
mempunyai budi bahasa, adab sopan bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, mempunyai daya
ikhtiar yang tinggi, matang, bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan dan yang paling banyak
menabur jasa dan bakti.

Secara Ringkasnya:
Budi merupakan tingkah laku individu yang baik, sopan, santun, berkakhlak terpuji dan berwatak
insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana. Budi yang baik melambangkan
sikap manusia yang terpuji dengan perbuatan yang berkakhlak serta memberikan kebaikan kepada
individu yang lain, 

Budi yang baik  juga akan melahirkan bicara yang santun dan halus yang menggambarkan ketinggian
akal fikiran dan kebijaksanaan yang tinggi.

Konsep Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia


Apakah itu Bahasa?
Berpandukan Kamus Dewan (2002), maksud bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yang baik,
tingkah laku yang baik, dan sopan santun.
 Setiap bangsa mempunyai sistem lambang bunyi suara yang tersendiri dan berbeza dengan
bangsa-bangsa lain. 
 Sistem lambang bunyi ini diterima, dipersetujui dan diguna pakai oleh kelompok masyarakat
itu. 
 Sistem lambang bunyi ini menjadi medium komunikasi masyarakat tersebut dalam menjalani
kehidupan seharian.
 Sistem lambang bunyi ini menjadi identiti bangsa itu sendiri dan terus akan diperturunkan
daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.
Menurut Ferdinand de Saussure (1960), bahasa erupakan satu sistem isyarat yang abstrak yang
mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat. 
 Peraturan merupakan hasil perlakuan bahasa untuk melahirkan persaan.
 Sistem isyarat yang digunakan dalam sesuatu masyarakat dipersetujui dan diterima sebagai
satu cara yang mempunyai makna boleh difahami oleh ahli masyarakat tersebut.
 Sistem isyarat yang digunakan dalam sesuatu masyarakat bergantung kepada sosio-budaya,
politik, kepercayaan dan nilai yang didukung dalam sesuatu masyarakat itu. 
 Hal ini bermaksud sistem isyarat yang digunakan akan berbeza antara satu masyarakat
dengan masyarakat yang lain. 
Berdasarkan definisi dan pengertian yang telah diberi oleh tokoh-tokoh termasuklah Noam Chomsky
(1957), Asmah Hj. Omar (1986), Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985), dan Lufti Abas (1985),
Boleh kita membuat kesimpulan bahawa bahasa mengandungi ciri-ciri
berikut: 
1. Bersistem dan sistematik - bahasa mempunyai peraturan-peraturan atau pola-pola tertentu
yang perlu dipatuhi. Pada umumnya bahasa terdiri daripada dua sistem iaitu sistem bunyi dan sistem
makna.
2. Arbitari - bahasa yang wujud dalam sesuatu masyarakat tidak mempunyai peratursn khusus
yang dapat mengatur pembentukan kata-kata atau makna yang diberikan dalam sesuatu bahasa itu.
Mekanisme yang ada hanyalah kesepakatan yang diterima bersama-sama dalam kelompok
masyarakat itu saja. 
3. Vokal - bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi bersifat lisan (vokal).
4. Simbol - bunyi yang diucapkan oleh seseorang hasil daripada penggabungan simbol-simbol
atau lambang bahasa yang disusun secara sistematik. Simbol-simbol itu akan dapat dilihat apabila
bahasa itu diungkapkan secara bertulis dan mempunyai makna yang disepakati bersama.
5. Alat komunikasi - manusia menggunakan bahasa untuk berinteraksi dalam kehidupan
seharian mereka.
6. Dinamis - sesuatu bahasa akan terus mengalami perubahan dan perkembangan mengikut
peredaran zaman. 

Perkataan budi dan bahasa apabila digabungkan akan menjadi kata


majmuk budi bahasa. 
Secara mendalamnya, pengertian budi bahasa meliputi tutur kata, tingkah laku pemikiran dan
perasaan seseorang individu atau masyarakat.

Budi bahasa:

 Merupakan nilai-nilai murni yang telah lama diamalkan sejak zaman dahulu hingga sekarang
dalam menjaga keharmonian masyarakat. 
 Dirujuk kepada sifat seseorang individu maka terbentuklah perkataan berbudi bahasa dan
budi dan berbahasa. 
 Pecakapan yang baik, teliti, dan elok dalam tutur kata, hormat, bijaksana, tinggi budi bicara,
pemurah, belas kasihan, beradap, bersopan santun, 
 Sentiasa bertatatertib, mengamalkan budi pekerti yang baik dan mulia, tingkah laku yang baik
dan akhlak yang mulia.
 Orang yang berbudi bahasa dikenali sebagai budiman. 
Menurut Kamus Elektronik Pusat Rujukan Melau Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), budi bahasa
merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelalukan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainyi
disebut sebagai nilai-nilai murni. 

Setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain dalam
pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. 

Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi:

 Individu
 Kekeluargaan
 Masyarakat
 Kenegaraan
Kesemuanya adalah nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan
kebudayaan.

Berbudi bahasa juga membawa erti berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai budi. Pengertiannya
termasuk:
 Berbudi dengan harta 
 Membantu dengan tulang empat kerat 
 Memberi nasihat. 
 Memberi buah fikiran yang baik dan bernas
 Memberi tunjuk ajar kepada seseorang
 Bermanis muka
 Bersimpati dan menggunakan bahasa yang baik yang menyenangkan orang lain atau
pendengar. 

Malah dalam konteks Malaysia yang mempunyai bangsa yang pelbagai kaum: sifat berbudi bahasa
sangat penting bagi menjamin keharmonian kaum.

Konsep budi bahasa berdasarkan agama:


 Islam - Akhlak yang mulia dalam pergaulan masyarakat dinilai daripada tutur kata yang baik. 
 Buddha - Hubungan yang baik antara raja dan menteri, suami dengan isteri, abang dengan
adik dan kawan dengan kawan; sifat sejagat. 
 Hindu - Manusia yang perlu ada pada manusia dan aspek purusharta merangkumi empat
objektif mulia yang berasaskan moral dan etika termasuk budi bahasa dalam menjalani kehidupan
seharian. 

Ciri-Ciri Budi Bahasa


Orang yang berbudi Bahasa:

 Memiliki akhlak yang sangat mulia yang terpancar melalui tutur kata yang halus.
 Mempunyai tingkah laku yang santun.
 Pemikiran yang luhur.
 Perasaan yang tenang.
 Gerak laku yang tertib.
 Hati yang mulia.
 Sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain.
 Tidak mementingkan diri sendiri.

1. Budi Bahasa Masyarakat Melayu 


Keprihatinan masyarakat Melayu terhadap budi bahasa adalah selaras dengan tuntutan agama Islam
yang sangat mementingkan ketinggian akhlak. 

Nilai-nilai budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat Melayu antaranya ialah:

 Bercakap dengan lembut dan halus semasa bercakap


 Menundukkan badan apabila berjalan di hadapan orang tua
 Memberi salam apabila bertemu
 Berjabat tangan apabila bertemu dan berpisah
 Berpakaian menutup aurat
 Tidak membuat bising semasa waktu sembahyang
 Makan menggunakan tangan
 Tidak bercakap semasa makan
 Sentiasa meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan
 Bersabar
 Jujur
 Tidak merenung mata dengan tajam semasa bercakap dengan ibu bapa, guru dan orang tua
 Anak dara duduk bersimpuh
 Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap
 Mendahulukan orang tua dalam segala urusan
2. Budi Bahasa Dalam Masyarakat Cina
Masyarakat Cina yang sebahagian besar menganut agama Buddha juga sangat mementingkan budi
bahasa dalam pergaulan seharian bagi menjamin keharmonian hidup. 

Ajaran Konfusius menekankan konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap


orang lain dan harga diri. Confusius menitikberatkan pengamalan lima kebaikan iaitu: budi bahasa,
kemurahan hati dan sifat baik. 

Nilai-nilai budi bahasa yang dapat dilihat dalam masyarakat Cina antaranya ialah:

 Makan menggunakan penyepit (chopstick)


 Tidak mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat semasa makan
 Siku tangan tidak diletakkan di atas meja semasa makan
 Bercakap dengan lemah lembut dengan orang tua dan ibu bapa
 Dilarang mengeluarkan kata-kata kesat dalam pergaulan
 Individu yang sudah berkahwin memberi angpau kepada kanak-kanak
 Ibu bapa menghantar wakil untuk meminang
 Hormat-menghormati
3. Budi Bahasa Dalam Masyarakat India
Masyarakat India sangat patuh kepada ajaran agama Hindu yang mementingkan budi bahasa yang
mulia dalam kalangan penganutnya. Penganut yang taat kepada agama akan menterjemahkan
tingkah laku yang berbudi bahasa semasa bergaul dengan masyarakat.

