Anda di halaman 1dari 25

1.

PENGENALAN

Buku Panduan Kerja Kursus dan Penulisan Akademik ini disediakan bagi

membantu pelajar memahami proses, keperluan dan kehendak kerja kursus


yang dilaksanakan berdasarkan Model Konseptual Kerja Kursus (UPP, 2004).

Rajah 1: Model Konseptual Kerja Kursus: Adaptasi daripada Davis (1993)


Model ini bertujuan menghasilkan insan guru selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) yang menekankan kepada penguasaan i l mu , kemahiran dan
amalan nilai-nilai keguruan, bagi perkembangan profesional keguruan dan sahsiah guru
yang unggul. Pembentukan insan guru ditentukan oleh dua fokus utama iaitu ilmu
berdasarkan teori dan ilmu yang dipraktikkan. Model ini menekankan proses pembinaan
ilmu profesional keguruan secara sistematik dan beransur maju (developmental)
dengan

mengintegrasi

pengetahuan

berasaskan

penyelidikan

(research-based

knowledge) dan pengetahuan


Pelaksanaan Kerja Kursus ini berlandaskan tiga persekitaran pembelajaran yang
dilalui oleh setiap pelajar bagi mencapai matlamat pembinaan ilmu kendiri yang mantap
dan jati diri guru yang unggul. Persekitaran ini terdiri dari;

(i)

Situasi sebenar
Situasi sebenar bermaksud pelbagai konteks dan situasi untuk mengamalkan
ilmu dan kemahiran yang dipelajari bagi mengukuhkan penguasaan dan
pemindahan pembelajaran. Antara konteks dan pelbagai situasi tersebut
termasuklah mempraktikkan ilmu dan kemahiran di IPG, prasekolah yang ada di
IPG, sekolah dalam IPG, pengalaman berasaskan situasi sebenar boleh juga
diwujudkan secara formal di IPG sendiri, untuk tujuan mempraktikkan teori dan
amali kemahiran sebenar sebagai bakal guru. Sebagai contoh, pengendalian
majlis rasmi di IPG boleh dianggap sebagai situasi sebenar. Pengajaran mikro
dan makro tidak boleh dianggap sebagai situasi sebenar kerana konteks dan
pelajar bukan sebenar.

(ii)

Amalan Kemahiran Belajar (Learning How To Learn)


Sebagai bakal guru, pelajar perlu mengamalkan kemahiran belajar untuk
meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran, sesuai dengan amalan
pembelajaran sepanjang hayat. Amalan kemahiran belajar ini akan dapat
mengukuhkan profesionalisme keguruan dan pembinaan watak guru.

(iii)

Pembentukan Sikap
Insan guru yang ingin dibentuk atau dihasratkan perlu mempunyai nilai murni,
sahsiah guru dan mengamalkan Etika Keguruan. Pelaksanaan kerja kursus
dalam pelbagai situasi dan konteks membolehkan bakal guru melalui pelbagai
cabaran dalam melaksanakan tugas. Pelbagai cabaran ini akan membantu
pemupukan dan pembentukan nilai dan sahsiah guru yang unggul.

Melalui model ini pelajar akan berupaya memahami dan menggunakan ilmu yang
diterima (ilmu terimaan) serta dapat menghujah ilmu tersebut secara ilmiah (ilmu
subjektif). Setelah itu ilmu yang dikuasai dapat diaplikasi dalam pelbagai konteks dan
situasi sebenar (ilmu kontekstual). Akhirnya pelajar dapat menghasilkan ilmu yang
terbina daripada teori dan pengalaman sendiri (ilmu binaan). Perincian proses
pembinaan ilmu dijelaskan dalam LAMPIRAN 1.
2

Buku panduan ini mengandungi penerangan mengenai bentuk dan objektif Kerja
Kursus, format dan tatacara penulisan akademik dan penulisan refleksi. Buku panduan
ini boleh digunakan oleh semua kumpulan pelajar kursus-kursus persediaan,
praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan.

Diharapkan buku panduan ini dapat

membantu pelajar dalam melaksanakan kerja kursus secara lebih sistematik dan
berkualiti.

2.0

OBJEKTIF

Pelaksanaan kerja kursus bertujuan mencapai objektif-objektif yang berikut;


(i)

Mengamalkan penulisan akademik dengan betul dan sistematik dari segi


teknikal, format penulisan serta penulisan sumber rujukan.

(ii)

Merancang pelaksanaan kerja kursus supaya menepati kehendak tugasan yang


diberi, dilaksanakan secara sistematik berdasarkan prosedur kerja yang
ditetapkan dan memenuhi aspek serta kriteria penilaian.

(iii)

Menggunakan strategi dan kemahiran belajar untuk mengakses dan memilih


maklumat daripada pelbagai sumber yang relevan dengan tugasan kerja kursus.

(iv)

Melaksanakan kolaborasi dengan pensyarah, rakan sebaya dan pihak-pihak


yang terlibat secara optimum bagi menghasilkan kerja kursus yang berkualiti.

(v)

Mengamalkan pemikiran reflektif dalam interaksi lisan semasa sesi kolaborasi


dengan pensyarah, rakan sebaya dan pihak-pihak tertentu serta dalam penulisan
refleksi kerja kursus.

(vi)

Menjadikan pelajar seorang guru yang beretika, beradab, berilmu dan berakhlak
mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Falsafah Pendidikan Guru.

