Anda di halaman 1dari 17

TOPIK 1:

KONSEP BUDI BAHASA


DALAM
MASYARAKAT
MALAYSIA
PENGERTIAN BUDI

 Perkataan budi berasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi yang bermaksud bijak,
pekerti baik dan mulia.

 Pengertian ini merujuk kepada tingkah laku manusia yang baik, mulia dan
memberikan kebaikan kepada orang lain.

 Hal ini bersesuaian dengan maksud budi yang ditakrifkan oleh Zaidi
Daud(1996)
iaitu sifat yang menggambarkanperibadi insan yang mulia.
Kamus Dewan (2005)

 Budi ialah akal dan kebijaksanaan,atau perangai, akhlak, tingkah laku,


kelakuan, watak atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara daya
upaya yang baik.

 Membawa maksud budi ialah kebaikan atau kebijaksanaan yang


dilakukan oleh seseorang individu atau kumpulan terhadap individu atau
kumpulan lain.
Islam

 Budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang


berakhlak dan beriman.

 Akhlak mulia penting dalam menjalani kehidupan di dunia.

 Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Paling dekat dengan aku


kedudukannya pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya
dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya”.
(Riwayat Ar-Ridha)
Imam Al-Ghazali (2002)

 Budi pekerti berasaskan kepada pertimbangan akal, hawa nafsu dan


marah.

 Keseimbangan ketiga-tiga aspek ini sangat penting untuk mencernakan


budi yang baik kepada seseorang individu.

 Budi lahir daripada pertimbangan akal yang baik, seterusnya akan


menjelmakan tabiat, akhlak atau watak yang terpuji.
Mustapa Haji Daud (1995)

 Apabila ditambah dengan awalan “ber” ,emjadi berbudi atau “man” di akhirnya
menjadi budiman akan membawa maksud seseorang yang mempunyai budi
bahasa, adab sopan, bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, mempunyai daya
ikhtiar yang tinggi, matng, bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan & banyak
menabur bakti.

 Merangkumi aspek pertuturan, tingkah laku, dan pemikiran yang berakhlak mulia
dan terpuji.
Mayarakat Melayu

 Budi membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang


diberikan kepada individu yang lain.

 Budi ialah satu sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan yang
menyenangkan hati orang lain.

 Budi utu baik dari segi tenaga dan material, mestilah diberikan dengan
ikhlas jika ingin diberkati Allah SWT. Orang yang menerima budi tidak
dituntut untuk membalas budi yang diterima, memadai budi diterima
dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.
PENGERTIAN BAHASA
Kamus Dewan (2002)

 Bahasa ialah sIstem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, percakapan
yang baik dan sopan santun.

 Setiap bangsa mempunyai system lambing bunti ang berbeza


dengan
bangsa-bangsa lain.

 Sistem ini menjadi medium komunikasi masyarakat dalam menjalani


kehidupan, menjadi identiti bangsa itu sendiri & terus akan diperturunkan
kepada generasi seterusnya.
Ferdinand de Saussure (1960)

 Bahasa merupakan satu system isyarat abstark yang mempunyai struktur


tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalama masyarakat.

 Pertuturan merupakan hasil perlakuan bahasa untuk melahirkan perasaan.

 Sistem isyarat yang digunakan dalam sesuatu masyarakat bergantung


kepada sosiobudaya, politik, kepercayaan dan nilai yang didukung dalam
sesuatu masyarakat.
Noam Chomsky (1957)

 Bahasa mengandungi satu set ayat yang tidak terhingga dan tidak
terbatas yang terbentuk daripada unsur bahasa yang dikenali sebagai
fonem.

 Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu sama ada dalam bentuk


bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, tatabahasa atau sintaksis yang
dikatakan bersistem.

 Penting untuk membolehkan penyampaian idea, fikiran , gagasan dan


pendapat dengan berkesan dan bermakna.
Asmah Hj. Omar (1986)

 Bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang


terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia.

 Mempunyai susunan tertentu sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi


perkataan, sususnan perkataan, tatabahasa atau sintaksis

 Mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti perkataan, frasa, klausa dan


ayat yang bersistem dan sistematik yang akan menghasilkan.

 Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia dalam bentuk satu system
symbol bunyi suara yang arbitrari.
Raminah Hj Sabran & Rahim Syam(1985)

 Bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat , fikiran dan


sebagainya.

 Selaras dengan pengertian yang diberikan oleh Edward Sapir :


Bahasa ialah suatu system lambang pertuturan yang digunakn oleh
manusia secara arbitrari .

