Anda di halaman 1dari 19

GWCP1042

PENULISAN AKADEMIK
Topik 1:
Pengenalan Penulisan
Akademik
Pensyarah:
MOHD ZAABA BIN ISMAIL
Hasil Pembelajaran Kursus:
Menghuraikan pengenalan penulisan
akademik serta etika dan plagiat
dalam penulisan.
(C2, A2, HP1, HP11, KEP1)
Perkara yang akan
dibincangkan

• Hasrat Pembelajaran;
1.Saya belajar konsep penulisan penulisan
akademik.
2.Saya belajar memahami jenis-jenis penulisan
akademik.
3.Saya belajar tujuan penulisan akademik.
4.Saya belajar ciri-ciri penulisan akademik.
• 
1.1 Kriteria Kejayaan
1.Saya dapat mengetahui konsep penulisan
penulisan akademik.
2.Saya dapat memahami jenis-jenis penulisan
akademik.
3.Saya dapat belajar tujuan penulisan akademik.
4.Saya belajar ciri-ciri penulisan akademik.
Pengenalan kepada penulisan
akademik

Pengenalan
1. Dalam penulisan atau pengucapan ada yang dikatogerikan
sebagai formal dan tidak tidak formal.
2. Ciri utama dalam penulisan akademik adalah formal, dan
bersifat objektif. (Jordan, 1999)
3. Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan
secara ilmiah atau saintifik. (bukannya khayalan atau
rekaan)
Pengenalan kepada penulisan
akademik

Pengenalan
4. Penulisan akademik melibatkan kajian secara teratur
dan teliti pada setiap persoalan yang dibincangkan.
5. Jenis-jenis penulisan akademik merangkumi tesis,
artikal, kertas kerja, abstrak, ringkasan eksekutif, dan
lain-lain.
Pengenalan kepada penulisan
akademik

Ciri-ciri penulisan akademik


Antaranya ialah;
1. Menyampaikan fakta secara sistematik atau mengemukakan
hukum alam kepada situasi yang spesifik.
2. Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat
andaian.
3. Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan
tertentu.
Pengenalan kepada penulisan
akademik

Ciri-ciri penulisan akademik


Antaranya ialah;
4. Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu
dan tidak bersifat prejudis.
5. Penulisan menggunakan bahasa formal, tatabahasa yang
betul, ilmiah dan jelas.
6. Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.
Pengenalan kepada penulisan
akademik

Ciri-ciri penulisan akademik


Antaranya ialah;
7. Penulis tidak akan melebih-lebihkan sesuatu kerana ia
akan menunjukkan motif penulis yang mementingkan diri
sendiri.
8. Penulisan akademik selalunya disertakan sumber rujukan
daripada penulis lain yang mempunyai autoriti dalam
bidang yang dibincangkan.
Pengenalan kepada penulisan
akademik
Proses menghasilkan penulisan akademik
Antara langkah-langkahnya ialah;
a. Pengumpulan data dan fakta
b. Pengamatan data dan fakta
c. Pemilihan data dan fakta
d. Penggolongan data dan fakta
e. Penafsiran data dan fakta
f. Membuat kesimpulan umum
Pengenalan kepada penulisan
akademik
Proses menghasilkan penulisan akademik
Antara langkah-langkahnya ialah;
g. Membuat hipotesis
h. Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan
empiris
i. Penilaian; menerima atau menolak hipotesis
j. Perumusan teori ilmu pengetahuan
k. Perumusan dalil atau hukum ilmu pengetahuan
Pengenalan kepada penulisan
akademik

Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah


Antaranya ialah;
a. esei ilmiah
b. kertas kerja
c. laporan kajian
d. abstrak/ringkasan eksekutif/tesis/
e. disertasi
Pengenalan kepada penulisan
akademik

Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah


a. Esei ilmiah 
 merujuk karangan ilmiah yang pendek tentang topik
atau permasalahan berdasarkan data yang diperolehi
melalui rujukan perpustakaan dan / atau kerja lapangan.
 Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif.
Pengenalan kepada penulisan
akademik
Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah
b. Kertas kerja 
 ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan
berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan.
 Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-
empiris dan objektif.
 Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau
dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengkel,
konvensyen dan sebagainya
Pengenalan kepada penulisan
akademik

Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah


c. Laporan kajian
 Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang
menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada
pihak lain.
 Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi
saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau
rujukan perpustakaan.
Pengenalan kepada penulisan
akademik

Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah


d. Tesis 
 Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam.
 Mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh daripada
pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini
melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis
biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda dan peringkat
Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel. viva-você.
Pengenalan kepada penulisan
akademik

Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah


e. Disertasi 
 Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki
pancapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor
Falsafah (Ph.D).
 Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri
berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci.
 Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di
hadapan panel atau lembaga viva-você
Perbincangan

1. Sebagai pelajar di pusat pengajian tinggi anda tidak


terlepas daripada membuat tugasan akademik sama ada
dalam bentuk esei, kertas kerja, kertas projek dan tesis.
Apakah pesamaan dan perbezaan antara bentuk-bentuk
tugasan tersebut.
Sekian
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai