Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENDAHULUAN
Aspek yang pertama adalah mengenai budi bahasa. Mentakrifkan budi bahasa melalui fakta
tokoh-tokoh di dunia ini. Budi bahasa ini mempunyai makna yang luas dan berkait rapat
dengan perlakuan dan pertuturan kita dalam kehidupan harian. Disamping itu juga,
penghuraian tentang kepentingan budi bahasa dalam masyarakat Malaysia turut di hurai satu
persatu dalam kerja kursus ini.
Aspek yang kedua adalah berkaitan dengan kesantunan berbahasa, bentuk dan jenis
kesantunannya.Penghuraian yang lebih spesifik terhadap aspek ini amat penting. Dalam
aspek kesantunan ini terdapat empat elemen utama jenis kesantunan iaitu kesantunan verbal.
kesantunan non-verbal, kesantunan lisan dan kesantunan penulisan. Selain itu dalam aspek
kesantunan ini juga terdapat penghuraian tentang konsep kesantunan dan takrifan kesantunan.
Aspek kesantunan ini saling berkait rapat dan perlulah diamalkan di dalam kehidupan kita.
Contohnya, apabila berhadapan dengan orang kita mestilah mengeluarkan senyuman yang
manis bagi menimbulkan suasana yang gembira lebih-lebih lagi kita bekerja dalam sector
perkhidmatan seperti pemandu teksi, jurujual, dan penyambut tetamu.
Seterusnya, penilaian isu-isu yang berkaitan dengan kesantunan berbahasa yang benar-benar
berlaku di Malaysia. Tugasan seterusnya adalah buku skrap yang juga mengandungi isu-isu
kesantunan namun dipersembahkan dalam bentuk lampiran seperti gambar,artikel dan keratin
akhbar.
Akhir kata, kesantunan masyarakat Malaysia ini amat indah dan kerja kursus ini kajian yang
dibuat oleh saya sendiri..

2.0 Konsep Budi Bahasa


1

Konteks Budi bahasa sangat luas dalam kehidupan kita seharian secara langsung
atau tidak secara langsung.Oleh itu, kita harus lebih memahami atau menghayati konsep
Budi bahasa dengan secara menyeluruh.
Budi bahasa menurut Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu budi sebagai akal
kebijaksanaan atau sifat yang baik dan kebajikan. Budi bahasa yang baik yang merangkumi
pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut
sebagai nilai-nilai murni. Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat
Melayu , malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup
yang baik. Tujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan
suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang, dan kesejahteraan.
Oleh itu kita haruslah mengambil penting semua perkara atau nilai murni untuk
dipraktikkan dalam kehidupan.

2.1 Pengertian Budi


Pengertian Menurut Kamus Dewan, Edisi keempat, 2002:m/s180, budi didefinisikan sebagai
akal, kebijaksanaaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.Budi juga membawa
maksud sentiasa berbuat baik dengan orang lain dalam setiap lapisan masyarakat tidak kira
sesiapa atau di mana kita berada.Budi merupakan sesuatu perbuatan atau kelakuan yang
positif serta perlu lahir daripada hati yang ikhlas dan suci.Selain itu, Budi adalah suatu tabiat,
kelakuan, perwatakan, perlakuan, bahasa atau perrtuturan.Contohnya, percakapan yang baik
dengan tutur kata yang berhemah, nada suara yang menyenangkan, tolong-menolong serta
jujur.

2.2 Pengertian Bahasa


2

Bahasa merupakan alat komunikasi yang berupa sistem lambing bunyi yang dihasilkan alat
perantaraan manusia.Bahasa digunakan dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok
masyarakat dan masing-masing mempunyai makna iaitu hubungan abstrak antara kata.Selain
itu,bahasa juga merupakan subjektif kerana bahasa boleh dicipta dengan sesuka hati dengan
adanya kelompok masyarakat yang mengikutnya serta menggunakannya dalam kehidupan
seharian.
2.3 Pengertian Budi Bahasa
Kata bahasa mempunyai banyak makna. Bahasa bukan sekadar membawa maksud sistem
lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia dan antara individu dengan individu yang lain. Kata bahasa juga
merupakan simpulan

bahasa yang membawa maksud sopan santun.Oleh itu,

membicarakan bahasa tanpa menyentuh aspek kesantunan bahasa merupakan satu


kelompangan yang tidak seharus dan sewajarnya berlaku, lebih-lebih lagi bahasa Melayu
yang mempunyai falsafah kesopanan yang tinggi yang didasarkan oleh falsafah budi dalam
masyarakat Melayu dan akidah Islam yang dianutinya.
Kesantunan bahasa diukur dengan berdasarkan kepatuhan kepada peraturan yang terdapat
dalam bahasa sesuatu masyarakat. Setiap masyarakat atau bangsa mempunyai peraturan
bahasa masing-masing. Justeru, jika dipadankan kepada pendapat ini dapatlah dibuat
kesimpulan bahawa kesantunan berbahasa akan dijuruskan kepada kesantunan berbahasa
mengikut prinsip Islam.

