Anda di halaman 1dari 10

Hikayat Seri Kelantan

Sinopsis : Prosa tradisional ini mengisahkan negeri Kelantan Purba yang juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung di bawah pemerintahan seorang raja perempuan bernama Encik Siti Wan Kembang. Encik Siti tidak bersuami dan tidak mempunyai anak. Apabila mengetahui bahawa anak raja Jembal mempunyai anak perempuan yang terlalu cantik bernama Tuan Puteri Sadung, Encik Siti telah menjadikan Tuan Puteri Sadung sebagai anak angkat. Semakin lama dipelihara, semakin cantik rupa Tuan Puteri Sadung sehingga banyak orang yang tergila-gila akannya. Apabila Tuan Puteri Sadung dewasa, Encik Siti telah mengahwinkan TuanPuteri Sadung dengan anak raja Jembal bernama Raja Abdullah bertujuan mencari pewaris tahta. Setelah berkahwin, Raja Abdullah bergelar Sultan Abdullah dan memerintah negeri Tanah Serendah Kebun BungaCerangtegayung. Encik Siti menitahkan Sultan Abdullah mendirikan KotaJelasin dan Sultan Abdullah memerintah di situ manakala Encik Siti berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ.

Raja Siam di benua Siam yang besar kerajaannya ,telah mendengar berita Tuan Puteri Sadung berkahwin dengan Sultan Abdullah, lalu memerintahkan segala raja dan menteri hulubalang di bawah takluk baginda supaya menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda terlalu ingin memiliki Tuan Puteri Sadung. Raja Siam juga menitahkan ahli nujum bernama Tuk Ca untuk turut belayar ke negeri tersebut, utusan raja Siam telah menghadap Sultan Abdullah dan menyampaikan hasrat Raja Siam untuk memiliki Tuan Puteri Sadung. Hal ini telah menyebabkan Sultan Abdullah marah lalu menghalau keluar utusan Raja Siam. Ekoran daripada itu, pasukan tentera Siam telah menyerang KotaJelasin. Namun, tentera Siam telah tewas kerana kesaktian yang dimiliki olehTuan Puteri Sadung.

Dengan takdir Tuhan, negeri Serendah Kebun BungaCerangtegayung ditimpa bala kebuluran. Akibatnya, Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam kerana rakyatnya melarikan diri. Pada ketika itu,Tuan Puteri Sadung berseru sekiranya dia berasal daripada keturunanorang tuha-tuha yang berdarah putih dan bertulang tunggal, akan terangkatlah kota dan istana mahligainya sehingga jatuh di dalam hutan.Setelah itu, seluruh kota dan istana ghaib lalu jatuh ke dalam CerangBahana. Tuan Puteri Sadung dan rakyatnya membuat negeri di dalam hutanitu yang diberi nama Mahligai. Apabila Kota Jelasin ghaib, raja dan pegawai Siam menaiki perahu untuk berjumpa dengan ahli nujum Tuk Ca. Tuk Cadengan ilmu nujumnya dapat mengesan pergerakan Tuan Puteri Sadung dan melihat mahligai Tuan Puteri Sadung dan Sultan Abdullah berada didalam cerang. Kemudian, Tuk Ca memerintahkan mereka terus mengikuti Tuan Puteri Sadung menuju ke arah selatan. Rombongan Raja Siam tiba di cerang besar lalu mengepung mahligai Tuan Puteri Sadung. Tuan Puteri Sadung tidak dapat melepaskan diri dan semua rakyat telah berpecah-belah, maka baginda mencadangkan agar Sultan Abdullah bertanya kepada Tuk Ca hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin. Tuk Ca memberitahu bahawa Raja Siam sebenarnya tidak berniat untuk menakluk negeri baginda tetapi mahu memiliki Tuan Puteri Sadung. Akhirnya, Sultan Abdullah menitahkan isteri kesayangan baginda supaya menurut kehendak Raja Siam kerana mereka tidak mampu menentang Raja Siam dan bimbang negeri mereka akan musnah. Tuan Puteri Sadung yang berasa serba salah kerana ingin menjaga maruahnya serta takut dimurkai Sultan Abdullah akhirnya bersetuju dengan kehendak suaminya lalu mengikut Tuk Ca ke Siam. Sultan Abdullah akhirnya kembali ke mahligai baginda manakala Tuk Ca mengarahkan segala raja, menteri, hulubalang dan rakyat Siam kembali ke bahtera untukbelayar pulang ke benua Siam.

Tema : Tema prosa tradisional ini adalah kecantikan dan keistimewaan seorang puteri yang mempunyai kelebihan luar biasa. Tuan Puteri Sadung mempunyai kelebihan, iaitu rupa paras yang terlalu cantik sehingga Raja Siam ingin memilikinya walaupun sudah berkahwin dengan Sultan Abdullah. Tuan Puteri Sadung juga mempunyai ilmu kesaktian, iaitu boleh menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya ghaib lalu terjatuh ke dalam hutan.

Persoalan : Merampas hak orang lain. Contohnya , Raja Siam sanggup merampas Tuan Puteri Sadung walaupaun Tuan Puteri Sadung sudah berkahwin dengan Sultan Abdullah. Kasih sayang antara suami dengan isteri. Contoh:Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung berasa sangat sedih ketika mereka hendak berpisah. . Kepentingan perpaduan dalam mempertahankan negara. Contoh: Akibat tiada perpaduan Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam kerana rakyatnya berpecahbelah setelah dilanda bala kebuluran. Semangat bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Contoh: Utusan Siam bermuafakat dalam merancang strategi bagi menyerang Kota Jelasin

Watak dan perwatakan.


Watak Utama : Tuan Puteri Sadung. -Anak perempuan raja Jembal. -Dijadikan anak angkat oleh Encik Siti Wan Kembang. -Dikatakan berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarahputih dan bertulang tunggal. -Mempunyai rupa paras yang sangat cantik. Contoh: Kecantikannya banyak menyebabkan orang tergila-gilakannyasehingga Raja Siam terlalu ingin memilikinya. -Memiliki kesaktian yang luar biasa. Contoh: Dapat menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya ghaiblalu jatuh ke dalam hutan ketika hendak menyelamatkan diri daripadapasukan tentera Siam. -Sangat sayang akan suaminya. Contoh: Tuan puteri Sadung berasa sangat sedih serta serba salah ketika hendak berpisah dengan Sultan Abdullah kerana sangat sayang akan baginda. -Sanggup berkorban. Contoh: Tuan Puteri Sadung sanggup mengikut Tuk Ca dan menjadimilik Raja Siam demi menyelamatkan negerinya daripada dimusnahkan oleh tentera Siam. -Taat setia akan suaminya. Contoh: Tuan Puteri tidak membantah cadangan Sultan Abdullah untukmenjadi milik Raja Siam kerana taat akan suaminya itu. -Bijaksana. Contoh: Tuan Puteri Sadung mencadangkan Sultan Abdullah supayaberjumpa dengan Tuk Ca untuk bertanya tentang hajat sebenar rajaSiam menyerang Kota Jelasin. -Memelihara kehormatan diri. Contoh: Tuan Puteri Sadung tidak sanggup menjadi milik Raja Siamkerana mahu menjaga maruah dan kehormatannya sebagai seorangisteri.

Watak Sampingan: Sultan Abdullah. i.Anak raja Jembal. ii.Nama asal Raja Abdullah .iii.Berkahwin dengan Tuan Puteri Sadung.iv.Menjadi pemerintah negeri Tanah Serendah Kebun BungaCerangtegayung. Contoh: Membina Kota Jelasin atas arahan ibu mentuanya, Encik SitiWan Kembang. v.Berpendirian tegas. Contoh: Sultan Abdullah berasa marah apabila mengetahui Raja Siamingin memiliki isterinya lalu terus menghalau keluar utusan Siam. vi.Sangat sayang akan isterinya. Contoh: Sultan Abdullah berasa sangat sedih apabila terpaksa berpisah dengan isterinya. vii.Berani. Contoh: Sultan Abdullah berani bersemuka dengan tentera Siam yangmahu menyerang Kota Jelasin untuk mengetahui sebab mereka mahu menyerang kota itu. viii.Sanggup berkorban .Contoh: Sultan Abdullah sanggup menyerahkan isterinya untuk menjadi milik Raja Siam demi menyelamatkan negerinya. ix.Bijak dalam mengambil tindakan. Contoh: Sultan Abdullah sanggup berunding dengan Tuk Ca setelah mahligainya dikepung oleh tentera Siam untuk mengelakkan KotaJelasin musnah.