3.0

BENTUK KERJA KURSUS

Kerja kursus terdiri daripada tiga bentuk iaitu:

(i)

Projek
Projek merupakan bentuk kerja kursus yang melibatkan satu set aktiviti yang
berkait dengan hasil pembelajaran pelajar. Bagi kursus major dan elektif,
tugasan projek perlu dilaksanakan dalam tempoh 4 hingga 6 minggu manakala
bagi kursus bukan major (Wajib dan Pengajian Profesional), tugasan projek
dilaksanakan dalam tempoh 2 hingga 4 minggu. Projek yang digubal dapat
menguji kefahaman pelajar dalam kemahiran mencari bahan, merancang,
menganalisis, menghubung kait dan menilai maklumat untuk menghasilkan
tugasan yang berkualiti serta menepati ciri-ciri kerja kursus.

(ii)

Ujian Amali
Ujian Amali dilaksanakan bagi kursus yang berteraskan kemahiran. Ujian amali
ini bertujuan untuk mengukur kebolehan pelajar mengaplikasikan ilmu yang
diperoleh

dalam

bentuk

penguasaan

kemahiran

psikomotor,

kemahiran

manipulatif, kreativiti dan sikap yang dipamerkan secara langsung semasa ujian
dijalankan atau melalui penghasilan produk. Panduan khusus pelaksanaan ujian
amali ini hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran
Amali yang berkaitan.
(iii)

Ujian Akhir Kursus (UAK)


Ujian Akhir Kursus dilaksanakan untuk menguji penguasaan pelajar terhadap
teori yang dipelajari dalam kursus tersebut. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
digunakan sebagai panduan menyediakan soalan pada aras dan kemahiran
tertentu.

4.0

FORMAT PENULISAN

4.1

Bahasa
Kerja kursus hendaklah ditulis menggunakan bahasa Melayu Standard.
Penggunaan istilah, aspek tatabahasa, ejaan dan penggunaan perkataan
hendaklah merujuk buku atau risalah yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kursus major Bahasa Arab,
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil menggunakan bahasa dan
tulisan bahasa tersebut.

4.2

Spesifikasi Teknikal
4.2.1

Kertas

Kertas yang digunakan ialah kertas putih 80gm bersaiz A4 (210mmX297mm).


Untuk kulit hadapan hendaklah menggunakan kertas warna yang telah
ditetapkan mengikut program masing-masing.
4.2.2

Jidar (Margin)

Jidar kiri mestilah 40mm, jidar kanan, atas dan bawah ialah 25mm. Spesifikasi
jidar bertujuan untuk memudahkan penjilidan. Semua maklumat seperti kepala
teks dan gambar rajah termasuk nombor muka surat hendaklah dalam
lingkungan penulisan.
4.2.3

Paparan Muka Surat (Page Layout)

Hasil Kerja Kursus hendaklah ditaip dalam paparan Portrait kecuali jadual dan
gambarajah boleh menggunakan paparan Landscape.
4.2.4

Penetapan jumlah muka surat

Penulisan kandungan kerja kursus antara 15-20 halaman. Ini tidak termasuk
halaman pengakuan, kandungan,penghargaan, senarai rujukan dan lampiran.

4.2.5

Jenis Huruf dan Saiz

Semua penulisan termasuk tajuk, muka surat, lampiran dan bibliografi mestilah
menggunakan font jenis Arial saiz 11. Saiz font dalam jadual, gambar rajah dan
grafik mengikut kesesuaian. Tajuk dan subtajuk hendaklah digelapkan (bold).
Nama-nama saintifik dan terminologi Bahasa Inggeris hendaklah dalam bentuk
tulisan condong (italic).

4.2.6

Perenggan

(i)

Santak teks (Justified)


Penulisan teks hendaklah memilih format justified.

(ii)

Langkau baris
Penulisan teks mestilah ditaip dengan langkau 1.5 untuk baris manakala
jarak antara perenggan mestilah langkau 3. Senarai di bawah mestilah
ditaip dengan langkau satu (single spacing);
a.

petikan yang melebihi tiga baris yang telah dikumpulkan.

b.

bibliografi (kecuali di antara senarai nama pengarang/ rujukan).

c.

keterangan tentang jadual, gambarajah dan imej yang mengandungi


lebih daripada satu baris.

d.

lampiran seperti soal-selidik, surat-surat, dan tajuk dan subtajuk.

4.2.7

Pelabelan

(i)

Jadual
Bagi setiap jadual yang dimuatkan ke dalam teks, tajuknya hendaklah
diletak di atas jadual tersebut ( lihat LAMPIRAN 7 ).

(ii)

Rajah/ gambar/ ilustrasi/ carta


Gambarajah dan graf, tajuknya diletak di bawah gambarajah dan graf
tersebut ( lihat LAMPIRAN 8 ).

4.2.8

Penomboran Halaman

Halaman Pengakuan, Halaman Judul, Halaman Penghargaan dan

Senarai

Kandungan hendaklah menggunakan nombor Roman kecil (i,ii,....). Manakala


halaman kandungan atau isi teks menggunakan nombor 1, 2, 3 dan seterusnya.
Semua nombor berkenaan mengikut format footer tengah.
4.2.9

Penjilidan

(i)

Warna
Kulit depan hasil Kerja kursus menggunakan kertas polos (plain) 100
gm berwarna seperti yang berikut :
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.