3.0 Kepentingan Berbudi Bahasa Dalam Masyarakat

Marcapada ini, masalah gejala sosial dalam kalangan masyarakat semakin hebat diperkatakan
di media massa seperti televisyen dan akhbar. Isu ini menggambarkan amalan berbudi bahasa
dalam masyarakat kita semakin terhapus. Walaupun kerajaan telah melancarkan pelbagai
program dan kempen kesedaran seperti Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang
dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi, namun perkara ini dilihat masih gagal dalam membina budi bahasa
dan jati diri masyarakat yang kian terhakis dalam arus wawasan 2020.
Antara kepentingan amalan ini adalah dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat
berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati
tidak kira apa jua warna kulit, taraf dan umur individu tersebut. Apabila terbinanya sikap
saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira
walaupun hidup dengan masyarakat yang pelbagai latar belakang berbeza terutamanya
budaya, adat dan kepercayaan. Dalam pada itu, peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan.
Ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan
`Perpaduan Teras Kejayaan` jelas menunjukkan pentingnya perpaduan kaum dalam negara
kita yang terdiri daripada rencaman bangsa. Pepatah ada mengatakan `bersatu teguh,
bercerai roboh.` Justeru, apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan maju
dan pesat serta anasir-anasir luar tidak dapat menggugat keamanan negara dengan mudah.
Selain itu, nilai budi bahasa penting dalam kehidupan untuk membentuk insan yang
berakhlak mulia.Penyerapan nilai-nilai budi bahasa yang kukuh akan dapat melahirkan
masyarakat yang berakhlak mulia,Betapa pentingnya nilai berbudi bahasa pada diri yang
membawa kepada keperibadian diri masing-masing.Amalan nilai-nilai murni dapat
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.. Oleh itu,
falsafah hidup yang berteraskan budi bahasa pada diri dapat mencerminkan gaya kehidupan
yang harmoni di Malaysia

Dari aspek yang lain, industri pelancongan negara juga turut meningkat. Masyarakat yang
berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi layanan yang
sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. Hal ini kerana dapat
4

menunjukkan imej yang positif terhadap kepada pelancong dan secara tidak langsung dapat
mempromosikan negara kita kepada dunia. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang
menyeronokkan kerana layanan kelas pertama oleh masyarakat serta keselesaan dalam
berkomunikasi dan dihargai oleh masyarakat tempatan.. Negara Jepun dijadikan teladan
kerana masyarakatnya sememangnya kaya dengan budi bahasa. Contohnya, ucapan
`irasshaimase` yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Jepun sentiasa kita dengar
walaupun dimana kita berada.. Justeru, budaya murni ini perlulah diserapkan dalam jiwa dan
diri setiap individu terutamanya golongan yang berurusan dengan pelancong asing agar
mereka memandang tinggi keperibadian yang ada dalam diri masyarakat Malaysia.
Individu yang berbudi bahasa juga akan memperolehi pelbagai manfaatnya, antaranya senang
berkomunikasi dengan orang lain keranasentiasa berbudi bahasa sentiasa lemah lembut dan
bersopan santun dalam pertuturan dan perlakuan. Mereka juga tidak akan mengeluarkan katakata yang tidak sopan atau kata-kata yang menyakitkan hati lalu, mereka tidak akan
menyinggung perasaan orang lain. Justerua, mereka akan dihormati dan senang
berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini secara tidak langsung dapat menjaga nama baik dan
maruah diri serta keluargan kerana sifat-sifat yang mulia itu. Konklusinya, budaya berbudi
bahasa perlulah diserapkan oleh ibubapa dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi
bagai`melentur buluh biarlah dari rebungnya`. Dengan ini, hasrat negara untuk melahirkan
masyarkat yang berbudi bahasa menjelang tahun 2020 akan dapat direalisasikan.
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan
mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dalam
menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kempen Budi Bahasa dan Nilainilai Murni perlulah dimantapkan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kesedaran
rakyat. Kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti gengsterisme,
dan bercakap kesat sudah tidak wujud lagi dalam memori setiap rakyat Malaysia lalu menjadi
rakyat Negara masyarakat yang mempunyai pemikiran kelas pertama supaya akan lebih
cemerlang, gemilang dan terbilang.

