Anda di halaman 1dari 24

Kemahiran Membaca

1.0 Pengenalan
Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang penting. Melalui
pembacaan seseorang itu boleh menerokai alam ilmu pengetahuan yang tidak
dapat ditempuhinya melalui pengalaman pengalaman biasa yang lain. Pembacaan
membawa seseorang itu kea lam imaginasi, di luar daripada situasi kehidupan yang
dilaluinya sehari hari. Pembacaan juga boleh membuka dan memperluaskan
pemikiran dan pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang.
Oleh itu kemahiran ini haruslah ditanamkan sedalam dalamnya kepada murid
murid sejak awal awal lagi supaya ianya boleh dipupuk dan disuburkan dengan
sebaik - baiknya
Semenjak kebelakangan ini Kementerian Pendidikan Malaysia berasa bimbang di
atas masalah murid dari sekolah rendah belajar ke sekolah menengah yang belum
lagi dapat menguasai kemahiran asas bacaan. Pelbagai program telah dilaksanakan
oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini. Di antara projek yang dijalankan
sekarang ialah Kelas Intensif Awal Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang dikhas bagi
murid murid Tahun 1 dan PROTIM bagi murid murid Tahu 6 yang masih lagi
belum dapat menguasai kemahiran asas membaca. Dalam tugasan saya kali ini kita
akan membincangkan tentang masalah Kemahiran Membaca dikalangan murid
murid di sekolah rendah.
2.0 KEMAHIRAN MEMBACA
2.0.1 Pengertian Dan Tujuan
Menurut Atan Long membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang lambang
itu semula kepada bunyi bahasa dam memahami makna atau tanggapan yang
disampaikan oleh tulisan itu. Untuk mambaca seseorang itu bukan sahaja boleh
mengenal dan menyebut lambang lambang bertulis tetapi juga dia mesti
mempunyai satu tanggapan bagi memudahkan fahamannya.
Bamberger pula mentakrifkan membaca adalah satu proses yang mengubahkan
simbol simbol grafik ( tulisan ) kepada konsep konsep intelektual dan proses ini
memerlukan daya mental.
Daniels dan Diack berpendapat membaca merupakan satu proses menterjemah
huruf huruf dalam satu susunan tertentu seperti perkataan, rangkai kata dan ayat
ayat kepada bunyi bunyi yang mempunyai makna.
Lado mentafsirkan bahawa membaca merupakan satu cara untuk memahami pola
pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis .

Daripada definisi definisi dan tafsiran para sarjana tadi dapatlah kita ketahui
bahawa membaca bukanlah satu proses yang mudah sebaliknya ia adalah
gabungan beberapa proses yang kompleks. Membaca mengabungkan beberapa
kemahiran , iaitu kemahiran pengamatan penglihatan yang diskriminatif ( untuk
mengenal dan membezakan bentuk bentuk huruf ), kemahiran mengingat,
mendengar dan membezakan bunyi bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut
bunyi bunyi itu untuk membentuk perkataan dan berkebolehan pula
memindahkan lambang lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat
( otak ) untuk menterjemah dan memahami apa yang dibacanya. Tegasnya
membaca memerlukan gabungan dua kemahiran, iaitu kemahiran kognatif dan
mekanis dan sebelum seseorang itu belajar membaca dia mestilah mempunyai
kemahiran kemahiran asas di dalam lisan. Bacaan ini boleh kita klasifikasikan
pada dua jenis iaitu bacaan mekanis dan bacaan akaliah.
Apakah tujuan kemahiran membaca ? Pada amnya tujuan kemahiran membaca ini
adalah untuk membolehkan murid murid mengenal huruf huruf, menyebut nama
dan bunyi huruf. Boleh menyebut perkataan perkataan yang dibentuk melalui
jalinan huruf huruf dengan betul dan dapat digunakan dalam pertuturan. Secara
tidak langsungnya membolehkan murid murid membina kebiasaan menutur ayat
ayat yang gramatis sebangaimana dalam bahan bacaan yang dibaca oleh
mereka.Juseru itu ianya dapat menambah ilmu pengetahuan disamping dapat
memudahkan mereka untuk meyelesaikan masalah masalah seharian baik yang
berhubung dengan diri sendiri ataupun masyarakat amnya. Dengan itu juga
membolehkan mereka mengerti an memahami kehendak situasi dan aspirasi
masyarakat di sekelilingnya.

2.0.2 Masalah Kemahiran Membaca Yang Dikenal Pasti.


Analisis daripada keputusan akhir tahun 2004 menunjukkan 18% daripada
keseluruhan murid-murid Tahun Satu gagal menguasai kemahiran membaca.
Membaca merupakan komponen utama dalam 3M di dalam KBSR. Kegagalan
membaca secara langsung akan menggagalkan pembelajaran individu kerana
bahasa adalah merentas kurikulum. Keadaan ini akan memberi kesan yang ketara
dalam penguasaan penulisan dan pengiraan.
Sekiranya masalah ini berterusan, murid-murid merasakan satu tekanan berada di
sekolah. Secara tidak langsung ia mewujudkan masalah sampingan seperti masalah
disiplin, vandalisme dan lain-lain. Sekiranya masalah ini berlarutan hingga selepas
alam persekolahan, mereka akan menjadi sumber kepada kepincangan masyarakat
dan ketidakstabilan sosial.
Mesyuarat memperkasakan Sekolah Kebangsaan pada 22 November 2005 telah
melaporkan tentang masalah kegagalan murid untuk menguasai kemahiran asas

membaca. Pada masa kini masih ramai lagi kalangan pelajar kita yang belum lagi
dapat menguasai kemahiran membaca ini. Ini jelas terbukti pada masa kini pihak
Kementerian mengambil langkah yang derastik untuk mengatasi masalah ini salah
satu projek yang dijalankan oleh pihak Kementerian ialah Kelas Intensif Awal
Membaca dan menulis ( KIA2M ) yang dikhas bagi murid murid Tahun 1.Ini disebab
laporan mengenai ramai dikalangan murid sekolah rendah yang menyambung
pelajaran mereka ke sekolah menengah masih belum lagi menguasai kemahiran
membaca ini. Hasil kajian mendapati masalah ini berpunca daripada :
:
Keupayaan berfikir yang rendah.
Tidak dapat memberi tumpuan yang lama.
Tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata.
Tidak memahami apa yang dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna.
Terdapat segelintir bilangan pelajar belum dapat mengenal dan membunyikan
huruf.
Tidak dapat melihat perbezaaan di antara perkataan dan gambar gambar.
Murid belum dapat membezakan antara huruf dam himpunan huruf huruf
( perkataan ).
Kemungkinan seseorang murid tersebut mempunyai kelemahan dari segi
pendengaran.
Masalah pertuturan, berkemungkinan seseorang murid itu pelat, gagap atau
menghadapi kekurangan dalam sistem artikulasinya. Seseorang murid yang
mempunyai masalah ini, tidak boleh menyebut atau membaca dengan betul.
Berkemungkinan terdapat murid tidak mempunyai kesedaran bahawa huruf
huruf itu boleh dibunyikan dan sesuatu perkataan terdiri daripada gabungan
beberapa huruf atau bunyi.
Kebolehan mental murid murid itu secara am, misalnya kebolehan dia
mengingat sesuatu dan boleh menumpukan perhatiannya terhadap sesuatu.
2.0.3 Implikasi Masalah Bacaan Terhadap Pelajar
Menurut Kamus Rujukan Dewan Bahasa Dan Pustaka implikasi membawa maksud
kesan (kemungkinan dsb) yg terbit atau dapat ditakrif drpd sesuatu: ~
perkembangan ekonomi ini terhadap keluarga Melayu amat jelas; berimplikasi
mempunyai implikasi: perhubungan antara fakta dgn teori yg ~ besar terhadap
skop analisis sosiologi; mengimplikasi membuat implikasi.
Menurut laporan di akhir tahun tahun 70an terdapat ramai murid sekolah rendah
terutamanya yang tinggal diluar bandar yang tidak boleh membaca atau tidak
cekap membaca atau cekap membaca bahasa mereka sendiri ( bahasa Malaysia ).
Masalah sebegini banyak memberi implikasi terhadap murid itu sendiri dan juga
negara. Di antara implikasinya ialah :
Negara kita akan mempunyai ramai orang yang buta huruf, justeru negara kita

akan menjadi negara yang mundur di dunia ini.


Maka akan wujud sekelompok manusia yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
Masalah seterusnya ialah seseorang murid itu sukar untuk bergaul dalam
masyarakat.
Kepincangan masyarakat jelas terbukti kerana masyarakat terutamanya terhadap
pelajar tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruknya sesuatu perkara.
Negara kita tidak dapat melahirkan masyarakat yang berkeliber, justeru itu kita
tidak dapat dipimpin oleh ketua negara yang berpendidikan.
Impak yang ketara sekali ialah wujudnya keciciran pelajar kerana pelajar tidak
berminat untuk belajar.
Seseorang pelajar itu akan berasa rendah diri seandainya seseorang murid itu
tidak dapat menguasai kemahiran membaca.
Murid tidak dapat membina sikap yang baik dan tidak mempunyai cita cita dan
fikiran yang terbuka dan positif .
Seseorang murid itu tidak akan dapat memperolehi kemahiran ilmu pengetahuan
yang yang tinggi.
Seseorang pelajar itu tidak akan mempunyai kebolehan menilai, mengulas dan
mengkritik apa yang dibaca dengan saksama.
Sukar bagi seseorang murid itu untuk menyelesaikan masalah masalah seharian
baik yang berhubung dengan diri sendiri dan masyarakat.

b ) Rancang dan bincangkan empat aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru bagi
mengatasi salah satu masalah tersebut. Kaitkan jawapan anda dengan teori yang
sesuai serta penggunaan bahan yang boleh meningkatkan kemahiran tersebut.
1.0 Aktiviti Bacaan
1.1 Kemahiran Membaca Secara Mekanis
Bacaan mekanis adalah bacaan kuat dan yang dipentingkan ialah sebutan huruf
huruf dan bunyi bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan
tekanan yang betul. Isi bahan bacaan biasanya terdiri daripada perkara perkara
yang mudah, yang tidak memberatkan fikiran.
Lou E. Burmeister (1978), seorang pakar pendidikan bahasa Universiti Texas di El
Paso, dalam Improving Speed of Comprehension in Reading menghuraikan tentang
Aspek Mekanis Membaca dengan melontarkan beberapa pertanyaan. Bagaimana
mata seseorang bergerak ketika mereka membaca? Apakah mata tersebut bergerak
dengan lembut, seperti ketika mengawasi seekor burung yang sedang terbang atau
menyaksikan pesawat terbang yang sedang mendarat? Atau apakah mata
bergerak, berhenti, bergerak, berhenti lagi, bergerak lagi dan berhenti lagi?
Salah satu metodologi yang digunakan untuk meneliti pergerakan mata, yang
menurut pengasasnya dapat dilakukan oleh siapa saja dan bilaa bila masa dalam
kelas pengajaran bahasa, adalah dengan meminta salah seorang memperhatikan

mata seseorang ketika dia sedang membaca. Apakah mata si pembaca bergerak
dengan lembut? Jika mata tersebut bergerak dengan lembut, maka dapat dipastikan
bahawa dia tidak sedang membaca, kata Lou E. Burmeister.
Lebih jauh pakar pendidikan ini mengatakan bahawa dalam kenyataannya, tentu
saja berdasarkan hasil penelitiannya selama bertahun-tahun, kata (atau kata-kata)
hanya dapat dibaca apabila mata tidak bergerak. Hanya apabila mata berhenti
bergerak, atau terpusat pada satu bahagian dari kata, pada satu kata, atau pada
satu frasa, maka barulah si pembaca mendapatkan apa yang dinamakan citra
visual. Berikutnya, jika memang dikehendaki mata akan bergerak untuk kemudian
berhenti lagi jika si pembaca ingin mendapatkan citra visual yang lain. Atau dengan
kata lain, dalam membaca mata seorang pembaca haruslah berhenti, bergerak,
berhenti lagi, bergerak lagi, dan seterusnya, jika dia menginginkan memahami apa
yang dibacanya.
1.2 Kemahiran Membaca Secara Akaliah
Bacaan akaliah adalah bacaan secara senyap. Aspek aspek sebutan, nada,
tekanan dan intonasi tidak diberatkan. Yang lebih ditekankan ialah kefahaman
terhadap isi bahan yang dibaca. Dalam pengajaran bacaan di sekolah, kedua dua
jenis bacaan ini ditekankan. Pada peringkat awalnya, proses pengajaran dan
pembelajaran bacaan mengutamakan bacaan mekanis. Guru memberikan contoh
sebutan bunyi bunyi dan bacaan yang betuldengan kuat serta jelas dan kemudian
diikuti oleh murid murid dengan kuat juga sama ada secara beramai ramai,
berkumpulan ataupun secara individu. Setelah murid murid menunjukkan
kemahiran membaca mekanis dengan memuaskan baharulah bacaan akaliah
dijalankan. Murid murid diberi masa untuk membaca sesuatu bahan bacaan yang
diberikan dan kemudian membincangkannya atau menjawab soalan soalan untuk
menguji kefahaman mereka. Bacaan akaliah ini boleh juga diikuti dengan bacaan
kuat. Apa yang umum diamalkan sekarang, di peringkat sekolah rendah, bacaan
mekanis diutamakan sementara diperingkat sekolah menengah, bacaan akaliah
yang ditekankan.
2.0 Aktiviti Untuk Mengatasi Masalah Bacaan
Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan untuk mengatasi masalah
kemahiran membaca ini. Seandainya masalah ini tidak di atasi diperingkat yang
sepatutnya maka ianya akan menjadi duri dalam daging dan akan menimbulkan
masalah pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Masalah begini begitu
serius sekali dan perlu di atasi dengan segera. Di antara aktiviti aktiviti yang boleh
mengatasi masalah ini ialah:
2.1 Aktiviti Peringkat Pra Bacaan.
Peringkat kesediaan membaca adalah satu peringkat apabila faktor faktor
persekitaran, keadaan metal dan tubuh badan telah menyediakan murid murid
untuk menerima pengajaran bacaan. Peringkat mendirikan asas adalah satu
peringkat yang penting dalam pengajaran bacaan. Satu kaedah yang digunapakai
untuk mengajar pra bacaan adalah kaedah abjad. Kaedah ini telah lama digunakan
oleh semua guru bahasa dikebanyakka sekolah. Kaeadah ini disebut kaedah huruf

dan kaedah mengeja. Dalam kaedah ini murid murid dipekenalkan huruf A hingga
Z. Setelah murid murid mengenal huruf huruf barulah dinyatakan huruf huruf
vokal, iaitu a , e , i, o dan u dan daripadanya dibentuk suku kata untuk membentuk
perkataan, iaitu dengan mengabungkan huruf huruf konsonan, misalnya :
ba bi bu bo be be { taling }
ca ci cu co ce ce { taling }
da di du do de de { taling }
ha hi hu ho he he { taling }
ja ji ju jo je je { taling }
Daripada suku kata itu dibentuk perkataan perkataan seperti baca, babu, cucu,
dada, dahi, duda, budi dan sebagai. Perkataan perkataan dieja mengikut nama
hurufnya dan kemudian disebut perkataannya. Gabungan suku kata dijadikan
perkataan dan seterusnya perkataan menjadi ayat. Lihat lampiran I
2.2 Aktiviti Peringkat Bacaan Mekanis
2.2.1 Bacaan Intensif
Bacaan Intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan untuk
memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsirkan apa
yang dibaca dengan tepat disamping mengkaji ciri ciiri tatabahasa seperti struktur
ayat, frasa atau klausa, juga meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan
serta maksud atau pengertiannya dalam konteks konteks yang berlainan.Guru
harus membantu dan membimbing sambil menunjuk ajar murid supaya dapat
mengatasi masalah mereka. Latihan bacaan intensif ini bertujuan umtuk
memperolehi dan memperkembangkan kemahiran kemahiran berikut :
Mengecam/ mengenal pasti maksud perkataan mengikut konteks yang
berlawanan dengan tepat.
Memahami dengan tepat maksud ataupun idea yang terkandung dalam sesuatu
petikan.
Membaca secara senyap dengan kepantasan yang wajar.
Memahami dan menggunakan apa yang telah dibaca.
Aktiviti bacaan ini boleh dijalankan dengan panduan panduan berikut :
Petikan atau bahan bacaan yang dipilih mestilah menerik minat ataupun
bermakna kepada murid murid. Seelok eloknya bahan itu beraneka jenis,
meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Petikan ini diberikan kepada setiap murid dan berikan masa kepada mereka untuk
membaca dan memahaminya. Mereka boleh membacanya secara bersendirian
ataupun membincangkannya bersama rakan rakan. Elok juga petikan itu diberi
lebih awal sebelum pelajaran dijalankan.
Latihan bacaan hendaklah kerap kali dijalankan sekurang kurangnya seminggu
sekali.
2.2.2 Bacaan Ekstensif
Bacaan ekstensif atau bacaan meluas adalah satu aktiviti membaca yang dilakukan
di luar bilik darjah dan bahan yang dibaca itu bukanlah buku buku teks tetapi buku
buku seperti buku cerita, majalah, suratkhabar, jurnal, ensiklopedia dan buku