 Begitu juga dengan Raja Mukhtaruddin:


Bahasa ialah suatu system lambing-lambing peruturan yang arbitrary yang
digunakan olen ahli-ahli masyarkat.
Lutfi Abas (1985)

 Bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik.

 Bahasa ialah suatu system symbol-symbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi


yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, dipersetujui bersama,
dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan simbol-simbolnya
manusia itu berkomunikasi.

 Simbol-symbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi itu merupakan gabungan


vocal dan konsonan yang disusun secara sistematik dan berperaturan.
CIRI-CIRI BAHASA

 Bersistem dan sistematik: bahasa mempunyai peraturan-peraturan atau pola-


pola tertentu yang perlu dipatuhi. Pada umumnya bahasa terdiri daripada dua
sisem iaitu system bunyi dan system makna.
 Arbitrari: bahasa yang wujud dalam masyarakat tidak mempunyai peraturan
khusus yang dapat mengatur pembentukan kata-kata atau makna yang diberikan
dalam sesuatu bahasa. Mekanisme yang ada hanyalah kesepakatan yang diterima
bersama-sama dalam masyarakat itu saja.
 Vokal: bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi bersifst lisan (vokal).
 Simbol: bunyi yang diucapkan oleh seseorang hasil daripada penggabungan
symbol-symbol atau lambing bahasa yang disusun secara sistematik. Simbol-
symbol itu akan dapat dilihat apabila bahasa itu diungkapkan secar bertulis dan
mempunyai makmna yang disepakati bersama.
 Alat komunikasi: manusia menggunakan bahasa untuk berinterkasi dalam
kehidupan seharian.
 Dinamis: sesuatu bahsa akan terus mengalami perubahan dan perkembangan
mengikut peredaran zaman.
PENGERTIAN BUDI BAHASA

 Budi bermaksud kebaikan yang dilakukan oleh seseorang individu & bahasa
bermaksud sistem lambing bunyi suara yang digunakan dlam perhubungan.
 Pengertian budi bahasa meliputi tutur kata, tingkah laku, pemikiran dan perasaan
seseorang individu atau masyarakat.
 Orang yang berbudi bahasa dikenali sebagai budiman.

Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa


dan Pustaka (DBP)

 Budi bahasa merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang


baik,
sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai
murni.

 Nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia adalah


nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat rasmi dan
kebudayaan.
 Berbudi bahasa membawa erti berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai budi.
 Pengertiannya termasuk berbudi dengan harta, membantu dengan tulang empat
kerat, memberi nasihat, memberi buah fikiran yang bernas, dan bermanis muka.
 Penting bagi menjamin keharmonian bangsa yang pelbagai kaum.
 Menyedar kepentingannya, kerajaan menganjurkan kempen Budi Bahasa Amalan
Kita pada tahun 2005.

Islam

 Budi bahasa bermaksud akhlak atau peribadi yang mulia. Akhlak yang mulia dinilai
daripada tutur kata yang baik.
 Nabi SAW bersabda: “Apabila kamu saling berjumpa, maka saling mengucap
salam dan bersalam-salaman, dan apabila berpisah maka berpisahlah dengan
ucapan istighfar”
 Pujian Allah terhadap akhlak nabi: “ Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai
Muhammad) mempunyai akhlak yang mulia”
 Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari
Akhirat, hendaklah dia berbicara dengan baik atau diam saja”
Agama Buddha
 Nilai berbudi bahasa mempunyai kedudukan yang tinggi. “Words have the power
to both destroy and heal. When words are both true and kind, they can change our
world”.
 Ajaran Knfiusus menekakankan konsep 5 hubungan dikenali sebagai Wulan yang
mementingkan hubungan yang harmonis antara raja dan menteri, ayah dengan
anak, suami dengan isteri, abang dengan adik & kawan dengan kawan.
 Lima hubungan tersebut akan terjalin sekiranya wujud nilai berbudi bahasa antara
satu sama lain.

Agama Hindu

 Nilai ini dalam sistem kekeluargaan sangat dititikberatkan bagi mewujudkan


perpaduan yang erat.
 Nilai ini berteraskan kepada aspek ashrama dharma iaitu tahap yang harus dilalui
oleh manusia dan aspek purusharta yang merangkumi 4 objektif mulia iaitu
aramldharma, porullartha, inbamlkama dan vidulmoksha yang berasaskan moral
dan etika berbudi bahasa dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai