Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

BMMB 1084
TUGASAN 1 – PENULISAN ESEI

Nama : AHMAD IRFAN BIN ROSENIZAM


No. K/P : 030318-07-0509
Angka Giliran : 2021242310317
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Unit : X6
Nama Pensyarah : MOKHTAR BIN HAJI
RAIS
Tarikh Hantar : 21/10/2021

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:________AHMAD IRFAN__________________Tarikh :


______21/10/2021_______________

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__AHMAD IRFAN____Tarikh : ______

JKA/Jun2019
ii
SOALAN TUGASAN

TUGASAN 1 (30%):
Penulisan Esei (1000 patah perkataan)
Bahasa Melayu ialah satu bahasa yang tersohor dan terkenal di Asia Tenggara. Secara
amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk
penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa
dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri.
Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat , lengkap, tuntas ,lugas dan mudah difahami
serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.

1. Berdasarkan pernyataan di atas:


i. Huraikan konsep asas tatabahasa yang meliputi bentuk, peraturan dan strategi
berbahasa secara ringkas.
ii. Hubung kaitkan konsep asas tatabahasa dengan asas Morfologi bahasa Melayu.

2. Penulisan esei perlu menggambarkan kemahiran anda dalam mengorganisasikan


idea dan kemahiran pemikiran kritikal anda dalam menginterpretasikan huraian di atas.

3. Huraian dan penjelasan yang anda kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk
penulisan tidak melebihi 1000 patah perkataan secara keseluruhannya.

JKA/Jun2019
iii

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang


Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. Tuhan pencipta alam semesta, juga selawat dan
Salam buat Rasul junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Syukur Alhamdulillah
dengan izinNya dapat saya menyiapkan tugasan ini sehingga ke penghujungnya.

Sesunmgguhnya dalam proses menyiapkan tugasan ini, ramai pihak yang telah
memberikan sumbangan dari pelbagai aspek. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan
sehingga dapat menyempurnakan kajian ini dengan jayanya.

Seterusnya buat bonda tercinta Norlia Binti Abdul Hamid dan ayahanda tercinta
Rosenizam Bin Sadri, terima kasih kerana sentiasa memberikan dorongan, bantuan
dan sebagai penguat semangat saya untuk terus menyiapkan keja kursus ini sehingga
ke garisan penamat. Semoga Allah membalas jasa mereka berdua atas segala
pengorbanan mereka selama ini. Tidak dilupakan juga rakan-rakan seperjuangan yang
sudi berkongsi idea dan sentiasa memberi kerjasama apabila saya memerlukan
bantuan.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam menjayakan kerja kursus
saya ini. Semoga jasa kalian akan mendapat balasan yang baik dan mulia daripada
Allah S.W.T. Maka yang terakhirnya, segala yang baik itu adalah datangnya daripada
Allah S.W.T. dan segala yang buruk itu adalah datangnya daripada kelemahan diri saya
yang hina ini sendiri. Sekian, terima kasih.

JKA/Jun2019
iv
ISI KANDUNGAN

Muka Surat
SOALAN TUGASAN ii
PENGHARGAAN iii
ISI KANDUNGAN iv
1. PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Objektif 1
1.3 Permasalahan 1
2. ASAS TATABAHASA 2
2,1 Konsep Tatabahasa 2
2.2 Morfologi Tatabahasa 2
3. KONSEP ASAS TATABAHASA 3
3.1 Bentuk Tatabahasa 3
3.1.1 Pemajmukan 3
Rajah 3.1.1.1 3
Rajah 3.1.1.2 3
Jadual 3.1.1.1 3
3.1.2 Pengakroniman 4
Jadual 3.1.2.1 4
3.1.3 Pengimbuhan 4
Jadual 3.1.3.1 4
3.2 Peraturan dan Strategi Bahasa 5
3.2.1 Jenis-jenis Peraturan Berbahasa 5
3.2.2 Jarak Sosial 5
3.2,3 Konteks Percakapan 5
3.2.4 Tujuan dan Matlamat 6
3.2.5 Giliran Bercakap 6
3.2.6 Memulakan dan Mengakhiri Percakapan 6
3.2.7 Pemilihan Kata 6
4. HUBUNG KAITANTARA KONSEP ASAS TATABAHASA DAN
ASASMORFOLOGI BAHASA MELAYU 7
RUJUKAN 8

JKA/Jun2019
1

1. PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Pada zaman moden ini, Bahasa Melayu ialah satu bahasa yang tersohor dan
terkenal di Asia Tenggara. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah
tatabahasa. Tatabahasa menjadi asa untuk penglahiran bahasa yang indah dan
dihafami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksplotasikan untuk mewujudkan
gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap
tuntas, lugas, dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati
yang ideal.

