Anda di halaman 1dari 9

TUGASAN KERJA KURSUS

TUGASAN 3

NAMA INSTITUT : IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

PROGRAM : PPISMP

NAMA KURSUS : PENGANTAR PENGAJIAN PENDIDIKAN

KOD KURSUS : GPPP1092

NAMA PELAJAR : IEK ZEN FENG

KUMPULAN / UNIT : F2M

SEMESTER / TAHUN : 2/1

ANGKA GILIRAN : 2021252310259

NO. KAD PENGENALAN : 030212-08-1074

NAMA PENSYARAH : PUAN INTAN ZALINDA BINTI AHMAD ZAINI

TARIKH HANTAR : 3 MEI 2022


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN
ABDUL HALIM PENTAKSIRAN KERJA KURSUS

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : IEK ZEN FENG Angka Giliran : 2021252310259


Kod : GPPP1092 Nama Kursus : PENGANTAR PENGAJIAN
PENDIDIKAN
Pensyarah : PN INTAN ZALINDA BINTI AHMAD ZAINI
Tarikh Hantar : 3 MEI 2022 Tarikh Terima : 3 MEI 2022

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satu saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar : IEK ZEN FENG Tarikh : 3 MEI 2022

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus


Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)
Kekuatan : Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan

Tandatangan Pelajar : IEK ZEN FENG Tarikh : 3 MEI 2022


Permuafakatan Sekolah dan Komuniti

1.0 Pengenalan

Konsep permuafakatan merujuk kepada semangat kerjasama dan hormat-menghormati


dalam sekurang-kurangnya dua pihak untuk mencipta kejayaan yang diinginkan (Farzana
Adnan & Suziana Mad Saad, 2020). Menurut Sheldon (2015), dalam konteks pendidikan,
permuafakatan sekolah dan komuniti merupakan kesepakatan atau perhubungan erat
antara kedua-dua pihak dalam usaha melaksanakan beraneka jenis aktiviti dan program di
sekolah. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,
pembinaan perpaduan melalui permuafakatan dalam bidang pendidikan telah menjadi
aspirasi yang ingin dicapai oleh kerajaan Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2013). Walaupun permuafakatan sekolah dan komuniti dapat melonjakkan kecemerlangan
pendidikan dan memajukan negara kita, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi untuk
mendapatkan permuafakatan dan kerjasama pihak sekolah dengan komuniti.

2.0 Isi Kandungan

Kepentingan permuafakatan sekolah dan komuniti yang pertama adalah dapat


mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Dalam hal ini, jalinan kerjasama
antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat merupakan elemen penting dalam
usaha membina persekitaran bilik darjah dan sekolah yang sempurna untuk memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dijalankan dengan lebih lancar,
menyeronokkan, selesa dan efektif. Menurut Berris dan Miller (2011), guru dan pelajar di
sekolah akan menghadapi masalah dalam pelaksanaan PdP sekiranya persekitaran dalam
bilik darjah tidak dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas dan alat bantu mengajar yang
berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Oleh itu, peranan komuniti sebagai
sukarelawan dalam usaha membantu proses pembelajaran pelajar di pelbagai tempat
termasuklah sekolah amat penting. Hal ini dikatakan demikian kerana permuafakatan
membolehkan pihak sekolah mendapat banyak manfaat daripada komuniti. Sebagai contoh,
komuniti boleh membantu guru untuk mentransformasikan persekitaran sekolah dengan
memberikan bantuan dari segi kewangan, tenaga dan idea (Olson, 2018). Dalam hal ini, ibu
bapa boleh memberikan sumbangan kewangan kepada pihak sekolah untuk menyediakan
peralatan TMK kepada guru dan pelajar supaya mereka mendapat peluang untuk
mempelajari benda yang baharu dengan lebih mudah dan cepat di dalam kelas. Selain itu,
komuniti yang berkhidmat dalam bidang seni bina, teknologi, rekaan ataupun pembangunan
boleh membantu pihak sekolah untuk merancang, mereka dan menguruskan ruang
persekitaran sekolah termasuklah bilik darjah dan halaman sekolah supaya masa yang
diperlukan oleh pihak sekolah untuk membangunkan persekitaran pembelajaran yang
selesa dapat dikurangkan. Dengan adanya idea yang kreatif lagi bernas daripada pakar
tersebut, pengurusan persekitaran pembelajaran yang bersistematik dapat menyediakan
akses pendidikan yang sempurna dan memotivasikan pelajar supaya mereka sentiasa
bersemangat belajar di persekitaran yang tersusun. Pada masa yang sama, pihak sekolah
boleh menjemput masyarakat setempat untuk menyertai aktiviti mencantikkan persekitaran
sekolah dan gotong-royong. Dengan ini, pihak sekolah dan komuniti dapat meningkatkan
tahap kebersihan dan keceriaan sekolah untuk mengelakkan persekitaran sekolah dipenuhi
dengan sampah dan lalat yang akan menjejaskan kesihatan pelajar. Tuntasnya,
permuafakatan sekolah dan komuniti membina persekitaran pembelajaran yang kondusif
untuk memastikan keselesaan pelajar semasa belajar.

Kepentingan permuafakatan sekolah dan komuniti yang seterusnya dapat memberi


peluang kepada pelajar untuk memperoleh pelbagai pengalaman pembelajaran. Dengan
mencurahkan ilmu pengetahuan yang menyeluruh untuk anak didiknya, pihak sekolah dan
masyarakat mampu membentuk sahsiah pelajar yang terpuji. Menurut Muzaffar Syah
Mallow (2015), guru berperanan penting selepas institusi keluarga dalam usaha
menyalurkan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar untuk membentuk
akhlak pelajar yang mulia dan memastikan keperibadian mereka kekal terpelihara daripada
pengaruh budaya negatif hari ini. Dalam konteks ini, pihak sekolah boleh bekerjasama
dengan komuniti untuk menyalurkan pelbagai ilmu pengetahuan sama ada ilmu daripada
mata pelajaran sekolah ataupun maklumat yang tidak boleh dipelajari daripada buku. Hal ini
dikatakan demikian kerana sesebuah komuniti yang terdiri daripada pelbagai pihak ataupun
pakar dalam setiap bidang pekerjaan profesional dapat membantu kemajuan sektor
pendidikan ke suatu tahap yang lebih tinggi (Chong et al., 2018). Sebagai contoh, pihak
sekolah boleh menjemput pihak polis untuk mengadakan Ceramah Pembentukan Sahsiah
Baik Pelajar di sekolah supaya masalah disiplin pelajar dapat diatasi. Dengan ini, pihak polis
boleh berkongsi pengalaman mereka menangkap penjahat untuk mendidik pelajar supaya
sentiasa berkelakuan baik. Selain itu, permuafakatan juga mendorong ibu bapa
bekerjasama dengan guru untuk menggunakan cara yang lebih efektif dalam pembentukan
sahsiah pelajar. Impaknya, pelajar akan sentiasa berbudi bahasa dan bantu-membantu
kerana guru sentiasa menitikberatkan akhlak mulia pelajar di sekolah manakala ibu bapa
bertanggungjawab menanam nilai murni dalam sanubari pelajar di rumah. Seterusnya,
permuafakatan sekolah dan pihak industri atau pemilik kilang sarung tangan getah
membolehkan pelajar mempelajari kepentingan dan proses pembuatan sarung tangan
getah. Dengan membuat lawatan ke kilang tersebut, pelajar dapat memperoleh ilmu
pengetahuan tentang cara memproses getah dan mereka akan bertanggungjawab terhadap
tugas yang diamanahkan selepas mereka melihat sikap baik pekerja kilang terhadap tugas
yang diberikan oleh majikan. Jelaslah bahawa pembinaan ilmu untuk membentuk sahsiah
pelajar yang unggul dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan sekiranya
pihak sekolah berkolaborasi dengan komuniti.

