Anda di halaman 1dari 3

Sinopsis Putera Gunung Tahan

BAB1:
Negeri Pahang termasyhur sebagai sebuah negeri Melayu yang terbesar di
Semenanjung.Di Pahang juga berlakunya peperangan menentang Inggeris yang
dipimpin oleh Bahaman,Mat Gajah,dan Mat Kilau.Orang Melayu yang kalah
dalam peperangan bersembunyi di dalam hutan dan di Gunung Tahan.Putera
Gunung Tahan turut berpindah ke Gunung Tahan setelah tidak berdaya lagi
hendak menentang Inggeris.

BAB2:
Tuan Robert dean Tuan William mendaki Gunung Tahan untuk mencari
tempat yang sesuai dijadikan tempat peranginan.Banyak cabaran yang terpaksa
ditempuhi oleh mereka,kerana hujan lebat turun selama tujuh hari.Semasa
berlindung di dalam gua,Tuan Robert keluar menganbil gambar dan tidak
pulang-pulang.Tuan William keluar mencarinya tetapi tidak ditemui.

BAB3:
Tuan Robert ditawan oleh sekumpulan orang Sakai.Walaubagaimanapun,dia
dilayan dengan baik oleh orang Sakai dan dibawa ke sebuah pondok.Tun Robert
mendapati bahawa orang Sakai sudah pandai mendirikan pondok dan tahu
bercucuk tanam.Tuan Robet diraikan dalam majlis jamuan makan malam oleh
orang Sakai yang diketuai oleh Tuk Batin.Seterusnya,Tuan Robert dilantik
menjadi penghulu orang Sakai dengan gelaran Batin Putih.

BAB4:
Gelaran Batin Putih tidak menggembirakan Tuan Robert keranatujuan dia
datang ke situ adalah untuk mencari kekayaan . Tuan Robert tertarik pada
kulit harimau putih kerana harganya mahal . Tetapi perempuan tua itu tidak
mahu menyerahkan kulit harimau putih itu kepadanya . Perempuan tua tinggal
di dalam hutan bersama dengan orang sakai kerana benci akan bangsanya
sendiri yang mementingkan diri . Selain itu , perempuan tua benci akan
penjajah Inggeris walaupun Inggeris telah banyak membawa perubahan kepada
masyarakat Melayu . Bagi perempuan tua , perubahan itu tidak membawa
manfaat kepada orang Melayu .

BAB5:
Perempuan tua mengajarkan agama islam kepada orang Sakai manakala
orang sakai mengajarkan ilmu dunia kepada orang tua . Tuan Robert pula
mahu mengajarkan agama Kristian dan menggangap bahawa ilmu dunia itu
karut . Perempuan tua mengenakan cenuai kepada Tuan Robert supaya Tuan
Robert tergila-gilakan akan seorang gadis sakai . Tindakan itu mengena
sehingga Tuan Robert meminta supaya perempuan tua mengahwinkannya
dengan gadis sakai yang dicintainya itu .
Menurut adapt resan orang sakai , Tuan Robert di kehendaki mengejar gadis
sakai itu mengelilingi busut jantan dan menangkapnya dalam tempoh tujuh
keliling . Malangnya Tuan Robert gagal menangkap gadis itu . Oleh itu adat
perkahwinan terpaksa diadakan sekali lagi . Kali ini Tuan Robert dikehendaki
memanjat sebatang pohon menangkap gadis tersebut , ,Malangnya Tuan Robert
masih gagal malah tergelincir lalu terjatuh dan mati .

BAB6:
Tuan William gagal menjejak Tuan Robert . Dalam usaha menjejak rakannya
itu , Tuan William telah berjumpa dengan Kusina yang kemudiannya bersetuju
untuk membawanya ke puncak Gunung Tahan . Melalui Kusina , Tuan William
mengetahui bahawa sahabatnya , Tuan Robert telah mati . Seterusnya Kusina
menasihati Tuan William supaya menjaga tingkah laku dan bersopan semasa di
pumcak Gunung Tahan . Tuan William juga diberitahu juga bahawa
sesampainya mereka di sana nanti , Tuan William akan ditinggalkan
keseorangan oleh Kusina . Apabila tiba di puncak Gunung Tahan , Tuan
William amat terpesona oleh keindahannya .

BAB7:
Tuan William dibawa menghadap Ratu Bongsu . Tuan William menawarkan
bayaran lima ribu ringgit sebulan dan sebuah istana di kawasan yang luas dan
cantik sekiranya Ratu Bongsu sanggup menyerahkan puncak Gunung Tahan
kepada Inggeris . Ratu Bongsu tidak tertarik akan tawaran itu kerana baginda
sangat cinta akan tanah airnya . Ratu Bongsu tidak mahu berada dibawah
telunjuk Inggeris sebagaimana yang telah berlaku kepada raja-raja dan
pembesar Melayu .

BAB8:
Tuan William berasa jemu hidup ggdi puncak Gunung Tahan kerana tidak
dapat berbual dengan sesiapa . Dia hanya terdengar suara manusia ketawa dan
bercakap . ratu Bongsu mengajak Tuan William melihat keajaipaan disitu .
Melalui terpong terus , Tuan William dapat melihat isterinya sedang bercumbu-
cumbuan dengan seorang pemuda . Tuan William tidak boleh menyalahkan
sesiapa kerana adapt orang Barat memang membenarkan pergaulan bebas .
Orang Melayu pun sudah menerima pengaruh barat dan mengamalkan
pergaulan bebas .Melalui teroping terus , Ratu Bongsu melihat orang Melayu
bergaul bebas di tempat-tempat tari-menari . Keadaan ini berlaku sebagai
akibat penjajahan Inggeris di Tanah Melayu .
BAB9:
Ketika Tuan William hendak mendengar perbualan Mem William dengan
kekasihnya melalui teropong beringin , perempuan tua dating menemui Ratu
Bongsu . Perempuan tua mengingatkan Ratu Bongsu supaya berhati-hati dan
tidak terlalu percaya kepada Tuan William . Setelah perempuan tua itu pergi ,
Tuam William dapat mendengar perbualan isterinya melalui teropong pohon
beringin itu . Sesudah itu , Tuan William ditanya oleh Ratu Bongsu sama ada
dia ingin menghantar berita kepada isterinya , Tuan William bersetuju dab
surat itu akan dihantar oleh “ burung pesuruhjaya”.
Tuan William dan Ratu Bongsu melihat melalui teropong terus bagaimana
seorang pegawai tinggi Inggeris di Selangor menasihati seorang pegawai
Melayu . Mereka turut melihat adanya orang Melayui yang pergi ke gereja .
Kemudian Tuan William pun menulis surat bukan kepada isterinya bahkan
kepada ketuanya di London , supaya menyerang puncak Gunung Tahan .

BAB10:
Pada suatu petang dua buah kapal terbang berlegar-legar di ruang udara
puncak Gunung Tahan . Ratu Bongsu mengarahkan orang-orang bunyian
supaya bersembunyi . Tuamn William terperangkap di dalam bilik istana Ratu
Bongsu semasa mengambil teropong terus . Kapal terbang terus mengugurkan
bom . Istana Ratu Bongsu hancur dan Tuan William mati kerana menyedut gas
beracun yang dilepaskan dari kapal terbang itu . Kedua-dua kapal terbang itu
cuba mendarat tetapi terhempas lalu terbakar . Semua anak kapalnya mati
kecuali Mem William . Setelah keadaan agak selamat , Ratu Bongsu keluar dan
memeriksa bangkai kapal terbang itu . Ratu Bongsu kemudian menemukan
Mem William yang masih hidup lalu mengeluarkannya daripada tindihan
bangkai kapal terbang dan merawatnya .

Bab 11:
Ratu Bongsu mendirikan sebuah rumah untuk Mem William . Setiap pagi
Mem William menziarahi jirat suaminya . Mem William insaf akan
perbuatannya menduakan suami . Beberapa orang perempuan bunyian dating
menemui Mem William dan mereka menyampaikan hajat Ratu Bongsu yang
ingin mengahwininya .
Ratu Bongsu dating menemui Mem William pada sebelah petang . Apabila
Mem William melihat wajah Ratu Bongsu yang kacak , dia terus jatuh cinta .
Cinta Ratu Bongsu kepada Mem William berbalas dan Mem William sanggup
menyerahkan jiwa raganya kepada Ratu Bongsu .

Anda mungkin juga menyukai