Anda di halaman 1dari 2

SEBELUM FORUM

Antara perkara yang perlu anda persiapkan ialah :

1-ketahui tajuk forum dari pihak penganjur. Contoh tajuk : "kejatuhan ekonomi
melayu berpunca dari melayu". semestinya anda perlu buat home work terdahulu
tentang sejarah ekonomi melayu, carta graf, perbandingan sosial masyarakat
melayu dulu dan sekarang, fakta statistik dan beberapa perkara lain yang dikira
patut diketengahkan.

2-buat latihan bercakap di depan cermin atau rakaman, perhatikan gerak geri kita
semasa bercakap, jika kita tak suka beberapa gaya, wajib kita ubah, jika anda
sendiri benci dgn gaya itu, orang lain jauh lebih benci dengan gaya itu..ingat.!

3-buat teks ucapan yang dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada pengerusi,
menjemput ahli panel, memperkenalkan ahli panel, gambarkan perjalanan forum
kepada semua audiens, jelaskan masa yang diberikan kepada setiap ahli panel, dan
sediakan kertas kecil untuk warning kesuntukan masa kepada ahli panel yang
sedang bercakap.

4-cari perkataan bombastik yang difahami untuk menyemarakkan lagi forum, seperti
"defisit negara kian MEMBENGKAK" "senario ini dianggap SANDIWARA Amerika"
"mereka bebas membuat SPEKULASI"  dan beberapa ayat lain..pergi tanye
Google..!

5-nomborkan helaian kertas ucapan dengan turutan yang betul, highlight kan ucapan
yang penting supaya kita tidak hilang punca ketika berucap.

6-hafal sebanyak mungkin point penting supaya kita tidak terlalu memandang teks
ucapan berbanding melihat audiens.

7-sediakan penutup yang menyelesaikan masalah atau perbincangan yang telah


berjalan, supaya mereka yang keluar dari forum itu tidak tertanya2 apakan
penyelesaian kepada perbincangan.

8-pakai pakaian yang kemas dan bergaya dan memikat pandangan audiens untuk
melihat kepada perbincangan, sebagai contoh suit yang kemas. penampilan yang
bagus, membuahkan rasa yakin diri yang tinggi.

KETIKA FORUM

1-perbetulkan kerusi agar selesa, lihat sekeliling dewan sebelum mulakan ucapan,
ambik roh forum tu sekejap. Senyap seketika akan membuatkan audiens fokus
kepada kita...tarik sehabis mungkin perhatian audiens.

2-mulakan ucapan seperti tertulis dalam teks. membaca tajuk forum dengan nyata
dan jelas, memandang audiens keseluruhan ketika berucap, lihat dari hujung kanan,
tengah dan hujung kiri. supaya audiens rasa kita memerhatikan mereka.
3-sediakan reaksi mimik muka bersesuaian dengan apa yang sedang kita ucapkan,
jika bercakap tentang kejahatan amerika, muka garang, bercakap tentang pelarian
palestin, muka sedih, dan lain-lain.

4-menumpukan sepenuhnya kepada ucapan ahli panel dan mencatit semua point
penting dari ahli panel untuk membuat ulasan selepas dia habis berucap. Jika ada
peluang, boleh mencelah ketika ahli panel berucap.

5-menjaga masa setiap slot berucap ahli panel, 4 minit sebelum masa tamat, hulur
kertas kecil yang tertera "
4 minit lagi" kepada ahli panel yg berucap supaya dia dapat menamatkan ucapannya
dengan flow yang menarik, bukan berhenti mengejut.

6-ketika sesi soal jawab, ambil maklumat ringkas kepada audiens yang bertanya
untuk memudahkan ahli panel menjawab persoalan dan memudahkan untuk
mencari semula jika lontaran persoalanya menarik untuk dijadikan point penting
dalam perbincangan.

7-sebelum akhiri perbincangan, ucaplah setinggi2 aprisiasi dan terima kasih kepada
pihak penganjur, ahli panel dan semua yang hadir untuk menandakan  perbincangan
bakal tamat dan serahkan semula majlis kepada pengerusi majlis.

SELEPAS FORUM

1-catat semua kekurangan dan kepincangan sepanjang mengendalikan forum.

2-ambil gambar untuk dijadikan kenangan.

3-dan rehat.

Anda mungkin juga menyukai