(ii)

KDPM/KDPM KDC
DPLI (M)
DPLI (R)
DPLI (M) KDC
DPLI (R) KDC
j-QAF Mod LPBS
PISMP
Persediaan PISMP

Merah Jambu (Pink)


Biru Tua
Biru Muda
Merah Tua (Maroon)
Merah
Hijau Tua
Kuning Tua
Kuning Muda

Muka kulit hadapan

Muka kulit hadapan hendaklah mengandungi butiran yang berikut :


(a)
Logo IPGKRM
(b)
Nama Program
(c)
Tajuk tugasan
(d)
Nama pelajar
(e)
Kumpulan/Unit
(f)
Angka Giliran
(g)
Nombor.kad pengenalan
(h)
Nama Kursus dan Kod
(i)
Nama Pensyarah Kursus
(j)
Tarikh serahan
(Sila lihat LAMPIRAN 2)
(iii)

Tetulang
Hasil Kerja Kursus hendaklah dijilid dengan cara tape-binding.

4.3

Kerangka Utama Penulisan


Kerangka utama penulisan Kerja Kursus hendaklah mengandungi bahagian yang
berikut:
(i)

Pendahuluan

Tujuan utama bahagian ini adalah untuk menarik tumpuan pembaca dan untuk
memberi input secara umum kepada soalan tugasan. Ayat yang digunakan
perlulah, mudah, tepat dan menarik. Perenggan pendahuluan juga perlu ringkas
dan jitu. Panjang penulisan pendahuluan tidak melebihi satu halaman.
(ii)

Topik / Subtopik yang berkaitan

Bahagian ini merangkumi tajuk-tajuk utama dan pecahan tajuk yang disusun
secara logik mengikut keutamaan dan kesesuaian soalan tugasan.
(iii)

Perbincangan/Rumusan

Bahagian ini merangkumi hubungan antara fakta dengan hujah yang


dikemukakan berkaitan topik/subtopik. Hujah yang dikemukakan perlu disokong
dengan bukti yang sahih dalam bentuk statistik, rujukan perpustakaan, carta dan
rajah. Hal ini bertujuan untuk menyokong idea dan pendapat penulis.
(iv)

Cadangan

Bahagian ini mengemukakan cadangan penyelesaian kepada masalah/isu yang


dibincangkan dalam tugasan termasuk kajian masa depan yang boleh
dilaksanakan.
(v)

Penutup

Bahagian ini harus ada perkaitan dengan pendahuluan.

Penyataan yang

dihuraikan adalah berbentuk penyataan umum . Bahagian ini mempunyai


kepentingan yang sama dengan bahagian pendahuluan.
Perincian kandungan kerangka utama Kerja Kursus perlulah dibincangkan
bersama-sama dengan pensyarah pembimbing bagi memenuhi kehendak
tugasan.
4.4

Susunan Dan Kandungan


8

4.4.1

Tertib

Susunan dan kandungan tugasan hendaklah mengikut tertib seperti yang berikut:
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI ILUSTRASI/RAJAH/CARTA
TEKS
REFLEKSI
RUJUKAN
LAMPIRAN

4.4.2

Halaman Pengakuan

Halaman pengakuan mengandungi pengakuan tentang keaslian penulisan kerja


kursus dan hendaklah ditandatangani oleh penulis.

Halaman ini tidak dikira

sebagai muka surat tetapi dinomborkan dengan huruf roman. Kedudukan


PENGAKUAN adalah di tengah halaman.
(Sila lihat contoh di LAMPIRAN 3).

4.4.3

Halaman Judul

Halaman judul diletakkan selepas halaman pengakuan. Halaman ini tidak dikira
sebagai muka surat tetapi dinomborkan dengan huruf roman.
(Sila lihat contoh dalam LAMPIRAN 4).

4.4.4

Halaman Penghargaan
9

i.

Perkataan PENGHARGAAN dan teksnya hendaklah ditaip santak ke


tengah dan 30 mm dari birai atas.

ii.

Halaman penghargaan biasanya mengandungi kata-kata penghargaan


kepada sebarang bantuan seperti nasihat dan pandangan, dana,
penyediaan ruang dan bahan yang telah diberikan oleh individu, institusi
atau pertubuhan. Dedikasi tidak dibenarkan.

iii.

Teks penghargaan hanya satu halaman sahaja dan tidak dikira sebagai
muka surat tugasan serta dinomborkan dengan huruf roman.

(Sila lihat contoh dalam LAMPIRAN 5)

4.4.5

Senarai Kandungan

Senarai kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baharu dengan


perkataan KANDUNGAN ditaip santak tengah dan 30 mm dari birai atas.
(Sila lihat contoh dalam LAMPIRAN 6)

5.0

PENULISAN REFLEKSI
Refleksi merupakan proses pemikiran yang aktif dan dilaksanakan secara sedar untuk
membolehkan seseorang menyelesaikan masalah dan memahaminya secara lebih
bermakna.

Amalan pemikiran dan penulisan reflektif ini penting bagi menyediakan

pelajar menjadi pengamal refleksi demi meningkatkan perkembangan kognitif dalam


profesion perguruan (Oja, 1990; Watson, 1995 dan Senne, 1997). Amalan ini melibatkan
pelajar dalam satu kitaran pemikiran dan tindakan berdasarkan pengalamannya ke arah
meningkatkan kompetensi diri sebagai seorang pendidik.

Refleksi yang baik akan

membolehkan proses kesedaran kendiri, perkembangan diri, perkembangan profesional


dan meningkatkan amalan pembelajaran dengan lebih berkesan.