4.0 Aspek Kesantunan Berbahasa


4.1 Konsep Kesantunan
5

Menurut Buku Awang Sariyan,(2007: m/s 1), Kesantunan bahasa secara umum merujuk
kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menujukkanpenghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.

Konsep di atas menerangkan kesantunan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa


yang baik iaitu apabila kita bercakap dengan seseorang,kita hendaklah bercakap dengan
menggunakan bahasa yang sopan dan beradab.Contohnya,apabila kita hendak menegur
seseorang kenalan kita, kita hendaklah menegur dia dengan memberi salam dan jangan
menegur mereka dengan bahasa yang kasar. Ini kerana apabila kita bercakap dengan bahasa
yang kasar, orang lain akan mencerminkan bahawa kita adalah manusia yang tidak bersopan
santun. Perwatakan dan keperibadian seseorang dapat dilihat apabila dia sedang bercakap
dengan temannya. Apabila kita menggunakan perkataan yang beradab, lemah lembut dan
bersopan santun,secara tidak langsung akan mencerminkan bahawa kita merupakan orang
yang menpunyai kesantunan berbahasa. Tetapi, apabila kita menggunakan perkataan yang
kasar atau kesat akan dapat mengambarkan bahawa kita adalah orang yang tidak mempunyai
kesantunan berbahasa.

4.2 Aspek Kesantunan Berbahasa


Kesantunan penting bagi memastikan kita mengamalkan nilai berbudi bahasa dengan cara
yang sebenar.Antaranya ialah cara sapaan lisan mahupun bertulis mengikut cara yang sopan
santun agar tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.Selain itu kehalusan
budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa dan kesopanan ketika berkomunikas
dengan orang lain. Dalam kesantunan berbahasa mempunyai sistem sapaan dan panggilan
yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan
hormat dan ganti nama serta mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan
ganti nama perlu diberi perhatian secara khusus supaya sesuai dengan kedudukan, pangkat,
umur, dan keakraban hubungan..Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan
bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana dan ungkapan berkenaan ialah

patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan
sebagainya. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa dan
pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan,pangkat,umur dan
keakraban hubungan
Jadual dibawah mununjukkan Sistem Sapaan dan Panggilan
Kata panggilan
1.Pak

Penerangan
Digunakan untuk lelaki yang sebaya dengan

2.Mak

ayah sendiri.
Digunakan untuk perempuan yang sebaya

3.Tok

dengan emak sendiri.


Digunakan untuk lelaki atau perempuan yang

4.Abang

sebaya dengan datuk atau nenek sendiri.


Digunakan untuk lelaki yang tidak setua ayah

5.Kakak

sendiri dan juga tidak sebaya diri sendiri .


Digunakan untuk perempuan yang tidak setua

7.Adik

emak sendiri dan juga tidak sebaya diri sendiri.


Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan

Gelaran Pak atau Mak


ketika berkomunikasi
ditambah dengan Cik.

yang lebih muda daripada diri sendiri.

Jenama kekeluargaan terbahagi kepada dua jenis iaitu Jenama Kekeluargaan dan Jenama
Kekeluargaan Ikatan Perkahwinan.Jenama kekeluargaan pertalian darah iaitu Pak Long, Mak
Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak
Cik, Pak Su, Mak Su.Selain itu,gabungan nama kekeluargaan asas Abang(bang) dan Kak
dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik
seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik. Jenama
kekeluargaan ikatan perkahwinan diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar serta Pak
Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua. Ipar digunakan sebagai panggilan kepada ahli-ahli
dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua.Contoh, abang ipar, kak ipar,
adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)


Gelaran
1.Tuan

Penerangan
digunakan untuk lelaki yang
lebih tinggi pangkatnya

Contoh
Haji, Doktor, Profesor,Syed
dan sebagainya

daripada diri sendiri,


2.Encik

digunakan untuk lelaki atau


perempuan yang lebih tinggi

3.Cik

pangkatnya, daripada diri

Encik Nordin atau Cik Siti.

sendiri
4.Puan

untuk perempuan yang


pangkatnya lebih tinggi

5.Saudara

Doktor, Profesor dan


sebagainya

daripada diri sendiri


digunakan untuk orang lelaki
yang seumur dengan diri
sendiri atau lebih muda, dan

6.Saudari

hubungannya belum rapat.


