Anda di halaman 1dari 12

PENDAHULUAN

Tamadun dalam konteks masyarakat selalu dikaitkan dengan konsep yang meluas maksudnya.
Dalam pada itu, teori kedatangan tamadun Islam ke tamadun Melayu juga berkaitan dengan
teori-teori asas yang diketengahkan oleh para sarjana dan ilmuan yang terulung. Ia amat
berkait rapat dengan soal pembangunan sosial masyarakat yang boleh dikelaskan sebagai
masyarakat yang mempunyai teknologi dan berkaitan dengan bandar. Oleh itu, proses
bagaimana sesebuah tamadun itu mula dan berkembang juga mengalamu pelbagai corak
perkembangannya yang tersendiri terutamanya melalui hububungan atau interaksi antara
pedagang-pedagang pada suatu masa dahulu. Oleh yang demikian, terdapat teori tentang
bagaimana kedatangan Islam dalam tamadun Melayu. Perbincangan tamadun dan
ketamadunan oleh para sarjana banyak bertitik tolak daripada perbincangan istilah. Antara
istilah-istilah yang sering digunakan ialah “civilization” dalam bahasa Inggeris, tamadun dan
peradaban dalam Bahasa Melayu dan maddana, umran dan hadarah dalam bahasa Arab.
Setiap istilah ini mempunyai maksud dan tafsirannya yang tersendiri.

Sejarah kedatangan Islam sangat dominan dalam pembentukan tamadun kerana hal atau
perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai-nialai baik serta tingkahlaku yang mulia
merupakan ciri-ciri tamadun yang dititikberatkan dalam pembinaan sesebuah tamadun. Teori
kedatangan Islam dalam ketamadunan Melayu mempunyai pelbagai kaedah dalam
penyebaran agama Islam melalui tamadun Islam ke alam Melayu. Antaranya ialah
penyebaran melalui pedagang-pedagang Islam dari Arab, China dan India. Melalui
perdagangan ini, secara tidak langsung telah berlakunya perkembangan Islam termasuklah
melalui proses perkahwinan, nilai-nilai akhlak, dari aspek kepimpinan iaitu interaksi antara
tamadun, sikap golongan agama dan lain-lain lagi.

1
Konsep tamadun Islam menyentuh beberapa aspek yang menetapkan world view tamadun
Islam. Proffesor Syed Naquib al-Attas telah mentafsirkan tamadun Islam sebagai satu
keadaan kehidupan masyarakat yang telah mencapai tahap jehalusan tatasusila dengan
mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Keberadapan Islam dalam
rantau alam Melayu yang terdiri daripada daratan dan juga kepulauan yang banyak jumlahnya
telah berjaya membina satu imej baru kepada masyarakat rantau Alam Melayu.

2
KONSEP TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang
digolongkan secara meluas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu
wilayah di Asia Tenggara. Wilayah ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan
Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, Tanah
Jawi dan sebagainya. Dua elemen yang menjadi faktor utama yang mewarnai wilayah ini
sebagai Melayu ialah pertama, bahasa Melayu yang menjadi lingua Franca atau bahasa
perhubungan luas di seluruh kawasan ini, dan kedua, agama Islam yang dianuti oleh majoriti
penduduknya. Islam juga disampaikan dengan perantaraan bahasa Melayu dengan kitabnya
tertulis di dalam tulisan Jawi.
Istilah Melayu mempunyai maksud yang dalam dan meluas. Sebahagian pengkaji
menegaskan terdapat dua pengertian istilah Melayu iaitu “Melayu” dan “kemelayuan”.
“Melayu” dapat dimaksudkan sebagai satu rumpun bangsa Melayu yang menggunakan
bahasa Melayu sementara “kemelayuan” pula mengandungi erti “nilai anutan” dan “jati diri
Melayu”.
Tamadun Melayu adalah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa Melayu
berteraskan bahasa Melayu setelah kedatangan dan dan penerimaan Islam di seluruh rantau
Alam Melayu. Pemahaman terhadap Tamadun Melayu sebagai satu tamadun bangsa di rantau
Alam Melayu amat bersandar kepada pemahaman terhadap Tamadun Islam.

