Anda di halaman 1dari 4

TUJUAN MEMBACA

Tujuan membaca boleh dibahagikan kepada dua, iaitu;


1.

Tujuan serta-merta

2.

Tujuan lanjut

1. Tujuan Serta-Merta
Tujuan serta-merta adalah untuk membolehkan murid membaca dan memaham sesuatu bahan
yang digunakan. Apabila seseorang murid dikatakan boleh membaca, maka kenyataan itu
bermaksud murid berkenaan boleh membaca dengan cepat, tidak teragakagak, boleh
membaca dengan serta-merta dan tidak mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan
sesuatu bahan bacaan. Selain itu, boleh membaca juga bererti murid boleh membaca
bersendirian tanpa bergantung kepada bantuan guru.
Tujuan serta-merta juga mempunyai tujuan-tujuan yang lain;

untuk membolehkan murid membaca dengan sebutan dan rentak irama atau intonasi

yang betul.

Untuk membolehkan murid membaca senyap tanpa berasa sebarang gangguan.

Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca terus menerus dan mencari

pengertian daripada yang dibaca.

Untuk menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan atau alat pengisi masa

lapang dan menambah pengetahuan.


2. Tujuan Lanjut
Tujuan lanjut bermaksud murid dapat membetulkan fahamannya yang salah, membandingkan
fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah hidupnya sendiri. Murid
seharusnya dapat berfikir dan melahirkan fikiran dengan cara yang teratur. Apabila mereka
boleh membaca maka dapatlah mereka menambah satu lagi alat perhubungan iaitu
membolehkan mereka merapatkan diri dengan orang lain yang ada di sekelilingnya. Tujuan
lanjut bermatlamat;

Sebagai alat untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari

sekolah dan juga sebagai satu cara untuk menyambung murid dan.

Merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan mereka untuk mengikuti

perkembangan alam dan manusia.

Meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah. Menjadikan bahanbahan

perbandingan dengan orang lain.

Mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani

perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh orang lain.


Tujuan membaca juga dapat dilihat berdasarkan kepada tujuan pengajaran dan pembelajaran
membaca. Secara umumnya, membaca dilaksanakan bagi mencapai tujuan atau matlamat
yang berikut;
1.

Membolehkan murid mengenal huruf, menyebut nama dan bunyi huruf.

2.

Melatih murid membaca dengan sebutan, tekanan, nada dan intonasi yang betul.

3.

Membina kebiasaan menuturkan ayat-ayat yang gramatis sebagaimana dalam

bahan bacaan yang dibacanya.


4.

Melatih murid membaca secara senyap dan pantas di samping dapat memahami

isi yang dibaca dengan pantas juga.


5.

Melatih murid memetik isi-isi bahan bacaan dengan cepat dan tepat dan

menyatakan semula kepada orang lain dengan ayat yang betul dan boleh difahami
dengan mudah.
6.

Menanamkan kemahiran untuk menjelaskan makna perkataan dan ayat-ayat

dengan cepat, jelas dan tepat.


7.

Menghidupkan minat suka menyiasat dan mendalami maksud yang dibaca.

8.

Meluaskan kosa kata, mengenal pasti perbezaan maknanya dalam konteks yang

berbeza.
9.

Menambahkan ilmu pengetahuan.

10.

Membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik bahan yang dibaca

dengan jujur.
11.

Membetulkan pengetahuan sedia ada yang salah.

12.

Memudahkan mereka menyelesaikan masalah seharian yang melibatkan diri

sendiri dan masyarakat.


13.

Membina sikap, cita-cita dan fikiran yang terbuka dan positif.

14.

Memberi peluang kepada murid uantuk mengetahui hal-hal luar negara.

15.

Membolehkan mereka mengerti dan memahami kehendak, situasi dan aspirasi

masyarakat sekelilingnya.
16.

Memperkenalkan keindahan dan keseniaan bahasa di samping menggalakkan

mereka dalam bidang penulisan kreatif sekiranya mereka mempunyai minat dan bakat.
17.

Membina sikap suka membaca sama ada untuk hiburan ataupun untuk

menambahkan ilmu pengetahuan.

Ciri-ciri yang patut ada pada sebuah alat bantu mengajar;


1.
Berfungsi dengan baik untuk membantu para guru mengajar dan para
pelajar belajar
2.

Berjaya menarik perhatian para pelajar untuk menggunakannya

3.

Tidak membahayakan para pelajar; bucu sepatutnya dipotong membulat.

4.
Boleh disentuh dan digunakan oleh pelajar kerana mereka akan bersifat
ingin tahu.
5.
Mempunyai ciri-ciri fizikal yang sesuai; warna sepatutnya terang, huruf
dan gambar perlu besar dan sebagainya
6.
Tahan lama dan sentiasa relevant untuk digunakan selagi masih boleh
digunakan; pelajar darjah satu tahun 2000 dan 2013 boleh belajar
menggunakannya
7.

Boleh digunakan oleh ramai pelajar dalam satu masa, sebaiknya sekelas.

8.
Mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana oleh guru; saiz sederhana,
ringan
9.

Mudah dihasilkan oleh guru

10.

Tidak menelan belanja yang besar.

Satu tip yang Muja rasa berguna bagi guru yang dalam proses mencari idea membina
alat bantu mengajar adalah meletakkan diri dalam situasi para pelajar. Sila tanya diri
sendiri, kalaulah aku pelajar;

adakah aku akan faham perkara ini dengan alat bantu mengajar ini?

adakah aku berminat dengan alat bantu mengajar ini?

adakah aku rasa tertanya-tanya atau teruja dengan alat bantu mengajar ini?

adakah aku akan menjaganya dengan baik jika guru membenarkan aku
menggunakannya?

adakah alat bantu mengajar ini akan kekal lama, sekurang-kurangnya dua
tahun?

Semoga entri ini membantu para bakal guru yang dalam usaha membina alat bantu
mengajar yang baik. Semoga alat bantu mengajar yang dihasilkan akan dapat
digunakan dan dimanfaatkan oleh guru-guru lain. Semoga para pelajar kita akan
menyukai dan belajar dengan lebih baik menggunakan alat bantu mengajar yang kita
hasilkan

Anda mungkin juga menyukai