Anatara amalan budi bahasa yang diamalkan oleh masyarakat India ialah:

 Duduk ketika makan dan menggunakan tangan


 Sentiasa bercakap dengan lembut dengan ibu bapa dan guru
 Sentiasa menjaga ibu bapa yang uzur
 Tidak bising ketika sembahyang
 Bersabar dan tidak pemarah
 Membuka kasut ketika memasuki kuil
 Berpakaian tidak mencolok mata
 Tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan orang lain
 Sentiasa menolong orang susah
 Tidak membalas dendam
 Pemaaf 
 Pemurah 
 Hormat-menghormati
PENGERTIAN BUDI
 Menurut Zaidi Daud (1996), budi  iaitu sifat yang menggambarkan
peribadi insan yang mulia.
 Menurut Kamus Dewan (2005), budi ialah akal dan bijaksana atau
perangai, akhlak, tingkah laku, watak, atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan,
bicara dan daya upaya yang baik. Pengertian ini membawa maksud budi
ialah kebaikan atau kebijaksaan yang dilakukan oleh individu atau
kumpulan terhadap individu atau kumpulan lain.
 Menurut Islam budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan
seseorang yang berakhlak dan beriman. 
 Imam Al-Ghazali (2002) dengan menjelaskan bahawa budi pekerti
berasakan kepada pertimbangan akal, hawa nafsu dan marah.
 Mustafa Haji Daud (1995), menjelaskan perkataan budi apabila ditambah
dengan awal “ber” menjadi berbudi atau “man” di akhirnya menjadi budiman,
akan membawa maksud seseorang yang mempunyai daya ikhtiar yang tinggi,
matang, bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan dan yang paling penting
banyak menabur jasa dan bakti.
Bagi masyarakat Melayu, perkataan budi itu membawa maksud jasa dan
sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain. Kesimpulannya, budi
merupakan tingkah laku individu yang baik, sopan santun, berakhlak terpuji dan
berwatak insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang waras.

PENGERTIAN BAHASA
 Kamus Dewan (2002), menjelaskan maksud bahasa ialah sistemlambang
bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia, dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan
sopan santun.
 Ferdinand de Saussure (1960), seorang sarjana linguistic Swiss
menyatakan bahasa merupakan satu sistem isyarat yang abstrak yang
mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam
masyarakat.
 Menurut Noam Chomsky (1957), bahasa mengandungi satu set ayat yang
tidak terhingga dan tidak terbatas yang terbentuk daripada unsur bahsa yang
dikenali sebagai fenom.
 Menurut Asmah Hj. Omar (1986) , bahasa merupakan bunyi yang
dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga
tekak manusia.
 Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985), mendefinisikan bahasa
sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya.
 Edward Sapir  menjelaskan bahasa ialah suatu sistem lambing-lambang
pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan
fikiran dan perasaan.
 Raja Mukhtaruddin yang berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih
dahulu mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambing-lambang pertuturan
yng arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat.
  Lutfi Abas (1985), mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis
dalam linguistik. Bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada
bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia , yang
dipersetujui bersama dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan symbol-
simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi .

PENGERTIAN BUDI BAHASA

Pengertian budi bahasa ini meliputi tutur kata, tingkah laku, pemikiran dan
perasaan seseorang individu atau masyarakat.
 Menurut Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP), Budi bahasa merangkumi pekerti, akhlak, watak
dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai
nilai-nilai murni.
 Berbudi bahasa juga membawa erti berbudi melalui bahasa atau bahasa
sebagai budi. 
 Dalam islam, budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi
yang mulia.

 Budi bahasa juga cerminan budaya .