Permuafakatan sekolah dan komuniti dapat menjaga kebajikan pelajar. Dalam konteks
pendidikan, pihak sekolah boleh berganding bahu dengan masyarakat untuk menjaga
kebajikan pelajar secara menyeluruh iaitu keperluan pelajar dari segi jasmani, emosi, intelek
dan sosial dapat dipenuhi. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh berhubung dengan pakar
nutrisi untuk menyediakan menu yang sihat kepada pelajar supaya mereka dapat menjaga
kesihatan pelajar dan memastikan pelajar mempunyai otak yang cerdas dan badan yang
cergas semasa menuntut ilmu di sekolah. Seterusnya, pelajar yang miskin juga diberi
peluang untuk mendapat makanan yang seimbang dan pakaian yang percuma daripada
sumbangan masyarakat lain. Selain itu, permuafakatan antara pihak sekolah dengan ibu
bapa, masyarakat lain, pihak swasta dan kerajaan dapat merealisasikan kecemerlangan
pendidikan di sesebuah sekolah untuk membantu perkembangan intelek pelajar. Menurut
Christina et al. (2019), kecemerlangan pendidikan di sesebuah sekolah tercapai seandainya
terdapat kolaborasi dan permuafakatan pelbagai pihak yang mana tidak terhad kepada guru
dan pelajar semata-mata tetapi kerjasama komuniti juga merupakan komponen penting
dalam usaha membantu proses pembelajaran. Oleh itu, pihak sekolah terutamanya sekolah
di luar bandar perlu menjalin hubungan yang erat dengan masyarakat lain supaya setiap
pelajar diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan yang sempurna dan
seterusnya mereka mampu mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian yang
cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Hal ini dikatakan demikian kerana
kebanyakan sekolah di luar bandar menghadapi masalah kekurangan kemudahan asas dan
mempunyai tahap keselamatan yang lebih rendah berbanding dengan sekolah di bandar.
Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan sekolah luar bandar, permuafakatan sekolah
dan komuniti perlu dititikberatkan supaya pihak sekolah dapat mengumpulkan dana
daripada pelbagai pihak untuk menyediakan buku rujukan kepada pelajar dan memasang
televisyen litar tertutup (CCTV) untuk menjaga keselamatan pelajar di kawasan sekolah.
Sememangnya, permuafakatan sekolah dan komuniti berjaya menjamin kebajikan pelajar.

Walaupun permuafakatan sekolah dan komuniti telah mendatangkan banyak faedah


dalam usaha melonjakkan mutu pendidikan sesebuah sekolah, terdapat juga cabaran-
cabaran yang dihadapi oleh guru dan pihak sekolah untuk membentuk semangat kerjasama
dan permuafakatan dengan komuniti. Cabaran pertama ialah kekangan masa yang
membantut penglibatan komuniti dalam usaha memajukan pendidikan. Seiring dengan
perkembangan Revolusi Industri 4.0, daya saing dan harga keperluan harian semakin hari
semakin meningkat. Oleh sebab itu, masyarakat terutamanya golongan miskin hanya
berfokus kepada pekerjaan mereka atau berusaha mencari rezeki untuk kelangsungan
hidup keluarga mereka sehingga mengabaikan pendidikan anak-anak. Menurut Ahmad
Zulfandi Ibrahim et al. (2020), kekurangan masa ibu bapa telah menyebabkan mereka tidak
dapat memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak
khasnya dalam pembelajaran anak-anak mereka. Fenomena ini telah menyukarkan guru
dan pihak sekolah untuk berhubung dengan ibu bapa pelajar dan seterusnya menyebabkan
pembentukan jalinan kerjasama yang erat antara guru dengan ibu bapa terbantut.
Tambahan pula, ibu bapa yang sibuk bekerja juga tidak dapat menyokong aktiviti yang
dikendalikan di sekolah. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh dikendalikan oleh pihak sekolah
ialah pembentukan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), aktiviti gotong-royong, hari sukan
dan sebagainya. Walaupun pihak sekolah sentiasa menjemput ibu bapa untuk menyertai
aktiviti yang dijalankan di sekolah, mereka tetap menolak jemputan tersebut ataupun mereka
akan menunjukkan sikap negatif dan tidak sukarela datang ke sekolah apabila anak-anak
memaksa mereka untuk menghadiri apa-apa sahaja program yang diadakan. Dalam hal ini,
pihak sekolah masih tidak dapat membina permuafakatan yang berkesan dengan ibu bapa
sekiranya penglibatan ibu bapa dalam bidang pendidikan adalah secara pasif dan tidak
sukarela. Jelaslah bahawa kekangan masa yang dihadapi oleh komuniti merupakan faktor
utama yang menghalang pembentukan permuafakatan sekolah dan komuniti. Oleh itu, guru
perlu memberitahu ibu bapa bahawa kolaborasi mereka dengan pihak sekolah
membolehkan mereka memahami masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka supaya
mereka mampu membantu anak-anak dalam proses pembelajaran.

Cabaran yang seterusnya ialah tanggapan komuniti yang salah terhadap tanggungjawab
sekolah dan masyarakat dalam bidang pendidikan. Menurut Mohamed Sani Ibrahim et al.
(2015), kebanyakan orang beranggapan bahawa pendidikan merupakan obligasi pihak
sekolah semata-mata manakala masyarakat lain tidak perlu memberi sumbangan kepada
sekolah. Oleh itu, komuniti bersetuju menyerahkan sepenuhnya obligasi mereka dalam
memajukan sistem pendidikan negara kita kepada sekolah. Tanggapan yang salah ini telah
mengehadkan permuafakatan antara pihak sekolah dengan komuniti dalam usaha
melaksanakan pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang boleh memajukan sekolah.
Walaupun pihak sekolah telah mencuba pelbagai strategi untuk menggalakkan masyarakat
berganding bahu dengan guru, pihak sekolah tetap gagal membawa masyarakat setempat
masuk ke dalam ekosistem sekolah kerana masyarakat sentiasa mengelakkan diri daripada
memahami masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dan mereka juga berpegang kuat
terhadap pendidikan merupakan tanggungjawab sekolah sahaja. Lebih-lebih lagi, terdapat
sesetengah komuniti terutamanya masyarakat yang mempunyai tahap pendidikan yang
rendah dan tinggal di luar bandar tidak mempunyai kesedaran terhadap manfaat
permuafakatan dalam peningkatan kecemerlangan pendidikan dan pencapaian akademik
anak-anak mereka. Oleh itu, mereka bukan sahaja menghalang anak-anak mereka
menyertai aktiviti sukan yang diadakan di sekolah bahkan juga menolak guru daripada
mengadakan perbincangan dan perhubungan dengan mereka. Kesannya, pihak sekolah
dan komuniti tidak boleh mencapai kesepakatan dalam bidang pendidikan kerana
kebanyakan komuniti berasa pembentukan permuafakatan sangat membazir masa dan tidak
boleh membantu proses pembelajaran pelajar. Persefahaman yang berbeza antara pihak
sekolah dengan komuniti juga menyebabkan guru lebih susah untuk berinteraksi dan
membina hubungan yang akrab dengan komuniti setempat. Bukan itu sahaja, terdapat guru
yang tidak mengenali dan bekerjasama dengan warga sekolah sendiri. Sebagai contoh,
komunikasi dan kolaborasi antara pendidik dengan pekerja pembersihan sekolah,
pustakawan, kerani dan pekerja perkhidmatan makanan di sekolah adalah terhad. Hal ini
telah menyebabkan warga sekolah yang lain mengabaikan peranan mereka untuk memberi
sokongan dan bantuan kepada guru dalam usaha mencapai kecemerlangan pendidikan di
sekolah. Tuntasnya, tanggapan komuniti yang salah dalam bidang pendidikan merupakan
cabaran yang dihadapi oleh pihak sekolah dan masalah ini perlu diatasi dengan kolaborasi
warga sekolah untuk berhubung dengan masyarakat untuk merapatkan hubungan guru
dengan komuniti.