buku rujukan yang lainnya. Bacaan ini dilakukan diluar masa sekolah, tanpa
bimbingan daripada guru dan dihadapkan melalui bacaan ini, murid murid dapat
kepuasan, keseronokan di samping menimba ilmu pengetahuan. Bagi menjalankan
aktiviti ini ialah pada peringkat awalnya murid murid bolehlah digalakkan untuk
membaca buku buku bagi menanam minat gemar membaca. Untuk menjalankan
aktiviti ini lebih berkesan murid murid mestilah dilatih membaca mengikut teknik
SQ3R iaitu :
Mengkaji kandungan bahan yang dibaca terlebih dahulu bagi mendapatkan idea
keseluruhan atau pokok persoalan yang terkandung dalam buku itu;
Membuat soalan sendiri mengenai apa yang harus mereka baca dan selepas
membaca bahan bacaan itu mereka mestilah dapat menjawab soalan soalan yang
mereka fikirkan/kemukan tadi;
Membaca dengan cepat berdasarkan haluan yang telah ditentukan;
Menjelaskan atau menerangkan isi isi penting ( untuk diri sendiri ) dan membuat
kesimpulan di akhir setiap bahagian yang dibaca supaya mereka dapat menyatukan
semua maklumat yang telah diperolehi daripda pembacaan mereka;
Mengkaji semula keseluruhan bahan yang dibaca untuk memastikan bahawa tidak
ada isi isi yang tertinggal.
2.2.3 Penyampaian Kemahiran Membaca
Untuk menarik minat murid supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca
dengan sempurna seseorang guru itu hendaklah mahir mengelolakan aktiviti
bacaan kepada muridnya. Di antara langkah langkah bagi menyampaikan
kemahiran membaca ini adalah seperti berikut :
Mula mula bermain dengan bunyi bunyi, membezakan bunyi a daripada
an dan mencari perkataan perkataan yang menerbitkan bunyi bunyi itu bunyi
ba, bi, bu...dan sebagainya.Diajar dulu secara lisan.
Kemudian kenalkan lambang lambang suku kata terbuka, didahului bunyi huruf
saksi a, i, u, e ( bertanda ), e dan o kerana bunyi bunyi ini ialah bunyi bunyi
dalam susunan bunyi bunyi Melayu: e kerana bunyinya lebih kerap berlaku
dalam bahasa Melayu. Bunyi o diletakkan pada akhir susunan ini kerana tidak
berapa berbeza dengan bunyi a .
Seterusnya , baca terus pelajaran yang telah disediakan iaitu pelajaran yang
dinamakan asas bacaan ( Lampiran II ) didahului daripada alatan
membaca/mengajar sebelum membaca daripada buku.
Menyambung lagi pelajaran suku kata terbukayang belum dikenalkan khas bunyi
nya , nga dan lain lagi bunyi yang berkait seperti main , naik, jauh, kuih,
buah,buat.... Bunyi h seperti jahit, pahit dsan perkataan perkataan tiga kerat
bunyi seperti belajar, binatang,perempuan, sekolah, Melayu.... dan sebagainya.
Mempelajari nama nama huruf sert mengenal huruf besar.( Lampiran III ). Tujuan
untuk mengajar mengeja.
Kenalkan bunyi bunyi berpandu dipangkal dihujung perkataan serta bunyi
bunyi berpandu dua.
3.0 Aktiviti Bacaan
3.1 Aktiviti PraBacaan

Diperingkat ini terlebih dahulu kita perlu mengetahui tentang pendekatan bunyi
kata . Ia berasakan kepada hal hal berikut :
( a ) sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistemik dan fonemik
( b ) kebanyakkan suku kata dalam bahasa Malaysia adalah jelas dan mudah.
( c ) Perkataan perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan ini telah
diketahui maknanya oleh kebanyakkan murid.
Berikut adalah aktiviti aktiviti yang boleh kita jalan diperingkat prabacaan :
Aktiviti kita yang pertama ialah memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal :
a , i , u. Gunakan kad imbasan dan buat latihan membunyikan huruf ini secara latih
tubi, berselang seli. Kemudian barulah kita perkenalkan satu huruf konsonan,
misalnya k dengan menggunakan kad imbasan, buat latihan ini berulang kali
supaya murid dapat membunyikan lambang itu dengan jelas. Kemudian gabungkan
kosonan k dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata : ka ki ku. Ulang
sebutan suku kata itu berulang kali, Kemudian barulah kita cantumkan suku suku
kata itu supaya menjadi beberapa perkataan yang bermakna, seperti :
ka ki jadi Kaki
ku ku jadi Kuku
Ulang sebutan beberapa kali, kemudian gabungkan perkataan perkataan itu
menjadi frasa atau ayat yang bermakna. Misalnya :
kaki ku
kuku kaki
kuku kaki ku
Kemudian permainan mencantum huruf huruf menjadi suku katadan suku kata
menjadi perkataan dan ayat boleh dibuat daripada keratan keratan kad.Lihat
Lampiran IV

3.2 Bacaan Mekanis


Kad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut
suku kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut. Pengkaji dapat
melihat peningkatan murid yang tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kad
perkataan ini.
Di sini, pengkaji menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang mudah
seperti:
KAD AYAT
1.Ibu memasak nasi lemak di dapur.

2. Hobi kakak saya membaca buku cerita.

3. Adik saya gemar melukis gambar pemandangan

4. Lawatan ke Zoo Melaka telah dibatalkan

Kita juga boleh menyediakan Big Book . Big Book adalah sebuah buku yang
dibesarkan (enlarged) mengandungi gambar-gambar berwarna dan menarik.
Ayatnya adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar belakang.
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti:
a Menjana idea - murid bercerita berdasarkan gambar untuk mencungkil
pengetahuan am dan sedia ada.
b. Bacaan terus - murid membaca tanpa perlu mengeja.
c Membandingkan persepsi murid dengan cerita sebenar pada gambar sebagai
pengukuhan.
d Penilaian
Aktiviti ini boleh kita rujuk Lampiran V.
4.0 Penutup
4.1 Perihal Mengajar Bacaan
Setelah murid murid mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran bacaan,
mereka mestilah dilatih pula untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas
supaya kemahiran itu memberi feadah yang meluas kepada mereka. Mereka bukan
sahaja perlu dilatih membaca dengan kuat, sebuan, intonasi dan gaya yang betul
tetapi mestilah juga dilatih memahami dan meneliti dengan mendalam apa saja
yang mereka baca. Dengan erti kata lain bacaan mereka mestilah boleh memberi
kesan kepada mereka sama ada dari segi hiburan mahupun ilmu pengetahuan. Bagi
melatih ini bacaan intensif dan eksensif mestilah dilaksanakan.
Disamping kaedah dan pendekatan Bahan Bacaan Asas itu sendiri adalah
elemen yang amat penting bagi menentukan kemampuan prestasi kaedah itu dan
tingkat kemajuan dan kejayaan yang akan dicapai. Bagaimanupun kesimpulannya
bagi saya semua kaedah yang telah digunakan di sekolah sekolah kita di Malaysia
ini, baik kaedah lama atau baru telah pun menghasilkan kejayaan masing masing,
cuma yang berbeza ialah lambat atau cepat dan besar atau kecil kejayaan itu
dicapai, dan salah satu faktor utama yang memainkan peranan ang amat penting
dalam menjayakan sesuatu kaedah it ialah kesungguhan seseorang guru itu dalam
melaksanakan kaedah yang dipilihnya.
Maka sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca( termasuk menulis dan
mengira ) diberi perhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran, guru guru
dan ibubapa, kerana di dalam sistem pelajaran formal, ketiga tiga kemahiran ini
menjadi alat asas kanak kanak untuk mempelajari Ilmu Sains,Sejarah,
Kesusasteraan, Sivik, Muzik, Perdagangan, Pertanian, mata pelajaran Agama dan
kemahiran yang lain.Kemahiran ini merupakan asas untuk kanak kanak meneroka
ilmu pengetahuan, mencipta dan membuat komunikasi. Dalam konteks dunia hari
ini, kecekapan ini amat diperlukan.

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA


1. Kesediaan Membaca
Apabila murid baru masuk ke tahun satu, guru hendaklah mengenal pasti kebolehan dan
keupayaan murid dalam kemahiran membaca. Guru perlu membuat ujian atau penilaian untuk
menentukan tahap kebolehan membaca dalam kalangan murid berkenaan. Guru harus menyedari
bahawa murid yang memasuki tahun satu terdiri daripada murid yang datangnya daripada latar
belakang keluarga serta sosioekonomi yang berbeza. Oleh itu, kebolehan dan kemahiran
membaca dalam kalangan mereka kemungkinan tidak sama.
Sebahagian besar murid khususnya yang tinggal di bandar telah memasuki tadika dan boleh
membaca dengan baik. Walau bagaimanapun, bagi murid yang tinggal di luar bandar,
kebanyakannya tidak memasuki tadika. Murid ini biasanya akan menghadapi masalah membaca
apabila mereka berada di sekolah. Bagi mengatasi masalah kemahiran membaca, guru hendaklah
memberi
perhatian
kepada
dua
perkara
yang
berikut;
(a)
perasaan
murid
(b) bahasa murid
Guru hendaklah memberikan pengalaman kepada murid supaya mereka bersedia untuk
membaca. Oleh itu, peringkat kesediaan murid ini penting bagi mencapai tujuan yang berikut;
1. Untuk memberi peluang kepada murid merapatkan dirinya dengan guru. Ini boleh
menimbulkan keyakinan mereka.
2. Supaya dapat menimbulkan kemahiran dan keinginan murid untuk meluaskan lagi
pengalamannya yang sedia ada.
3. Untuk membina tabiat gemar membaca dan menghargai apa yang dibaca.
4. Melatih murid supaya boleh memerhati sesuatu dengan baik dan cuba mengecamnya.
Untuk mencapai tujuan ini langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru ialah:
1. Adakan aktiviti yang melibatkan murid seperti menyanyi, berlakon, bercerita dan
sebagainya yang menarik hati.
2. Banyakkan bermain-main dengan murid misalnya berbual-bual, bersoal jawab dengan
cara yang tidak formal.
3. Perbendaharaan kata yang difikirkan perlu hendaklah ditambah dari semasa ke semasa
secara tidak langsung.
4. Bina asas bahasa murid melalui pertuturan. Beri galakan dan pimpinan yang sepatutnya
supaya murid mahu bertutur.
Pada peringkat kesediaan ini, guru hendaklah memerhati kesediaan murid sama ada murid telah
bersedia untuk membaca atau sebaliknya. Oleh itu, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian
oleh guru bagi menentukan sama ada murid telah bersedia atau belum ialah dengan menjawab
soalan-soalan yang berikut;
1. Bolehkah dia mengecam gambar-gambar atau warna-warna asas serta membezakannya?
2. Bolehkah murid itu faham atau dapat mengikuti percakapan orang lain terutama gurunya

3. Dapatkah dia melihat dengan baik? Kenalkah dia bentuk-bentuk seperti garisan, bulatan
dan lain-lain.
4. Dapatkah dia melahirkan perasaan atau fikirannya?
5. Bagaimana dengan kesihatannya? Dapatkah dia belajar dengan baik?
6. Tahukah dia memegang alat baca dan tulis seperti buku, pensel dan sebagainya?
7. Bagaimana dengan latar belakang keluarganya?
Beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca
1. Keadaan fizikal
penglihatan
pendengaran

pertuturan

umur

jantina

2. Pengalaman dan persekitaran


pendedahan bahan bacaan di rumah
3. Emosi dan motivasi
adakah kanak-kanak menghadapi masalah emosi?
adakah kanak-kanak bersikap negatif terhadap buku?

adakah kanak-kanak menghadapi masalah sosial?

adakah kanak-kanak mempunyai minat tertentu?

4. Kecerdasan dan perkembangan kognitif


daya kecerdasan
kebolehan mental secara keseluruhan

adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara perkataan dengan gambar?

adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara huruf dengan perkataan?

