Anda di halaman 1dari 24

1.

PENGENALAN.

Islam dan melayu adalah istilah yang dipisahkan dalam konteks Malaysia.

Hal ini

adalah disebabkan Perlembangaan Persekutuan dalam perkara 160 fasal 2 menjelaskan bahawa Melayu ini adalah seorang yang menganut agama islam yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat dan resam Melayu. Oleh itu jelas nilai keislaman lebih menonjol daripada nilai keturunan. Tegasnya Islam adalah penentu identiti Melayu. Oleh sebeb pentingnya Islam dalam menentukan pandangan hidup Melayu, maka adalah munasabah untuk kita mengetahui dari mana datangnya Islam ke Alam Melayu.

1.2

KONSEP TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu adalah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang di golongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang melayu dan bertempat suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi. Dua faktor utama yang mewarnai wilayah adalah bahasa melayu yang menjadi lingua franca dan agama Islam yang dianuti oleh penduduk. Melayu ditakrifkanberdasarkan rumpun bangsa dan bahasa. Islam juga disampaikan dengan perantaraan bahasa melayu dengan kitab-kitab tertulis dalam tulisan jawi.

1.3

TEORI KEDATANGAN ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU.

Sejarah kedatangan Islam ke Nusantara bukanlah mudah dikesan.

Ada beberapa

persoalan awal yang timbul untuk menyelusuri kedatangan Islam di Nusantara. Antara pertanyaan itu adalah, dari mana islam datang? Siapa yang membawanya dan bila kedatangannya? Ada beberapa teori yang hingga kini masih sering dibahas, baik oleh sarjanasarjana Barat maupun dikalangan intelektual Islam sendiri. Setidak-tidaknya ada tiga teori yang menjelaskan kedatangan Islam ke Timur Jauh termasuk ke Nusantara iaitu dari India, China dan dari negara Arab sendiri.

1.3.1 INDIA

Teori ini dikemukakan oleh sarjana Belanda Pijnappel dan diperkukuhkan oleh Snouck Hurgronje dan J.P. Moquette. Teori ini juga mengatakan islam masuk ke Kawasan-kawasan seperti Gujerat,

Nusantara dan wilayah-wilayah di benua India.

Bengali dan Malabar disebut sebagai asal nasuknya Islam ke Nusantara. Teori ini diikuti dan dikembangkan oleh bayak sarjana Barat lainny seperti R.O Windatet, B. Harrison, D.G.E. Hell, J. Gonda dan beberapa orang yang lain. Buktinya wujud persamaan batu nisan yang ditemui di parsi iaitu batu nisan Sultan Malik al-Saleh bertarikh tahun 1297 dan batu nisan Maulana Malik Ibrahim di Grisek Jawa dengan yang di Gujerat India. Kedudukan geografi India yang lebih dekat dengan kepulauan Melayu berbanding Tanah Arab dan China telah menjadi hujah bahawa Islam telah dibawa oleh orang India. Oleh sebab terdapatnya perhubungan perdagangan yang terjalin sekian lama, tidak mustahillah sekiranya Islam itu sendiri telah dibawa oleh para pedagang Islam india. Teori ini berpendapat bahawa terdapatnya banyak kesan persamaan di dalam sosio-budaya masyarakat melayu di Nusantara dengan tamadun India telah membuktikan bahawa Islam di Nusantara telah dibawa oleh orang-orang Gujerat yang giat berdagang dengan penduduk kepulauan Melayu. Ini diperkuatkan dengan 2

pernemuan batu-batu nisan yang diimport dari Gujerat yang digunakan oleh orangorang yang terdulu serta tradisi-tradisi kesusasteraan yang mirip kepada kesusasteraan India. Dalam Larabie et les Indes Nearlandaises, Snouck mengatakan teori tersebut didasarkan pada pengamatan tidak terlihatnya peranan dan nilai-nilai Arab yang ada dalam Islam pada masa-masa awal, yakni pada abad ke-12 atau 13. Snouck juga mengatakan, teorinya didukung dengan hubungan yang sudah terjalin lama antara wilayah Nusantara dengan daratan India.

1.3.2 CHINA.

Teori dikemukakan oleh Canton dan Hainan pada kurun ke-9. Teori ini juga dipelapori oleh seorang penulis Sepanyol, Emanuel Godinho de Eradia. Bukunya

adalah penemuan batu bersurat di Champa bertarikh 1039 dan di Brunei bertarikh 1303. Teori ini menyatakan bahawa Islam datang dari China dibawa oleh Mubaligh China Muslim pada penghujung abad ke 9 Masehi pendapat ini didokong oleh Prof. S.Q. Fatimi di dalam bukunya yang bertajuk Islam Comes to Malaysia yang menerangkan bahawa telah berlaku perpindahan beramai-ramai masyarakat Islam China kawasan Tanah Besar Asia (Indochina) dan Nusantara akibat daripada pemberontakan berdarah antara Orang Islan dan Masyarakat tempatan pada tahun 876 Masihi. Penghijarahan Masyarakat Islam China telah bertumpu ke kawasan-kawasan seperti pantai Timur semenanjung Tanah Melayu seperti Kelantan, Terangganu, Pahang dan Champa, Kedah, Palembang serta Jawa Timur. Perjumpaan beberapa batu nisan di sekitar kawasan tersebut antara lainnya batu nisan Sheikh Abdul Hussien di Langgar (903M), batu bersurat Phan Rang, Kemboja 91025M) dan batu bersurat Terengganu (702 H / 1303M) adalah antara bukti sejarah. Pada tahun 1953 beberapa ahli kampong Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan Pahang telah menjumpai ayat-ayat al-Quran dan kalimat-kalimat Arab dan bertarikh 14 Rabiulawal, tahun 419 H (1028M) membuktikan bahawa Islam telah pun 3

sampai di kawasan tersebut. Ia dikatakan telah dibawa oleh mubaligh China Muslim melalui Laut China Selatan dan Phan Rang di Indonesia.

1.3.3 SEMANANJUNG TANAH ARAB.

Teori ini dikemukakan oleh John Crawford dan Niemannt de Hollender serta Prof. S.M . Naqiub al-Altas. Teori ini menyakini Islam masuk ke wilayah Nusantara pada awal abad ke-7. Menurut teori ini, Islam masuk ke Indonesia pada awal abad hijriah, bahkan pada masa Khulafa Rasyidin memerintah, Pendakwah Islam sudah mulai ekspidesinya ke Nusantara ketika sahabat Abu Bakar as-siddiq r.a, Umar bin Khattab r.a, Uthaman bin Affan r.a dan Ali bin Abi Thalib r.a menjadi khalifah lagi. Bahkan sumber-sumber Cina menyebut bahawa, menjelang seperempat abad ke-7 sudah berdiri perkampungan Arab Muslim di pesisir pantai Sumatera. Di

perkampungan-perkampungan ini diberitakan, orang-orang arab bermukim dan bernikah dengan penduduk tempatan dan membentuk masyarakat Muslim. Bahkan pemgembara Arab yang masyhur, seperti ibnu Bathutah mencatatkan perjalanannya ke beberapa wilayah Nusantara. Tetapi sayangnya, tidak dijelaskan

dalam catatan Ibnu Bathutah nama-nama daerah yang dikunjungi. Hubungan kegiatan perdagangan orang arab dengan Alam melayu sejak zaman sebelum munculnya Islam di semananjung tanah arab. Terdapat beberapa kampung

orang Islam berketurunan Arab di sekitar Nusantara. S.M. Naquib al-Attas pula menegaskan kandungan persuratan melayu Islam dengan konsep dan istilah sistem tulisan jawi. Hal ini juga terdapat pada catatan para penziarah Buddha Cina yang kerapkali menumpang kapal-kapal ekspedisi milik orang-orang Arab sejak menjelang abad ke-7 untuk pergi ke India. Sekiranya dikatakan bahawa Islam dibawa dari China, pastinya para mubaligh Arab akan singgah dahulu di rantau ini sebelum berlayar ke negeri China. Oleh itu secara logiknya Islam telah sampai ke Nusantara sebelum sampai ke Negara China.

Pedagang-pedagang

Arab bukan hanya pergi ke negeri

China tanpa

menyinggah di negeri-negeri lain.

Beberapa catatan menyebut duta-duta Islam

mengunjungi Zabaj atau Sribuza atau yang lebih kenal dengan Kerajaan Srivijaya. Hal ini memang wajar diterima kerana zaman itu adalah masa-masa keemasan Kerajaan Srivijaya. Tidak ada satu ekspedisi yang akan menuju ke China tanpa melawat terlebih dulu ke Srivijaya. Sebuah catatan kuno Arab yang berjudul Ajaib of Hind yang ditulis oleh Buzurg bin Shahriyar al Ramhurmuzi pada tahun 1000M memberikan gambaran bahawa ada perkampungan-perkampungan Muslim yang terbangun di wilayah kerajaan Srivijaya. Hubungan Srivijaya dengan kekhalifahan Islam di Timur Tengah terus berlanjutan hingga di masa khalifah Umar bin Abdul Aziz. Ibn abd Al Rabbih di dalam karyanya Alaqd al Farid yang dikutip oleh Azyumardi Azra dalam bukunya Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII menyebutkan ada surat-menyurat yang berlangsung antara raja Srivijaya kala itu Sri Indravarman dengan khalifah yang terkenal tersebut.