 Marcapada ini,amalan budi bahasa dalam masyarakat negara kita
semakin luntur. Hal ini dikatakan demikian kerana sikap ibu bapa yang
tidak prihatin terhadap kepentingan amalan berbudi bahasa dalam diri
anak-anak mereka.Jika amalan budi bahasa ini tidak dipupuk maka
negara kita akan dahagakan masyarakat yang saling bersatu padu.Oleh
itu,amalan berbudi bahasa ini haruslah dipupuk sejak di bangku sekolah
lagi kerana ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.Peranan daripada
pelbagai pihak amat penting dalam usaha untuk meningkatkan
kesantunan berbahasa di Malaysia yang berbilang kaum.Dalam konteks
ini ,peranan vital yang dimainkan oleh institusi keluarga untuk
menyuntik amalan berbudi bahasa yang luhur dalam sanubari dan jiwa
raga generasi muda yang bakal menerajui pelapis kepimpinan
negara memang tidak dapat dinafikan.Bagaimanakah cara-cara untuk
memupuk amalan budi bahasa ini daripada terus hilang
dimamah zaman?
 Dalam usaha untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita,ibu
bapalah yang memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak
sejak kecil.Dengan adanya didikan ibu bapa,maka anak akan memiliki amalan
budi bahasa dalam diri sendiri mereka.Selain itu,ibu bapa juga harus
menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka.Contohnya,apabila
ibu bapa menghormati orang tua di hadapan anak mereka,anak mereka akan
secara semula jadinya mengikuti perbuatan ibu bapa mereka kerana ‘bapa
borek anak rintik’.Ibu bapa harus menasihati anak mereka supaya
menghormati ahli keluarga yang lebih tua seperti datuk dan nenek.Mereka juga
perlu mengajar anak supaya menggunakan panggilan yang betul semasa
berada di rumah.Ibu bapa mestilah sentiasa membawa mereka untuk mengikuti
program seperti kempen dan ceramah yang dianjurkan oleh pihak tertentu
yang menjurus kepada usaha untuk memupuk nilai-nilai murni.Jika ibu bapa
hanya mengambil ringan akan masalah yang sedang melanda negara kita
sekarang maka negara kita akan mengalami satu masalah besar yang akan
menyerang negara pada masa akan datang bak kata pepatah’api kecil baik
dipadam’.Oleh itu,peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini amat
diperlukan kerana setiap pembelajaran itu bermula dari rumah dan ibu bapa
haruslah sabar dalam mendidik anak-anak kerana ‘belakang parang jika diasah
tajam juga’.

            Selain pihak ibu bapa,pihak sekolah juga memainkan peranan untuk
meningkatkan amalan budi bahasa di negara kita.Pihak sekolah seperti kelab
bimbingan dan kauseling boleh memberi nasihat kepada pelajar agar sentiasa
mengamalkan nilai-nilai murni seperti rajin,tanggungjawab dan sebagainya
dalam rutin kehidupan mereka.Cara ini dapat membolehkan pelajar menjadi
pelajar yang cemerlang.Guru haruslah memberi didikan moral kepada murid
supaya mereka dapat menghayati 36 nilai murni yang terkandung dalam
sukatan pelajaran Pendidikan Moral misalnya nilai amanah,nilai kesederhanaan
dan lain-lain.Nilai-nilai moral dapat menjadikan pelajar sebagai seorang modal
insan yang berakhlak mulia dan juga beradab sopan.Bekas Perdana
Menteri,Tun Dr.Mahathir Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu
mencontohi sikap masyarakat Jepun.Walaupun negara mereka semakin maju,
namun, masyarakatnya masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping
mengamalkan budaya dan adat resam bangsa mereka. Mereka percaya bahawa
dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya
mereka, mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan
negaranya.Semangat inilah yang membawa negara mereka kepada kemajuan
kerana rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang
tercinta.Jelaslah bahawa dalam usaha untuk memupuk amalan budi
bahasa,sekolah memainkan peranan yang penting juga

            Seterusnya,pihak kerajaan memainkan peranan dalam meningkatkan


kesantunan berbahasa di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum
seperti orang Melayu,orang Cina dan juga orang India.Pihak kerajaan boleh
mengadakan kempen kesedaran atau ceramah untuk memberi kesedaran
kepada masyarakat supaya mereka dapat menyedari bahawa betapa penting
sesebuah masyarakat perlu mengamalkan amalan budi bahasa.Hal ini
dikatakan demikian kerana kempen-kempen yang diadakan mampu
menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan ini dipraktikkan dalam
kehidupan seharian kita.Masyarakat pada hari lebih mudah dipengaruhi dan
dikuasai dengan kempen-kempen yang diadakan.Contoh kempen yang boleh
dianjurkan untuk meningkatkan kesantunan berbahasa ialah Kempen Budi
Bahasa dan Marilah Berbudi Bahasa. Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni
ini merupakan agenda penting kerajaan untuk menyemarakkan dan menyemai
semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.
Kempen ini haruslah dilakukan secara berterusan dan janganlah sekadar
‘hangat-hangat tahi ayam’.Kita telah menjadikan amalan budi pekerti sebagai
satu asas dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan
negara,dari Rukun Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020. Pada 27
Januari 2006, Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah
melancarkan Kempen Rukun Negara yang merupakan anjuran Kementerian
Penerangan Malaysia.Jelaslah bahawa aspirasi kita dalam bidang
pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan realiti kehidupan kita
masa kini.Pada 11 Februari 2005,Kementerian Kebudayaan dan Warisan
(KEKWA) telah melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni.Kempen
Budi Bahasa dan Nilai Murni sama sekali tidak diwujudkan kalau masyarakat
kita berbudi bahasa selayaknya. Terdapat kajian yang telah didapati iaitu Kuala
Lumpur telah menjadi bandar raya yang kedua paling biadab.Kajian ini amat
membimbangkan.Oleh itu,kempen seumpama ini haruslah diadakan secara
berterusan serta giat dan bukannya sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.Oleh
itu,diharapkan kempen yang bersungguh-sungguh ini dapat menyemarakkan
dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam jiwa setiap
rakyat Malaysia serta meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang
dalam kehidupan seharian kita.
            
             Langkah yang boleh dilakukan untuk membanteras masalah ini
ialah melalui media massa.Pada zaman yang menuju puncak ini,semua
informasi-informasi yang berlaku di dunia ini mudah didapati kerana
kemudahan seperti internet,televisyen dan banyak lagi memberi kita
peluang untuk menerokai hal-hal yang berlaku pada masa
sekarang.Video atau iklan yang ditayangkan melalui media massa
seperti televisyen berupaya untuk mempengaruhi sikap seseorang.Oleh
hal demikian,sudah tentulah usaha untuk memupuk nilai murni ini boleh
dilakukan melalui media massa.Untuk merealisasikan impian ini,pihak
media massa haruslah bekerjasama dalam menjayakan program ini dan
sentiasa berjuang untuk kedaulatan negara.Seperti yang sedia kita
maklum,televisyen menjadi daya tarikan yang popular dalam kalangan
masyarakat di negara kita.Oleh itu,pihak syarikat televisyen haruslah
sentiasa memaparkan kebaikan budi bahasadan kepentingan nilai-nilai
murni melalui iklan-iklan di televisyen.Jika pihak media massa tidak
bekerjasama dalam mengatasi masalah ini maka amat sukar untuk
mewara-warakan masalah yang sedang dihadapi ini kepada
masyarakat.Oleh itu, pihak media massa menjadi tempat untuk
mendapatkan pertolongan bagi menyelesaikan masalah ini bak kata
pepatah’yang berpayung yang ditembak’.

             Masyarakat Malaysia tanpa mengira agama,bangsa dan budaya
haruslah memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan yang telah berusaha
untuk menggunakan pelbagai jenis cara untuk meningkatkan kesantunan
berbahasa di negara kita.Masyarakat sepatutnya mengamalkan nilai
bekerjasama dan sanggup bertolak ansur untuk mengelakkan perselisihan
faham dan pertelingkahan berlaku.Penerapan nilai-nilai ini dalam diri
masyarakat dapat menjadikan Malaysia sebagai negara yang aman dan
damai.Masyarakat generasi yang lebih tua yang mengamalkan amalan budi
bahasa juga dapat mempengaruhi sikap generasi muda pada hari
ini.Masyarakat pada hari ini harus mengamalkan amalan senyum kepada orang
lain tanpa mengira kaum.Senyum merupakan satu aksi yang paling
mudah.Malah budi bahasa yang paling asas iaitu melemparkan senyuman dan
mengucapkan terima kasih masih sukar dilihat dalam masyarakat kini.Pihak
berkuasa boleh mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota
penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya
senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih.Apabila
seseorang itu senyum,orang itu akan nampakmesra dan beradab
sopan.Tegasnya,masyarakat berbilang kaum harus berganding bahu bersam
untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita.

             Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa
amalan budi bahasa amat mustahak untuk negara mencapai taraf negara
maju. Pepatah peribahasa ‘yang merah itu saga,yang kurik itu
kendi,yang indah itu bahasa,yang elok itu budi’,bermaksud kepentingan
berbudi bahasa dalam kehidupan masyarakat kita.Pepatah ini
juga mengatakan bahawa budi bahasa tidak boleh dijual beli dengan
sesuka hati.Kita haruslah bersatu padu dalam menangani masalah
keruntuhan amalan budi bahasa yang kian serius dalam kalangan
masyarakat di negara ini.Semua pihak mestilah memainkan peranan
yang penting dalam memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan
masyarakat,bak kata pepatah’bersatu kita teguh,bercerai kita roboh’.Kita
haruslah memupuk amalan berbudi bahasa ini di dalam diri kita kerana
tidak rugi seseorang itu yang mempunyai nilai-nilai murni kerana
‘hancur badan dikandung tanah,budi baik dikenang juga’.Menjelang
tahun 2020, tabiat buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap
kasar sudah hapus dalam pemikiran setiap rakyat Malaysia supaya
negara akan lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.Biarlah pepohon
terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah negara
Malaysia terus disegani kerana ketinggian budi bahasa rakyatnya.
 Posted by Ngu Linna at 11:23 
 Amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja ini
boleh dikatakan sebagai sikap bersopan ketika
remaja itu berinteraksi dengan individu lain. Antara
sikap berbudi bahasa itu meliputi memanggil orang
lain dengan hormat, memberi laluan kepada orang
tua, dan tidak menggunakan bahasa kesat ketika
bercakap. Namun, mengapakah begitu banyak
pihak berpendapat remaja kita semakin
kesampingkan nilai-nilai ini?

