Anda di halaman 1dari 5

JENIS-JENIS AYAT

1. Ayat Penyata
- Bertujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.
- Disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
- Contoh ayat :
 Rasyidah seorang jurugambar.
 Ali suka makan nasi.
2. Ayat Seruan
- Ayat yang diucapkan dengan intonasi seru.
- Bertujuan melahirkan sesuatu perasaan.
- Kata seru yang biasa digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas
dan sebagainya.
- Contoh ayat :
 Amboi, garangnya kakak kamu itu !
 Wah, besarnya rumah kamu itu !
3. Ayat Tanya
-Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
- Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat
tanya dengan kata tanya.
- Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan
nada suara pada akhir ayat penyata.
2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).
3. Ayat contoh:

a) Kamu  masih belum makan?


b) Pertandingan berpuisi itu diadakan pada minggu hadapan?
c) Aron Aziz pelakon yang popular?
d) Bas itu sudah bertolak?
(ii) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
1. Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya.
Contoh kata tanya.
apa, siapa, bila, mana, bagaimana , mengapa

2. Ayat contoh:
a) Barang itu apa?
b) Pemain piano itu siapa?
c) Hari jadi kamu bila?
d) Pejabat pos di mana?
e) Keadaan nenek kamu bagaimana?

3. Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan
diletakkan di hadapan ayat.
4. Ayat contoh:
a) Apakah barang itu?
b) Siapakah pemain piano itu?
c) Bilakah hari jadi kamu?
d) Di manakah pejabat pos?
4. Ayat Perintah
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang
diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah
boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut.
1-AYAT SURUHAN
Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau
arahan.Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua
seperti awak,kamu,engkau, dan selainnya yang biasanya digugurkan.
Walau bagaimanapun,kerana tujuan penegasan,subjek boleh juga dikekalkan.
   Pergi kamu dari rumah ini!
  Engkau tunggu  Fateha di sini.
Ayat suruhan boleh menggunakan partikel –lah untuk melembutkannya di
samping menegaskan predikat.

 Pergilah kamu dari rumah ini!


 Engkau tunggulah  Fateha di sini.

Bagi kata kerja transitif yang menerima awalan men-,awalan tersebut perlu


digugurkan dalam ayat suruhan jenis ini,seperti dalam ayat di atas .

Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi
kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh
digugurkan, seperti yang terdapat dalam contoh berikut :

    Ø  Menangislah sepuas-puas hatimu.
          Ø Berangkatlah dengan segera.
2-AYAT  LARANGAN

Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah
atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang
melakukan sesuatu.
    ü  Jangan ambil harta orang.
    ü  Usah dikenang lagi kisah yang pahit.
    ü  Awak tak usah datang lagi ke pejabat.
Ayat tersebut  dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel –lah , seperti
berikut :   
    ü  Janganlah ambil harta orang.
    ü  Usahlah dikenang lagi kisah yang pahit.
    ü  Awak tak usahlah datang lagi ke pejabat.
Ada jenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata
larangan dan tidak menerima partikel –lah.
    ü  Dilarang merokok.
    ü  Dilarang memancing
Ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap
pada bahagian hadapannya :
 ü  Harap jangan merokok.
 ü Harap jangan berludah.

3-AYAT SILAAN
Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila ata jemput
sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan
seseorang.Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh
berikut :

       o   Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat.


       o   Jemput masuk.

 4-AYAT PERMINTAAN
Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata
permintaan,seperti minta dantolong dengan tujuan memohon permintaan dan
pertolongan seperti  yang terdapat dalam contoh berikut :
 §  Minta kamu semua bertenang.
 §  Tolong tutup lampu sebelum kamu tidur.
Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengerrtian yang
negative sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan.
Oleh sebab itu contoh ayat berikut tidak dianggap betul:
   v  Sila jangan merokok.
    v  Tolong jangan ambil.
    v  Minta jangan bermain dikawasan ini.

Anda mungkin juga menyukai