1.4

PERANAN ISLAM DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

Islam menjadi

asas pembinaan Tamadun Malaysia berdasarkan susur galur

proses sejarahnya. Agama Islam dan adat Melayu merupakan dua struktur penting yang saling lengkap melengkapi dalam pembinaan tamadun Malaysia. Malaysia kini

adalah sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan yang terdiri daripada komponen 14 buah negeri. Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa sebenarnya merupakan lanjutan daripada kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu lebih awal. Kerajaan-kerajaan Melayu tersebut juga merupakan kesinambungan daripada beberapa buah kerajaan atau pusat tamadun Melayu yang pernah wujud di Alam Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor RiauLingga dan sebagainya. 5

Ternyata Islam telah membawa suatu dimensi baru dalam pembentukan kosmologi dan pandangan semesta umat Melayu. Ini dapat dikesan melalui beberapa aspek yang memperlihatkan kepentingan agama Islam. Di antaranya ialah 1) Kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan. 2) Dasar kebudayaan kebangsaan yang ,menjadikan Islam sebagai unsur utama seperti yang dinyatakan dalam prinsip utamanya iaitu i. ii. Kebudayaan rakyat asal rantau ini menjadi teras utama Islam sebagai agama rasmi rantau ini menjadi unsur pembentukkan kebudayaan kebangsaan. iii. Kebudayaan kaum lain yang sesuai juga diterapkan. utama

3) Penerapan nilai Islam. 4) Institusi kehakiman Islam. 5) Institusi kewangan Islam. 6) Institusi pendidikan Islam.

1.4.1 KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN.

Kedudukan agama Islam yang telah menjadi sebati dengan kehidupan masyarakat Melayu khususnya di Negeri-negeri Melayu hanya berubah selepas kedatangan British ke Tanah Melayu bermula dengan Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura), Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Borneo (Sabah dan Sarawak). Undangundang Inggeris dilaksanakan di negeri-negeri Melayu melalui piagam Keadilan I (1807), Piagam Keadilan II (1826) dan Piagam Keadilan III (1855). Residen-residen Inggeris juga dilantik untuk menasihati para Sultan di dalam perkara-perkara pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara mengenai agama dan adat istiadat Melayu. Dalam konteks perlembagaan Malaysia pada masakini, dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia jelas memberitahu bahawa :

Islam adalah agama rasmi persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan bebas di dalam aman dan harmoni di dalam mana-mana bahagian jua di dalam persekutuan ini. Semasa era penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu,agama Islam tetap menjadi

anutan orang Melayu. Walaupun dijajah, orang Melayu tetap berpegang kepada ajaran Islam. Kebanyakan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

adalah amalan yang diwarisi dari zaman pra penjajah lagi.

1.4.2

PERUNTUKAN PERKARA 3(1) PERLEMBANGAAN PERSEKUTUAN

Kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia seperti mana di dalam Perkara 3(1) di atas adalah amat jelas, diperkuatkan dengan Perkara 11(4) yang menghalang sebarang penyebaran agama lain kepada orang-orang Islam. Walaubagaimanapun, maksud Islam sebagai agama rasmi negara disini haruslah diperjelaskan. Ini ialah kerana, agama rasmi di sini bukanlah bererti Islam dan segala prinsip-prinsipnya yang terkandung di dalam al-Quran, as-Sunnah dan sumbersumber lain diaplikasikan secara menyeluruh di dalam segenap pelusuk hal ehwal kenegaraan sebagaimana definisi Islam mengikut syarak. Sebaliknya, kedudukan Islam sebagai agama rasmi dalam Perkara 3(1) adalah dalam bentuk yang lebih kecil dan terbatas kepada beberapa aspek kehidupan seperti, aqidah iaitu kepercayaan, ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, zakat, haji serta beberapa aspek khusus kehidupan masyarakat Islam seperti pernikahan, penceraian, waqaf, harta pusaka serta beberapa kesalahan lain seperti berzina, minum arak dan lain-lain. Dengan termaktubnya Islam sebagai agama dalam persekutuan Malaysia, tidak bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti oleh rakyat yang bukan beragama Islam. Mereka bebas memilih agama mereka sendiri dan menjalankan upacara Melayu dan Islam adalah unsur yang bercantum dan

keagamaan masing-masing.

tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan.

Yang DiPertuan Agong dikalangan raja-raja di negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri termasuk Perlembagaan Negeri Johor. Mestilah berbangsa Melayu, beragama Islam dan berketurunan raja. Di dalam sumpah memegang jawatan Yang DiPertuan Agong baginda mengangkat sumpah dengan didahului dengan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama Islam. Yang DiPertuan Agong adalah ketua agama Islam di negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan iaitu negeri yang tidak mempunyai Raja. Raja dan Sultan di negeri-negeri beraja ialah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama mereka mempunyai

budi bicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan dari segi praktikalnya semasa bertugas dibantu dan dinasihati oleh Majlis Agama Islam Negeri. Walaubagaimanapun, sebagai satu perlindungan tambahan

terhadap status agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia, Perkara 11(4) ada menegaskan bahawa Undang-undang Negeri dan Undang-undang Persekutuan bagi Wilayah Persekutuan dan Labuan, boleh menjalankan dan menguatkuasakan pengawalan dan penghalangan terhadap apa-apa seruan, dakwah mahupun sebaran agama-agama lain keatas penganut-penganut Islam. Perkara 38(2)(b) pula memperuntukkan bahawa Sultan di dalam Majlis RajaRaja adalah ketua-ketua agama Islam dan bertanggungjawab ke atas adat istiadat Islam. Perkara 3(2) pula menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua

agama bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan.