3
TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI ARAB

Islam dibawa terus dari semenanjung Tanah Arab pada kurun ke-7. Teori ini dikemukakan
oleh John Crawford dan juga oleh Niemann dan De Hollander yang seterusnya mendapat
sokongan sokongan ‘Seminar Masuknya Islam ke Indonesia’ dan juga Prof. S. M. Naquib al-
Attas.

Hubungan perdagangan Arab dengan Tanah Melayu telah berlaku sebelum wujudnya Islam
lagi. Akan tetapi aktiviti dagangan bertambah selepas Islam diperkenalkan di Tanah Melayu
pada abad ke-7 masihi. Sesuai dengan agama Islam yang bersifat universal, masyarakat
melayu selesa dengan agama Islam yang dianuti mereka. Malah ianya memudahkan lagi
pedagang-pedagang dari Arab untuk melakukan aktiviti dagangan mereka .
Para pedagang memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menyebarkan Islam
ketamadunan Melayu. John Crawford telah mengemukakan teori dan disokong oleh Syed
Muhammad Naquib al-Attas iaitu Islam datang daripada pedagang Arab melalui aktiviti
pedagangan. Hal ini dapat dilihat melalui bukti catatan China mengatakan orang Arab dan
Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton sejak tahun 300 masihi. Pedagang Arab
yang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara khasnya di Selat Melaka kerana
kedudukannya yang strategik dan pedagang Arab ini tinggal beberapa bulan di Asia Tenggara
dan ada yang menetap serta membina perkampungan Arab. Perkampungan ini juga menjadi
tempat untuk berdagang. Terdapat juga pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita
tempatan dan menyebarkan agama Islam.

Kedatangan pedagang Arab ke Tanah Melayu, terdapat beberapa contoh yang dijadikan
sebagai bukti kedatangan Islam terus dari Arab/Parsi yang telah dihujahkan oleh Professor
Doktor Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) iaitu terdapat pengaruh daripada sudut
tulisan jawi yang berasal daripada Arab. Kebanyakkan ulama-ulama yang datang ke rantau ini
adalah daripada Tanah Arab seperti Syiekh Ismail Al-Siddiq, Maulana Abu Bakar, Maulana
Iskha dan ramai lagi. Selain itu, terdapat juga istilah Melayu berasal daripada Arab iaitu
“mulaqat” yang bermaksud tempat pertemuan. Terdirinya kerajaan Melayu Islam Melaka
yang menggunakan Perundangan Islam “syariah Islamiyyah” untuk mentadbir negara.

Kerajaan Perlak dan Samudera-Pasai merupakan pusat tamadun Melayu Islam yang terawal.
Perlak merupakan Kerajaan Melayu Islam pertama yang ditubuhkan pada tahun 840 dengan
raja pertamanya Sultan Syed Maulana Abdul Aziz Syah. Pada zaman pemerintahan Sultan al-
Mukammil, seorang ulama bernama Abdullah Arif telah sampai dengan membawa kitab Bhar
Lahut(Lautan Ketuhanan) yang membicarakan ilmu tasawuf.

4
Raja Pasai bernama Meurah Silau telah diislamkan dan diberi nama Sultan Malik al-Saleh
oleh Syeikh Ismail, seorang utusan dari Sharif Makkah. Di Sumatera Utara ini kemudiannya
muncul kerajaan Islam Aceh. Aceh berkembang selepas kejatuhan Melaka dan mengambil
ahli peranan penting sebagai pusat penyebaran dan kegiatan agama Islam terutamanya di
kawasan barat alam Melayu sekitar kurun ke-17. Antara raja Aceh yang penting dan terkenal
ialah Sultan Allaudin Ri’ayat Shah (1558-1604), Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam(1606-
1636), Sultan Iskandar Thani(1636-1641). Aceh seterusnya dikuasai oleh raja-raja perempuan
apabila Sultanah Safiatuddin (1641-1675) ditabakan sebagai pemerinta Aceh. Peranan Aceh
sebagai pusat penyebaran dan kegiatan agama Islam telah menyebabkan ianya digelar
Serambi Makkah, selain perannanya sebagai pusat perdagangan dan kuasa politik orang
Melayu Islam.

Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas bersetuju dengan pendapat yang menyatakan
Islam di Asia Tenggara adalah dari Semenanjung Tanah Arab. Beliau menggunakan bukti
wujudnya persamaan antara bahan penulisan dan kesusteraan di Asia Tenggara adalah dari
Semenanjung Tanah Arab. Selain itu, perkataan Arab yang terdapat pada tulisan jawi telah
diambil daripada Bahasa Arab. Menurut beliau juga, terdapat karya tempatan yang
menceritakan bahawa pengislaman raja Asia Tenggara dilakukan oleh Syeikh dari
Semenanjung Tanah Arab, seperti, hikayat Raja-Raja Pasai yang menceritakan bahawa
mubaligh atau pendakwah yang pertama tiba di Pasai ialah Sufi yang berketurunan Arab yang
bernama Syeikh Ismail. Beliau berjaya mengislamkan Raja Pasai iaitu Merah Silu yang
kemudiannya bergelar Malik al-Salih manakala Raja Pattani Phaya Tu Nakpa pula telah
diislamkan oleh Syeikh Said.

Selain daripada bukti pengislaman pemerintah, bukti lain ialah kerajaan Melaka yang dibuka
sekitar tahun 1400 oleh Parameswara apabila ianya diserang oleh Kerajaan Jawa. Menerima
ajaran Islam yang disampaikan oleh Makhdum Syed Abdul Aziz, seorang mubaligh dari
Makkah sekitar 1414. Al-Aziz yang mengislamkan raja Melaka iaitu Parameswara yang
kemudiannya digelar Iskandar Shah. Pengislaman Parameswara ada kaitannya dengan
peristiwa perkahwinan Parameswara dengan puteri Pasai yang beragama Islam pada tahun
1414. Sejak perkahwinan itu, Islam mula berkembang yang menyebabkan semakin ramai
ulama Arab yang berkunjung ke Melaka. Kitab-kitab tauhid yang berunsur tasawuf seperti
kitab Durr al-Manzum karangan Abu Ishaq al-Shirazi dan Umm al-Barahim oleh al-Sanusi
telah diajarkan di Melaka, Aceh dan Riau.

5
Melaka mencapai zaman kegemilangannya pada pertengahan kurun ke-15, menjadi pelabuhan
perdagangan berbentuk entrepot antara dunia timur dan barat yang sibuk. Melaka juga
berperanan sebagai pusat penyebaran dan pengajaran agama Islam. Kedatangan Islam
bermakna kedatangan bahasa Arab kerana kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Bahkan
kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Islam tidak akan dapat disebarkan
tanpa bahasa Arab sebagai bahasa pengantaraan. Tanpa Islam sebagai isi kandungan, bahasa
Arab berkemungkinan besar tidak membawa apa-apa erti dan tidak akan berkembang seperti
sekarang.

6
Semasa menunggu perubahan angin monsun, kebanyakkan pedagang Arab menetap selama
beberapa bulan di pelabuhan tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke China. Kesannya,
sebahagian besar daripada mereka telah membina perkampungan di situ. Perkampungan ini
telah berkembangan menjadi sebagai tapak untuk menjalankan aktiviti perdagangan. Selain
itu, perkampungan yang telah dibina juga telah menjadi sebagai pusat untuk mengumpul
barangan jualan dan tempat untuk membeli barangan yang mewah seperti tekstil dan tembikar
daripada China dan India.

Kehidupan dan aktiviti para pedagang Arab ini terdapat dalam catatan China yang
menyatakan bahawa terdapat sebuah perkampungan Islam yang dikenali sebagai Ta Shih
Sumatera Utara pada tahun 650 masihi. Tarikh kewujudan perkampungan ini menunjukkan
bahawa Islam telah pun bertapal di Asia Tenggara sejak abad ketujuh masihi.

