Anda di halaman 1dari 1

Fungsi Bahasa Melayu Klasik sebagai lingua franca

Sebenarnya bahasa Melayu klasik sebenarnya ialah bahasa melayu kuno tetapi telah
berubah setelah kedatangan islam pada abad ke-13

Bahasa Melayu klasik telah terbukti mampu menjadi bahasa lingua fanca iaitu semasa
zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, dimana bahasa Melayu telah
dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, Cina, India dan Eropah

Sebelum penjajahan British, Bahasa Melayu telah mencapai kedudukan yang tinggi
dimana berfungsi sebagai perantaraan, kesusasteraan, pentadbiaran dan bahasa pengantar
di pusat pendidikan islam

Selain itu ianya berfungsi sebagai bahasa ilmu, contohnya di Aceh bahasa melayu
digunakan dalam penulisaa ilmu tasawuf dan falsafah islam.

Seterusnya, berfungsi sebagai bahasa persuratan dan bahasa undang-undang. Dimana


dalam persuratan terbukti dengan terhasilnya pelbagai karya sastera klasik dalam bahasa
melayu, manakala dalam bahasa undang-undang pula terbukti dengan terwujudnya
undang-undang Melaka, undang-undang Johor, dan lain-lain lagi

Tetapi fungsi utamanya ialah sebagai alat komunikasi, baik bahasa lisan mahupun bahasa
tulisan. Dimana ia memastikan proses komunikasi berjalan lancar

Dengan adanya Bahasa Melayu Klasik sebagai lingua franca, ia sangat memudahkan
proses perdagangan. Disamping itu, digunakan dalam agama dan pentadbiran. Dimana
banyak kitab telah dihasilkan oleh para ulama pada zaman itu.

Akhir kata, dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam pemerintahan,
ekonomi, kesusasteraan, undang-undang, agama dan kemasyarakatan.

Anda mungkin juga menyukai