Anda di halaman 1dari 4

WATAK DAN PERWATAKAN

RATU BONGSU
Ratu Bongsu adalah watak utama dalam novel ini.
Baginda dilahirkan di dalam hutan oleh seorang perempuan tua yang berdarah raja.
Baginda menjadi pemerintah di puncak Gunung Tahan. Rakyatnya terdiri daripada orang-
orang bunyian.
Ratu Bongsu adalah pemerintah yang tegas dalam pendiriannya dan mempunyai
semangat cinta akan tanah airnya.
Baginda mempunyai budi pekerti yang baik. Baginda melayan Tuan Willian dengan baik
walaupun Tuan Willian berniat jahat.
Sebagai seorang pemerintah, baginda berpandangan jauh. Baginda sedar akan akibat
buruk yang bakal menimpa masyarakat Melayu sekiranya negeri-negeri Melayu
diperintah oleh Inggeris.

MEM WILLIAN
Beliau adalah isteri Tuan Willian yang tidak setia kepada suaminya.
Mem Willian menduakan suaminya semasa suaminya berada di puncak Gunung Tahan.
Selepas kematian suaminya, Mem Willian insaf akan perbuatanya yang terlanjur dan
memohon keampunan tuhan.
Mem Willian adalah watak yang bernasib baik kerana terselamat dalam nahas kapal
terbang di puncak Gunung Tahan.
Mem Willian berniat jahat untuk menyambung tujuan asal suaminya dengan merampas
Gunung Tahan secara tipu muslihat.
Wataknya bersifat dinamik, iaitu sikapnya mudah beruhah dan pendiriannya tidak tetap.

PEREMPUAN TUA
Perempuan tua ialah ibu Ratu Bongsu.
Beliau mempunyai semangat cintakan tanah air dan sanggup menyertai pahlawan-
pahlawan Melayu menentang Inggeris.
Perempuan-perempuan sanggup tinggal bersama-sama dengan orang sakai di dalam
hutan kerana benci akan orang-orang Melayu yang pembelot.
Beliau mempunyai ilmu agama islam dan menjadi guru agama kepada orang-orang sakai.
Pendiriannya tegas dan sukar dipengaruhi oleh orang lain. Buktinya, beliau tidak
terpengaruh dengan kata-kata Tuan Robert yang meminta kulit harimau putih.
Perempuan tua berpandangan jauh. Beliau Nampak dengan jelas akan keburukan
penjajah Inggeris dan sentiasa berhati-hati menghadapi Tuan Robert.
TUAN ROBERT
Tuan Robert atau Profesor Robert pakar dalam ilmu tumbuh-tumbuhan.
Tuan Robert gigih berusaha mendaki Gunung Tahan walaupun menghadapi pelbagai
rintangan.
Tuan Robert datang ke Gunung Tahan untuk mencari kekayaan dan kemegahan dirinya.
Dia tamak akan harta dan bercita-cita mendapat hadiah lima ribu paun daripada kerajaan
Inggeris sekiranya Berjaya mencari kawasan lapang sebagai tempat peranginan.
Tuan Robert ditawan oleh orang sakai dan dilantik menjadi penghulu bergelar Batin
Putih.
Tuan Robert akhirnya mati kerana terjatuh dari pokok semasa mengejar gadis sakai yang
dicintainya.

TUAN WILLIAM
Tuan William bercita-cita tinggi. Beliau mendaki Gunung Tahan untuk mendapatkan
ganjaran lima ribu paun daripada kerajaan Inggeris.
Beliau gigih berusaha untuk mencapai cita-citanya itu. Beliau sanggup menghadapi
pelbagai rintangan seperti hujan lebat dan batu bergolek turun dari gunung demi
memenuhi cita-citanya.
Tuan William berjiwa penjajah. Dia menawarkan lima ribu ringgit dan sebuah istana
kepada Ratu Bongsu sebagai pertukaran dengan puncak Gunung Tahan.
Tuan William kecewa kerana isterinya bermadu kasih dengan seorang pemuda semasa
ketiadaanya.
Tuan William berniat jahat kerana hendak merampas puncak Gunung Tahan secara
kekerasan.
Walau bagaimanapun, Tuan William mati dalam serangan yang dibuat oleh dua kapal
terbang.
PLOT

Permulaan

Pada peringkat awal novel, pengarang menceritakan serba sedikit keadaan geografi
dan sejarah negeri Pahang. Kisah perjuangan orang melayu menentang penjajah
Inggeris dan asal usul Putera Gunung Tahan diceritakan serba sedikit ringkas, tetapi
mempunyai perkaitan yang rapat dengan isi kandung novel.

Perkembangan

Pengembaraan dua orang pegawai Inggeris, iaitu Tuan Robert dan Tuan William
mencari puncak Gunung Tahan untuk dijadikan peranginan orang Inggeris. Mereka
sanggup melalui berbagai-bagai cabaran untuk mendapatkan upah sebanyak lima ribu
pound jika berjaya.
Tuan Robert dan Tuan William terpisah kerana Tuan Robert telah diculik oleh
orang Sakai, manakala Tuan William meneruskan pengembaraannya seorang diri.

Konflik

Tuan Robert diculik oleh masyarakat sakai. Beliau telah dilantik sebagai ketua
mereka bergelar ‘Datuk Batin Putih’, tetapi beliau tidak rela menerimanya.
Tuan Robert sering berbeza pendapat dengan perempuan tua tentang agama,
adat, dan budaya orang melayu.
Tuan Robert dikenakan ubat minyak pengasih (cenuai) orang sakai oleh
perempuan tua.
Tuan William pula berpura-pura bersetuju dengan syarat yang diberi oleh
Kusina dengan niat untuk menipu Kusina.
Tuan William sering berselisih pendapat dengan Ratu Bongsu tentang ketuaan
raja-raja melayu dan masalah sosial orang-orang melayu.
Tuan William menipu Ratu Bongsu dengan cara mengutus surat untuk
meminta tentera Inggeris menyerang Istana Ratu Bongsu.
Tuan William ternampak isterinya yang sedang berlaku curang semasa
ketiadaannya.
Klimaks

Tuan Robert yang tergila-gilakan perempuan sakai sanggup memanjat pokok


yang licin untuk mendapatkannya dalam upacara perkahwinan orang sakai.
Dua buah kapal terbang pengebom tentera Inggeris tiba di puncak Gunung Tahan
Menyedari muslihat Tuan William, Ratu Bongsu mengarahkan Tuan William
masuk kedalam istana yang akan dibom oleh kapal terbang tentera Inggeris.
Tuan William dikunci di dalam istana tersebut oleh Kusina.
Ratu Bongsu meminang Mem William yang mempunyai niat untuk membalas
dendam.

Peleraian

Tuan Robert tergelincir dari pokok semasa mengejar perempuan sakai lalu mati.
Tuan William terkunci di dalam istana dan mati apabila istana tersebut dibom.
Mem William menerima lamaran Ratu Bongsu sebaik sahaja terpandang
ketampanan wajah Ratu Bongsu.

Anda mungkin juga menyukai