digunakan untuk perempuan

ahli-ahli dalam
mesyuarat,perbahasan dan
sebagainya

sahaja dan sama dengan


penggunaan gelaran saudara

5.0 Bentuk Dan Jenis Kesantunan


Bentuk dan jenis kesantunan berbahasa merupakan satu tajuk yang berkaitan dengan aspek
bersopan santun dalam berbahasa terutamanya ketika berinteraksi dengan seseorang ketika
8

menyampaikan mesej kepada orang ramai, ketika berkomunikasi dengan orang lain, dan lainlain lagi. Daripada aspek bahasa Malaysia menurut hasil pembacaan saya, kesantunan
berbahasa merujuk kepada kesantunan berbahasa daripada segi verbal, nonverbal, lisan dan
penulisan. Melalui semua aspek tersebut, kesantunan berbahasa dapat diamalkan dengan
berpandukan pada konsep verbal dan nonverbal dan dapat menjadi contoh kepada
masyarakat terutamanya pewaris anak bangsa masa kini yang sudah tidak mengamalkan
mahupun menggunakan kesantunan berbahasa dalm komunikasi berbahasa sama ada
daripada segi verbal, nonverbal, lisan serta penulisan.

5.1 Verbal Dan Non-Verbal


Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.
Kesantunan berbahasa verbal sentiasa digunakan terutamanya ketika bercakap dengan orang
lain, bergurau senda dengan rakan- rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu,
membuat pembentangan kepada umum dan lain- lain lagi. Secara ringkasnya, konsep
kesantunan berbahasa verbal adalah semua aspek komunikasi secara lisan.Contohnya,
melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah,
seminar serta sesi ucapan. Contoh tersebut memerlukan kita sentiasa menggunakan bahasa
yang sopan santun ketika berinteraksi atau menyampaikan maklumat yang ingin
disampaikan.
Kesantunan berbahasa daripada segi nonverbal pula adalah merujuk kepada perlakuan, raut
wajah, bahasa tubuh.Sama ada melalui verbal atau nonverbal, konsep kesantunan berbahasa
wajib ada pada setiap individu di atas muka bumi ini. Konsep kesantunan berbahasa
nonverbal ini adalah semua perbuatan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk
menyampaikan mesej yang dapat difahami.Contohnya, nonverbal melalui media cetak seperti
buku,surat,surat khabar, majalah dan jurnal.Oleh itu,semua aspek diatas sentiasa berhubung
kait secara langsung dengan konsep kesantunan nonverbal serta memainkan peranan yang
sama penting untuk kemenjadian konsep kesantunan berbahasa itu.

5.2 LISAN DAN PENULISAN


Selain bentuk dan jenis kesantunan verbal dan nonverbal,Manusia dalam kehidupan
memerlukan komunikasi lain agar dapat menjalin hubungan dengan manusia lain dalam
9

konsep kesantunan berbahasa.Kesantunan berbahasa meliputi aspek lisan dan penulisan.


Dalam konteks lisan, santun berbahasa menyentuh aspek penggunaan bahasa yang betul,
sapaan dan gerak tubuh penutur. Manakala dalam aspek tulisan, aspek santun berbahasa
dikesan melalui penggunaan bahasa yang betul, indah dan menepati laras dan sapaannya.
Kesantunan bahasa dalam komunikasi lisan melibatkan penggunaan bahasa yang sopan ,
beradab dan bertatasusila.Selain itu, penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila
juga amat berhubung kait dalam aspek komunikasi.Hal ini kerana dalam komunikasi lisan ,
penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengari dan dilihat serta-merta .Dari
segi bahasa pula , aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah ciri-ciri sebutan
yang sempurna mencerminkan sikap yang sopan.Contohnya, suara dan intonasi yang sopan,
pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus, penggunaan kata sapaan yang betul dan
sesuai, penggunaan sistem panggilan yang betul, gaya bahasa yang sesuai dan isi
perbincangan yang tidak sensitif.

Dari segi tubuh badan pula ,antara aspek-aspek kesantunan perlu diambil perhatian ialah gaya
percakapan yang sopan, pandangan mata yang sesuai, gerak laku yang bertatasusila, mimik
muka yang positif, hayunan tangan yang sesuai dan imej diri..Komunikasi secara lisan
terdapat dalam bentuk rasmi iaitu mesyuarat, syarahan serta ucapan dan tidak rasmi adalah
perbualan biasa.Komunikasi lisan secara formal atau tidak formal mempunyai peraturan yang
berbeza dari segi penggunaan bahasa , kata sapaan dan gerak laku. Pemilih kata , ungkapan ,
ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu kedaan atau urusan yang
berkenaan . Ragam bahasa juga perlu dirancang agar bersesuaian dengan majlis atau urusan
supaya tujuan dan tercapai pada waktu yang sama serta kesantunan bahasa tetap ditonjolkan.
Kesantunan bahasa dalam komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat
dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan
datang. Komunikasi penulisan bertulis secara formal ialah surat kiriman rasmi , laporan,
kertas kerja , pidato dan lain-lain manakala bukan formal ialah surat kepada sahabat . Dalam
bentuk komunikasi bertulis , aspek-aspek kesantunan yang perlu diberi perhatian ialah
penggunaan kata panggilan yang betul, kata sapaan yang betul, gaya bahasa yang tepat,
pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks. Antara contoh aspek penulisan ialah
10