Tuk Ca :
i.Ahli nujum kepada Raja Siam. ii.Taat setia kepada raja. Contoh: Tuk Ca turut belayar bersama-sama dengan raja, menteri danpegawai Siam setelah diperintahkan oleh Raja Siam. .ii.Memiliki kesaktian. Contoh: Tuk Ca dapat mengetahui tempat persembunyian Tuan PuteriSadung dan Sultan Abdullah berdasarkan ilmu nujum yang dimilikinya.

v.Bijak dalam mengatur strategi Contoh: Tuk Ca mencadangkan pasukan Siam bersiap sedia menuju kearah selatan agar Tuan Puteri Sadung dapat ditangkap.
.vi.Tenang dalam menyelesaikan masalah. Contoh: Tuk Ca meminta raja-raja, pegawai dan hulubalang Siam bertenang setelah Tuan Puteri Sadung, Sultan Abdullah, dan mahligai ghaib. vii.Bertolak ansur. Contoh: Tuk Ca berunding secara damai dengan Sultan Abdullah untuk mendapatkan Tuan Puteri Sadung yang ingin dimiliki oleh Raja Siam.

Encik Siti Wan Kembang : i.Raja Perempuan. Memerintah kerajaan Tanah Serendah Kebun BungaCerangtegayung. ii.Belum berkahwin dan mempunyai anak. Mengambil Tuan Puteri Sadungsebagai anak angkat. iii.Sangat sayang akan anak angkatnya. Contoh: Encik Siti terlalu mengasihi anak angkatnya sehingga tidakmembenarkan orang lain mendekati Tuan Puteri Sadung. iv.Bijaksana. Contoh: Encik Siti Wan Kembang mengahwinkan Tuan Puteri Sadung dengan Raja Abdullah, kerana ingin mencari pewaris kepada kerajaannya. v.Bertolak ansur. Contoh: Encik Siti Wan Kembang berpindah ke Gunung Ayam danmenjadi raja di situ setelah menantunya, Sultan Abdullah menjadi raja diKota Jelasin

LATAR
Latar masa : i.Zaman pemerintahan kerajaan Kelantan Purba. ii.40 hari 40 malam.Contoh: Persediaan untuk majlis perkahwinan Tuan Puteri Sadungdengan Sultan Abdullah diadakan selama 40 hari 40 malam. iii.Waktu malam. Contoh: Utusan Siam bermuafakat dengan orang Siam mahu menyerangkota Jelasin kerana Sultan Abdullah tidak mahu menyerahkan TuanPuteri Sadung. iv.Waktu siang. Contoh: Raja dan pegawai sebelah Raja Siam menyedari bahawa IstanaKota Jelasin telah ghaib. Latar Masa :
i.Negeri Kelantan Purba yang dikenali sebagai negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Contoh: Negeri Kelantan Purba diperintah oleh Encik Siti Wan Kembangyang kemudiannya diwariskan kepada Sultan Abdullah dan Tuan PuteriSadung. ii.Kota Jelasin. Contoh: Kota ini dibina oleh Sultan Abdullah atas perintah Encik Siti. iii.Cerang Bahana. Contoh: Tempat dipindahkan Tuan Puteri Sadung, Sultan Abdullah, Kotadan istana baginda, dari Kota Jelasin ke Cerang Bahana setelah ghaib akibat doa Tuan Puteri Sadung. iv.Gunung Ayam. Contoh: Tempat tinggal Encik Siti Wan Kembang setelah Sultan Abdullah menjadi raja di Kota Jelasin. v.Istana/mahligai. Contoh: Tempat bersemayam Sultan Abdullah yang dikepung olehpasukan tentera Siam. vi.Perahu jong. Contoh: Sultan Abdullah dengan Tuk Ca mengadakan rundingan dalamperahu jong untuk mengetahui punca sebenar Raja Siam