1.4.3 PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM DASAR PENTADBIRAN NEGARA


Dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran bertujuan untuk menanam nilainilai murni dalam system pentadbiran negara.Justifikasi nilai-nilai ini diperkenalkan oleh Terdapat beberapa prinsip apabila kerajaan supaya rakyat Malaysia mempunyai sifat jati diri dan iltizam yang kental. Nilai dan etika komunikasi dalam organisasi penting dalam Islam

berkomunikasi dalam Islam iaitu bercakap dengan sopan, menggunakan bahasa yang sesuai dan perkataan yang baik dan mengotakan apa yang dikatakan.

Menurut perspektif Islam, konsep pekerjaan adalah satu ibadah. Apa jua bentk pekerjaan sama ada dilakukan di rumah, pejabat atau kilang adalah dikira sebagai satu ibadah. Seseorang yang menjalankan ibadahnya dengan sempurna akan mencapai alfalah(kejayaan) di dunia dan akhirat.

1.4.4 INSTITUSI KEHAKIMAN, KEWANGAN DAN PENDIDIKAN ISLAM.

Perkembangan sistem kehakiman di Malaysia berlak dalam dua peringkat iaitu; A) Peringkat negeri Perkara berhubung dengan hukum syarak diberi kuasa kepada Badan Perundangan negeri telah dinyatakan dalam Jadual ke-9 Senarai negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa membuat undang-undang setakat yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

B) Peringkat persekutuan Mahkamah-mahkamah Sivil mengendalikan kes syariah. Bidang kuasa mahkamah syariah meliputi bidang kuasa mal dan jenayah. Ini

diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak dan Enakmen mahkamah Syariah bagi sesetengah negeri. Di bawah kuasa negeri,

mahkamah syarian masih mempunyai kuasa undang-undang jenayah islam yang ke atas kesalahan seperti jenayah minum arak, zina,khalwat dan murtad.

Institusi Kewangan Islam merupakan alternatif

kepada sistem kewangan

konvensional yang wujud di Malaysia. Pihak kerajaan telah mengambil ;langkah untuk mengembangkan sistem ini melalui penubuhan institusi-institusi seperti Lembaga Tabung Haji, Bank Islam dan Bank Muamalat, sistem dwi-perbankan, system takaful,,system pajak gadai Islam dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YPEIM).

Institusi Pendidikan Islam di Malaysia ditubuhkan bertujuan untuk menjadikan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini. Matlamatnya ialah untuk melahirkan seorang insan soleh/kamil yang taat kepada Allah,

,memanfaatkan ilmu yang ada pada dirinya untuk kesejahteraan masyarakat serta berusaha mencapai keredhaannya di dunia dan akhirat. Pendidikan Islam sebagai satu usaha untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan

Islam berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat dan negara kea rah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

1.5

KESAN PENGARUH DAN PERANAN ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Islam membawa pengaruh besar dalam Tamadun Melayu sama ada dalam bidang politik,sosio-ekonomi ,keagamaan dan kepercayaan , pendidikan serta kesusasteraan.Kehidupan masyarakat Melayu sebelum kedatangan Islam didasari

oleh adat dan kepercayaan animisme, Hindu dan Buddha. Berikut adalah kesan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu.

10

1.5.1 AGAMA DAN KEPERCAYAAN Kedatangan Islam membawa kesan yang besar dalam akidah dan kepercayaan orang Melayu. Sebelum kedatangan Islam, umumnya masyarakat Melayu menganut kepercayaan animisme (anggap benda atau objek sekeliling mempunyai roh dan semangat dan kuasa ghaib).Perkara ini mendorong aktiviti pemujaan atau

penyembahan kepada

batu-batu,pokok-pokok,sungai-sungai dan fenomena alam

lain.Kuasa ghaib yang disifatkan sebagai hantu,jembalang atau jin yang menjadi penunggu objek yang disembah atau dipuja (Haron Daud,1989:26). Namun Islam mengangkat tinggi akan kerohanian yang lebih jitudan akliah serta rasional dengan bentuk kuasa ghaib ketuhanan Allah yang lebih pasti serta jelas dengan sifat-sifat serta kuasa yang lebih jitu dan diyakini akan wibawanya. Masyarakat Melayu kebanyakannya telah menerima ajaran agama Islam. Ini kerana sifat agama ini sendiri mudah difahami, mudah diterima, mudah diamalkan. Ianya tidak membezakan seseorang individu dengan individu lain.Ajaran Islam mempercayai konsep ketuhanan ,hormat-menghormati antara manusia serta