media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan buku.Aspek ini tidak menggunakan
komunikasi lisan yang mengeluarkan suara tetapi hanya menggunakan penulisan yang
berbentuk ayat. Aspek penulisan juga haruslah mengandungi nilai-nilai murni,kesopanan, dan
laras bahasa yang gramatis dan sesuai untuk mewujudkan suasana yang aman.
Kesantunan berbahasa mencerminkan kesopan santunan penuturnya dan pada hakikatnya ia
harus mengambil perhatian empat prinsip iaitu penerapan prinsip kesopanan, tidak
menggunakan kata-kata kesat, ungkapan sopan dan ungkapan hormat yang digunakan untuk
menyapa orang lain.Oleh itu, kita sebaiknya mengelakkan daripada menggunakan kata-kata
atau ungkapan yang menguris perasaan orang lain sebaliknya berkomunikasi dengan lemah
lembut dan sopan.
Kesimpulannya, konsep kesantunan berbahasa sama penting dan mesti dijadikan amalan serta
perlu dihayati dan sentiasa dilakukan oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum,
agama dan adat di seluruh dunia. Amalan kesantunan dalam berbahasa ini amat penting tidak
kira verbal, nonverbal,lisan atau dalam penulisan untuk memastikan nama baik bangsa,
agama dan tanah air tercinta sentiasa terjaga serta mendapat penghormatan yang tinggi dari
orang lain. Malahan, aspek kesantunan berbahasa tersebut akan menjaga kehidupan seharian
kita bersama insan berbagai bangsa dan secara langsung dapat memastikan hubungan
silaturahim yang baik dengan semua orang akan sentiasa terjaga serta harmoni dan aman.
Oleh itu, kerjasama semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung
perlu sentiasa berganding bahu untuk menyemai serta membangkitkan nilai- nilai murni
dalam konsep kesantunan supaya penggunaan kesantunan bahasa yang sebenarnya dapat
diamalkan semula dalam kehidupan seharian kita yang bertunjangkan konsep kesantunan
berbahasa.

6.0 Isu Media Bahasa Rojak Hilangkan Kesantunan Bahasa Melayu

11

Semua orang mengetahui bahawa amalan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan
masyarakat kini sudah menjadi biasa bagi mereka semua,sehinggakan telah menjadi sebati
dengan hidup kita dan sampai ke satu tahap bila sudah tidak tahu bahasa yang sebenarbenarnya. Kita tidak menafikan bahawa penggunaan rojak ini banyak digunakan oleh semua
lapisan masyarakat termasuk juga golongan-golongan perniagaan atau golongan korporat.
Selain itu, pencemaran bahasa merupakan satu aspek perkembangan bahasa
Malaysia.Penggunaan bahasa rojak ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturanperaturan bahasa yang telah dipersetujui, tidak kira sama ada pada peringkat sebutan, pilihan
kata atau susunan frasa dan ayat. Kita sudah boleh tahu bahawa hari ini penggunaan bahasa
rojak telah mencerminkan aspek-aspek penggunaan bahasa yang kurang kesantunan dengan
pelanggaran peraturan-peraturan kod-kod bahasa, bahasa yang bercampur aduk antara bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris.
Isu ini bukan sahaja mencemarkan bahasa Melayu yang memang sempurna dan elok dengan
peraturan-peraturan bahasa yang khusus dan sistem yang baik, namun disebabkan kepesatan
ekonomi negara, bahasa Melayu terus menerima masalah serta kian terhapus oleh kerana
bahasa Inggeris, iaitu masyarakat terikut-ikut dengan bahasa rojak tersebut semasa majlismajlis rasmi atau pun tidak rasmi.Tetapi kerap juga berlaku ketika dalam keadaan formal
seperti di dalam mesyuarat, kuliah dan beberapa program rasmi. Ragam bahasa ini dikenali
sebagai ragam bahasa basahan, iaitu ragam bahasa yang kita gunakan untuk urusan tidak
rasmi.
Kesimpulannya, cuba kita bayangkan jika bahasa rojak terus menerus mengambil tempat
dalam bahasa Melayu, tidak mustahil pada satu hari nanti kesantunan bahasa Melayu juga
turut terjejas terutamanya dari segi bahasa serta pergaulan komunikasi. Justeru, penggunaan
bahasa rojak perlu dibanteras dan dihapuskan penggunaannya supaya bahasa Melayu terus
tampil sebagai bahasa terunggul dengan penuh kesantunan dan kesopanan sepangjang masa.