     Masalah ini berlaku kerana ibu bapa terlepas


pandang akan kepentingan kasih sayang dan
kebajikan anak-anak mereka itu. Sikap terlalu
memburu dunia kebendaan itu membawa ibu bapa
tidak mempunyai masa untuk memberikan kasih
sayang dan tunjuk ajar yang betul kepada anak. Ada
juga ibu bapa yang terlalu sibuk ini menggunakan
kaedah materialistik untuk mengatasi kesibukan
mereka bekerja itu dalam mendidik anak.
Akibatnya, kepincangan akhlak dan semakin
menghilangnya budi bahasa berlaku dalam
kalangan remaja dalam kadar yang begitu pantas
serta meluas.

      Selain itu, kewujudan pelbagai media massa di


negara ini dalam tempoh terdekat turut
menjejaskan kualiti budi bahasa remaja kita.
Pelbagai program yang tersiar terutama penyiaran
budaya luar telah mempengaruhi minda remaja kita
untuk meninggalkan budi bahasa yang menjadi
pegangan masyarakat kita suatu masa dahulu itu.
Semakin lama remaja menonton program yang
sebegini semakin terjejaslah konsep budi bahasa
yang diterapkan dalam dirinya oleh ibu bapa dan
pihak masyarakat itu. Jelaslah, remaja tidak lagi
berbudi bahasa kerana terpedaya dengan
kandungan palsu atau berunsur imaginasi khayalan
media massa yang diimport itu.

     Untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa


memainkan peranan paling utama dalam
membentuk akhlak anak-anak itu. Mereka harus
meluangkan masa dan mempamerkan teladan yang
betul serta memberikan didikan keagamaan kepada
golongan muda itu. Remaja lebih mudah meniru
budi bahasa itu apabila melihat sendiri kelakuan
baik yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.
Ringkasnya, masalah ini boleh ditangani apabila ibu
bapa tidak mementingkan aspek kebendaan sahaja.
     Tambahan pula, pihak sekolah turut mempunyai
tugas berat dengan melaksanakan sistem
pendidikan yang menekankan falsafah
kemanusiaan yang sebenarnya. Pendidikan di
sekolah hendaklah menekankan keperluan
membentuk pelajar menjadi insan yang seimbang
peribadinya dalam segi jasmani, rohani, dan
intelektual. Masa pelajar banyak dihabiskan di
sekolah yang membolehkan pihak sekolah
menyemai nilai budi bahasa ini dengan lebih baik
lagi mendalam itu. Sesungguhnya, kejayaan pihak
pengurusan sekolah dalam melaksanakan tugasnya
bakal menghasilkan remaja yang berbudi bahasa
itu.

     Kerajaan juga boleh membantu memupuk


konsep budi bahasa dalam jiwa remaja dengan
mewujudkan satu program khas untuk remaja.
Program Khidmat Negara merupakan satu aktiviti
yang baik tetapi beberapa penelitian halus harus
dilaksanakan terutama menekankan lebih banyak
konsep budi bahasa yang praktikal untuk diamalkan
oleh remaja zaman ini. Remaja yang menyertai
program sebegini akan berinteraksi sesama sendiri
untuk satu tempoh yang lama lalu penyemaian budi
bahasa boleh dilaksanakan dengan mudah.
Lantaran itu, program yang bercorak kebangsaan
tentang budi bahasa harus dilancarkan oleh
kerajaan dengan segera.

      Kesimpulannya, semua pihak harus memainkan


peranan mereka dalam menyelesaikan kemelut
sosial ini. Budi bahasa merupakan asas kehidupan
yang bermaruah lagi bertamadun buat manusia.
Jika remaja masih tidak mahu berubah sudah pasti
masa depan negara ini akan mengalami satu zaman
kegelapan yang panjang pula kerana budi bahasa
merupakan asas kehidupan manusia sejagat. Bak
kata pepatah biar mati anak, jangan mati adat yang
menekankan betapa pentingnya kita mengekalkan
budaya berbudi bahasa ini dalam merealisasikan
hasrat negara untuk menjadi negara cemerlang,
gemilang, dan terbilang itu.
 Share: 

Budi bahasa bukan budaya kita?


