Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS 56000

KUALA LUMPUR

JABATAN PENGAJIAN MELAYU

TUGASAN KERJA KURSUS 1


(INDIVIDU)
SEMESTER : TIGA TAHUN : 1/2023
KOD KURSUS BMMB 1144

KURSUS KESANTUNAN BERBAHASA

Nama Pelajar
NORHIDAYAH BINTI RUSLI
Angka Giliran
2022172310008
No. Kad Pengenalan
031103-03-0176
Kumpulan/Unit PPS3-6

Nama Pensyarah NORLIZA BINTI AHMAD KAMAL

Tarikh Hantar 10 JULAI 2023

Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh


pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda Tangan Pelajar: Tarikh:

Markah
Kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat terutamanya kepada golongan muda
haruslah dititikberatkan.Hal ini dikatakan demikian kerana, tingkah laku atau keperibadian
seseorang ditentukan oleh cara seseorang berkomunikasi melalui penggunaan bahasa yang
digunakan.Komunikasi pula sangat penting bagi seseorang itu berinteraksi antara satu sama
lain.Nilai kesantunan sewajaranya diterapkan dalam masyarakat terutamanya di negara
Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum,agama,dan bahasa.Namun begitu,
nilai ini masih kurang memuaskan dek masyarakat yang tidak peka serta tidak
mengaplikasikan nilai ini dalam kehidupan seharian.

Kesantunan membawa maksud keperibadian atau tingkah laku yang sopan, baik dalam
bahasa lisan mahupun tulisan(Dewan Bahasa dan Pustaka,1992).Seseorang itu dikatakan
santun apabila dapat memberikan nilai yang baik kepada masyarakat sekeliling.Bahasa
memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia kerana bahasa digunakan sebagai
alat berkomunikasi untuk menyampaikan maksud atau pesanan kepada
pendengar.Seseorang yang tidak mempunyai kesantunan berbahasa dapat dilihat dengan
jelas melalui cara mereka berkomunikasi.Amalan kesantunan ketika berkomunikasi adalah
salah satu sifat kemanusiaan yang mungkin membezakan antara manusia dengan makhluk
lain (Malyna Maros,2011). Sapir dan Woff (1995) menyatakan bahawa amat jelas bahasa itu
melambangkan perilaku seseorang tersebut.Hal ini dapat dilihat apabila seseorang yang ingin
berkomunikasi akan menggunakan pilihan kata, kesantunan serta struktur ayat sebelum
memulakan perbualan.Asmah (2006) mengatakan bahawa kesantunan berbahasa tidak akan
menyebabkan kemarahan atau kegusaran pendengar sewaktu berkomunikasi.Jelas bahawa
kesantunan tidak akan menimbulkan sebarang konflik (Fraser & Nolan, 1981) serta dapat
mengurangkan pergeseran dalam seseorang itu berinteraksi (Lakoff, 1975).

Antara ciri-ciri individu yang mengamalkan kesantunan dalam kehidupan mereka ialah
mempunyai pekerti yang mulia, bertutur dengan cara yang sopan, tidak sombong serta ramah,
dan juga menjaga nama baik tidak kira sama ada diri, agama, bangsa, dan negara (Idris,
2000). Oleh itu, penggunaan bahasa yang baik, beradab serta bersopan dapat
melambangkan nilai kesantunan dalam diri seseorang itu.Menurut Asmah (2000) terdapat dua
kategori kesantunan iaitu kesantunan asas dan kesantunan berkendala.Kesantunan asas
merujuk kepada kesantunan sedia ada yang telah wujud dalam diri seseorang melalui
pendidikan yang diberikan sejak mereka kecil lagi. Kesantunan asas juga membawa maksud
pedoman yang dipegang oleh seseorang untuk menunjukkan sikap berbaik-baik kepada ahli
masyarakat. Kesantunan asas boleh dikaitkan dengan masyarakat yang bertamadun kerana
sememangnya mereka mendapat didikan awal seperti yang diajar dan dituntut dalam setiap
agama. Sebagai contoh, kita tidak seharusnya meninggikan suara ketika bercakap dengan
orang yang lebih tua atau menundukkan badan ketika melintas di hadapan orang yang sedang
berbual.Kesantunan berkendala pula merujuk kepada usaha seseorang mengambil kira dan
memikirkan beberapa kendala sebelum bercakap.Antara kendala tersebut termasuklah taraf
dan peranan orang yang bercakap, dimana dan bagaimana, serta apa yang diperkatakan,
mengapa percakapan itu berlaku, serta cara percakapan itu dilakukan. Kesantunan
berkendala secara ringkasnya kesantunan yang memberi perhatian penyesuaian percakapan
mengikut situasi. Prinsip kesantunan umumnya memiliki beberapa maksim antaranya ialah
maksim santun, maksim kedermawanan, maksim simpati, maksim persetujuan, maksim
kerendahan hati, dan maksim sokongan.Prinsip kesantunan berkait rapat dengan dua pihak
iaitu penutur dan pendengar.Maksim-maksim ini adalah salah satu kaedah linguistik yang
dijadikan garis panduan supaya penutur mengelakkan diri daripada mengatakan sesuatu
yang tidak sopan. Menurut Noriati (2005) nilai kesantunan dalam kehidupan masyarakat
mempunyai hubungan tiga penjuru iaitu hubungan manusia dengan tuhan, hubungan
manusia dengan manusia, dan hubungan manusia dengan alam.