6.1 Isu Sikap Masyarakat Tidak Boleh Amalkan Kesantunan


di Jalanraya?
12

Apabila kita memandu kenderaan, kita tidak dapat berkomunikasi dengan pemandu-pemandu
lain di atas jalan raya seperti mana kita berkomunikasi dengan orang lain pada waktu
biasa.Pada waktu biasa, kita boleh memberikan senyuman kepada orang yang sedang
berbicara dengan kita, kita mengucapkan terima kasih, kita meminta izin, kita bersalamsalaman, kita tunduk hormat, kita minta atau beri laluan dan sebagainya. Itu menandakan
kita adalah seorang yang bersopan santun dan baik akhlaknya.Kesantunan yang tinggi dan
akhlak yang mulia memang sudah diajar oleh ibubapa kita lalu menjadi budaya kita
masyarakat Malaysia. .
Tetapi, kesantunan kita di atas jalanraya jarang kelihatan.Malah, kadang-kadang amat
terserlah kebiadaban dan kurangnya nilai kesantunan segelintir orang ketika menggunakan
jalanraya. Masing-masing amat pentingkan diri sendiri serta hilang kesantunan dan budi
pekerti mulia.Kita sebenarnya boleh mengekalkan kesantunan di atas jalanraya, walaupun
kita tidak dapat berkomunikasi secara lisan atau bertentang mata dengan pemandu-pemandu
lain. Bagaimana? Antara beberapa perkara yang boleh kita lakukan bagi menyemarakkan
rasa hormat-menghormati di atas jalanraya dan menunjukkan kesantunan yang tinggi
serta membuang perasaan mementingkan diri sendiri ialah berilah isyarat dengan
menggunakan lampu isyarat kiri dan kanan sebelum membelok, sebelum menukar laluan
untuk memotong, ketika memperlahankan kenderaan untuk berhenti di kaki jalan dan ketika
memberi laluan kepada kenderaan lain untuk memotong kita.Kita juga boleh mengucapkan
terima kasih dengan mengangkat tangan atau menunjukkan isyarat bagus kepada pemandu
lain yang memberikan laluan kepada kita.Selain itu, ucapkanlah terima kasih dengan cara
membunyikan hon kecil jika isyarat tangan tidak dapat dilakukan. Biasanya ini dapat
dilakukan ketika pemandu lain memberikan laluan kepada kita untuk memotongnya. Isyarat
tangan mungkin tidak sesuai kerana pemandu tersebut mungkin tidak nampak.
Walaupun mungkin kita tidak dapat berkomunikasi secara terus dengan pemandu lain, namun
cara pemanduan berhemah serta nilai kesantunan yang kita amalkan dapat memberikan
isyarat bahawa kita adalah masyarakat yang saling menghormati dan bersopan santun. Ia
boleh memberikan suatu kesan positif kepada keselamatan dan kesejahteraan kita semua,

6.2 Isu Gejala Sosial Manusia Umpama Binatang Buruan Yang suka Hati
Ditembak

13

Negara Malaysia memang terkenal dengan budaya kesantunan yang tinggi walaupun
mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.Budaya kesantunan ini menjadi tunjang kepada
keuntuhan perpaduan negara sejak dahulu kala. Budaya kesantunan ini amat jelas kelihatan
apabila menjelang perayaan-perayaan sesuatu kaum seperti perayaan hari Raya Aidilfitri yang
dirayakan oleh kaum Melayu,perayaan Pesta Tahun Baru Cina yang dirayakan oleh kaum
Cina, perayaan Deepavali yang dirayakan oleh kaum India dan lain-lain lagi
perayaan.Namun, sejak akhir-akhir ini kita sering dikejutkan dengan kes-kes tembak yang
semakin membimbangkan dan mengugat keharmonian negara kita.Mengapakah perkara
terkutuk ini boleh berlaku?.Manusia sesuka hati menembak bagaikan nyawa manusia tidak
bernilai.Di manakah perginya nilai nyawa seprang manusia dan kesantunan?.
Antara faktor berlakunya kes tembak ini ialah perasaan dendam dan cemburu seseorang
individu kepada individu lain. Hal ini dipengaruh oleh pergaduhan atau perselisihan pendapat
dalam sesebuah perkara.Ini kebiasanya berlaku kepada orang-orang yang terlibat dengan
politik, pernigaan, dan orang-orang yang berpengaruh. Contohnya, dalam sesebuah syarikat
terdapat dua orang ahli atasan yang sangat berpengaruh dan mereka ini yang menentukan
perjalanan pengurusan syarikat.Namun, apabila terdapat pergaduhan di antara dua ahli ini,
mereka akan mula menunjukkan kekuasaan masing-masing untuk mendapatkan
pengaruh.Apabila hal ini berlarutan perasaan hormat-menghormati akan lenyap dengan
begitu sahaja maka terjadilah kes pembunuhan tembak.
Antara contoh kes pembunuhan tembak ialah kes tembak Hussain Ahmad Najah yang
berumur 75 tahun iaitu pengasas AmBank Berhad, yang berasal dari Bahrain pada 30 julai
2013 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.Hal ini menunjukkan tahap jenayah dan keselamatan
awam berada pada tahap kritikal.Menurut laporan Polis mengesyaki suspek yang melakukan
tembakan itu adalah ahli kumpulan gangster yang dikehendaki oleh pihak polis selama ini.
Apabila kita melihat kepada isu tersebut kita dapat merasakan yang nilai-nilai kesantunan ,
perikemanusiaan dan hormat-menghormati sudah tidak ada lagi di dalam diri orang yang
melakukan pembunuhan itu.Tindakan membunuh adalah satu kesalahan yang amat berat dan
semua agama melarang manusia untuk membunuh sebaliknya saling mengasihi dan
menghormati di antara satu dengan yang lain.Kes tembak ini dipengaruhi oleh budaya barat
yang bermula daripada samseng jalanan yang akhirnya membentuk gangster yang melakukan
segala kejahatan bertentangan dengan undang-undang negara.Penembak upahan ini
sebenarnya berasal daripada keluarga yang miskin dan terabai daripada kasih sayang ibu
14