Ishak Sairozi, Surat Pembaca |   Oktober 04, 2016 11:17 MYT

       

Menjunjung prinsip kelima Rukunegara, marilah kita kembalikan semua kemegahan kita yang menjunjung
tinggi prinsip budi bahasa budaya kita.

Budi bahasa budaya kita merupakan satu slogan kebanggaan negara kita.
Budi bahasa ialah norma kehidupan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan
santun perkataannya dan indah pertuturannya.

Pada hari ini, masyarakat Malaysia masih lagi terkenal dengan tinggi pekertinya,
dan mulia sifatnya.

Denyut nadi kempen budi bahasa budaya kita yang bermula pada 11 Februari
2005, kemudian diberi penjenamaan semula 5 tahun selepas itu dengan nama
Budi Bahasa dan Nilai-nilai murni, kini boleh dikatakan sedang dalam kritikal
semula selepas 11 tahun usianya.

Melihat kepada keadaan yang berlaku pada hari ini, kita kembali semula kepada
persoalan, adakah budi bahasa bukan lagi budaya kita?

MESTI BACA: Bila tiba bulan Ogos 

Objektif utama budi bahasa budaya kita adalah untuk melahirkan warganegara
yang bersopan santun dan mempunyai ramah mesra dalam kalangan
masyarakat.

Bermula daripada barisan hadapan kerajaan hinggalah kepada segenap lapisan


masyarakat.

Barisan hadapan kerajaan adalah fokus utama dalam kempen ini.

Layanan yang diberikan oleh pegawai-pegawai kerajaan terutamanya mereka


yang berada dalam sektor perkhidmatan, merupakan cerminan utama
keberkesanan kempen kerajaan ini.

Malaysia boleh berbangga dengan barisan hadapan kerajaan misalnya bermula


daripada pramugari penerbangan Malaysia yang tidak lokek dengan senyuman
dan sopan santun ketika melayan mereka yang baru dalam perjalanan ke
Malaysia.

Tiba di Malaysia, teksi yang menyapa pelancong untuk menawarkan khidmat ke


serata tempat di negara indah ini tidak pernah lekang senyumannya dari bibir.

Pelancong tiba ke “homestay” keluarga yang penuh sopan melayan kerenah


orang luar negara dengan senyuman manis tidak lekang di bibir.

MESTI BACA: 'Malaysia, di manakah budi bahasa kita?'  

Di serata Malaysia, ramah mesra yang diterima menjadikan pelancong luar


negara merasakan Malaysia ini seolah-olah semuanya bersaudara.
Sayangnya, coretan ini hanyalah angan semata-mata.

Barisan hadapan kerajaan kini, merupakan mereka yang paling selalu dikritik
kerana kurangnya santun dalam berbicara dan tiada senyuman mesra dari bibir
mereka.

Walaupun bukan semua, tetapi segelintir yang membuat angkara ini telah
merosakkan imej kerajaan yang sememangnya mengamalkan dasar mesra
pelanggan.

Pembaharuan perlu dibuat, aduan dan teguran yang diterima oleh mereka yang
datang untuk mendapatkan perkhidmatan haruslah diambil secara serius bagi
memastikan nama baik perkhidmatan yang ditawarkan kerajaan masih lagi
menjadi pilihan utama mereka yang telah memberikan kepercayaan melalui
undian.

Selain itu, budi bahasa juga dilihat semakin tidak menjadi budaya dalam
masyarakat khususnya dalam media sosial.

Pada hari ini, tohmahan, fitnah, kata-kata kesat diguna secara meluas tanpa
segan silu.

Kepesatan perkembangan teknologi telah menjadikan kita hilang budi bahasa


yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Di media sosial, setiap orang langsung tidak hiraukan pendapat dan perasaan
orang lain apabila hendak mengatakan sesuatu perkara.

Polis nasihat hati-hati posting di laman sosial


Gelaran-gelaran yang diberikan terhadap orang lain sangat memalukan untuk
ditulis di ruangan ini.

Yang paling tidak sopan dan paling kerap digunakan ialah perkataan ‘macai’
yang bererti pencacai (pengangkut najis).