Model Prinsip Kerjasama Grice (1975) merupakan satu prinsip yang diwujudkan sebagai
panduan yang harus diperkata oleh penutur bagi menentukan kejayaan sesebuah
komunikasi.Menurut Grice (1975) ,beliau menegaskan bahawa jika seseorang tersebut gagal
mematuhi Prinsip Kerjasama, maka tujuan sebenar perbualan tersebut adalah gagal dan tidak
berkesan. Prinsip Kerjasama Grice (1975) memiliki empat iaitu maksim kualiti, maksim
kuantiti, maksim relevan, dan maksim cara. Maksim kualiti menitikberatkan kejujuran
seseorang tersebut dalam menyampaikan sesuatu kepada orang lain.Maksim kualiti juga
bertujuan untuk memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat berdasarkan fakta,dalil
dan bukti yang sahih . Penggunaan maksim kualiti secara tidak langsung dapat menghindari
kepalsuan maklumat. Maksim kuantiti pula menuntut penutur untuk memberikan maklumat
yang diperlukan sahaja tanpa memberitahu maklumat yang tidak diperlukan. Apabila
seseorang penutur memberikan maklumat yang kurang lengkap, maka perbualan tersebut
menjadi tidak jelas manakala jika seseorang itu memberikan maklumat yang berlebihan maka
ia dapat membosankan para pendengar.Jelaslah bahawa perlanggaran maksim ini boleh
menimbulkan masalah dalam berkomunikasi. Maksim seterusnya ialah maksim relevan.
Maksim relevan adalah maklumat yang disampaikan mempunyai kaitan dan pertalian dengan
tajuk perbualan.Menurut Grice (1975) perkara yang dimaksudkan tidak kiralah sama ada
tersurat atau tersirat tetapi masih bersesuaian dengan topik perbualan. Maksim cara pula
menekankan kejelasan informasi pertuturan.Penutur perlulah menuturkan sesuatu dengan
jelas,ringkas dan padat. Maklumat yang jelas adalah maklumat yang tidak kabur dan lebih
tersusun ayatnya. Maklumat yang ingin disampaikan juga haruslah mengikut tertib jalan
penceritaannya supaya tidak memeningkan pendengar.
Model kesantunan Brown dan Levinson (1978) membincangkan tentang strategi menjaga
muka dalam komunikasi. Mereka membincangkan konsep muka dalam penulisan mereka
yang bertajuk Politeness: Some universals in language usage. Muka adalah satu kehendak
asas bagi seseorang individu dan kehendak tersebut juga difahami oleh pendengar (Brown
dan Levinson,1978). Konsep yang dibawa oleh (Brown dan Levinson,1978) sebenarnya
berasal daripada (Goffman,1967). Konsep muka ini berjaya mengenalpasti jenis muka iaitu
kesantunan positif dan kesantunan negatif. Kesantunan positif merujuk kepada kehendak
seseorang individu untuk merasakan bahawa dirinya diterima oleh pendengar da disenangi
dalam kalangan penutur dan pendengar.Mereka ingin merasakan penghargaan di samping
orang lain.Kesantunan negatif pula berkait dengan seseorang individu yang menginginkan
hak atau kuasa autonomi terhadap tindakan dan perlakuannya.Dalam hal ini, pendengar akan
mengalami ancaman terhadap imej mereka melalui perbualan atau topik yang sedang
dibincangkan.

Model seterusnya adalah Model Kesantunan Lakoff (1975). Menurut model yang
diperkenalkan oleh beliau, terdapat beberapa peraturan yang harus dipatuhi sekiranya ingin
melakukan perbualan yang tidak sia-sia sekaligus mengekalkan keharmonian perbualan
tersebut. Antara peraturan tersebut adalah jangan memaksa.Peraturan ini berkehendak
supaya kesantunan secara formal dikekalkan bagi menjaga jarak antara penutur dan
pendengar.Selain itu, peraturan memberikan pilihan.Peraturan ini kebiasaanya digunakan
dalam situasi yang tidak formal dengan memberi peluang kepada pendengar untuk membuat
pilihan sama ada ingin menerima sesuatu lamaran atau menolaknya. Tambahan pula,
pendengar juga diberikan masa untuk membuat keputusan menjadikan mereka lebih selesa
dalam sesuatu perbualan.Peraturan ini berkait rapat dengan perturan yang seterusnya iaitu
menjadikan pendengar selesa. Peraturan ini dapat mengekalkan hubungan baik antara
penutur dan pendengar jika diaplikasikan dalam kehidupan. Cara ini juga kebiasaanya
digunakan dalam situasi yang tidak formal atau dalam kalangan mereka yang sudah
mempunyai hubungan rapat.

Kesantunan sebenarnya terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu verbal dan nonverbal
dalam aspek lisan.Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, komunikasi verbal itu sendiri
membawa maksud komunikasi secara lisan. Kesantunan verbal merujuk kepada penggunaan
bahasa yang digunakan dalam komunikasi.Antara ciri yang terdapat dalam kesantunan verbal
termasuklah penggunaan bahasa halus dimana bahasa yang digunakan dikatakan beradab
dan bersopan santun serta mengambil kira beberapa strategi untuk memaniskan
perbualan.Menurut Asmah Haji Omar (2000) bahasa halus juga boleh disamakan dengan
pendidikan yang penuh dengan tatatertib.Penggunaan bahasa halus juga boleh dikaitkan
dengan pembelajaran peribahasa atau kiasan dimana bahasa yang digunakan kedengaran
lebih sopan walaupun maksudnya adalah sama. Sebagai contoh, menggunakan frasa
meninggal dunia untuk menggantikan perkataan mati. Hal ini kerana,mati lebih sesuai
digunakan terhadap haiwan atau benda bukan hidup.Selain itu,kesantunan verbal juga dapat
dilihat melalui penggunaan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri digunakan untuk
menggantikan nama seseorang itu dimana kata ganti nama diri boleh memudahkan perbualan
kerana mampu membezakan antara penutur dan pendengar.Kata ganti nama diri terbahagi
kepada dua bahagian iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang.Namun
begitu, dalam konteks lisan ini kata ganti nama diri orang lebih banyak digunakan.Kata ganti
nama diri orang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kata ganti nama diri pertama,kedua dan
ketiga. Kata ganti nama diri pertama adalah seperti aku,saya,kita dan kami manakala kata
ganti nama diri yang kedua merujuk kepada pendengar atau orang yang kita sedang bercakap
seperti engkau,kamu dan awak.Kata ganti nama diri yang ketiga pula merujuk kepada orang
ketiga dalam perbualan.Sebagai contoh, dia,mereka dan beliau. Kesantunan nonverbal pula
merujuk kepada komunikasi bahasa tanpa melibatkan kata-kata dan hanya menggunakan
bahasa tubuh tetapi tetap difahami oleh pendengar. Bahasa tubuh juga diringkaskan kepada
penukaran fikiran dan idea yang disampaikan melalui bahasa isyarat,riak wajah dan
sentuhan.Sebagai contoh, gerakan mata digerakkan kesana kemari sebagai tanda tidak
berminat dengan sesuatu perlawaan,gerakan tangan yang meletakkan jari telunjuk sebagai
arahan untuk senyap dan riak wajah sedih menandakan tidak gembira dengan sesuatu
perkara.

Kesantunan dalam penulisan ialah kehalusan seseorang menggunakan bahasa dengan


mengambil kira pelbagai aspek seperti pemilihan kata,frasa dan ayat yang sesuai dengan
konteks tanpa menyentuh mana-mana isu sensitif. Sara Beden dan Indirawati Zahid (2014)
menyatakan bahawa kesantunan berbahasa bukan sahaja perlu diaplikasikan dalam
komunikasi lisan malahan juga penting dalam penulisan agar menjadi wadah yang boleh
mentarbiah generasi muda akan datang. Kesantunan penulisan juga dipengaruhi oleh
beberapa faktor termasuklah tahap pendidikan, pemilihan kata dan frasa, serta format
penulisan. Penulisan yang mempunyai format kebiasaannya digunakan ketika menulis surat
rasmi.Sebagai contoh, menulis sesebuah karangan menggunakan format pengenalan,isu
dan seterusnya barulah penutup. Oleh itu, untuk mendapatkan sebuah penulisan yang
menarik dan terpelihara kesantunannya, ketiga-tiga faktor ini perlulah dititikberatkan.