menitikberatkan soal persamaan taraf.Islam telah mengubah kehidupan masyarakat Melayu yang kepada roh,semangat dan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan yang maha esa,percaya adanya nabi,rasul-rasul ,malaikat dan kitab suci. Keimanan mereka diikuti dengan amal ibadat,sembahyang ,puasa mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji.Selain itu,masyarakat Melayu juga menyambut hari-hari kebesaran dalam Islam seperti sambutan Maal Hijrah,Maulidur Rasul dan Nuzul al-Quran.Perubahan yang paling utama ialah Islam telah mengubah kehidupan orang Melayu berteraskan tauhid.Konsep tauhid mengubah pandangan Melayu daripada zaman Hindu-Buddha dengan metadologi,penyembahan rajanya,ciri-ciri tertentu dan masyarakat dalam khayalan,penyembahan berhala kepada ajaran tauhid yang murni (Muhammad Uthman ,1977:185)

11

1.5.2 PENDIDIKAN

Dalam masyarakat tradisi Melayu sebelum adanya Islam , golongan masyarakat bawahan tidak dibenarkan belajar atau menerima pendidikan seperti golongan atasan. Sistem pendidikan yang bermula di istana kini beralih kepada institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah ,surau , masjid,Langgar, Rangkang dan Pesantren

(Universiti Islam di Pulau Jawa).Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan tradisi pengajaran dan pembelajaran yang tersusun.Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca al-quran kitab-kitab. Apabila memeluk Islam mereka akan mempelajari Quran. Golongan pembesar dan pemerintah berperanan penting dalam

mengembangkan ilmu pengetahuan di kalangan di kalangan masyarakat.Melalui sistem pengajian ilmu lahirlah para cendikiawan dan ulama Melayu yang menjadi pegawaipegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama.Antara tokoh Melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan Hassan Wan Ishakdan ramai lagi (Hashim Hj. Musa,2004:46). Tokoh-tokoh ini banyak menyumbang ke arah

perkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu.

1.5.3 BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Bahasa Melayu telah menerima pengaruh agama Islam bermula abad ke-14 dan mula berkembang pada akhir abad ke-18. Awal kurun ke-14 kedudukan Islam semakin teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara.Buktinya penggunaan tulisan Jawi oleh orang Melayu ketika itu.Sebagai contoh , dalam era Kerajaan Melayu Melaka (1400M-1511M) bahasa Melayu menjadi bahasa Lingua Franca bagi 84 bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap perkembangan bahasa Melayu daripada bahasa Melayu Klasik kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman iaitu Zaman Peralihan (abad ke-19M) dan Zaman Moden (abd ke-20) (Mahyuddin Haji Yahya,1998: 91) Tulisan Arab mula diperkenalkan selepas kedatangan Islam.Pengubahsuaian Tulisan Arab kepada Tulisan Jawi telah memesatkan lagi perkembangan Bahasa Melayu di Tanah Melayu. 12

Pengajian agama Islam serta penulisan yang bercorak keislaman telah menggalakkan perkembangan bahasa Melayu.Melalui sistem tulisan Jawi Bahasa Melayu dapat memainkan peranan yang lebih penting apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab agama ,hikayat-hikayat dan pentadbiran.Zaman permulaan Islam

pendakwah telah menulis risalah agama(mengenai Rukun Islam),Hikayat Nabi dengan orang miskin, cerita-cerita dalam al-Quran, cerita-cerita Sahabat Nabi dan Tokoh Islam,Cerita-cerita Pahlawan Islam dan ahli Sufi dan cerita-cerita rekaan. Contoh hikayat ialah Hikayat Nur Muhammad,Hikayat Mukjizat Nabi, Hikayat Nabi Bersyukur dan banyak lagi. Perkembangan Islam juga telah melahirkan golongan cedikiawan yang telah menghasilkan puisi-piusi Melayu seperti Hamzah Fansuri (penulis tasawuf dan syair), Syekh Abdul Rauf Singkel dan Abdul Rauf.

1.5.4 PERUNDANGAN

Sistem perundangan tempatan turut alami perubahan seperti yang tercatat dalam Hukum Kanun Melaka,Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Dalam Hukum Kanun Melaka contohnya hukum Islam diikuti sepenuhnya yakni peraturan adat dan peraturan agama.Tidak dinafikan bahaawa wujud sesetengah peruntukan yang bertentangan dengan syariat Islam seperti adab diraja yang berbeza dengan rakyat jelata dalam struktur kehidupan,namun tidak dapat dinafikan kewujudan nilai keislaman di dalamnya. Perkara utama yang menarik dalam sistem perundangan di Melaka ialah adanya hubungan baik pemerintah dengan para ulama dan ilmuwan Islam. Perkembangan Islam yang berlaku di Melaka turut diikuti dan diterima oleh negerinegeri lain di Tanah Melayu. Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia hari ini.Perkara ini termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Agama Islam diakui sebagai agama rasmi bagi Malaysia,manakala Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua agama di negeri baginda sendiri dan juga di negeri Melaka dan Pulau Pinang .Di peringkat negeri terdapat beberapa undang-undang yang telah dikuatkuasakan seperti undang-undang

pentadbiran Islam,Undang-undang Prosedur dan Keterangan Undang-Undang. Setiap 13

negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pejabat agamanya sendiri yang mengendalikan pentadbiran hal-ehwal agama Islam.

1.5.5 POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Kedatangan Islam banyak mempengaruhi politik dan sistem pemerintahan Tamadun Melayu umumnya dan Malaysia khasnya.Contohnya, dalam era Kesultanan Melayu Melaka agama Islam sebagai agama Rasmi turut dilanjutkan dalam pemerintahan negara Malaysia. Selepas kedatangan Islam dan tersebar di Nusantara sistem politik dan pentadbiran masyarakat Melayu telah berubah bersesuaian dengan ajaran Islam. Gelaran raja dan sultan disamakan dengan Khalifah atau

pemimpin.Dengan kedatangan Islam juga

memberi kuasa kepada rakyat untuk

menentukan penubuhan sistem beraja.Rakyat boleh mengubah perjanjian jika syarat perjanjian dilanggar oleh raja.Keadaan ini bertentangan dengan asas penubuhan yang disarankan oleh Tajus-Salatin dan Bustanus-Salatin yang menekankan fardhu bagi penubuhan sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan kepada manusia dan merupakan suatu dan merupakan suatu pekerjaan yang hanya dapat ditanggung oleh orang yang terpilih sebagai pewaris keduddukan Khalifah. Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan.Sultan ialah gelaran yang diamanahkan mentadbir sesuatu negeri dan pada masa yang sama berperanan sebagai khalifah Allah SWT di bumi.Kepatuhan dan ketaatan pada sultan adalah kepatuhan bersyarat bukan kepatuhan mutlak konsep dewaraja. seperti

1.5.6

SISTEM KEKELUARGAAN

Kedatangan Islam memantapkan

sistem kekeluargaan masyarakat Melayu.

Dalam masyarakat Melayu mengutamakan pembentukan jati diri ,peribadi Melayu yang baik , beragama,berakhlak dan berbudi.Pembentukan nilai peribadi Islam yang baik dilakukan sejak bayi dilahirkan.Contohnya , anak lelaki yang baru dilahirkan diazankan oleh bapanya sementara bayi perempuan dikamatkan.Hal ini bertujuan

14

memperdengarkaan seruan azan , kalimah syahadah dan meniupkan roh semangat Islam buat pertama kali kepada bayi tersebut. Proses sosialisasi diterapkan dengan unsur Islam seawal peringkat kanak-kanak secara berterusan. Mereka diajar konsep dosa pahala ,haram dan sebagainya.Kanakkanak berusia lima tahun ke atas diajar bersembahyang dan berpuasa serta hormatmenghormati,bertolak-ansur dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Sistem perkhawinan orang Islam banyak dipengaruhi oleh hukum syarak seperti dalam Hukum Kanun Melaka.Contohnya,dalam perkhawinan Islam

mensyaratkan pengantin perempuan mesti mempunyai wali (Fasal 25: 1),hadirnya saksi (Fasal 26),upacara ijabkabul(Fasal 25.2,kontrak perkhawinan (Fasal 27),talak ( Fasal 28.1),dan wanita-wanita yang boleh dikahwini (Fasal28.1)(Azmah Abdul Manaf 2001:217).

1.5.7 ADAT DAN CARA HIDUP

Tradisi Animisme dan Hinduisme yang mendasari kepercayaan masyarakat Melayu,telah digantikan selepas kedatangan Islam. Masyarakat Melayu berpegang pada adat dan cara hidup orang Islam sejak lahir sehingga hari kematiannya.Adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan lagi dengan adanya ajaran

Islam.Bagaimanapun ada juga yang masih mengekalkan cara kehidupan lama yakni yang bertentangan dengan ajaran Islam. Adat didefinisikan sebagai suatu perbuatan masyarakat atau bangsa.Orang Melayu berpegang yang menurut kebiasaan teguh pada adat resam

mereka.Mereka menganggap adat sebagai undang-undang hidup yang harus dipatuhi dan dihormati . Perbuatan melanggar adat dianggap sebagai satu perbuatan buruk dan akibatnya akan merosakkan diri sendiri sekaligus mencemarkan kesejahteraan hidup masyarakat (Asmah,1990:4).Hal ini membuktikan masyarakat Melayu amat

menyanjungi adat resam,tetapi setelah menerima Islam mereka mengubahsuaikan adat itu agar selari dengan ajaran Islam.