1.2 OBJEKTIF
Penulisan ini dibuat untuk menyatakan tatabahasa itu menjadi asas untuk
penglahiran bahasa yang indah, difahami oleh penggunanya serta mestilah tepat,
lengkap, tuntas, lugas, dan mudah difahami yang dapat mencerminkan kebolehan
dalaman penutur jati yang ideal.

1.3 PERMASALAHAN
Beberapa permasalahan yang telah digariskan untuk memastikan objektif dapat
dicapai:
i. Huraikan konsep asas tatabahasa yang meliputi bentuk, peraturan dan strategi
berbahasa secara ringkas.
ii. Hubung kaitkan konsep asas tatabahasa dengan asas Morfologi bahasa
Melayu.

JKA/Jun2019
2

2. ASAS TATABAHASA
2.1 KONSEP TATABAHASA
Secara umumnya, tatabahasa ialah merupakan peraturan atau sistem sesuatu
bahasa, iaitu cara sesuatu bahasa itu digunakan sama ada dalam bentuk tulisan
ataupun lisan yang terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya yang
terdiri pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Tambahan pula,
Tatabahasa juga terdiri dari segi cara sesuatu perkataan dibentuk daripada bunyi
bahasa dan dari segi cara sesuatu perkataan itu disusun untuk menjadi ayat. Sebagai
contoh pembentukan pada peringkat perkataan ialah tentang awalan dan akhiran dan ia
tentang pola ayat dan binaan ayat tertentu. Dalam istilah ilmu linguistik, bidang huraian
pada paringkat perkataan disebut morfologi, sementara bidang huraian pada peringkat
ayat disebut sintaksis (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Harga Ekonomi, 2015) dan
bersamaan dengan pernyataan daripada Nik Safiah Karim et al.(2004) tatabahasa
dalam bahasa melayu mencakupi dua bidang, iaitu morforlogi dan sintaksis.
Tatabahasa juga boleh dikatakan sebagai asas yang dapat melahirkan sesuatu bahasa
itu menjadi indah dan dapat difahami oleh penggunanya.

2.2 MORFOLOGI TATABAHASA


Morfologi merupakan satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi
struktur, bentuk dan penggolongan kata dengan struktur kata yang di sama ertikan
dengan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang seperti tulisan yang menjadi
unitvbahasa yang bermakna manakala bentuk kata merupakan rupa unit sesuatau
tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman. Yang terakhir, penggolongan kata
iaitu menjeniskan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsinya dan jika terdapat
perkataan-perkataan yang mempunyai keserupaan, demikian akan digolongkan ke
dalam golongan kata yang sama. Terdiri daripada morfologi itu iaitu pengkajian tentang
stuktur, pembentukan kata dan golongan kata juga terdapat unit terkecil di dalamnya
yang mempunyai makna dan tugas nahu iaitu morfem. Morfem ialah unsur perkataan.
Apabila sesuatu kata itu tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna ataupun nahu
yang lebih kecil, maka itulah disebut sebagai satu morfem. Morfem juga terbahagi
kepada dua iaitu bebas dan terikat/imbuhan. Morfem bebas ialah ia dapat wujud
dengan sendirinya manakala morfem terikat pula hanya wujud bersama-sama morfem
lain. Contohnya, perkataan sekolah dan laut merupakan morfem bebas akan tetapi
apabila ditambah imbuhan ber- dalam bersekolah dan -an dalam lautan ia telah menjadi
morfem terikat.

JKA/Jun2019
3
3. KONSEP ASAS TATABAHASA

3.1 BENTUK TATABAHASA


Tatabahasa Bahasa Melayu mempunyai beberapa teknik dan proses untuk
membentuk sesuatu perkataan tersebut. Perkataan-perkataan yang terdapat dalam
Bahasa Melayu boleh dibentuk dengan menjalani tiga operasi proses iaitu proses
pemajmukan, pengakroniman dan pengimbuhan.

3.1.1 Pemajmukan
Pemajmukan ialah proses bagi merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk
perkataan yang terhasil daripada proses itu membawa makna tertentu yang dipanggil
kata majmuk. Secara lazimnya, ia dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Ia juga
dapat dibezakan daripada sebarang frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang
unsurnya diantara unitnya.

Rajah 3.1.1.1 Rajah 3.1.1.2

Sumber: SlideToDoc.com Sumber: slideshare.net

Jadual 3.1.1.1
KATA MAJMUK MANTAP
Antarabangsa Beritahu Kakitangan
Olahraga Matahari Setiausaha
Suruhanjaya Tandatangan Tanggungjawab
Jawatankuasa Kerjasama Warganegara
Sukarela Bumiputera Pesuruhjaya

JKA/Jun2019
3.1.2 Pengakroniman 4
Pengakroniman ialah satu proses yang memendekkan dan menggabungkan
beberapa perkataan untuk membentuk kata. Terdapat beberapa cara penulisan kata
akronim yang boleh digunakan iaitu gabungan beberapa huruf awal rangkai kata,
cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan dan gabungan huruf awal suku kata.
Jadual 3.1.2.1
Sumber:
journalarticle.ukm.my

3.1.3 Pengimbuhan
Pengimbuhan ialah merupakan unit-unit bahasa tertentu yang dapat ditambahkan
pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan sesuatu makna nahu
perkataan tersebut. Di dalam imbuhan tercakup beberapa bentuk berikut seperti awalan,
akhiran, sisipan, apitan. Awalan merupakan imbuhan yang ditambahkan pada bahagian
hadapan kata dasar. Akhiran pula ialah imbuhanyang ditambahkan pada kedudukan di
bahagian belakang kata dasar manakala sisipanimbuhan yang diselitkan antara unsur
sesuatu kata dasar. Akhir sekali, apitan yang ditambahkan serentak imbuhannya pada
kedudukan di hadapan dan di belakang sesuatu kata dasar tersebut.
Jadual 3.1.3.1

Sumber: dinbmm3109.blogspot.com

JKA/Jun2019
5
3.2 PERATURAN DAN STRATEGI BAHASA
Strategi amat penting didalam sesebuah penulisan dan harus terdapat di dalam diri
setiap penulis. Hal ini kerana ia dapat memanipulasikan bahasa dengan sebaik
mungkin dan akan dapat menghasilkan penulisan yang berupaya memberi impak positif
serta dapat mempengaruhi pembaca secara tidak lansung. Menurut Arba’ie Sujud(2010)
di dalam artikelnya, iaitu Perpaduan masyarakat dalam genre satera dari perspektif
sosiostilistik telah menjelaskan bahawa bahasa mempunyai kuasa kata, iaitu bahasa
mempunyai keupayaan dalam membentuk nilai estetik yang tersendiri kepada pembaca.
Bagi peraturan pula, menurut Asmah Haji Omar (2002:8) santun bahasa ialah
penggunaan bahasa berpandukan peraturan-peraturan yang tertentu. Terdapat tujuh
konsep peraturan bahasa.

3.2.1 Jenis-jenis Peraturan Berbahasa


Apabila seseorang penutur itu mematuhi peraturan-peraturan tertentu secara tidak
lansung telah mengamalkan santun bahasa. Peraturan berbahasa dapat dibahagikan
kepada tiga jenis iaitu peraturan linguistik yangsecara amnya berkaitan dengan
peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan
bahasa dengan sebutan, intonasi dan tatabahasa menjadi aspek utama. Kedua,
peraturan sosiolinguistik yang mempunyai dua bentuk iaitu penggunaan bahasa yang
menitikberatkan hubungan sosialantara pembicaradengan pendengar dan antara
penulis pembaca dalam konteks komunikasi tulisan. Yang terakhir, peraturan pragmatik
dengan perkataan dan frasa menjadi satu kajian apabila digunakan dalam maksud
yang tertentudalam situasi tertentu.