MESTI BACA: Belia diingat jangan jadi 'macai' - Khairy 

Gelaran ini diberikan kepada mereka yang terlalu taksub dengan pendirian
seseorang individu mahupun parti politik.

MESTI BACA: Jangan jadi 'macai' politik 

Tidak adakah bahasa yang lebih sopan untuk kita menulis di ruangan komen
yang boleh dilihat oleh orang awam?

Bahasa yang digunakan hanyalah salah satu daripada kesalahannya.

Di media sosial juga, fitnah dan tuduhan disebarkan secara meluas tanpa usul
periksa.
Berita menafikan fitnah yang disebarkan di media sosial

Lihat sahaja kes terbaharu mengenai berita kematian pemain bola sepak


JDT yang dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Perkara ini, menjejaskan karier seseorang dan boleh membuat masyarakat


tersalah sangka.

Banyak lagi yang rata-rata masyarakat Malaysia tahu kesan penyalahgunaan


media sosial ini yang telah menghakis nilai murni dalam kalangan kita.

Saranan agar penguatkuasaan undang-undang siber dikemaskini


sememangnya satu langkah bijak, tetapi yang paling penting ialah penyuburan
semula budi bahasa dan nilai murni dalam rakyat Malaysia secara lahiriah dan
batiniah.
Secara umumnya, persoalan budi bahasa bukan lagi budaya kita muncul kerana
beberapa faktor di Malaysia.

Pertama, kurangnya ramah mesra dalam kalangan mereka yang menawarkan


perkhidmatan iaitu antara organisasi dan pelanggan.

Pelanggan yang tidak mesra hari ini, besar kemungkinan adalah kerana
kebanyakannya ialah warga asing yang tidak peka dengan amalan budi bahasa
budaya kita.

Bukan itu sahaja, budi bahasa juga dikatakan semakin tidak wujud berdasarkan
sikap pemandu Malaysia di jalan raya, sampah sarap yang dibuang merata-rata
dan juga kemudahan awam yang dirosakkan dengan sengaja.

Ini ditambah lagi dengan sikap perokok tegar yang merokok di kawasan
larangan merokok dan juga sikap tidak bertolak ansur ketika menggunakan
perkhidmatan awam.

Mungkin ada segelintir yang tidak setuju dengan contoh-contoh yang diberikan,
tetapi tidak dapat dinafikan pada hari ini, kebaikan yang sedikit seperti
memberi tempat duduk kepada wanita mengandung dan membantu orang
buta melintas dianggap sebagai hero kerana ia sudah terlalu jarang dilihat
walhal ia adalah asas dalam hidup bermasyarakat.

Menyedari masalah ini, beberapa pendekatan harus diambil.

Langkah pertama haruslah bermula dengan diri sendiri, di mana masyarakat


Malaysia harus ada simpati dan empati sesama kita untuk kembali
menyuburkan budi bahasa dalam jiwa masyarakat Malaysia.

Seterusnya, kita haruslah mendidik generasi muda untuk bersopan santun dan
hidup dengan nilai murni.

Pendidikan dari rumah, hinggalah sekolah haruslah menekankan nilai-nilai


murni sebagai asas pembentukan jati diri.

Setiap institusi harus mempunyai usaha untuk mengekalkan nilai murni dan
sifat berbudi bahasa ini akan kekal menjadi budaya kita.
Langkah yang paling berkesan ialah, kerajaan, melalui pemimpin-pemimpin
yang dipilih oleh masyarakat kita pada hari ini haruslah menjadi contoh ikutan.

Pemimpin yang berbudi bahasa, ramah dan mesra sepanjang masa bukan
hanya ketika pilihan raya haruslah menjadi contoh tauladan.

Jika pemimpin sibuk dengan bergaduh dan menuduh menggunakan bahasa


yang kurang enak didengar, maka itulah yang akan menjadi ikutan pengikutnya.

Kepimpinan melalui tauladan akan menjadikan kempen yang 11 tahun usia ini
kembali bernafas seperti sediakala.

Sehingga ke hari ini, budi bahasa masih lagi wujud dalam budaya rakyat
Malaysia tetapi sifatnya sedikit demi sedikit sedang dihakis.

Menjunjung prinsip kelima Rukunegara kesopanan dan kesusilaan, maka


marilah kita kembalikan semua kemegahan kita yang menjunjung tinggi prinsip
budi bahasa budaya kita.

Tingkap papan kayu bersegi,


Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa,

Ishak Sairozi,
Eksekutif Yayasan 1Malaysia

Kenyataan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya


mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI

Anda mungkin juga menyukai