5.1

Konsep Refleksi

10

Konsep refleksi mengikut beberapa orang tokoh dihuraikan seperti yang berikut:

Reflective thought is the active, careful and persistent examination of any belief,
or purported form of knowledge, in the light of grounds that support it and the
further conclusions toward which it tend.
(Dewey, 1975)

Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, membuat cadangan dan


tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan. Refleksi
kritikal menitikberatkan penerokaan domain afektif, kerohanian dan pemikiran
rasional oleh seseorang dalam tindakannya untuk mencari kebenaran terhadap
tindakannya bagi tujuan memperbaiki diri dan persekitaran.
(Hanifah, 1999)
Proses pemikiran reflektif kadang-kadang dirujuk sebagai pemikiran kritis. Proses
ini melibatkan kemahiran berfikir seperti mentafsir maklumat, membuat
kesimpulan, menilai. menganalisis, kreatif dan aktiviti metakognitif. Pemikiran
kreatif dan kritis merupakan pemikiran yang digunakan dalam pemikiran reflektif di
mana pemikiran reflektif merupakan sinonim dengan pemikiran kritis.
Bruning et.al (2004)

Critical Reflection is the process of analyzing, reconsidering and questioning


experiences within a broad context of issues.
Murray, Kujundzic, (2005)

Sebagai rumusan, dapatlah dikatakan bahawa refleksi adalah suatu proses berfikir
secara aktif dan penuh sedar dalam membuat penilaian. Penilaian tersebut dilakukan
terhadap sesuatu kepercayaan atau pegangan diri, penerokaan kekuatan dan
kelemahan diri serta pencarian kebenaran dalam tindakan atau amalan untuk
memperbaiki diri sendiri. Refleksi juga dapat dilihat sebagai suatu respons pemikiran
terhadap pengalaman dalam amalan seseorang untuk mendapatkan makna dan
kefahaman yang mendalam. Amalan tersebut dilakukan bertujuan mengambil tindakan
untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti amalan diri.

5.2

Objektif Refleksi
11

Dalam pelaksanaan kerja kursus, penulisan refleksi bertujuan untuk membantu pelajar:
(a)

Membentuk sikap keterbukaan minda dan kemahiran berfikir serta menaakul


alam usaha meningkatkan kualiti diri dan profesion perguruan.

(b)

Melihat sesuatu isu atau permasalahan secara mendalam serta kesediaan untuk
menyoal, menilai dan mengkritik diri sendiri.

(c)

Menggunakan ilmu yang diperoleh (received knowledge) dan ilmu daripada


pengalaman lampau (previous experiential knowledge) untuk mengingat,
merenung kembali aktiviti pendidikan yang dialaminya serta menganalisis dan
menilai kesannya.

(d)

Menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku dalam konteks sosial yang


melibatkan dirinya sendiri dan cara penyelesaian itu diperoleh daripada
pengalaman pelajar itu sendiri.

(e)

Berupaya membina

pemikiran dan mengemukakan pandangan

sendiri

(independent thought).
(f)

Mempertingkatkan

dan

membudayakan

kemahiran

berfikir

dalam

kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif.
5.3

Model Refleksi

Terdapat banyak model yang boleh digunakan sebagai panduan untuk menulis refleksi.
Antara model refleksi yang kerap dirujuk dalam membuat refleksi ialah model Schon
(1987).
RECEIVED
KNOWLEDGE

PRACTICE

PREVIOUS
EXPERIENTIAL
KNOWLEDGE

REFLECTION

REFLECTIVE CYCLE

Rajah 3: Model Refleksi Schon

12

PROFESSIONAL
COMPETENCE

Mengikut Schon (1987) refleksi boleh berlaku ketika kita berada dalam situasi
berkenaan (reflection-in action) atau mengingat kembali situasi yang telah berlaku
(reflection-on action). Refleksi yang dilakukan semasa menghadapi sesuatu masalah
(reflection-for action) melibatkan proses membentuk semula tindakannya secara sedar
dan berterusan dalam mencari suatu cara penyelesaian. Refleksi ke atas pengalaman
pula merujuk kepada proses menilai semula bagaimana kefahaman ketika melakukan
tindakan berkenaan (knowing-in-action) telah memberi kesan yang tidak dijangka ke
atas penyelesaian masalah yang dihadapi.
Refleksi adalah satu proses yang dinamik. Lazimnya pemikiran reflektif terhadap
sesuatu pengalaman akan bermula dengan meneroka, memahami dan menilai
keberkesanan

sesuatu amalan atau tindakannya dalam mencapai sesuatu objektif.

Fokus proses berfikir pada peringkat ini untuk menilai sejauh mana kemahiran dan
strategi yang digunakan sesuai dan berkesan.
Pada tahap seterusnya, pengamal refleksi akan mengaitkan kesan sesuatu
tindakan atau amalannya kepada konteks atau situasi. Pemikiran pada peringkat ini
lebih mencabar kerana pengamal perlu menilai situasi berkenaan dan memikirkan
kesesuaian sesuatu tindakan atau amalan itu berdasarkan konteks dan situasi
berkenaan, keterampilan diri dan bagaimana merapatkan jurang antara teori dan realiti.
Aspek kreativiti dan inovasi menjadi sebahagian yang penting dalam proses refleksi ini.
Pada peringkat refleksi yang lebih tinggi, pengamal refleksi akan mengaitkan
amalannya dengan aspek-aspek moral, nilai dan etika. Pemikiran emosional (emotional
minds) digembleng bagi memberi makna dan mengaitkan peristiwa yang dialami dengan
nilai-nilai moral, ketuhanan, falsafah, sosial dan politik.

Pada peringkat ini juga,

seseorang akan menanyakan apakah makna peristiwa tersebut ke atas dirinya dan
kaitan dengan

peranannya sebagai seorang pendidik. Dengan kesedaran dan

pembentukan perspektif baru daripada pengalaman ini dan kaitannya dengan aspek
ketuhanan, nilai, moral dan etika akan menggerakkan kesediaan seseorang untuk
bertindak dan melakukan perubahan.

13

5.4

Proses Penulisan Refleksi


Untuk memudahkan pelajar membuat penulisan refleksi dengan lebih sistematik,

berikut adalah satu cadangan pemetaan proses pemikiran dan penulisan refleksi.
Pengalaman Terpilih

(Fokus)

Menceritakan Semula
(Retell)

Tinjauan Kritis
(Review)

Fokuskan
penulisan kepada
satu atau dua
aspek
pengalaman yang
penting (key
events)

Peristiwa
yang relevan
dengan tugasan
kerja kursus.

Peristiwa
yang dipilih boleh
merupakan aspek
kekuatan atau
kelemahan diri.

Fikirkan
tentang
komponenkomponen yang
terlibat dalam
peristiwa
berkenaan.
Menjana
pelbagai idea atau
kemungkinan
sebab akibat.
Kenal pasti
dan nilai kekuatan
dan kelemahan
diri berkaitan
peristiwa
berkenaan.

Kaitkan
pengalaman atau
peristiwa dengan
perasaan/ emosi.

5.5

Pembelajaran daripada
Pengalaman

Membincangkan proses
berfikir yang berlaku/tidak
berlaku dalam hubungannya
dengan peristiwa berkenaan.

Menghubungkaitkan
penilaian kendiri dengan
ilmu dan kemahiran yang
dipelajari.

Menjelaskan apakah
makna dan kesan
pengalaman ini kepada diri
anda ke arah pembentukan:

Peningkatan
Kualiti Diri

Perkembang
an ilmu
profesionalis
me
keguruan.

Peningk
atan
keterampilan
diri

Peningkatan
kualiti
amalan

- Falsafah diri
- Pembelajaran baru
- kesedaran baru
- kesediaan untuk

berubah

Contoh Penulisan Refleksi

Berikut adalah contoh refleksi yang ditulis oleh seorang pelajar pada akhir tugasan kerja
kursus Ilmu Pendidikan berdasarkan tajuk projek seperti di bawah.
Tajuk Tugasan Projek : Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah.
Soalan Tugasan : Guru yang tidak mahir mengurus kelas tidak akan berjaya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikannya.

14

Berdasarkan pernyataan di atas, buat satu pemerhatian dalam sebuah kelas prasekolah
yang anda pilih tentang:
(a)

aspek pengurusan bilik darjah iaitu perancangan, pengelolaan, pengawalan dan


arahan.

(b)

kesan kemahiran mengurus bilik darjah kepada proses pengajaran dan


pembelajaran.

Berdasarkan pemerhatian tersebut, tulis satu refleksi mengenai amalan pengurusan


bilik darjah guru berkenaan dan kesannya ke atas proses pengajaran dan pembelajaran.

Penulisan refleksi

Elemen pemikiran
reflektif

Semasa menjalankan tugasan ini, saya membuat PENGALAMAN


pemerhatian ke atas pengurusan bilik darjah sebuah kelas TERPILIH
prasekolah. Aspek yang diperhatikan adalah dari segi
perancangan, pengelolaan, pengawalan dan arahan guru
dalam kelas tersebut.
Saiz bilik darjah agak sempit dengan ruang pembelajaran
yang terhad. Sistem pencahayaan dan pengudaraan kurang
baik menjadikan suasana kelas panas. Terdapat banyak hasil MENCERITAKAN
kerja murid yang digantung dan ditampal di sekeliling kelas SEMULA
menjadikan kelas kelihatan berserabut, agak padat dan sesak.
Saya mendapati guru telah membuat perancangan
pengajaran sehari sebelum pengajaran. Murid membuat
aktiviti dalam kumpulan dan berkongsi bahan maujud dalam
kumpulan. Terdapat juga murid yang kurang berpuas hati
apabila tidak dapat menyentuh semua bahan.
Dari segi
penilaian, saya mendapati terdapat rekod penilaian yang tidak
dilengkapkan.
Guru menggunakan corak kepimpinan
autokratik dalam mengawal disiplin murid. Kadang kala guru
menggunakan suara yang agak tinggi dan sesekali
menunjukkan pembaris sebagai amaran kepada murid. Murid
agak takut dan sedikit pasif. Seorang murid menangis setelah
dimarahi guru. Murid akur dengan arahan guru. Arahan guru
dapat difahami oleh murid. Bahasa guru mudah dan arahan
tidak mengelirukan.
15

Setelah selesai membuat pemerhatian, saya membuat TINJAUAN KRITIS


perbincangan dalam kumpulan bagi melengkapkan laporan.
Saya dapati suasana kelas kurang kondusif. Walaupun guru
merancang dengan baik, keadaan fizikal bilik darjah yang
sempit dan panas sedikit sebanyak mengganggu emosi
pelajar seperti tidak selesa dan berpeluh-peluh. Patnakar
at.el (2007) mendapati persekitaran fizikal yang tidak sesuai
akan menimbulkan masalah disiplin di dalam bilik darjah.
Susun atur bilik darjah yang baik boleh merangsang
pembelajaran murid. Murid-murid prasekolah berminat dengan
bahan maujud dan mahu memiliki bahan yang sama dengan
rakan mereka disebabkan oleh sifat egosentrik yang ada
dalam diri masing-masing.
Komunikasi
dan
gaya
kepimpinan autokratik guru boleh menyebabkan emosi murid
terganggu.
Saya juga melihat penilaian perkembangan murid yang tidak
disempurnakan
boleh
menyebabkan
guru
sukar
mengubahsuai perancangan pengajaran dan pembelajaran
berikutnya supaya bersesuaian dengan tahap murid.

Setelah selesai melakukan tugasan ini, saya lebih menyedari


tentang keperluan murid-murid prasekolah dan peranan guru
dalam pengurusan bilik darjah.
Berdasarkan pengurusan kelas yang telah saya perhatikan,
saya berpendapat guru prasekolah tersebut perlu
mewujudkan suasana kelas yang lebih kondusif dengan
mengubah susunan kerusi meja dalam kelas supaya ada
ruang yang lebih luas untuk memudahkan pergerakan murid.
Bilangan hasil kerja murid perlu sesuai dengan ruang agar
tidak terlalu sesak dan ditukar ganti setiap minggu supaya
dapat menarik perhatian murid. Ubahsuaian tingkap perlu
bagi mewujudkan pengudaraan yang lebih dalam kelas.
Semasa mengelolakan pengajaran dan pembelajaran, guru
perlu memastikan bahan yang disediakan mencukupi supaya
tidak menjadi rebutan murid.
Murid-murid prasekolah masih tergolong sebagai kanak-kanak
yang amat gemar kepada aktiviti permainan. Justeru guru
prasekolah perlu merancang isi dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berbentuk permainan untuk menarik minat
murid. Semasa mengelolakan pengajaran dan pembelajaran,
arahan guru harus jelas dan tidak mengelirukan.
16

PEMBELAJARAN
DARIPADA
PENGALAMAN

Hati saya tersentuh apabila mengenangkan salah seorang PENINGKATAN


murid yang menangis setelah dimarahi guru. Oleh itu saya KUALITI DIRI
sedar bahawa sebagai guru prasekolah kita tidak boleh terlalu
berkasar dengan murid.
Sebaliknya murid-murid ini
memerlukan perhatian dan kasih sayang. Justeru, guru-guru
prasekolah perlu memenuhi tuntutan tersebut agar murid tidak
rasa tertekan dan bersemangat untuk meneruskan
pembelajaran. Cara ini sedikit berbeza dengan cara
menangani murid KBSR yang usianya lebih tinggi.
Guru prasekolah juga tidak boleh mengabaikan aspek
penilaian ke atas perkembangan murid kerana mereka berada
pada tahap pembelajaran aktif.
Perkembangan kognitif,
bahasa, emosi dan sosial perlu diperhatikan dengan penuh
kesedaran dan tanggungjawab.
Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan saya bahawa
sebagai seorang guru prasekolah saya perlu sentiasa peka
kepada keperluan dan kehendak naluri kanak-kanak
prasekolah.

5.6

Panduan Penulisan Refleksi

Refleksi hendaklah ditulis secara individu dalam bentuk esei yang mengandungi 2
hingga 3 halaman.

Ciri-ciri penulisan refleksi yang baik berupaya menterjemah

pengalaman, masalah dan mengatasinya dengan kritis, jelas dan mendalam. Di


samping itu refleksi juga dapat meningkatkan kefahaman pelajar tentang perkembangan
kognitif individu secara kritis dan bermakna.

6.0

RUJUKAN
Rujukan yang dinukil dalam teks, sama ada sumber rujukan itu telah diterbitkan atau
tidak, hendaklah direkodkan. Nukilan dalam teks hendaklah dihubungkan dengan
senarai rujukan mengikut salah satu sistem yang ditetapkan. Dalam hasilan kerja
kursus, format yang perlu digunakan adalah Sistem APA (American Psychological
Association).

17

6.1

Petikan Dalam Teks (Quotations)

Petikan dalam teks merupakan teks yang dipetik dan ditulis semula tanpa perubahan.
Petikan yang ditulis dalam bahasa lain hendaklah menggunakan huruf condong (italic).
Petikan dalam teks yang kurang daripada 40 perkataan perlu ditulis sebagai sebahagian
daripada teks penulisan dengan tanda pembuka dan penutup kata (.....). Contoh:
Johansson (2002) pointed out that in spite of the well-known difficulty of conducting
empirical research in human psychology, "recent investigations have supported the
validity of Erikson's theory" (p. 9).

Bagi petikan dalam teks yang terdiri daripada 40 perkataan atau lebih hendaklah ditulis
dalam perenggan yang berasingan. Petikan ditaip dengan 1 tab dari kiri dan kanan serta
langkau sebaris. Contoh:
Model Kos Membina (Constructive Cost Model) atau singkatannya COCOMO
menyediakan model empirik bagi menganggar perisian.
Today, a software cost estimation model is doing well if it can estimate
software development costs within 20% of actual costs, 70% of the time,
and on its own turf (that is within the class of projects to which it has been
calibrated)..That is not as precise as we might like, but it is accurate
enough to provide a good deal of help in software engineering economic
analysis and decision making. (Boehm, 1981, p34)

6.2

Rujukan Dalam Teks (Citations)

Rujukan dalam teks hendaklah ditulis atas nama utama pengarang sahaja (tanpa nama
ringkasannya) seperti berikut :
(i)

Meletakkan tahun terbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang


dirujuk. Contoh:
Menurut Brown (2005), salah satu faktor yang menyebabkan guru pendidikan
khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang menerima pengiktirafan.

18

(ii)

Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka


tuliskan nama dan tahun dalam kurungan. Contoh:
Oleh itu, kajian menunjukkan salah satu faktor yang menyebabkan guru
pendidikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana kurang pengiktirafan
(Brown, 2005).

(iii)

Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua


pengarang, tuliskan nama kedua-dua pengarang. Contoh :
Mengikut Platt dan Olsen (1990) pula, sesuatu program pendidikan khas hanya
akan dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya guru-guru pendidikan
khas menerima pengiktirafan daripada ibu bapa.

(iv)

Bagi tiga pengarang atau lebih, tuliskan et.al selepas


nama pengarang pertama. Contoh :
Antara suasana tugas yang dialami oleh guru pendidikan khas dalam program
percantuman masalah pendengaran yang mungkin boleh memberi kesan pada
pencapaian akademik murid adalah pengiktirafan (Podemsky et al, 1995).

(v)

Gunakan huruf kecil (a,b,c), untuk mengenal pasti dua atau lebih penerbitan oleh
pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:
Kajian sosial perlu dilaksanakan untuk pembangunan dan amalan ilmu
(McTavish dan Loether, 2002a).
Kajian sosial perlu dilaksanakan untuk penambahbaikan rutin harian manusia
yang disebut sebagai inovasi (McTavish dan Loether, 2002b).

(vi)

Berikut adalah contoh penulisan rujukan dalam teks bagi pengarang Asia
Rujukan dalam teks

6.3

Pengarang Melayu

Mohd. Ali (2005) menyatakan ....

Pengarang Cina

Lim (2006) menyokong ......

Pengarang India

Krishnan (2003) menerangkan......

Senarai Rujukan
19

Penulisan rujukan perlu mengikut format seperti berikut :


(i)

mengikut turutan abjad

(ii)

mengikut aturan yang dimulakan dengan nama pengarang, tahun terbit, tajuk,
tempat terbit dan penerbit

(iii)

baris kedua dan seterusnya ditulis ke dalam 1 tab.


6.3.1

Contoh-contoh penulisan rujukan

(a)

Buku / Buku-e

Brown, M. W. (2004). Tajuk buku (2nd ed.). Bandar: Penerbit.


Perfect, T. J., & Schawartz, B. L. (Eds.) (2002). Applied metacognition. Retrives
from http://www.questia.com/read/107598848
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin (2012).
Falsafah Pendidikan Di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

(b)

Sebahagian Daripada Buku

Chin, Y. (2001). Tajuk bab yang dirujuk. Dalam A.R. Finley, S.R. Taft, & M. N.
Piper (Eds), Tajuk buku. (pp. 25-37). Bandar: Penerbit.

(c)

Jurnal

Habib Mat Som (2007). Tajuk artikel jurnal. Jurnal Pendidikan, 27(1), 63-69.

(d)

Tesis

Ahmad Zaki Abu Bakar (1998). Pemprosesan Teks Bahasa Melayu Untuk
Pemahaman Komputer. Tesis Dr.Fal, Jabatan Pengajian Bahasa Melayu.
Universiti Teknologi Malaysia.
(e)

Kertas Kerja Yang Diterbitkan


20

Clark, B. W. (1999). Tajuk kertas kerja yang disediakan untuk penerbitan


prosiding. In A. B. Cook (Ed.), Proceedings of the 100th Annual Meeting of
the Society of Experimental Results (pp. 49-78). Bandar: Penerbit.
Chua Lay Nee, Zuria Mahmud & Noriah Mohd. Ishak (2010). Kesan intervensi
kelompok ke atas konsep kendiri pelajar sekolah menengah. Prosiding
Seminar Penyelidikan Siswazah Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia (pp239-250). Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

(f)

Kertas Kerja Yang Tidak Diterbitkan

Fourney, T. T. & Heller, R. N. (January, 1998). Tajuk kertas kerja yang dibentang
tetapi tidak diterbitkan. Paper presented at the 103rd annual meeting of
the Society of Experimental Results, City of Meeting, ST.

(g)

Laman Web

Autor, Y. 1999. Tajuk artikel atau informasi. http://www.webpage.com. Dilayari


pada 14 November 2005.
Nidapink90. (2010). Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
http://nidapink90.blogspot.com/2010/11/falsafah-pendidikan-kebangsaanfpk.html. Dilayari pada 27 Februari 2012.

(h)

Artikel Dalam Majalah

Green, M. (2000, January). Tajuk artikel dalam majalah. Magazine of Today, pp.
6-12.

(i)

Artikel Dalam Akhbar

Johnson, R. S. (2004, October 1). Tajuk artikel dalam akhbar. The Star, pp. 1, 68.
Utusan Malaysia (2010, Jun 4). Guru Perlu Kuasai Ciri Pekerja Berpengetahuan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_04.htm.
Dilayari 26 Februari 2012.

21

(j)

Laporan

Jones, M. J., & Smith, A. R. (2003). Tajuk laporan (No. Laporan 90-1428).
Bandar: Penerbit.

(k)

Manual

American Psychological Association (APA) (from the 3rd edition of the Publication
Manual of the American Psychological Associatoon, 1983; often used in
the social sciences and education.)
Fitts. (1965). The tennesse self-concept scale manual. Nashville: Counselor
Recordings And Test.

(l)

Kamus / Ensaikopedia

Colman, A. (2003). Oxford dictionary of psychology. New York, NY: Oxford


University Press.
______________ (2004). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

(m)

Video

Davidson, F. W. (Produser), & Davidson, J. M. (Pengarah). (1996). Play: A


Vygotskian approach [VHS]. USA: Davidson Films.

