Anda di halaman 1dari 2

HIKAYAT ISMAYATIM

Hikayat Isma Yatim mengisahkan seorang menteri di benua Keling, Megat Nira namanya
telah pergi membawa diri ke negeri Masulipatam, sebab malu kalah bermain catur dengan
seorang hulubalang di hadapan majlis rajanya. Pada masa isterinya hampir akan bersalin,
maka diketahuilah oleh Megat Nira daripada beberapa alamat yang disaksikannya, bahawa ia
akan memperolehi seorang anak yang amat bijaksana. Hal ini terbukti apabila Isma Yatim
diserahkan mengaji kepada seorang mualim bernama Sufian dengan cepat dapat ia
mengarang hikayat, mula-mulanya hikayat untuk kanak-kanak, kemudian dikarangkannya
pula hikayat-hikayat yang mengandungi tamthil ‘ibarat untuk menambah akal dan
menyukakan hati segala golongan orang ramaia hingga termasyhurlah kebijaksanaannya ke
seluroh negeri itu. Sesudah itu dikarangkannya pula sebuah hikayat yang mengandungi
panduan dan nasihat bagi raja-raja, lalu ia pergi kepada perdana menteri minta persembahkan
hikayat itu kepada raja. Maka oleh perdana menteri itu dibawanya Isma Yatim bersama-sama
mengadap raja, dan pada hari itu juga ia telah diambil raja bekerja di dalam istana. Tiada
beberapa lama sesudah itu ia telah diberi kerja menghampar permaidani raja dan
kemudiannya dijadikan biduanda. Tatkala beramah mesra dengan seorang nakhoda yang
datang daripada negeri asing ke negeri Indera-Patani, Isma Yatim telah menerangkan kepada
nakhoda itu enam syarat yang harus diketahui oleh dagang sebagai membalas budi, maka
nakhoda itu telah menghadiahkan pakaian yang indah-indah kepada Isma Yatim, demikian
juga sebuah chanda-peti permainan ajaib yang didapatnya di pulau Mutia Langkawi untuk
dipersembahkan kepada raja. Di dalam peti itu ada dua buah permata Nila Kendi namanya.
Sebuah daripada permata itu jika diletakkan di atas talam nescaya keluar dua ekor merak
yang pandai berpantun dan berseloka; sebuah lagi permata itu jika diletakkan di atas geta
keemasan akan keluar seorang puteri yang amat cantik parasnya. Dengan kebijaksanaan Isma
Yatim, akhirnya puteri yang bernama Ratna Kendi Maheran Langkawi dari permata Nila
Kendi itu menjadi isteri raja.

Apabila terbit ancaman tentera Raja Rum Safar dan akan melanggar negeri itu maka Isma
Yatim telah dinaikkan pangkatnya daripada jawatan bendahari menjadi panglima perang, dan
dengan kebijaksanaannya tentera-tentera musuh itu dapat dikepungnya; tetapi kemudian
kedua pihak itu telah mengikat persahabatan. Isma Yatim telah pula diangkat memegang
jawatan perdana menteri. Puteri Indera, permaisuri raja, mendapat tahu bahawa Puteri Ratna
Kendi Maheran Langkawi telah hamil, maka khuatirlah ia kiranya bertambah-tambah kasih
raja akan puteri itu, lalu difitnahkan oleh permaisuri, dikatakannya puteri itu hendak meracun
baginda. Oleh terlalu murkanya.maka raja pun menyuruh bunuh tuan puteri itu; tetapi dengan
kebijaksanaan Isma Yatim, yang melindungi puteri itu, iaitu disembunyikannya di dalam
rumah di tengahtengah sebuah kebun. Raja telah menyesal oleh menghukum bunuh tuan
puteri itu dengan tiada usul periksa lagi, maka ketika itu baharulah Isma Yatim menerangkan
rahsia bahawa perintah baginda itu sesungguhnya tidak dijalankan. Puteri Ratna Kendi
Maheran Langkawi bersama-sama Dewi Rum yang lahir dalam persembunyian itu, telah di
sambut kembali ke istana dengan segala keraian. Apabila raja telah mangkat maka puteri
baginda itulah naik takhta kerajaan dengan geIaran Mengindera Seri Bulan di-Semudera
Negara, di-bawah pimpinan dan didekan kedua ibu suri serta Perdana Menteri Isma Yatim.
Pada masa memimpin tuan puteri itu memerentah kerajaan banyak-lah nasihat dan kias
‘ibarat yang amat berharga diberi oleh Isma Yatim. Akhir-nya tuan puteri itu berkahwin
dengan Indera Mempelai, putera Raja Shahdon Mengindera.

Anda mungkin juga menyukai