Anda di halaman 1dari 1

FUNGSI BAHASA MELAYU KLASIK

Pertama, bahasa melayu klasik sebagai lingua franca di alam melayu pada abad
ke-16 dan dibuktikan daripada Daftar Kata Melayu-Itali. Selain itu, untuk
memudahkan urusan perdagangan pada masa tersebut dan merupakan bahasa
yang paling dihormati antara bahasa negeri Timur yang lain.

Kedua,bahasa melayu klasik sebagai bahasa pentadbiran yang menjadi bahasa


rasmi dalam pentadbiran kerajaan dan digunakan oleh kebanyakkan kerajaan untuk
tujuan surat menyurat dalam kalangan raja di kepulauan melayu.Bahasa melayu
klasik juga digunakan dalam surat-surat izin perniagaan kepada pihak asing
khususnya pedagang.

Ketiga,bahasa melayu klasik sebagai bahasa ilmu, iaitu semasa zaman kerajaan
Acheh memperlihatkan cendekiawan melayu menghasilkan karya ilmu dalam tulisan
bahasa melayu klasik .Di Acheh, bahasa melayu digunakan dalam penulisan ilmu
tasawuf dan falsafah islam.
Tokoh penulis pada zaman tersebut seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-
Sumaterani.Karya-karya ilmu agama Islam yang wujud ketika itu seperti Syarab al-
Asyikin, Miratul Mukmin,Al-Siratul Mustaqim dan sebagainya.

Keempat,bahasa melayu klasik sebagai bahasa undang-undang yang digubal


oleh penulis-penulis di istana atas arahan raja.Dalam naskah undang-undang
melayu lama dibicarakan tentang aspek perlembagaan berkaitan kedudukan raja dan
pembesar, undang-undang jenayah, perdagangan, pertanian dan sebagainya.
      Antara naskah undang-undang yang ditulis dalam tulisan melayu klasik:
       (i)    undang-undang Melaka
       (ii)   undang-undang Pahang
       (iii)  undang-undang Perak
       (iv)  undang-undang Johor

Akhir sekali, bahasa melayu klasik sebagai bahasa persuratan, iaitu peranan
tersebut terbukti apabila terhasilnya pelbagai karya sastera klasik dalam bahasa
melayu.Karya-karya klasik tersebut berperanan untuk menguatkan semangat rakyat
dalam peperangan, misalnya Hikayat Muhammad Hanafiah. Selain itu, karya-karya
yang ditulis juga menjadi sumber hiburan kepada rakyat bagi meredakan tekanan
dan merehatkan fikiran mereka.

Anda mungkin juga menyukai