3.2.2 Jarak Sosial


Adalah keadaan seseorang atau masyarakat yang berbeza tingkat peradaban
dengan yang lain meskipun pada dasarnya berada di dalam zaman atau masa yang
sama. Sarjana barat Piritin A. Sorikin (n.d.) menyatakan pelapisan sosial merupakan
perbezaan penduduk atau masyarakat ke dalam kelas-kelas secara hieraki.

3.2.3 Konteks Percakapan


Menurut Brown dan Yule (1983), menganalisis wacana semestinya menggunakan
pendekatan pragmatik untuk memahami pemakaian bahasa. Sebagai contoh,
penganalisis wacana harus mempertimbangkan konteks tempat pada bahagian sebuah
wacana serta perlu tahu akan penutur dan pendengarnya, waktu dan tempat ujaran
sesuatu perkara itu. Terdapat lapan komponen tutur yang menjadi ciri-ciri konteks
percakapan iaitu penutur, pendengar, topik pembicaraan, latar, penghubung bahasa

JKA/Jun2019
6
lisan dan tulisan, laras bahasa, bentuk pesanan dan peristiwa percakapan(Brown,
1993:89)

3.2.4 Tujuan dan Matlamat


Ini dapat dikaitkan dengan bentuk wacana sama ada informatif, khas mahupun
hiburan. Tujuan dan matlamat peraturan percakapan amat berkait rapat dengan latar
belakang khalayak.

3.2.5 Giliran Bercakap


Bagi masyarakat Melayu, giliran semasa bercakap amatlah penting. Mereka akan
mendahulukan orang-orang tua bercakap dahulu semasa di dalam perbualan dan
orang-orang muda haruslah menunggu sehingga orang-orang tua selesai bercakap jika
ingin bercakap dan apabila ingin menyampuk serta memulakan bicara dengan ayat
yang sopan. Hal ini dapat mengelakkan daripada tuduhan kurang beradab dan tidak
mengganggu tuan asal pemilik percakapan kehilangan isi percakapannya.

3.2.6 Memulakan dan Mengakhiri Percakapan


Konsep ini termasuk di dalam aspek sosiolinguistik yang mempengaruhi
kesantunan berbahasa. Masyarakat Melayu selalunya memulai percakapan dengan
salam atau selamat dan diikuti dengan memberi kata-kata hirmat kepada seseorang
yang berpengaruh atau orang-orang tua. Justeru, cara yang paling efektif ialah dengan
membuka percakapan dengan mengajukan pertanyaan.

3.2.7 Pemilihan Kata


Kesantunan berbahasa yang tercermin di dalam tatacara komunikasi secara verbal
adalah dengan merujuk kepada norma-norma budaya tetapi tidak hanyan sekadar
menyampaikan idea yang difikirkan malah pemilihan kata-kata yang diucapkan perlu
dititiberatkan dan harus sesuai dengan unsur-unsur budaya yang terdapat di dalam
sesuatu masyarakat tersebut agar tidak dianggap sebagai biadap mahupun tidak
berbudi bahasa.

JKA/Jun2019
7

4. HUBUNG KAIT ANTARA KONSEP ASAS TATABAHASA DAN ASAS


MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Konsep asas tatabahasa ialah satu bidang kajian yang merangkumi


tatabahasa deskriptif, tatabahasa tradisional dan tatabahasa transformasi generatif.
Bagi bidang tentang kajian tatabahasa deskriptif ia adalah fonologi, morfologi dan
sintaksis. Bidang kajian tatabahasa ini lebih terarah kepada fonologi yang bermaksud
kajian yang berkaitan tentang bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam sesuatu bahasa.
Fonologi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik
merupakan kajian bunyi bahasa dari segi sesuatu pengeluaran, daerah pengeluaran
dan sifat fizikalnya manakala fonemik pula, adalah sesuatu kajian tentang yang penting
tentang bunyi-bunyi yang terpenting di dalam sesuatu bahasa serta ia amat penting
disebabkan mempunyai fungsi atau ciri pembezaaan.Ia mempunyai unit penggalan
bahasa dan dapat membezakan makna iaitu fonem serta menjadi fonem segmental lau
terbahagi kepada tiga iaitu vokal, diftong dan konsonan. Vokal merupakan bunyi
bahasa yang bersuara dihasilkan dari paru-paru dengan arus udara yang keluar secara
bebas tanpapenutupan glotis manakala konsonan pula bunyinya dihasilkan dengan
mengalami sekatan pada rongga tekak, mulut atau hidung dan diftong ialah rentetan
dua vokal dengan satu hembusandan mempunyai satu puncak kelantangan.
Perkaitan antara konsep asas tatabahasa asas morfologi bahasa melayu ini ialah
konsep asas tatabahasa ini ialah tunjang utama di dalam perkataan bahasa melayu itu
sendiri dengan mempunyai menetapkan sesuatu kata itu dengan bunyi dan morfologi
bahasa melayu ini memudahkan lagi pengeluaran bunyi dengan penyebutan kata itu
dengan keadaan yang lebih baik dan indah untuk dituturkan dan sedap didengari oleh
pendengar.

1000 patah perkataan

JKA/Jun2019
8
RUJUKAN
Arba’ie Sujud. (2010). Perpaduan Masyarakat dalam Genre Sastera dari Perspektif
Sosiostilistik. In Mohd Sharifudin Yusof, Arba’ie Sujud & Zaitul Azma Zainon Hamzah
(Eds.). Penyelidikan Linguistik Bahasa dan Budaya: Pemupukan Perpaduan (pp.
402-411). Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Asmah Hj. Omar, 1980. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Asmah Hj. Omar, 1973. “Noun Phrases in Malay”. Language Sciences. Ogos, hlm.
12-17
Brown, CC., 1956. Language Studies in Country Mlay. London: Luzac.
Che Hazira Che Roza.(2020). Strategi Penggunaan Bahasa dalam Penulisan
Rencana Ilmiah. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Malaysia
Haji Zahid Ali. (n.d.). Konsep-Konsep Asas Tatabahasa. Johor: Jabatan Pengajian
Melayu, Institut Perguruan Tun Hussein Onn, Batu Pahat.
https://www.slideshare.net/jaffhussin/konsep-tatabahasa-secara-umum
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fslidetodoc.com%2Fkata-
majmuk-kata-majmuk-menurut-tatabahasa-dewan-kata%2F&psig=AOvVaw2weGIqkX
mO-EXhyGvf-nR6&ust=1634838479127000&source=images&cd=vfe&ved=0CAsQjRx
qFwoTCIi3l6DG2fMCFQAAAAAdAAAAABAV
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.slideshare.net%2Fn
asyibas%2Fkata-majmuk-47007628&psig=AOvVaw2weGIqkXmO-EXhyGvf-nR6&ust=
1634838479127000&source=images&cd=vfe&ved=0CAsQjRxqFwoTCIi3l6DG2fMCFQ
AAAAAdAAAAABAy
https://www.google.com/imgres?imgurl=x-raw-image%3A%2F%2F%2Fd05e6da4e
16447a13c0bc787c42ec3d47ff962552270e0044f573da895e64958&imgrefurl=http%3A
%2F%2Fjournalarticle.ukm.my%2F7784%2F1%2FProses_pemendekan_dalam_pemb
entukan_kata.pdf&tbnid=oUdk4aRtXtA-GM&vet=12ahUKEwi9iPGXztnzAhU1M3IKHW
AzAAEQMygHegUIARC8AQ..i&docid=mON9p9N8LygYEM&w=694&h=283&q=pengak
roniman&ved=2ahUKEwi9iPGXztnzAhU1M3IKHWAzAAEQMygHegUIARC8AQ
Sarjana barat Piritin A. Sorikin (n.d.) diperolehi daripada
http://emilywong1211.blogspot.com/2015/09/bab-4-peraturan-berbahasa.html.
https://www.slideshare.net/microwong/peraturan-berbahasa
Nik Safiah Karim, (2015), Tatabahasa Dewan edisi ketiga (Harga Ekonomi), Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sarimah Ahmad. (n.d.) Pembentukan kata bahasa melayu. Jabatan Pengajian
Melayu. Institut Pengajian Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu. Melaka. Diperolehi
daripada https://www.slideshare.net/SONITHA/pembentukan-kata-dalam-bm

JKA/Jun2019

Anda mungkin juga menyukai