bapa.Mereka tidak mendapat pendedahan tentang nilai-nilai murni dan kesantunan sebaliknya
terdedah dengan persekitaran yang kuning membawa mereka menjadi penjenayah.Mereka
juga sanggup melakukan apa saja sehinggakan membunuh kerana inginkan duit dan
kemewahan dengan cara terkutuk.
Oleh yang demikian, semua pihak haruslah bergandingan bahu dalam membenteras jenayah
ini daripada berlarutan.Penerapan nilai kesantunan oleh ibu bapa dan guru kepada anak-anak
muda amat penting sejak dari kecil lagi.Pihak berkuasa pula perlu mengadakan kempen yang
berkesan dan komitmen yang tinggi dalam menguatkuasakan undang-undang negara demi
keharmonian negara Malaysia tercinta

7.0 Bibiografi
Awang Sariyan, 2007, Santun Berbahasa, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
15

Asmah Haji Omar, 2007, Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media,
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Asmah Haji Omar. (2000). Wancana,perbincangan,perbahasan dan perundingan,. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Noriati A.Rashid et al, 2014, Budaya dan Pembelajaran, Selangor, Oxford Fajar Sdn. Bhd
Mokhtar Haji Mohd.Tohar & Ahmad Fawzi M.Basri, 2007, Protokol Di Malaysia Tradisi dan
Amalan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Faiziah Hj.Shamsudin et al, 2012 , Bahasa Melayu Komunikatif, Kuala Lumpur, Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd
Haji Zainal Abidin Safarwan, 1995, Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, Kuala Lumpur ,
Utusan Publications & Distribution Sdn Bhd
Rencana. (2013, Jun Selasa). Retrieved September Ahad, 2013, from Artikel Penuh:
http://www.Utusan.com.my: http://www.Utusan.com.my

8.0 REFLEKSI

16

Refleksi. Perkataan ini adalah perkataan yang selalu digunakan sebaik sahaja
tamatnya sesuatu program,aktiviti,tugasan dan lain-lain lagi. Refleksi ini bertujuan untuk
menilai secara totalnya berkaitan dengan kekuatan,kelemahan,kekurangan dari segi peralatan
dan keberkesanan program tersebut. Saya juga telah membuat refleksi untuk kerja kursus
kesantunan masyarakat Malaysia ini yang berfokuskan kepada kekuatan,peluang,kelemahan
dan juga implikasi pembelajaran saya terhadap profesion keguruan di masa kini.

Aspek yang pertama ialah kekuatan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Antara
kekuatan yang ada ialah semangat dalam diri dan daripada kawan-kawan untuk meneruskan
perjuangan menyiapkan kerja kursus ini. Semangat ini juga telah menguatkan mental dan
emosi saya untuk menyiapkan kerja kursus ini meskipun banyak perkara yang sukar untuk
saya fahami. Selain itu dorongan dan bantuan daripada kawan-kawan turut membantu dalam
melaksanakan kerja kursus ini. Bantuan daripada keluarga dari segi wang ringgit dan nasihat
turut membantu dalam mengukuhkan semangat diri dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Selain itu kemudahan seperti komputer ,internet,pusat sumber dan rujukan daripada surat
khabar menjadi kekuatan tulang belakang dalam penghasilan kerja kursus ini. Inilah semua
elemen-elemen yang menjadi aspek kekuatan saya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.

