Anda di halaman 1dari 3

Bismillah Hirrahmanirrahim....

Alhamdulillahhirabbilalamin...

Wassolatuwassalamuala alihi wasohbihi ajmain.

***

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

***

Melayang serindit di atas permatang, 


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang, 
Awal BismilLah pembuka bicara.

Dari Raub pergi ke Pontian,


Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan Majlis.

(KALAU ADA) Yang Berusaha PUAN ROSMAHWATI BINTI ABDUL HAMID, GURU PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN DAN KURIKULUM, merangkap Guru Besar SK KAJANG UTAMA

Yang berbahagia, ENCIK MOHD SYAHMI BIN ZAMRI, SELAKU MODERATOR FORUM “TELADANI
AKHLAK RASULULLAH S.A.W pada hari ini.

Yang berbahagia, AHLI-AHLI PANEL FORUM IAITU SAUDARI CHE NUR HIDAYAH BINTI SAUFI DAN NOR
HASANAH BINTI REMELI,

(kalau ada) Yang dihormati guru-guru Penolong Kanan,

Para guru, serta semua murid-murid tahun 4 dan 5 sekolah kebangsaan kajang utama yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum w.b.t.

***

Sarung ketupat berisi inti, 


Dibawa budak sambil berlari, 
Kehadiran semua sangat dihargai, 
Moga Majlis bertambah seri.
Bunga mawar cantik tersemat, 
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat, 
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Oleh itu, bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis
menjemput SAUDARA MOHAMAD FAIZUDIN BIN ABDUL LATIF  untuk membacakan doa.
Dipersilakan.

Aamiin2, ya robbal ‘aalamin...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada SAUDARA MOHAMAD FAIZUDIN BIN ABDUL LATIF
atas bacaan doa itu tadi.

***

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

tujuan kita berhimpun di dewan ini pada pagi yang indah ini adalah untuk mendengar sebuah forum
yang bertajuk “Teladani Akhlak Rasulullah S.a.w.” yang akan disampaikan oleh guru-guru pelatih
sekolah kebangsaan kajang utama.

Oleh itu, semua murid diminta menyediakan bahan catatan untuk mencatat segala ilmu yang akan
disampaikan oleh ahli-ahli panel.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Oleh itu, bagi tidak membuang masa, saya selaku pengacara majlis dengan ini menyerahkan majlis
ini kepada saudara Mohd Syahmi Bin Zamri selaku moderator forum “teladani Akhlak Rasulullah
S.A.W.” untuk memulakan forum.

Majlis dengan ta’zimnya mempersilakan.

Forum.

Alhamdulillah, Terima kasih diucapkan kepada saudara moderator dan kedua-dua ahli panel atas
forum yang telah disampaikan sebentar tadi. InsyaAllah segala ilmu yang telah disampaikan dapat
sama-sama kita amal dan sampaikan kepada orang lain.

PENUTUP
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum,


Melihat mempelai direnjis dipilis,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah kita di penghujung Majlis.

Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat di dalam menjayakan forum kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak.

Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada Allah SWT. Setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih di atas kesudian semua untuk hadir memeriahkan Forum “Teladani Akhlak
rasulullah saw” ini.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli, 
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis forum pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah
al  ‘Asr.

Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai