Anda di halaman 1dari 1

Nyatakan secara ringkas 3 Kerajaan Besar dalam perkembangan bahasa melayu ini.

Zaman kedatangan Islam

 Agama Islam telah membawa huruf Arab dalam Bahasa Melayu.


 Pelbagai istilah baharu yang dipinjam dari Bahasa Ara b dan bahasa Parsi.
 BM dijadikan bahasa lingua franca di alam Melayu dari Acheh hingga ke
Kepulauan Maluku.
 Penggunaan BM dalam kitab-kitab agama Islam yang dibaca oleh penduduk di
TM.
 Surat-surat raja Melayu ditulis dalam bahasa Melayu pada abad ke-16 dalam
surat yang ditujukan kepada Raja Portugis.
 Raja-Raja dari Kepulauan Acheh menggunakan BM untuk berhubung dengan
Kepulauan Acheh.

I) Kerajaan Samudera-Pasai
 Banyak karya sastera yang dilahirkan seperti Hikayat Raja-Raja Pasai.
 Banyak karya diterjemahkan kepada BM
 Perkembangan BM Klasik bermula pada abad ke-13.
 BM Klasik merupakan kesan pengaruh agama Islam yang berkembang dengan
pesat bertunjangkan tulisan Jawi yang menggunakan aksara Arab.

II) Kerajaan Kesultanan Melaka


 Kedatangan Islam memperkembangkan pengaruh BM
 BM digunakan di dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi lingua
franca para pedagang.
 BM menjadi alat penyebaran agama Islam
 Pengenalan tulisan Jawi untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh
peradaban Islam.
 Dalam buku Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, terdapat karya prosa dalam
BM yang sangat tinggi nilainya. Ia mengandungi beberapa ciri seperti pantun,
gurindam, syair, puisi dan seloka.

III) Kerajaan Aceh


 Menjadikan BM menjadi luas berkembang dan menjadi bahasa rasmi negara.
 Aceh menjadi pusat perkembangan ilmu khususnya perbincangan ilmiah tentang
tasauf dan akidah Islam dan wadahnya ialah BM.
 Surat Raja Acheh(Sultan Alauddin Shah) yang ditulis kepada Harry Middleton
ditulis dalam BM.
 Kerajaan Johor-Riau menjadi pusat pengembangan BM sehingga menjadi bahasa
persatuan di seluruh Nusantara.
 Menurut Syed Naquib al-Attas, karya keagamaan yang tertua dalam BM ialah BM
al-Nasafi iaitu ‘Aqa’id.
 Karya tersebut merupakan asas pengilmuan dalam BM yang dikembangkan
kepada penulis lain.
 Pertemuan kitab ini merupakan jambatan hubungan perkembangan BM antara
abad ke-14 hingga abad ke-17.

Anda mungkin juga menyukai