15

1.6

SUMBANGAN ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU 1. Sebelum kedatangan Islam penduduk Nusantara kebanyakkan beragama Hindu.Kehadiran Islam menjadikan masyakat Nusantara lebih bertamadun dalam ilmu duniawi dan rohaniah. 2. Islam memperkenalkan sistem zakat, fitrah,sedekah,kafarah,wakaf dan sistem Baitulmal yang merupakan fenomena baru dalam masyarakat Melayu. 3. Kemunculan ramai rasionalisme dan intelektualisme dalam masyarakat Melayu. 4. Kelahiran unsur rasionalisme menjadi cabaran kepada unsur khurafat , dongeng , khayalan ,fantasi ,dewa-dewa dan pari-pari. 5. Kemunculan ramai intelektualisme mendorong ke arah penghayatan ilmu pengetahuan dan daya berfikir menyebabkan lahirnya buku-buku ilmiah. 6. Semangat jihad dalam Islam menjadi sumber inspirasi masyarakat Melayu untuk mencintai tanah air sendiri. 7. Hubungan baik yang wujud antara pemerintah dengan para ulama mengeratkan perpaduan Melayu untuk menentang penjajah. 8. Setiap lapisan masyarakat adalah sama di sisi Allah SWT.Sebelum ini masyarakat Melayu dibezakan dengan sistem kasta dan hamba. 9. Sistem pentadbiran dan politik di Alam Melayu lebih teratur. dapat

16

1.7 KESIMPULAN

Pendek kata, Islam memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk akal budi orang-orang Melayu. mempunyai sejarah yang panjang. Bagi menjadikan Malaysia sebagai negara contoh yang mana masyarakat beragama Islam membina identiti dan jati diri dan kuat berpegang kepada tradisi keislamannya dan pada waktu yang sama mengamalkan sikap toleransi dan setiakawan dengan masyarakat bukan islam bukanlah sesuatu yang mudah. Ini Malah peranan Islam dalam masyarakat Melayu

menuntut keperihatinan dan iltizam semua pihak dari berbagai lapisan, dari pemimpin tertinggi hinggalah kepada rakyat seluruhnya supaya mendokong cita-cita ingin melihat masyarakat dan negara ini maju dan makmur dalam acuannya yang tersendiri. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membentuk wajah baru dan

memperkukuhkan identiti Melayu yang sebelumnya dibayangi oleh elemen-elemen yang rapuh dan tidak kekal. Dengan berindentitikan Islam, bangsa Melayu akan dapat menjayakan pepatah tidak Melayu hilang di dunia. Kejituan tamadun Melayu yang berasaskan agama Islam inilah yang telah berjaya membentuk satu lakaran perjalanan bangsa Melayu di Tanah Melayu terutama di Malaysia. Jelaslah, islam mempunyai kedudukan yang istimewa dan memainlan

perana yang penting dalamsistem perundangan dan kehakiman, ekonomi, kewangan dan pendidikan di Malaysia. Pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh

kerajaan juga tepat pada masanya supaya penghayatan dan penerapan nilai-nilai Islam yang pernah dilancarkan oleh kerajaan suatu ketika dahulu sentiasa subur dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Ringkasnya proses

Islamisasi yang berlaku banyak memberi impak kepada pembentukan identiti umat Melayu khususnya di Malaysia.

17

1.8

RUJUKAN

1. Syed Muhammad al-Naquib Al-Attas. (1972). Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia : Kuala Lumpur. 2. Shaikh Abdullah Hassan Mydin. (2006). JUT101 Tamadun Islam dan Tamadun Asia(Tisa). PJJ Universiti Sains Malaysia : Pulau Pinang. 3. Zaid Ahmad. Islam Dalam Tamadun Melayu. Fakulti Ekologi manusia : Universiti Putra Malaysia : Serdang, Selangor 4. Mahayudin Hj. Yahaya.(1998). Tamadun Islam - Islam dalam Tamadun melayu. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd : Shah Alam. 5. Mohd Shuid, Dr. Rumaizuddin Ghazali dan Hazlina Mansur. (2011). Teks Pra USTPM Tamadun Islam. PEARSON Sdn. Bhd : Petaling Jaya. 6. Pro. Datuk Dr. Zainal Kling (2011). Islam dan Kebudayaan Alam Melayu. Universiti Malaya Malaysia ; Kuala Lumpur. 7. Bab 3. Islam Dalam Tamadun Melayu ; http://bmm222.blogspot.com/ 8. Rujukan Nota : Islam Dalam Tamadun Melayu : http://rujuknota.blogspot.com/search/label/islam-dalam-tamadun-melayuserta.html 9. Islam dalam tamadun Melayu (Open Library) : http://openlibrary.org/books/OL1838395M/Islam_dalam_tamadun_Melayu 10. Islam Dalam Tamadun Melayu : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Islam

