Anda di halaman 1dari 5

KESALAHAN EJAAN DAN TATABAHASA

(EJAAN DAN IMBUHAN), (ISTILAH KATA DAN TATABAHASA)


TEKNIK MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN BAHASA
1. Kenal pasti jenis kesalahan yang hendak dibetulkan sama ada kesalahan ejaan, kesalahan
imbuhan, kesalahan istilah atau kata atau kesalahan tatabahasa.
2. Baca ayat berulang-ulang supaya anda dapat mengenal pasti kesalahan ayat itu.
3. Perhatikan kesalahan dengan meneliti perkataan demi perkataan serta cuba kaitkan dengan
hukum tatabahasa yang telah dipelajari.
4. Sebaik mungkin, garisilah perkataan atau frasa yang telah dibaiki.
5. Satu ayat terdapat 2 kesalahan yang perlu dibaiki.

BACA DAN FAHAMI NOTA KESALAHAN BAHASA .


1.0 KESALAHAN EJAAN

1.1 EJAAN KATA MAJMUK


Lazimnya dieja terpisah kecuali beberapa kekecualian.
Hanya 15 patah perkataan yang dianggap telah mantap dieja rapat
Salah
antara bangsa
beri tahu
bumi putera
jawatan kuasa
kaki tangan
kerja sama
mata hari
olah raga
pesuruh jaya
setia usaha
suka rela
suruhan jaya
tanda tangan
tanggung jawab
warga negara

Betul
antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
Matahari
olahraga
pesuruhjaya
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara

1.2 MENGEJA PERKATAAN DIPENGARUHI SISTEM EJAAN LAMA ATAU BAHASA INDONESIA
Salah
Betul
kekanda
kakanda
pengkalan
pangkalan
pesaka
pusaka
selsema
selesema
istihar
isytihar
istirihat
istirahat
hajjah
hajah
catit
catat
jamaah
jemaah
1.3 MENGEJA KATA SENDI NAMA (di- dan ke-)

(di- dan ke-) yang menunjukkan tempat perlu dieeja secara terpisah.
Salah
disitu

Betul
di situ

diatas meja
diKota Bharu
kesitu
kehadapan rumah
kePulau Pinang

di atas meja
di Kota Bharu
ke situ
ke hadapan rumah
ke Pulau Pinang

1.4 MENGEJA AWALAN (Awalan di- dan ke-)


Salah
Betul
di tulis
ditulis
di asuh
diasuh
di bungkus
dibungkus
ke tua
ketua
ke dua
kedua
ke kasih
kekasih

2.0 TANDA BACA


2.1 TANDA TITIK (.)

Selain digunakan untuk menunjukkan berakhirnya ayat, digunakan juga untuk menyatakan
singkatan.
Salah
Betul
Hj
Hj.
Prof
Prof.
dll
dll.
dsb
dsb.
2.2 TANDA SEMPANG (-)
2.2.1 Sebagai tanda kata ganda
Salah
meja meja
berkata kata
bantah membantah
gunung ganang
ipar duai
batu batan
saudara mara
2.2.2 Antara ke dengan angka
Salah
ke 21 atau ke21
ke 102 atau ke102

Betul
meja-meja
berkata-kata
bantah-membantah
gunung-ganang
ipar-duai
batu-batan
saudara-mara

Betul
ke-21
ke-102

2.2.3 Antara yang merujuk tahun dengan imbuhan akhiran an


Salah
Betul
tahun 90 an atau 90an atau 90han
tahun 90-an
tahun 20 an atau 20an atau 20han
tahun 20-an

2.2.4 Antara huruf kecil dengan huruf besar

Merujuk Tuhan
Salah
hambaMu atau hamba mu
rahmatNya atau rahmat Nya

Betul
hamba-Mu
rahmat-Nya

Huruf besar bagi nama khas


Salah
pro Barat atau proBarat
pan Asia atau panAsia
KDN nya atau KDNnya

2.3 TANDA SERU (!) - Hadir di akhir ayat


Salah
Amboi! Mahalnya harga baju ini.
Alamak! Saya terlupa membawa
pensel.
Cis! Engkau memang
penderhaka!
Aduhai! Mengapalah malangnya
nasibku ini.
Nah! Terimalah balasanku.

Betul
pro-Barat
pan-Asia
KDN-nya

Betul
Amboi, mahalnya harga baju ini!
Alamak, saya terlupa membawa
pensel!
Cis, engkau memang penderhaka!
Aduhai, mengapalah malangnya
nasiblu ini!
Nah, terimalah balasanku!

3.0 KOSA KATA


3.1 MENGGUNAKAN PERKATAAN YANG TIDAK TEPAT ATAU TIDAK SESUAI
Salah
Betul
Kami sedang membincangkan
Kami sedang membincangkan
perkara itu.
perkata itu, yang sangat rumit.
Ia sangat rumit.
Ini buku cerita
Ini buku cerita sejarah. Buku
sejarah. Iamengandungi
inimengandungi kisah-kisah yang
kisah-kisah yang menarik.
menarik.

3.2 MENGGUNAKAN BENTUK KATA TUNGGAL BAGI BENTUK GANDA


Salah
Betul
berbagai kuih
berbagai-bagai kuih
bersama adik
bersama-sama adik
kedua pelajar
kedua-dua pelajar
setengah orang
setengah-setengah orang
pada bila masa
pada bila-bila masa
3.3 MENGGUNAKAN PENANDA JAMAK (CARA YANG SALAH)
3.3.1 Menggandakan Kata Nama yang sudah mendukung maksud banyak.
Salah
Betul
mereka-mereka
mereka
umat-umat
umat
rakyat-rakyat
rakyat
3.3.2 Menggandakan Kata Nama yang didahului oleh perkataan yang menandakan jumlah banyak
Salah
Betul

dua buah rumah-rumah

dua buah rumah

semua penonton-penonton
segala pegawai-pegawai
antara kemudahan-kemudahan
Senarai nama-nama
Kebanyakan sibuk dengan urusan-urusan

semua penonton
segala pegawai
Antara kemudahan
Senarai nama
Kebanyakannya sibuk dengan urusan

3.3.3 Menggandakan kata majmuk yang dieja terpisah


Salah
guru besar-guru besar
kertas kerja-kertas kerja
reka bentuk-reka bentuk

Betul
guru-guru besar
kertas-kertas kerja
reka-reka bentuk

3.4 GUNA KATA SENDI NAMA DENGAN CARA YANG SALAH


3.4.1 Kesalahan kata sendi nama di (tempat), pada (masa, orang, binatang dan benda abstrak)
Salah
Betul
di pagi hari
pada pagi hari
di abad ke-20
pada abad ke-20
di masa itu
pada masa itu
di ingatan
Pada ingatan
Buku itu ada dengan Ali
Buku itu ada pada Ali
3.4.2 Kesalahan kata sendi nama ke (tempat dan benda konkrit tak bernyawa, serta masa)
Salah
Betul
hingga kepada hari ini
hingga ke hari ini
kepada tempat lain
ke tempat lain
dihempaskan kepada batu
dihempaskan ke batu
3.4.3 Kesalahan kata sendi nama kepada (benda bernyawa dan benda abstrak, kecuali masa)
Salah
Betul
ke pegawai itu
kepada pegawai itu
ke ketua pasukan
kepada ketua pasukan
ke bahaya dadah
kepada bahaya dadah
dilemparkan ke Ali
dilemparkan kepada Ali
diserahkan kepada Ketua
diserahkan ke Ketua Pengarang
Pengarang
3.4.4 Kesalahan kata sendi nama dari (tempat dan waktu)
Salah
Betul
Saudara
Saudara datang dari mana?
datang daripada mana?
Daripada saat ini, ubahlah
Dari saat ini, ubahlah sikapmu.
sikapmu.
3.4.5 Kesalahan kata sendi daripada (hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan,
asal kejadian dan sebagainya).
Salah
Betul
Dari buku itulah banyak
Daripada buku itulah banyak
diperolehnya banyak ilmu
diperolehnya banyak ilmu

kebudayaan.
Dia lebih kaya dari saya.
Peti itu dari kayu.
Kiriman itu dari ayahnya.

kebudayaan.
Dia lebih kaya daripada saya.
Peti itu daripada kayu.
Kiriman itu daripada ayahnya.

3.5 PENGABAIAN KATA SENDI NAMA.

Penggunaan kata sendi nama sering diabaikan apabila predikat diluaskan dengan
keterangan(Adverb).

Hal ini terjadi dalam ayat yang Predikatnya mengandungi kata kerja intransitif (seperti pergi,
balik, lupa, tahu, lalu dan sebagainya) atau adjektif (seperti benci, cinta, sayang, suka, takut dan
sebagainya).
Salah
Betul

pergi sekolah (KI)


balik kampong (KI)
lupa nama orang itu (KI)
lalu jalan ini (KI)
benci orang itu (Adj.)
suka durian (Adj.)
aku cintanya (Adj.)
takut hantu (Adj.)
tahu perkara itu (KI)

pergi ke sekolah
Balik ke kampung
lupa akan nama orang itu
lalu di jalan ini
benci kepada orang itu
suka akan durian
aku cinta kepadanya.
takut akan/kepada hantu.
tahu akan/tentang perkara itu

3.6 KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI


3.6.1 beliau digunakan untuk seseorang yang terhormat sahaja.
3.6.2 ianya- tidak harus dianggap sebagai kata ganti yang betul.
3.7 KESALAHAN BERKAIT DENGAN PENGGUNAAN PERKATAAN YANG HAMPIR SAMA
BUNYI TETAPIBERLAINAN MAKNA. Contohnya :
kelok dengan keluk
tempoh dengan tempuh
seloroh dengan seluruh
pedalaman dengan pendalaman

Anda mungkin juga menyukai