menyerangKota Jelasin

Latar Masyarakat: i.Masyarakat feudal. Contoh: Rakyat Kelantan mengamalkan sistem pemerintahan beraja. ii.Masyarakat penyayang. Contoh: Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung saling menyayangidan berasa sangat sedih apabila mereka terpaksa berpisah. iii.Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah. Contoh: Tuk Ca serta pasukan Siam yang terdiri daripada raja-raja,menteri dan hulubalang sanggup belayar ke negeri Tanah SerendahKebun Bunga Cerangtegayung kerana menunaikan hasrat Raja Siamyang ingin memiliki Tuan Puteri Sadung. iv.Masyarakat yang sanggup berkorban untuk mempertahankan negara.Contoh: Sultan Abdullah dan rakyat negeri Tanah Serendah KebunBunga Cerangtegayung berperang menentang tentera Siam yangmenyerang Kota Jelasin. v.Masyarakat yang bijak dalam mengambil tindakan. Contoh: Tuk Ca meminta pasukan Siam bertenang apabila Kota Jelasinghaib lalu mencadangkan mereka bersiap sedia menuju ke arah selatanagar Tuan Puteri Sadung dapat ditangkap. vi.Masyarakat yang memiliki kesaktian yang luar biasa. Contoh: Tuan Puteri Sadung dapat menjadikan seluruh Kota Jelasin danmahligainya ghaib lalu berada di dalam hutan. vii.Masyarakat yang tidak bersatu padu. Contoh: Rakyat negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayungberpecah-belah apabila ditimpa bala kebuluran sehingga menyebabkanKota Jelasin dikepung oleh tentera Siam. viii.Masyarakat yang bertolak ansur dalam menyelesaikan persengketaan. Contoh: Sultan Abdullah sanggup berunding secara damai dengan TukCa demi menyelamatkan kota Jelasin daripada musnah.

Gaya Bahasa.
i.Bahasa Istana Contoh: sultan, baginda, titah, murka, ayahanda, bonda
ii.Bahasa Melayu Klasik Contoh: jemelah, suak, cerang, cetera iii.Bahasa Arab Contoh: mustaib, Allah subhanahu wa taala iv.Dialek Kelantan Contoh: beroyat v.Kata Pangkal Ayat Contoh: maka, alkisah, hatta, sebermula

Nilai
i.Nilai kasih sayang iContoh: Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung saling menyayangidan berasa sangat sedih apabila baginda berdua terpaksa berpisah. ii..Nilai taat setia. Contoh: Tuk Ca dan pasukan Siam menurut perintah Raja Siam untuk menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda ingin memiliki Tuan Puteri Sadung. iii.Nilai bertolak ansur Contoh: Sultan Abdullah berunding secara damai dengan Tuk Ca demi menyelamatkan negeri baginda daripada musnah. iv.Nilai berani Contoh: Sultan Abdullah berani berperang dengan tentera Siam yang menyerang Kota Jelasin. .

v.Nilai cinta akan tanah air Contoh: Sultan Abdullah sanggup berpisah dengan Tuan Puteri Sadung demi menyelamatkan tanah air baginda daripada serangan tentera Siam. vi. Nilai bermuafakat. Contoh: Sultan Abdullah bermuafakat bersama-sama dengan pegawai baginda dalam membina Kota Jelasin.

Pengajaran.
i.Kita hendaklah taat setia kepada raja. Contoh: Tuk Ca dan pasukan Siam menurut perintah Raja Siam untuk menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda ingin memiliki Tuan Puteri Sadung. ii.Kita hendaklah sanggup berkorban demi mempertahankan negara. Contoh: Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sadung sanggup berpisah agar negeri mereka tidak musnah oleh serangan tentera Siam. iii.Kita hendaklah bijak bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh: Tuan Puteri Sadung mencadangkan Sultan Abdullah supaya berjumpa dengan Tuk Ca untuk mengetahui hajat Raja Siam setelah Kota Jelasin diserang oleh tentera Siam. iv.Kita hendaklah bersatu padu untuk menjaga kedaulatan negara. Contoh: Akibat rakyat berpecah-belah , rakyat ditimpa bala kebuluran,Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam.

Anda mungkin juga menyukai