(n)

Lecture Notes

Jackson, J. (2008). Psychology 2300 Introduction to statistics: Lecture 6.


Retrieved from
http://webct6.douglas.bc.ca/webct/urw/lc5116001.tp0/cobaltMainFra
me.dowebct?
JSESSIONID=9s2xHhwT3sYvTp52pc1J1rLQDTHvH2aKgVs30fvklDs87v
J2wNFg!176160837!webct6.douglas.bc.ca!80!443

22

(o)

Pembentangan

Lanktree, C., & Briere, J. (1991, January). Early data on the Trauma Symptom
Checklist for Children (TSC-C). Paper presented at the meeting of the
American Professional Society on the Abuse of Children, San Diego, CA.
(p)

Dokumen

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2005). Perkeliling Perkhidmatan


Bilangan 18 tahun 2005: Panduan Aplikasi Psikologi dalam Pengurusan
Sumber ManusiaSektor Awam.

(q)

Berikut merupakan contoh penulisan senarai rujukan bagi pengarang


Asia. Dalam senarai rujukan, tulis nama penuh bagi pengarang yang
tidak mempunyai nama keluarga. Contoh:

Mohd. Ali Mohd. Bakar. (2005). Merdeka. Kuala Lumpur: Penerbit Taufik Intelek
Sdn. Bhd.
Lim, C. B. (2006). Politik dan saya. Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd.
Krishnan Thambipillay. (2003). Dunia politik. Kuala Lumpur: Tasha Publications.

6.3.2

Contoh penulisan senarai rujukan dalam kerja kursus:

Ahmad Zaki Abu Bakar (1998). Pemprosesan Teks Bahasa Melayu Untuk
Pemahaman Komputer. Tesis Dr. Fal, Jabatan Pengajian Bahasa Melayu.
Universiti Teknologi Malaysia.
American Psychological Association (APA) (from the 3rd edition of the Publication
Manual of the American Psychological Associatoon, 1983; often used in
the social sciences and education.)
Autor, Y. 1999. Title of the article or information. http://www.webpage.com.
Accessed on 14 November 2005.
Brown, M. W. (2004). This is the title of a book (2nd ed.). City: Publisher.

23

Chin, Y. (2001). This is the title of a part of a book. In A.R. Finley, S.R. Taft, & M.
N. Piper (Eds), This is the book title. (pp. 25-37). City:Publisher.
Clark, B. W. (1999). This is the title of a paper appearing in a published
proceedings. In A. B.
Cook (Ed.), Proceedings of the 100th Annual Meeting of the Society of
Experimental Results (pp. 49-78). City: Publisher.
Fourney, T. T. & Heller, R. N. (January, 1998). This is the title of an unpublished
paper
Goff, A. M. (1999). This is the title of a journal article. Journal of Experimental
Results, 1(3), 1-22.
Green, M. (2000, January). This is the title of a magazine article. Magazine of
Today, pp. 6-12.
Johnson, R. S. (2004, October 1). This is the title of a newspaper article. The
Star, pp. 1, 6-8.
Jones, M. J., & Smith, A. R. (2003). This is the title of a report (Report No. 901428). City : Publisher.
McTavish, D.G. & Loether, H.J. (2002). Social Research: An Evolving Process
(2 . Ed.) Boston: Allyn & Bacon.
nd

McTavish, D. G. & Loether, H.J. (2002). Social Research: An Evolving Process


(3rd. Ed.) Boston: Allyn & Bacon.
______________ (2004). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

7.0

LAMPIRAN
Lampiran membolehkan penulis memuatkan bahan yang dapat memberi penerangan
tambahan kepada teks dengan tidak mengganggu tumpuan pembaca. Bahan ini
termasuk rajah, jadual, carta, atur cara perisian, gambar, soal selidik dan sebagainya.
Semua bahan lampiran hendaklah diberi tajuk dan dilabelkan. Tajuk lampiran
dalam halaman Senarai Kandungan hendaklah sama dengan tajuk lampiran tersebut
(LAMPIRAN 6).
24

Lampiran hendaklah disusun sebagai LAMPIRAN 1, LAMPIRAN 2, dan


seterusnya. Perkataan LAMPIRAN 1 hendaklah ditaip santak kanan dan 25 mm dari
birai atas. Seterusnya tajuk bahan lampiran ditaip santak tengah.

8.0

PENUTUP
Pelaksanaan Kerja Kursus dilihat sebagai salah satu cara memperkukuhkan
pembelajaran dengan mengintegrasikan pengalaman dan aktiviti pembelajaran dalam
menghasilkan kerja kursus. Dalam konteks pentaksiran, Kerja Kursus memberi maklum
balas tentang perkembangan intelektual pelajar serta memupuk budaya ilmu. Pelajar
berpengalaman berkongsi ilmu secara pintar dalam kalangan mereka, dengan
pensyarah dan masyarakat/agensi melalui pelbagai tugasan kerja kursus.
Prosedur pelaksanaan dan sistem yang seragam akan menjadikan hasil Kerja
Kursus lebih berkualiti dan mempunyai kesetaraan.

Justeru, dengan adanya buku

panduan ini diharapkan para pelajar dapat memahami dengan jelas segala kehendak
dan prosedur serta melaksanakan tugasan dengan penuh tanggungjawab demi
mencapai objektif Kerja Kursus.

25

Anda mungkin juga menyukai