Seiring dengan arus peredaran masa, kemudahan teknologi telah membawa manusia untuk
berkomunikasi hanya di atas talian sahaja.Oleh itu, kesantunan berbahasa juga perlu
diaplikasikan ketika berkomunikasi secara atas talian.Antara contoh laman sosial yang wujud
pada hari ini termasuklah Whatsapp,Facebook,Instagram dan Telegram. Aplikasi-aplikasi ini
membolehkan manusia bukan sahaja untuk berkomunikasi antara satu sama lain malah juga
dapat memuat turun gambar dan video.Antara contoh ketidaksantunan berbahasa yang
sering diamalkan oleh pengguna adalah penggunaan kata panggilan yang tidak tepat, gelaran
serta menggunakan frasa-frasa yang tidak sopan. Terdapat pelbagai contoh yang boleh
diambil menunjukkan rata-rata pengguna media sosial sering melakukan kesalahan ini. Kata
panggilan seperti ‘ko’,’hampa’, dan ‘U’ adalah contoh kata panggilan yang tidak tepat untuk
menunjukkan kesantunan berbahasa.Kesalahan-kesalahan ini sememangnya jelas
bertentangan dengan Teori Kesantunan Asmah (2000) dimana beliau menyatakan bahawa
seseorang perlulah mengimbil kira taraf dan peranan orang yang bercakap semasa
berkomunikasi.Oleh itu, hal-hal yang tidak sewajarnya ditulis atau diperkata dalam media
sosial untuk mengelakkan konflik berlaku ( Zahid,2012).

Seterusnya, kesantunan tingkah laku. Kesantunan tingkah laku sememangnya dapat


mencerminkan adab seseorang itu kerana masyarakat akan memerhatikan tingkah laku
seseorang sebelum mereka mengenal dengan betul.Seseorang yang tidak beradab akan
dianggap sombong dan angkuh.Antara contoh yang menunjukkan kesantunan tingkah laku
termasuklah bercakap dengan soapan dan menggunakan kata panggilan yang sesuai ketika
berkomunikasi.Kesantunan berpakaian pula merujuk kepada adab berpakaian dihadapan
khalayak ramai.Hal ini kerana,cara berpakaian juga mencerminkan adab sesebuah
masyarakat tersebut.Di Malaysia, terdapat pelbagai pakaian tradisional yang menjadi lambing
kepada sesebuah kaum itu. Sebagai contoh , pakaian Baju Melayu dan Baju Kurung bagi
kaum Melayu, Sari dan Dotti bagi kaum India, serta Cheongsam bagi kaum Cina.Hal ini jelas
menunjukkan bahawa setiap kaum mementingkan aspek pakaian untuk menunjukkan
kesantunan mereka.

Kesimpulannya, kesantunan berbahasa sebenarnya bukanlah dilihat hanya dari aspek lisan
malah juga bukan lisan.Kesantunan berbahasa yang mantap perlulah diaplikasikan dalam
kehidupan semua masyarakat tidak kiralah kehidupan seharian malah juga dalam media
elektronik agar kesantunan berbahasa itu tidak terhakis dek zaman..Menurut Tenas (2011)
pada pandangan adab resam Melayu, orang yang tidak tahu bersopan santun boleh
disamakan kedudukan mereka dengan binatang.Pembinaan model-model kesantunan juga
perlulah dijadikan panduan oleh semua masyarakat untuk menunjukkan kesantunan dalam
diri masing-masing disamping model-model tersebut bukan hanya tertumpu kepada
kesantunan berbahasa sahaja malah juga menyatakan kesantunan perlakuan bukan bahasa.
Rujukan

Grice, H. P. (1975). Logic and conversation. Academic Press.

Leech, G. N. (2016). Principles of Pragmatics. Routledge.

Asmah Haji Omar, & Pustaka, dan. (2003). Panduan wacana akademik.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Kamus Dewan. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1982). Language and Society in Malaysia.

Brown, P., & Levinson, S. C. (1987). Politeness: Some Universals in Language Usage.

Cambridge University Press.

Anda mungkin juga menyukai