7
TEORI KEDATANGN ISLAM DARI CHINA

Hubungan antara Arab dengan China dari segi perdagangan telah dicatatkan dalam sejarah dimana ia
telah berlaku sejak sebelum kelahiran agama Islam lagi. Hal ini kerana pedagang Arab telah membawa
dan membeli barangan seperti sutera, kain, dan tembikar dari China. Secara tidak lansung, perdagangan
antara Arab dan China telah melahirkan hubungan di antara China dengan kepulauan Melayu.

Ia selepas menurut laporan China Muslim bahawa orang Islam di Arab telah datang ke negeri China pada
zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsuing pada Dinasti Pang iaitu tahun 627 – 650 Masihi. Mengikut
catatan sejarah, pendakwah Arab yang pertama ke negeri China ialah wahab Abi Kabsyah yang diutus
oleh Nabi Muhammad S.A.W. Abi Kabsyah meninggal dunia setibanya di Canton dan disemadikan
disana. Selepas pemerintahan khalifah Othman bin Affan, Saad bin Abi Waqas telah dihantar ke China
dan beliau telah meletakkan batu asas sebuah masjid di Canton yang dikenali dengan nama Wai Shin Zi
yang bermaksud masjid kenangan nabi.

Di negara China, telah berlaku satu tragedy yang menimpa umat Islam di sana. Pada mulanya, umat Islam
di negara China sangat ramai sehingga ada antara mereka yang kaya dan berpengaruh di Canton. Hal ini
menyebabkan ramai penduduk tempatan yang tidak puas hati dan sanggup bermusuh dan membakar
Bandar Canton. Tragedi tersebut dapat dirasai sehingga Kepulauan Nusantara. Kedudukan orang Arab-
Islam di Canton dianggap dapat menggugat kedudukan ekonomi dan keselamatan orang cina. Hal ini
telah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan maka tercetusnya perbalahan antara penduduk China
terhadap orang Arab-Islam.

8
Trajedi pemberontakan pertama berlaku pada tahun 878 Masihi di Canton pada masa pemerintahan Hsi
Tsung (878 – 879). Peristiwa tersebut telah mengorbankan lebih kurang 100 000 penduduk asing yang
kebanyakannya terdiri yang beragama Islam, Arab dan Parsi. Peristiwa ini telah dicetuskan oleh
pemberontak Hwang Chao di Canton. Ada juga antara mereka ang menyelamatkan diri dan berhijrah ke
Kalah, iaitu nama lama bagi Kedah dan juga Palembang. Disamping itu, pemberontakan juga telah
berlaku di wilayah Yang Chow yang berlaku pada akhir pemerintahan dinasti Tang (618 – 905) yang
diketuai oleh pasukan pemberontak Tien Sheng Kong. Peristiwa ini telah membawa kepada penghijrahan
golongan yang terselamat dan terpaksa berhijrah ke tempat lain termasuklah Nusantara.

Bagi mengukuhkan hujah untuk teori ini, batu-batu nisan telah ditemui di kepulauan Melayu seperti batu
nisan yang diukir sebagai Wali Allah berketurunan Arab bertarikh 419H bersamaan dengan tahun 1028M
yang Terdapat di Pekan, Perak. Terdapat juga ayat-ayat yang dipetik dari al-Quran. Terdapat juga batu
bersurat di Terengganu bertarih 702H bersamaan 1303M dimana ia mengandungi arahan tentang
kewajipan ke atas orang Islam supaya mematuhi hokum Allah S.W.T. . Selain daripada itu, Terdapat juga
catatan dalam Dinasti Sung bahawa kedatangan Islam di Nusantara melalui sepanjang pantai laut China
dan dibawa oleh pedagang Islam dari Tiongkok pada tahun 977M. Laporan ini disokong oleh S.Q Fatimi
bagi membuktikan teori kedatangan Islam dari China.