Aspek yang kedua ialah peluang yang ada dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Sememangnya saya akui ini merupakan pengalaman pertama saya dalam menghasilkan kerja
kursus yang bertemakan kesantunan masyarakat Malaysia dan menggunakan komputer.
Secara jujurnya,saya amat lemah dalam aspek penggunaan komputer ini kerana kurang
pendedahan semasa sekolah dahulu dan tidak mempunyai komputer sendiri. Melalui kerja
kursus ini,ia telah membuka satu dimensi baru untuk saya menceburi bidang teknologi yang
berkaitan dengan komputer(ICT) untuk menambah pengetahuan . Selain itu,kerja kursus ini
juga memberi peluang kepada saya untuk memahami konsep kesantunan dan cara-cara
pengamalannya dalam kehidupan kita.

17

Aspek yang ketiga adalah kelemahan yang wujud dalam melaksanakan kerja kursus
ini. Tidak dapat dinafikan lagi apabila kita melaksanakan sesuatu kerja pasti ada kekurangan
dan kelemahan yang wujud. Kelemahan yang wujud semasa saya menjalankan kerja kursus
ini adalah kekurangan pengetahuan pengendalian komputer yang menyebabkan saya lambat
menghasilkan kerja kursus ini. Selain itu, kekurangan pengalaman dalam menghasilkan kerja
kursus ini telah membuat saya terkapai-kapai untuk melaksanakan kerja kursus ini. Inilah
kelemahan saya dalam menghasilkan kerja kursus ini yang saya harap dapat saya atasi pada
masa hadapan.
Kerja kursus ini sememangnya diakui mempunyai implikasi yang positif terhadap
profesion perguruan. Antara implikasi yang wujud adalah membentuk guru yang mempunyai
nilai-nilai kesantunan. Nilai-nilai kesantunan ini terbentuk apabila saya yang merupakan juga
bakal guru dan rakan-rakan yang lain mendapat pendidikan kesantunan ini. Pendedahan
tentang kesantunan ini akan membiasakan dan memberi pengetahuan kepada kami tentang
amalan kesantunan. Melalui nilai kesantunan ini kami akan menjadi guru yang lebih
berdisiplin yang akan menjadi contoh kepada anak-anak muda yang akan kami didik nanti.
Apabila guru mempunyai nilai kesantunan sudah tentu anak-anak didiknya juga mempunyai
nilai-nilai ini.
Kerja kursus ini juga dapat menyemai guru yang mempunyai nilai pertuturan yang
bersopan santun. Kita sedia maklum bahawa guru mestilah mempunyai bahasa pertuturan
yang lancar dan sopan.Hal ini kerana para guru akan berkomunikasi bukan sahaja dengan
anak-anak didiknya tetapi dengan semua orang iaitu ibu bapa, masyarakat, dan orang-orang
yang berpangkat. Dengan adanya kerja kursus ini yang mengandungi nilai kesantunan dalam
pelbagai aspek bahasa,perlakuan dan air muka akan membentuk guru yang
berkualiti.Seterusnya, para guru akan mempunyai sahsiah yang terpuji. Para guru yang
mendapat pendedahan tentang aspek kesantunan ini akan berkelakuan terpuji dan disayangi
oleh anak-anak didiknya.

Selain itu,pembelajaran aspek kesantunan ini juga akan menghasilkan guru-guru yang
betul-betul mempunyai akhlak diri yang mulia. Hal ini kerana aspek kesantunan ini mendidik
perbuatan yang baik,sopan dan terpuji melalui pertuturan,pergaulan,perlakuan dan lain-lain
18

lagi. Melalui pendidikan kesantunan ini isu gejala sosial yang melibatkan guru seperti
mencabul murid, merogol, memukul, mendera, mengenakan denda yang melampau-lampau,
pergaduhan dengan sesama guru dan terlibat dengan gejala sosial yang lain tidak akan
berlaku sama sekali. Ini kerana apabila guru sudah mempunyai nilai kesantunan,mereka tidak
akan mudah terjerumus dengan perbuatan yang negatif kerana dapat berfikir dengan rasional
dan pengamalan kesantunan dalam diri masing-masing.
Oleh itu,kerja kursus kesantunan ini amatlah wajar didedahkan secara mendalam kepada para
bakal-bakal guru kerana diyakini kerja kursus kesantunan ini dapat membentuk guru yang
berkualiti dan berakhlak mulia dalam mentransformasikan demensi pendidikan Negara ke
aras yang lebih tinggi seperti yang terkandung di dalam falsafah pendidikan Negara demi
mencapai wawasan 2020.

19

Lampiran

20

Anda mungkin juga menyukai