3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhan, permuafakatan sekolah dan komuniti merupakan elemen yang


paling penting untuk mencapai matlamat akhir dalam bidang pendidikan yang dikongsi
bersama. Memang tidak dapat dinafikan bahawa muafakat membawa berkat. Malaysia
merupakan negara yang berbilang kaum, bangsa, agama, bahasa dan budaya. Oleh itu,
benih permuafakatan mestilah disemai dalam sanubari masyarakat termasuklah ibu bapa,
agensi swasta, NGO, pihak sekolah dan pihak kerajaan sejak awal lagi supaya komuniti
sentiasa bersedia untuk menyumbangkan aset mereka yang boleh dimanfaatkan oleh
sekolah demi kecemerlangan sektor pendidikan di sekolah Malaysia. Hubungan
permuafakatan sekolah dan komuniti yang terhasil berpotensi menjadi saluran kepada pihak
sekolah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek supaya matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai. Sememangnya,
peluasan penglibatan aktif pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha memajukan sekolah
merupakan teras pembinaan negara yang gemilang dan setanding dengan negara maju
yang lain kerana pendidikan merupakan tunjang pembangunan sesebuah negara.
Rujukan

Ahmad Zulfandi Ibrahim, Norjumira Abd Raof, Mohamad Shukri Ishak, Muhammad Syahfei
Mohamad, & Mohamad Arif Zaki Ali. (2020). Tahap penglibatan ibu bapa dalam
didikan kanak-kanak di taska kemas. Jurnal Kesidang, 5(1), 112-118.
http://kuim.edu.my/journal/index.php/JK/article/view/770

Berris, R., & Miller, E. (2011). How design of physical environment impacts early learning:
Educators’ and parents’ perspectives. Australasian Journal of Early Childhood, 36(4),
102-110. https://doi.org/10.1177/183693911103600414

Chong, C. K., Muhammad Faizal A. Ghani, & Zuraidah Abdullah. (2018). Cabaran amalan
komuniti pembelajaran dalam kalangan guru sekolah rendah berprestasi tinggi
malaysia. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 6(3), 1-14.
http://jice.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/14031

Christina, A., Abdul Said Ambotang, Yusri Kamin, & Rohana Hamzah. (2019). Transformasi
persekitaran sekolah melalui permuafakatan sekolah dan komuniti luar bandar.
Malaysian Journal of Society and Space, 15(2), 84-101. https://doi.org/10.17576/geo-
2019-1502-07

Farzana Adnan, & Suziana Mad Saad. (2020). Analisis wacana kritis bahasa dan kuasa:
Kepimpinan dan permuafakatan. Jurnal Wacana Sarjana, 4(3), 1-8.
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/320

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-


2025: Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah. Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Mohamed Sani Ibrahim, Ahmad Zabidi Abdul Razak, & Husaina Banu Kenyathulla. (2015).
Strategi implementasi pelan pembangunan pendidikan malaysia. Penerbit Universiti
Malaya.

Muzaffar Syah Mallow. (2015, Mei 16). Guru, ibu bapa patut kerjasama bentuk sahsiah
pelajar. BHarian.
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/05/55199/guru-ibu-bapa-patut-
kerjasama-bentuk-sahsiah-pelajar

Olson, L. A. (2018). School-community partnerships: Joining forces to support the learning


and development of all students. The Aspen Institute.
Sheldon, S. B. (2015). Moving beyond monitoring: A district leadership approach to school,
family, and community partnerships. Family-school Partnershipd in Context, 3, 45-63.
https://doi.org/10.1007/978-3-319-19228-4_3

Anda mungkin juga menyukai