Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN 1: PENULISAN ESEI

TERANGKAN TAKRIF KESANTUNAN BAHASA MENURUT PANDANGAN DUA ORANG


TOKOH YANG ANDA PILIH. SETERUSNYA, HURAIKAN CIRI-CIRI BUDI BAHASA DALAM
MASYARAKAT MALAYSIA BERSERTA CONTOH YANG SERING DIAMALKAN DALAM
MASYARAKAT UMUM.

1.0 TAKRIF UMUM KESANTUNAN BAHASA

Menurut Awang Sarian (2007:1), kesantunan adalah penggunaan bahasa yang baik, sopan,
beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman bicaranya. Bahasa pula dapat didefinisikan sebagai sistem lambang bunyi suara
yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia dan
percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun. Maka, kesantunan bahasa
merujuk kepada kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi
sama ada melalui lisan atau tulisan. Takrifan kesantunan ketika berbahasa adalah berbeza
mengikut pandangan tokoh.

ASMAH
LEECH
HAJI OMAR
(1983)
(1992)

TAKRIF
KESANTUNAN

1
1.1 TAKRIF KESANTUNAN BAHASA MENURUT ASMAH HAJI OMAR

Kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa seharian yang tidak
menimbulkan kegusaran, kemarahan, dan rasa tersinggung kepada para pendengar.
Kesantunan masyarakat Melayu adalah berdasarkan agama Islam dan adat Melayu. Tidak
dapat disangkal lagi, orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan
masyarakat. Sebagai contoh, bahasa yang digunakan untuk menegur adalah dengan cara
berhemat iaitu dengan menggunakan bahasa halus dan tersirat supaya tidak mengecilkan hati
orang lain. Menurut Asmah Haji Omar (2000) lagi, kesantunan terbahagi kepada dua jenis iaitu
kesantunan asas dan kesantunan berkala. Kesantunan asas merupakan kesantunan yang
sedia ada yang menjadi pedoman bagi masyarakat untuk berhubung antara satu sama lain.

Kesantunan berkala pula merupakan kesantunan yang menggambarkan ucapan yang


dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain mengikut keadaan, situasi,
dan tempat tertentu. Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan
keadaan dalam bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku, dan
cara percakapan disampaikan. Misalnya, komunikasi antara murid dengan guru, rakyat dengan
pemimpin dan lain-lain yang mempunyai adab dan etika tertentu. Strategi kesantunan
melibatkan beberapa faktor iaitu kesedaran akan peranan masing-masing, pengetahuan
tentang perbezaan taraf sosial, serta kuasa dan keperluan mengawal perbincangan
berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah.

1.2 TAKRIF KESANTUNAN BAHASA MENURUT LEECH (1983)

Leech (1983) telah mentakrifkan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan
perselisihan faham sesuatu interaksi. Menurut Leech, bahasa yang digunakan semasa
komunikasi haruslah halus dan tidak menyakitkan hati orang lain kerana penggunaan kata yang
kasar ketika berkomunikasi tanpa perasaan timbang rasa akan menimbulkan konflik antara
individu. Kedua, seseorang individu hendaklah beradab sopan dengan mengamalkan etika
berkomunikasi ketika berinteraksi. Ketiga, seseorang individu hendaklah berlemah-lembut
dengan sedaya upaya mengelakkan kekerasan seperti bergaduh, bertumbuk dan lain-lain
sekiranya terdapat perselisihan faham. Seseorang individu juga hendaklah berbudi pekerti
mulia dengan mengamalkan sikap yang baik dan menjauhi sikap yang buruk yang boleh
mengundang kepada pergeseran. Akhir sekali, Leech telah menyatakan bahawa kesantunan
merupakan tingkah laku yang mewujudkan dan mengekalkan pengikitirafan diri dalam interaksi

2
sosial kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, kesantunan bukan hanya sekadar
ditakrifkan sebagai berbaik-baik sahaja, tetapi yang lebih penting ialah menjalinkan prinsip
bekerjasama supaya dapat mengelakkan perselisihan faham.

2.0 TAKRIFAN BUDI BAHASA

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal
kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain,
setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002
(m/s180), budi didefinisikan sebagai akal, kebijaksanaaan atau sifat baik, perbuatan baik dan
kebajikan. Budi bahasa dapat mewujudkan kedaan harmoni, aman dan damai diantara
masyarakat.

CONTOH LOGO BUDI BAHASA

2.1 CIRI-CIRI BUDI BAHASA

Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum sesungguhnya terkenal dengan budi
bahasanya. Orang yang berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri seperti tertib, berhemah tinggi,
bersopan santun, bertoleransi, bertimbang rasa, bertoleransi, ramah mesra, dan tidak
mentingkan diri sendiri. Budi bahasa yang terdapat pada setiap kaum bertujuan untuk
membentuk seseorang individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan sahsiah.

3
2.2 CIRI BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM

2.2.1 CIRI BUDI BAHASA KAUM MELAYU

Bagi masyarakat Melayu, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan
sumbangan yang diberikan kepada individu lain. Pengertian budi bahasa dari perspektif orang
Melayu ialah lantas budi bahasa orang Melayu mewakili peradaban orang Melayu, yang
sifatnya sangat indah. Lazimnya, orang yang menaburkan bakti tidak mengharapkan balasan.
Budi yang baik itu mestilah diberikan dengan ikhlas jika ingin diberkati oleh Allah SWT. Orang
yang menerima pula tidak dituntut untuk membalas budi, tetapi memadai dengan menerimanya
dengan ikhlas dan kesyukuran. Budi bahasa merupakan satu sifat atau perbuatan yang merujuk
kepada perbuatan yang menyenangkan hati orang lain. Oleh itu, orang Melayu amat
memandang berat terhadap nilai berbahasa kerana nilai terhadap bahasa menentukan jenis-
jenis bahasa seperti bahasa halus, bahasa kesat, bahasa kasar, dan bahasa biadab.

Terdapat pelbagai contoh budi bahasa dalam kalangan masyarakat Melayu yang dapat
dilihat dalam aktiviti harian. Antaranya ialah mengutamakan penggunaan tangan kanan untuk
melakukan sesuatu perkara. Contohnya, penggunaan tangan kanan ketika makan, memakai
kasut dan memulakan langkah. Seterusnya, orang Melayu berpegang kuat pada adat
resam dan agama bagi sebagai panduan bagi mengelakkan diri melakukan perkara yang
tidak bermoral. Pantang larang orang tua-tua juga disebarkan dikalangan masyarakat untuk
mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan
nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.

2.2.2 CIRI BUDI BAHASA KAUM CINA

Budi mengikut perspektif kaum Cina bermaksud perbuatan mulia dan baik kepada orang lain
tanpa mengira kaum, adat resam dan kepercayaan. Kesopanan dan kesantunan seseorang
melakukan sesuatu perkara dan percakapan hendaklah tidak menyinggung perasaan orang
lain. Ajaran konfucius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai Wulan yang
mementingkan hubungan yang baik dan harmonis antara raja dan menteri, ayah dengan anak,
suami dengan isteri, abang, adik dan kawan. Masyarakat Cina sangat mementingkan budi
bahasa dalam pergaulan seharian bagi menjamin keharmonian hidup.

4
Sebagai contoh, konsep berbudi bahasa ketika makan jelas terbukti apabila orang muda
mendahulukan orang tua makan terlebih dahulu dan semua ahli keluarga akan makan
bersama-sama ketika makan. Siku tangan juga tidak boleh diletakkan di atas meja dan tidak
mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat semasa makan. Dalam bersembahyang, sesorang itu
tidak dibenarkan memakai topi dalam tokong. Seterusnya, dalam amalan kunjung-mengunjungi,
tetamu hendaklah menanggalkan kasut sebelum masuk ke rumah dan duduk secara tertib dan
sopan. Bagi pihak tuan rumah pula, mereka hendaklah melayan tetamu dengan makanan dan
minuman. Akhir sekali, konsep kesopanan terhadap orang tua amat dititikberatkan dalam
segala aspek. Misalnya, orang yang lebih muda tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat
dalam pergaulan dan bercakap dengan lemah lembut ketika berkomunikasi dengan orang tua
dan ibu bapa.

2.2.3 CIRI BUDI BAHASA KAUM INDIA

Budi mengikut perspektif kaum India bermaksud perbuatan mulia dan baik kepada orang lain
tanpa mengira kaum, adat resam dan kepercayaan. Agama Hindu amat menitikberatkan nilai
berbudi bahasa dalam sistem kekeluargaan. Empat objektif yang perlu ada pada manusia iaitu
aramldharma, porullartha, inbamlkama dan vidulmoksha yang berasaskan moral dan etika
termasuk budi bahasa dalam menjalani kehidupan seharian.