9
TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI INDIA

Mengikut pendapat mubaligh dari India, para Sarjana tidak sepakat tentang dari daerah manakah agama
Islam dibawa ke Nusantara. Ada yang mengatakan dari daerah Gujerat atau Benggala, atau India Selatan
dan Khasnya Malabar. Mengikut kajian yang diperolehi oleh G.P Moquette, beliau telah mengenal pasti
beberapa batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428M dan batu nisan Maulana Malik Ibrahim di Grisek yang
bertarikh 1419M. Oleh kerana itu, kedua-dua batu nisan itu mempunyai persamaan dengan batu nisan
‘Umar ibn Ahmad’ dari Gujerat. Bedasarkan penemuan ini, mereka dapat membuat kesimpulan bahawa
agama Islam di Indonesia adalah berasal dari Gujerat. Teori ini kemudiannya disokong oleh W.P.
Stutterheim, J. Gonda dan Nieuwenhuijze.

Bedasarkan kajian oleh Tome Pires, iaitu penulis buku yang bertajuk Suma Oriental, Fatimi pula
mengatakan bahawa agama Islam di Nusantara telah disebarkan dari Benggala Menurut Tome Pires,
Malik al-Salih telah menjadi raja Islam yang pertama di Pasai merupakan seorang pedagang Benggali dan
berasal dari Benggala. Fatimi menganggap Parsi sebagai negeri pertama yang memeluk agama Islam,
maka Kesimpulan yang dapat dicapai ialah Islam juga berasal dari Benggala. Mengikut hujah Thomas
Arnold, beliau menemui persamaan mazhab di daerah Benggala atau Malabar dengan di Alam Melayu
iaitu mazhab Syafie.

Van Ronkel pernah mengemukakan teori bahawa Islam telah datang dari India Selatan. Hal ini kerana
beliau menganggap bahawa terdapat bentuk-bentuk dan pengaruh popular Islam seperti ciri-ciri mistik,
sastera Roman dan banyak lagi yang terdapat di Indonesia adalah berasal dari India Selatan.

10
TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI CHAMPA

Menurut teori yang diberi oleh R.A. Kem, orang Islam di Melayu Nusantara berasal dari Indo-China.
Pada kurun ke-7 masihi, pernah dicatatkan bahawa orang Melayu telah menjalinkan hubungan dengan
penduduk Champa dan Kemboja. Hubungan ini terjalin bedasarkan kepetingan penaklukan dan
perkahwinan pada masa itu terutamanya di antara keluarga diraja. Di negara Champa, rakyat beragama
Islam dilaporkan telah berkembang di sekitar daerah Phanrang sejak abad ke-8 masihi lagi. Teori ini
diperoleh berasaskan kepada perhubungan tersebut dan kedatangan Islam yang datang dari daerah
Phanrang yang merupakan sebuah daerah dari Selatan Champa. Menurut sumber yang terdapat dari
China, Phanrang telah menerima Islam sejak tahun 960M lagi, iaitu semasa pemerintahan Dinasti Sung.

Di Champa, terdapat dua buah inskripsi yang menegarkan lagi dakwaan sesetengah ahli sejarawan
mengenai kedatangan Islam itu dari Champa. Mereka juga menjumpai sebuah batu nisan yang bertulis
khat khufi yang bertarikh pada 1039M dan sebuah monumen bertarikh 1025M dan 1039M. Pada
monumen tersebut, terdapat catatan yang berhukum Islam.

11
KESIMPULAN

Tujuan utama kedatangan Islam ke Tanah Melayu sudah semestinya untuk menyebarkan serta
memperluaskan empayar Islam ke serata dunia. Kedatangan Islam ke Alam Melayu sudah lama sejak
pemerintahan kesultanan Melayu lagi dengan secara tidak rasmi. Titik mula perkembangan Islam bermula
selepas Parameswara memeluk agama Islam di rantau ini. Pertapakan Islam di Alam Melayu telah
membawa pengaruh terbesar dalam kehidupan masyarakat ala mini dan ianya memainkan peranan yang
amat penting dalam mengembangkan agama Islam.

12

Anda mungkin juga menyukai