2. Prabacaan
Minat membaca sebenarnya bermula sejak kita dilahirkan. Bayi baru lahir belajar mengenai
dunia sekeliling mereka dengan mendengar bunyi, nada bunyi dan bahasa percakapan. Ini
merupakan persediaan awal untuk mereka belajar mengenali perkataan dan tulisan. Beberapa

cara untuk memupuk minat membaca boleh dilaksanakan bagi bayi sejak mereka dilahirkan.
Antaranya,
Jadikan aktiviti bercerita sebagai aktiviti harian bayi. Masa yang sesuai untuk melakukan
aktiviti ini adalah selepas memandikan bayi pada waktu pagi dan semasa waktu makan.
Bercerita menggunakan rima semasa menyusukan bayi. Bayi suka mendengar suara anda
semasa menyusu dan ini dapat menanamkan semangat mendengar cerita. Selain daripada
bercerita, bayi juga boleh diperdengar lagu-lagu yang mempunyai rima yang sama.
3. Aktiviti prabacaan
Contoh aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan di sekolah ialah;
1. mengenal gambar yang berlainan
2. mengenal bentuk yang berlainan.
Pengalaman bayi melakukan aktiviti prabacaan merupakan proses untuk menyediakan seseorang
kanak-kanak kepada peringkat pramembaca. Oleh itu, tahap ini merupakan satu tempoh masa
menyediakan murid untuk membaca. Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka
pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf itu. Pada tahap ini murid
perlu didedahkan kepada aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman
penglihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang
membolehkan murid membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan
dari
atas
ke
bawah.
4. Mekanis
Pada peringkat ini murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayatayat mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan
tertutup. Murid membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas
dan terang.
Tujuan bacaan mekanis ialah;
1. Membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan jelas.
2. Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada
tempat berhenti yang betul.
3. Membolehkan murid membaca dengan irama membaca yang betul.
4. Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata muridan yang lain.
5. Untuk membolehkan murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca secara kuat.
Pada peringkat bacaan mekanis ini, guru boleh melaksanakan langkah-langkah yang berikut;
1. Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan
kebolehan dan umur murid.

2. Bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan dan rangkai katra yang susah sama
ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu.
3. Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.
4. Guru membaca dan murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan.
5. Guru membimbing murid membaca secara individu dan bergilir-gilir.
6. Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid tentang isi bacaan untuk menguji
kefahaman mereka.
Contoh
aktiviti
Aktiviti yang boleh dijalankan dalam bacaan mekanis ialah bacaan kuat dengan menggunakan
kad imbasan yang mengandungi huruf, suku kata, frasa dan ayat. Contoh kad adalah seperti yang
di bawah;
1. Kad huruf
Kad Huruf
2. Kad Suku Kata
Kad Suku Kata
3. Kad Perkataan
Kad Perkataan
4.

Kad Frasa

Kad Frasa
5. Kad Ayat
Kad Ayat
5. Membaca dan Memahami
Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk;
(a)
mengumpul
maklumat
dan
makna
daripada
bahan
yang
dibaca.
(b) Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang bahan yang dibaca.
Penguasaan kosa kata boleh membantu murid memahami kandungan dan mesej yang hendak
disampaikan melalui bacaan. Tanggungjawab utama guru dalam mengajarkan bacaan dan
kefahaman adalah untuk membantu murid menambah dan meluaskan kosa kata. Pengajaran kosa
kata seharusnya dapat membantu murid dalam hal yang berikut;
1. Mengaitkan perkataan baru dengan pengalaman sedia ada. Dengan cara ini murid akan
dapat memahami makna perkataan baru dengan lebih cepat dan berkesan serta
mengekalkan makna perkataan itu dengan lebih lama.

2. Mengkaji perkataan untuk melihat persamaan dsan perbezaannya, meneliti pertalian


antara perkataan dan menggunakannya dalam konteks.
3. Membina pengetahuan tentang makna perkataan dengan luas dan rapi.
4. Membina strategi pembelajaran yang berkaitan dengan perkataan dan konsep secara
bebas. Ini membolehkan murid berusaha sendiri tanpa sentiasa dibimbing atau dibantu
oleh guru.
5. Menggalakkan penglibatan secara aktif. Murid akan memberi tindak balas melalui
perbincangan, soal jawab atau menggunakan perkataan dalam ayat.
Peringkat membaca dan memahami juga hendaklah sesuai dengan peringkat umur dan
kecenderungan murid. Guru janganlah hanya mementingkan sebuatan suara dan kelancaran
sahaja tetapi mestilah juga sekaligus menyediakan soalan-soalan yang mudah untuk kefahaman.
Dalam hal ini bacaan senyap hendaklah juga digalakkan supaya murid dapat melatih diri sendiri
untuk menangkap maksud isi muridan yang dibaca. Guru hendaklah memberi perhatian kepada
perkara-perkara yang berikut;
1. Memulakan membaca setelah murid dapat membaca ayat-ayat ringkas dan boleh
mengecam perkataan, suku kata dan huruf.
2. Banyakkan soalan-soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman murid selepas
membaca.
3. Beri murid peluang membaca dan memaham dalam mata muridan lain seperti Sejarah,
Geografi, Sains dan sebagainya.
4. Gunakan teknik soalan yang membina dan mengikut prinsip-prinsip yang betul.
5. Aktiviti bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan untuk latihan kemahiran
membaca.
Kategori kefahaman bacaan
Kefahaman bacaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kefahaman literal, kefahaman
inferensi dan kefahaman kritikal.
1. Kefahaman literal
makna perkataan
makna ayat

huraian isi

idea utama

urutan idea

perbandingan

hubungan sebab dan akibat

2. Kefahaman inferensi
membuat kesimpulan
mengeluarkan idea utama

membuat perbandingan

menunjukkan hubungan sebab dan akibat

membuat jangkaan

memahami dan menghuraikan bahasa kiasan

3. Kefahaman kritikal
membezakan kenyataan daripada fantasi
membezakan fakta daripada pendapat

menentukan kecenderungan dan gaya bahasa penulis

menentukan kecekapan penulis dalam sesuatu bidang

menentukan tujuan penulis

Pada peringkat membaca dan memahami, seseorang pembaca perlu menjadi pembaca yang aktif.
Konsep pembaca aktif berasaskan interaksi antara sesuatu teks dan seorang pembaca. Kita
merupakan pembaca aktif apabila kita membaca untuk kefahaman dan maksud. Hal ini berbeza
dengan pembaca hafalan kerana pembaca hafalan hanya membaca untuk mengingati dan
mengulang.
Mereka
tidak
berusaha
untuk
memahami
apa
yang
ditulis.
Kita berkata sesorang membaca dengan aktif kerana sebahagian daripada teks adalah bergantung
kepada input pembaca. Misalnya, kita memahami tentang dunia tempat kita tinggal melalui
pengetahuan kita mengenainya. Oleh yang demikian, jika kita mempunyai perbendaharaan kata
yang lebih untuk menerangkan objek, manusia dan situasi,maka interpretasi kepada apa yang kita
baca adalah berbeza, berbanding dengan sesorang yang mempunyai perbendaharaan kata yang
terhad.
Seterusnya, kita memahami tentang hidup dengan bergantung kepada kecekapan bahasa kita
serta pengetahuan kita mengenai dunia. Jika kita tidak biasa dengan sesuatu situasi, kita tidak
akan
dapat
memahaminya. Biasanya, kita cuba memahami sesuatu situasi baru dengan menggambarkan
pengalaman masa lampau kita. Kita menggunakan pengetahuan masa lampau kita untuk
memahami masa sekarang. Jika situasi itu sama dengan pengalaman masa lampau kita maka kita
fikir kita telah tahu mengenainya. Akhirnya kita akan membuat kesimpulan.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesimpulan pertama yang kita buat mungkin salah. Ini
mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Perbezaan budaya dan beberapa perkara yang
bergantung kepada aspek yang diketahui, boleh menyebabkan kita membuat kesimpulan yang
salah. Jadi, kita mesti menilai semula atau memikir semula konteks situasi berkenaan.

Kemahiran Membaca
Oleh Joelabu
Pendahuluan
Membaca merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan kita
sehari-hari. Melalui pembacaan, seseorang itu dapat memperoleh berbagaibagai maklumat yang diperlukannya. Kita membaca akhbar kerana hendak
mengetahui berita yang disiarkan di dalamnya. Kita membaca pelbagai
arahan bertulis dan mematuhinya kerana ingin menjalankan tugas seharian
dengan betul dan sempurna . Murid perlu membaca untuk mendapatkan
ilmu pengetahuan daripada buku-buku yang dirujuknya.
Takrif Membaca
Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat
melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca
melibatkan dua proses , iaitu :
a. Menterjemahkan lambang bertulis (atau bercetak) kepada bunyi bahasa
b. Mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa yang
disuarakan
Tegasnya membaca melibatkan proses mekanis dan proses mental. Untuk
menjadi pembaca yang efektif , seseorang itu perlu dapat menyebut
perkataan dengan betul dan lancar serta mengetahui makna perkataan yang
dibaca.Walau bagaimanapun, dalam proses membaca ,aspek penyebutan
kurang penting berbanding dengan keupayaan berfikir, merasai dan
membayangkan serta memahami apa yang dibaca. Melalui proses tersebut
pembaca dapat memahami isi, maklumat, penerangan atau mesej yang
hendak disampaikan oleh penulis.

Pembacaan tidak berlaku dengan pemikiran yang kosong tetapi diiringi


dengan tujuan , jangkaan dan pengetahuan serta pengalaman lalu.
Kebolehan mengaitkan dan mengintegrasikan segala aspek tersebut sangat
penting bagi menghasilkan pembacaan dengan kefahaman.
Tahap Kemahiran Membaca :
a. Tahap Prabacaan
Tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid untuk
membaca.Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman, iaitu
mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf.Pada tahap ini aktivitiaktiviti ketajaman penglihatan dan pendengaran ditingkatkan.
b. Tahap Bacaan Mekanis
Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf,suku kata, perkataan ,
frasa dan ayat-ayat mudah.Mereka juga boleh membatangkan perkataan
yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan
konsonan.
Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah
(1) Kaedah Pandang dan sebut; (2) Kaedah Terus; (3) Kaedah Bunyi Kata;
dan (4) Kaedah Abjad atau mengeja.
c. Bacaan dan Kefahaman
Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan . Tanpa
kefahaman terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna.
Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai
keupayaan untuk:
1. Mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca
2. Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang
dibaca
KONSEP
Skiming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip
maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi
skiming ini penting kepada pembca yang hendak membaca banyak bahan
dalam jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting
sahaja.

Skiming merupakan proses melihat sepintas lalu ke atas sesuatu perenggan


untuk mendapatkan idea utama.
PROSEDUR
Langkah-langkah skiming:
1. Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah
maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk.
2. Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis
penulisan seperti hujah, teknikal dan sebagainya.
3. Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini
menjadi asas untuk skim.
4. Semasa membaca perengan pertama, cuba cakupkan isu utama dan
konteks petikan tersebut. Konteks ini bermakna bukan sahaja idea dan
perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa
teks itu ditulis; apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh
membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya.
5. Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan anda akan
dapati idea yang penting dan fakta.
6. Baca perenggan akhir dn teliti di sini biasanya terdapat unsur-unsur
penyimpulan dan rumusan.
Dalam proses membuat skimming anda tidak perlu risau dengan beberapa
fakta yang dirasakan tercicir, yang penting ialah idea. Jika anda perlukan
maklumat terperinci, bolehlah diulang bacaan pada bahagian-bahagian
tertentu. Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang
dikemukakan dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan.
Kecepatan membuat skiming ini, berbeza-beza di antara seorang dengan
seorang yang lain.
CONTOH CARA SKIMING
Skiming daripada surat khabar
Cara 1:
1. Baca ayat pertama daripada bahagian yang hendak diskim kerana ayat
pertama memberi ringkasan tentang artikel

