Anda di halaman 1dari 6

PUTERA GUNUNG TAHAN

SINOPSIS RINGKAS

SHAFIQ BIN ZAIDI


NUR ZUERAIN IQBAL BIN MOHD HARDY
PPISMP BM1
• Novel Putera Gunung Tahan mengisahkan kisah dua
orang iaitu Tuan Robertdan Tuan William yang dihantar
ke Tanah Melayu untuk mencari tempatperanginan yang
sesuai bagi tempat beristirahat. Mereka diberi upah lima
ribupaun sekiranya usaha mereka Berjaya.Destinasi
utama mereka ialah puncak Gunung Tahan. Tuan
Robert danTuan William menuju ke pucak gunung itu
dengan ditemani oleh Ali danAwang. Nasib tidak
menyebelahi mereka di mana Ali dan Awang telah
matidalam perjalanan. Walau bagaimanapun, Tuan
Robert dan Tuan William tetapmeneruskan perjalanan.
Oleh sebab musim hujan, mereka telah berlindungdalam
sebuah gua.
• Setelah hujan reda, Tuan Robert keluar dari gua untuk
meninjau-ninjaukeadaan sekitar tempat tersebut. Tiba-
tiba, dia telah ditawan oleh sekumpulanorang sakai.
Tuan Robert telah dibawa ke perkampungan mereka. Di
situ,Tuan Robert telah diberi layanan yang baik dan
dilantik oleh orang-orangsakai sebagai Batin Putih. Di
perkampungan orang-orang sakai itu, TuanRobert telah
bertemu dengan seorang perempuan Melayu.
Perempuan tuaMelayu itu telah menceritakan segala
kisahnya kepada Tuan Robert danmenyatakan tentang
ilmu pengasih serta ubat-ubatan orang sakai di
tempatitu. Perkara tersebut tidak dipercayai oleh Tuan
Robert.
• Oleh sebab benci akan sikap Tuan Robert yang
sedemikian itu, makaperempuan tua itu pun
mengenakan cenuai terhadap Tuan Robert.
Akhirnya,Tuan Robert telah tergila-gila akan seorang
gadis Sakai. Dengan pertolonganperempuan tua itu,
Tuan Robert telah direstui berkahwin dengan
gadisberkenaan. Tetapi, dengan muslihat perempuan
tua itu juga, iaitu dia telahmengarahkan gadis berkenaan
supaya berlari dengan pantas semasaupacara
perkahwinan mereka supaya Tuan Robert tidak dapat
menangkapgadis tersebut. Dalam upacara perkahwinan
berikutnya, Tuan Robertdikehendaki memanjat pokok
yang dipanjat oleh gadis itu untuk menangkapgadis
tersebut. Tetapi, Tuan Robert telah terbunuh kerana
terjatuh dari pokok
• Tuan William telah mencari Tuan Robert.
Semasa mencari TuanRobert, dia telah
berjumpa dengan Kusina, iaitu pengiring Ratu
Bongsu yangmenetap di puncak Gunung Tahan.
Dengan pertolongan Kusina, Tuan Williamdi
bawa berjumpa dengan Ratu Bongsu.
Melihatkan tempat itu sungguhmenarik, maka
timbullah di hati Tuan William untuk menakluki
kawasantersebut. Dia telah mengutuskan surat
kepada kerajaan negerinya agar menghantar
kapal terbang untuk mengebom kawasan itu.
• Dengan kebijaksaan Ratu Bongsu, dia
dapat mengesan niat jahat TuanWilliam
itu. Akhirnya, ketika Tuan William
diarahkan untuk mengambilteropong, dia
dikurung oleh Kusina di dalam bilik itu dan
mati terperangkapapabila bom digugurkan.
Isteri Tuan William yang dating bersama-
sama kapalterbang itu telah tercedera.
Ratu Bongsu telah terpikat dengan isteri
TuanWilliam dan akhirnya mereka
bersetuju untuk hidup bersama.

Anda mungkin juga menyukai