18

19

REFLEKSI. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah yang mengajar saya tamadun Islam untuk semester ini kerana sudi memberi tunjuk ajar dan memberi pendedahan kepada saya dan ahli kumpulan yang lain untuk membuat tugasan ini. Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan saya dan pelajar PPG ambilan Jun 2011 kumpulan Matematik 1 kerana sudi berkongsi maklumat dan idea untuk saya dan ahli kumpulan kami menyiapkan tugasan ini. Setelah ahli kumpulan kami mendapat tajuk tugasan iaitu Islam Dalam Tamadun Melayu, kami terlebih dahulu mencari maklumat tentang tajuk tugasan. Setelah

mengumpul maklumat tentang tajuk tugasan, kami telah memilih sub tajuk yang hendak di bincangkan. Di antaranya adalah konsep tamadun melayu, Teori kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu, peranan Islam dalam pembinaan Tamadun Melayu, Kesan pengaruh dan peranan Islam dalam Tamadun Melayu dan sumbangan Islam dalam Tamadun Melayu. Saya telah diberi tajuk konsep tamadun Melayu dan Teori kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu. Untuk memulakan tugasan, terlebih dahulu saya membaca, mengkaji dan memahami tajuk yang hendak saya kaji. Setelah itu, saya akan mencatat nota-nota ringkas dan mencari isi-isi penting sebelum saya memulakan penulisan mengenai tugasan. Sepanjang saya membuat tugasan ini saya tidak mengalami masalah kerana saya telah mengatur masa untuk membuat tugasan dan kerja harian saya dengan baik dan mengunakan kemudahan teknologi dengan betul dan sebaiknya untuk mencari dan mengumpul maklumat dan berhubung dengan ahli-ahli kumpulan. Setelah menyiapkan tugasan ini, saya terasa amat berbangga dan terharu dengan kedatangan Islam ke dalam Tamadun Melayu kerana ia telah merubah Tamadun Melayu dari dulu kala hingga ke masa kini. Kita haruslah menjaga Tamadun Melayu dengan sebaik-baiknya. (Ibrahim Bin Jamil)

20

REFLEKSI

Tamadun Islam merupakan satu subjek yang agak mengelirukan bagi saya kerana beberapa istilah dan nama-nama tokoh sukar untuk diingati dan .

Bagaimanapun alahan ini harus saya atasi demi menyiapkan tugasan kumpulan ini.Setelah menerima agihan tugasan daripada ketua kumpulan saya mula mencari bahan tentang pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu. Langkah pertama ialah mencari bahan melalui internet kemudian saya mencari beberapa bahan rujukan lain seperti buku Tamadun Islam Tingkatan Enam.Banyak kekangan saya lalui untuk mendapatkan buku ini,namun saya bersyukur akhirnya saya perolehi juga.Terdapat beberapa kesukaran lain termasuk cara untuk menulis bibliografi mengikut sistem APA untuk rujukan dari internet.Saya akui banyak bergantung kepada bahan daripada sumber online ini. Semasa melaksanakan tugasan ini saya turut terdorong untuk mengingati faktafakta sejarah Tingkatan 4 dan 5 yang pernah dipelajari.Walaupun ingatannya agak samar namun ada juga sedikit membantu .Saya tahu Islam memang membawa pengaruh atau kesan yang banyak dalam Tamadun Melayu dalam semua aspek kehidupan.Hal ini saya akui ,apabila melihat cara hidup masyarakat,keadaan sosioekonomi masyarakat setempat,sistem politik Malaysia dan banyak lagi.Tidak dapat disangkal terlalu nyata kesan pengaruh Islam di dalamnya.Walau pun saya hidup

sebagai generasi baru tetapi saya membuat perbandingan berdasarkan pengetahuan yang diperolehi pada zaman persekolahan dan cerita-cerita orang terdahulu. Pada dasarnya saya tidak berminat untuk mendalami pengetahuan ini tetapi demi menyiapkan tugasan ini banyak perkara perlu diselidiki. Kesimpulannya,semasa pembikinan tugasan ini saya ditugaskan untuk mencari kesan pengaruh dan sumbangan Islam dalam Tamadun Melayu.Saya rasa lega kerana dua orang ahli kumpulan saya beragama Islam .Jadi saya yakin mereka pastinya lebih arif tentang tugasan ini.Saya harap bolah membantu dari segi sejarah terutamanya. ( Irene Justine )

21

REFLEKSI

Penyediaan kerja kursus ini telah memberikan saya banyak pengetahuan dan ilmu baru terutamanya tentang kemasukan Islam ke negara kita.Disamping itu, ia juga telah memberi kesedaran kepada saya tentang pentingnya peranan islam itu sendiri dalam menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang maju hingga ke hari ini. Dengan kata lain saya sebagai salah seorang penganut Islam berasa bertuah dan berbangga kerana dengan kedatangan Islam ke rantau inilah negara kita Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang bertamadun tinggi.

(Siti Mariam)

22

23

24

Anda mungkin juga menyukai