Bertepatan dengan tuntutan agama hindu yang menitikberatkan nilai berbudi bahasa
dalam aktiviti harian, banyak contoh budi bahasa yang dipraktikkan dalam kehidupan.
Antaranya ialah duduk ketika makan dan menggunakan tangan ketika makan. Orang India
beranggapan penggunaan tangan ketika makan dapat membolehkan manusia dapat
berhubungan langsung dengan makanan dan merasakan tekstur dari makanan tersebut. Selain
itu, pembaziran makanan hendaklah dielakkan bagi menghargai makan tersebut. Tidak hanya
itu, hubungan kekeluargaan antara ahli keluarga jelas terbukti melalui ucapan selamat malam
kepada ahli keluarga sebelum tidur dan ibu bapa memberi restu kepada anak-anak mereka
setiap hari. Akhir sekali, dari segi pergaulan, orang India mengucap `vanakkam’ sebagai tanda
memberi salam dan sentiasa senyum apabila bersua dengan orang lain.

5
RUMUSAN

Secara rumusannya, saya dapat menghuraikan kesantunan bahasa beradasarkan pandangan


tokoh tempatan dan luar negara iaitu Asmah Haji Omar dan Leech daripada pelbagai sumber.
Kesantunan berbahasa harus kita patuhi agar hubungan harmoni anatara masyarakat dapat
dikekalkan. Selain itu, saya juga dapat mempelajari dan menjelaskan konsep budi bahasa kaum
di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India dengan lebih mendalam yang mempunyai perbezaan
ketara dalam aspek kesantunan mengikut kaum masing-masing dan mempelajari kepentingan
budi bahasa terhadap masyarakat Malaysia terhadap Malaysia. Akhir kata, saya berharap agar
kesantunan bahasa dan budi bahasa masyarakat Malaysia yang unik ini dapat dikekalkan untuk
generasi yang akan datang.

6
CONTOH BUDI BAHASA

BERSALAMAN SEBAGAI TANDA MENGHORMATI ORANG TUA

MAKAN BERAMAI-RAMAI UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN SILLATURRAHIM

MELAYAN TETAMU DENGAN LAYANAN YANG BAIK

7
BIBLIOGRAFI

Sariyan, A. (2006). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daud, M. H. (1995). Budi Bahasa Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Marlyna Maros, M. F. (2012). Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa . Kuala Lumpur:
Dawama

Rajantheran, M. (1994). Adat Dan Pantang Larang Orang India. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Omar, A. H. (2007). Kesantunan Bahasa Dalam Pengurusan Pentadbiran Dan Media. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noriati A. Rashid, “Konsep Kesantunan dalam Masyarakat Melayu” dlm. Jurnal Antarabangsa
Dunia Melayu. 3(1): 112-28, 2005.

Zaitul Azma Zainol, A. F. (n.d.). Kesantunan Bahasa Dalam Kalangan Remaja Sekoah
Menengah. jurnalbahasa.dbp.my/.../7-KESANTUNAN-BERBAHASA-DALAM KALANGAN
REMAJA

Jumiati Rosli. “Sejauhmana Keberkesanan Kempen Budi Bahasa?” dlm. BERNAMA Online
2009. Capaian 16 Februari 2011, drp. http://web7. bernama.com/bernama/
v5/bm/newsfeatures.php?id=424319.

8
9
ISI KANDUNGAN

1.0 TAKRIFAN KESANTUNAN BAHASA.......................................................................................1

1.1 TAKRIFAN KESANTUNAN BAHASA MENURUT ASMAH HAJI OMAR............................ 2

1.2 TAKRIFAN KESANTUNAN BAHASA MENURUT LEECH....................................................2-3

2.0 TAKRIFAN BUDI BAHASA.......................................................................................................3

2.1 CIRI-CIRI BUDI BAHASA..........................................................................................................3

2.2 CIRI BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA YANG BERBILANG KAUM. . .4

2.2.1 CIRI BUDI BAHASA KAUM MELAYU.....................................................................................4

2.2.2 CIRI BUDI BAHASA KAUM CINA........................................................................................4-5

2.2.3 CIRI BUDI BAHASA KAUM INDIA.......................................................................................5-6

RUMUSAN.................................................................................................................................................6

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

10
11

Anda mungkin juga menyukai