2. Beri perhatian kepada berbagai-bagai maklumat boleh didapati dalam


sesuatu ayat
3. Buat jangkaan dengan persoalan-persoalan seperti :
apa
bila
di mana
mengapa
Cara 2:
Gunakan jari petunjuk atau pensel dan gerakkan ke arah bawah dalam corak
S atau Z
Mata anda mesti perhatikan jari yang bergerak dan baca beberapa
perkataan yang terlibat.
Cara 3:
Gerakkan jari anda lurus ke arah bawah kolum sambil mata anda memerhati
blok-blok perkataan dan baca.
Skiming artikel daripada majalah
1. Baca tajuk artikel dan para 1 atau 2
2. Tajuk memberi 'klu' kepada isi yang henak disampaikan oleh pengarang
3. Lepas itu, baca ayat pertama daripada setiap perenggan. Biasanya tiaptiap perenggan memberi contoah atau sokongan terhadap poin pengarang.
4. Akhir sekali, baca perenggan akhir - selalunya mengandungi kesimpulan
penulis.
Soalan-soalan yang
membuat skiming.

boleh

1. Apakah tajuk artikel ?


2. Apakah idea utama artikel ?

dikemukakan

untuk

menyemak

kebolehan

3. Soalan-soalan yang berbentuk salah/betul


4. Apakah cadangan penulis ?
5. Adakah anda bersetuju dengan pengarang ? Mengapa ?

JANGAN BIARKAN MINDA ANDA TERLENA SEWAKTU MEMBACA SKANING


KONSEP
Skaning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat
secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau
maklumat secara khusus.
Skaning bukanlah sesuatu kemahiran yang baru, tetapi tanpa disedari kita
telah mengamalkannya setiap hari. Umpamanya, apabila kita hendak
mencari nombor telefon daripada buku panduan telefon, atau mencari
perkataan daripada kamus, atau mencari tempat daripada peta, atau
mencari sesuatu maklumat daripada senarai semak, kita tidak membaca
buku atau bahan tersebut. Sebaliknya kita melihat secara sepintas lalu ke
atas senarai dan terus mencari maklumat yang diperlukan.
Tujuan skaning untuk menentukan sejauhmana kecekapan kita mencari
sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat).
Kecekapan skaning bergantung kepada penumpuan mental.
PROSEDUR
Langkah-langkah untuk skaning:
1. Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak
dicari.
2. Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada
maklumat yang dicari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain.
3. Untuk mempercepatkan proses skaning, boleh juga digunakan kad putih,
atau jari anda dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika
membaca.

4. Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil,


perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat.
5. Jika anda skan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian anda
di tengah-tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah.
TINGKATKAN KEGIGIHAN ANDA UNTUK MEMBAIKI KEMAHIRAN MEMBACA
BACAAN PANTAS
KONSEP
Mengikut Dr. Simon Ronald ( Australia ) bacaan pantas merupakan latihan
minda yang aktif. Tujuan bacaan pantas melatih mata dan otak membaca
dengan tepat setiap ayat atau maklumat dalam satu pergerakan mata.
Bacaan pantas memerlukan kecekapan dalam pengecaman perkataan sekali
gus menangkap maknanya.
PROSEDUR
Setiap bacaan memerlukan kerjasama erat antara otak dan mata. Mata akan
skan ayat sebagai satu unit, manakala otak membaca makna perkataan
daripada minda.
Bacaan Intensif
Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan
dilakukan secara saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci
sesuatu bahan bacaan. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang
pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, diskusi
umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang
digunakan iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil
kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif
ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca
telaah isi, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan
membaca idea adalah ditekankan. Sementara membaca telaah bahasa,
aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, ditegaskan.
Bacaan
intensif
adalah
bacaan
yang
pada
asasnya
bertujuan
memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir
apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia juga memberi penekanan kajian

terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan


perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang
berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan
dan bantuan penuh daripada guru-guru.
Konsep-konsep bacaan intensif
1. Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha
melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah
pimpinan guru.
2. Ia memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan
tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata.
3. Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan
kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar
dalam bacaannya.
4. Ia mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam
pertuturan dan tulisan.
5. Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting.
Tujuan
Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi
sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan
dengan baik.
Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam
bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam
kamus.
Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.
Menilai atau mengulas isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang
dibaca.
Mengesan, memaham dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.
Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai.
Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan

Bacaan Ekstensif
Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi
sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah
untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti
membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkaraperkara berikut:
1. membaca tinjauan
2. membaca sekilas
3. membaca dangkal
Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca
akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa,
meneliti indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul,
bab, rangka kasar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan
seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya
tinjauan dapat dilakukan.
Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan
pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memperhati bahan-bahan
bertulis bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. Ada tiga
tujuan utama dalam membaca sekilas. Pertama, untuk memperoleh suatu
kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. Kedua, untuk mendapat hal-hal
tertentu daripada sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapat bahan-bahan
bacaan daripada perpustakaan.
Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang
bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca.
Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti
keadaan membaca karya-karya ilmiah.
Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti
membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan
aspek pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham, dan
menaakul isi bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan
mengukuh minat membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Melalui
bacaan ini, pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di
samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.
Konsep Bacaan Ekstensif

1. Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru


2. Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok
3. Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan
minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar
4. Bahan-bahan yang berbeza
Tujuan
Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar :
1. Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung
daripada orang lain.
2. Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari
3. Mendapat pengetahuan sambil berhibur
4. Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat dan
sebagainya
5. Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan
bacaan dan membina daya kreatif
6. Menambah minat membaca
7. Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik
8. Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca
9. Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa
10. Membentuk tabiat gemar
menggunakan perpustakaan

membaca,

membuat

11. Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa

rujukan

dan

Anda mungkin juga menyukai