Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 DEFINISI BUDI BAHASA

Menurut Khairuddin Mohamad (2018), definisi budi bahasa ialah penuturan secara
sopan santun dan tertib yang digunakan semasa berkomunikasi dengan orang lain.
Budi bahasa merupakan perkara yang diutamakan oleh setiap masyarakat. Hal ini
boleh dilihat walaupun seseorang itu mempunyai rupa paras yang cantik namun tidak
berguna jika tidak berbudi bahasa.Oleh itu, budi bahasa perlulah ditanam dalam diri
setiap individu.

1.2 CIRI-CIRI BUDI BAHASA

1.2.1 TIMBANG RASA

Khairuddin Mohamad (2018) menyatakan timbang rasa ialah perasaaan simpati,


berlaku adil dan belas kasihan terhadap seseorang. Sikap bertimbang rasa ini penting
kerana setiap individu dapat berpeluang untuk bergaul mesra tanpa mengira kaum,
bangsa dan agama. Hal ini dapat mewujudkan negara yang harmoni kerana setiap
masyarakat saling bertimbang rasa. Contohnya, sesorang itu memberi peluang
kepada orang lain untuk menyatakan pandangannya terhadap sesuatu perkara.

1.2.2 TOLERANSI

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, toleransi ialah sedia untuk meghormati dan
menerima pendapat orang lain yang berbeza daripada pendapat diri sendiri.
Kepentingan toleransi ialah setiap individu dapat memastikan persefahaman serta
perasaan hormat-menghormati hak dan kebebasan masing-masing. Contohnya,
masyarakat mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong atau mengikuti
lawatan ke tempat kebajikan seperti rumah anak-anak yatim.

1.2.3 TOLAK ANSUR

Tolak ansur ialah sifat tidak berat sebelah dan tidak mengharapkan balasan terhadap
bantuan yang diberikan serta bersedia untuk memaafkan kesalahan orang lain
(Faridah Nazir, 2014). Sikap bertolak ansur dapat memberi kepentingan terhadap
setiap orang agar tidak ditindas dan nasibnya dibela dengan sewajarnya serta dapat
menikmati kemakmuran bersama-sama. Contohnya, walaupun seseorang itu
berpengaruh dan mempunyai harta dan kuasa yang tinggi, kita tidak boleh berpihak
kepadanya apabila dia melakukan kesalahan.
1
1.2.4 SOPAN SANTUN

Menurut Khairuddin Mohamad (2018), sopan santun ialah sifat hormat yang
bersesuaian dengan adab dan tingkah laku yang baik serta sabar dan tenang dalam
menghadapi sesuatu perkara atau masalah. Apabila seseorang itu bersikap sopan
santun, terdapat kepentingan yang dapat diperoleh, iaitu mudah didekati dan
disenangi oleh orang lain serta dapat memberi contoh kepada orang lain untuk
bersikap sopan santun. Contohnya, seseorang itu menundukkan kepalanya ketika
lalu di hadapan orang yang lebih tua akan mebuatkan orang yang melihat perkara
tersebut mencontohinya.

1.2.5 RAMAH MESRA

Khairuddin Mohamad (2018) juga menyatakan ramah mesra ialah seseorang yang
bersedia untuk bergaul mesra dengan semua orang. Beramah mesra penting kerana
dapat mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga, sanak saudara dan sesiapa
sahaja tanpa mengira bangsa dan agama. Contohnya, ketika seseorang itu saling
bertukar juadah sesama jirannya, mereka dapat beramah mesra dan menanyakan
khabar masing-masing.

1.2.6 TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Menurut Khairuddin Mohamad (2018), tidak mementingkan diri sendiri ialah sikap dan
perbuatan mengambil berat dan membantu orang lain dalam apa jua hal untuk
kebaikan bersama. Sikap tidak memetingkan diri sendiri perlu dipupuk oleh setiap
individu kerana jika seseorang itu bersikap pentingkan diri sendiri, seseorang itu pasti
tidak disukai oleh orang di sekelilingnya serta perkara tersebut langsung tidak
memberi manfaat kepada dirinya. Contohnya, seseorang yang pentingkan diri sendiri
pasti sukar untuk mendapat pertolongan daripada orang lain.

2.0 DEFINISI KESANTUNAN BERBAHASA

Menurut Norfarizah Mohd Bakhir (2015), kesantunan berbahasa dapat didefinisikan


sebagai sifat lemah lembut , bersopan santun dan mempunyai kehalusan budi pekerti
yang dimiliki oleh seseorang penutur apabila berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.

2
2.1 KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA

Konsep kesantunan berbahasa bukan sahaja merujuk kepada aspek nonverbal


seperti tingkah laku, mimik muka dan nada suara, tetapi kesantunan ialah kehalusan
budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan. Kesantunan juga merangkumi segala
perlakuan terpuji dengan disertakan penggunaan bahasa yang santun (Faridah Nazir,
2014).

2.1.1 KESANTUNAN SEBAGAI PERATURAN

Pada pendapat Asmah Haji Omar (2002), peraturan berbahasa ialah penggunaan
bahasa yang berpandukan peraturan tertentu, iaitu secara umumnya terdapat tiga
jenis peraturan seperti peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan peraturan
pragmatik. Apabila peraturan tersebut dipatuhi, maka bahasa penggunaannya
menunjukkan kesantunan bahasa itu dilaksana. Contohnya, terdapat peraturan yang
perlu diakur oleh penutur sewaktu berkomunikasi seperti mengetahui cara dan waktu
yang sesuai untuk berbicara dan mencelah perbualan orang lain (Ahmad Moghni
Salbani, 2015).

2.1.2 KESANTUNAN SEBAGAI ADAB DAN TERTIB

Kesantunan sebagai adab dan tertib pula dilihat sebagai kesantunan dalam
berbahasa, iaitu sama ada melaui lisan atau tulisan yang perlu mempunyai elemen
kesopanan, kehalusan, adab tertib dan mengandungi nilai hormat yang tinggi
sewaktu berkomunikasi ( Amat Juhari Moain, 1992). Pendapat yang dberikan oleh
Amat Juhari Moain (1992) mempunyai persamaan dengan takrif yang diberikan oleh
Abdull Sukor Shaari et al. (2003), iaitu dia menyatakan bahawa kesantunan
merupakan cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan
penuh kesopanan, beradab dan tidak kurang ajar. Melalui pendapat tokoh-tokoh
tersebut, adab dan tertib merupakan aspek yang penting dalam kesantunan
berbahasa kerana apabila sesorang itu berkomunikasi dengan orang lain,
penggunaan bahasanya menggambarkan personaliti dan keperibadiannya sama ada
bearadab atau tidak beradab. Contohnya, sewaktu memulakan perbicaraan,
sesorang individu itu perlulah memberi ucapan salam atau kata sapaan kepada orang
yang berkomunikasi dengannya.

3
2.1.3 KESANTUNAN SEBAGAI AIR MUKA

Pendapat Noriati A.Rashid (2005) mengenai kesantunan sebagai air muka seseorang
ialah kesantunan yang terbina apabila manusia menjaga air mukanya sebagai
langkah untuk mengekalkan hubungannya dengan tuhan. Selain itu, Ahmad Khair
Mohd. dan Rohaida Abdul Gani (2005) berpendapat kesantunan berbahasa dapat
membantu sesorang itu dalam mewujudkan suasana dan perhubungan yang lebih
erat dalam sesuatu perbualan dan tidak menimbulkan masalah serta menjaga air
muka orang yang berbual dengannya. Daripada pendapat tersebut, air muka
merupakan tanggungjawab seseorang individu itu untuk menjaga maruah dirinya
serta maruah orang yang berkomunikasi dengannya agar tiada konflik atau masalah
yang timbul. Contohnya, sewaktu berkomunikasi, penutur itu perlu berfikir sama ada
perkara yang ingin dikatakan itu menyinggung perasaan pendengar tersebut atau
tidak.

2.1.4 KESANTUNAN SEBAGAI ALAT UNTUK MENGERATKAN HUBUNGAN


SESAMA MANUSIA

Kesantunan berfungsi sebagai medium untuk mengekalkan hubungan silaturahim


sesama manusia (Radiah Yusoff, 2005). Takrif kesantunan oleh Radiah Yusoff (2005)
ialah manusia memainkan peranan untuk mengekalkan hubungan yang harmoni
antara ahli masyarakat. Ding Choo Ming (2005) pula berpendapat bahasa yang baik
dan bersantun itu bukan hanya dipelajari daripada buku tetapi daripada asuhan dan
didikan daripada ibu bapa serta pergaulan dengan mereka yang mempunyai banyak
pengalaman dari segi kesantunan berbahasa. Hal ini menunjukkan kesantunan
berbahasa penting sebagai alat untuk mengeratkan hubungan sesama manusia
untuk mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan. Contohnya, setiap
rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum perlulah berkomunikasi dengan
penuh kesantunan walaupun sesama kaum yang berbeza bangsa dan agama.

3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, budi bahasa dan kesantunan bahasa merupakan perkara yang


penting bagi setiap manusia kerana tanpa budi bahasa dan kesantunan bahasa,
maka pasti manusia akan sering berbalah. Oleh itu, setiap manusia perlulah
menerapkan budi bahasa dan kesantunan bahasa dalam diri masing-masing untuk
4
mewujudkan kehidupan yang sejahtera.
RUJUKAN

Ahmad Moghni Salbani, Saad Othman dan Rahimah A. Hamid. (2014). Amalan

Kearifan Tempatan dalam Masyarakat Melayu / Nusantara. Pulau Pinang:

Penerbitan Universiti Sains Malaysia.

Faridah binti Nazir, Ratna Laila binti Shahidin dan Faizah binti Shamsudin. (2014).

Kesantunan Masyarakat Malaysia. Puchong,Selangor: Penerbitan

Multimedia.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairuddin Mohamad. (2018). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Shah Alam,

Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Norfarizah Mohd Bakhir dan Norzaini Zainal. (2015). Penerokaan Teknologi Melalui

Seni dan Warisan Dalam Kearifan Tempatan. Pulau Pinang: Penerbitan

Universiti Sains Malaysia.

5
6

Anda mungkin juga menyukai