Anda di halaman 1dari 23

TOK JANGGUT

Shasvata Shivaan
Latar Belakang
 Nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas

 dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau


menyimpan janggut hingga ke paras dada

 dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram,


Pasir Puteh, Kelantan
Samb….
 mendapat pendidikan pondok di Kelantan
dan Makkah

 mahir dalam ilmu persilatan

 menetap di Kampung Nering, Kelantan

 bekerja sebagai petani dan peniaga


SEBAB PENENTANGAN

a)British memperkenalkan peraturan cukai


tanah yang mewajibkan petani membayar cukai
tanah pada tahun 1915.

b)Petani dikenakan pelbagai cukai yang


membebankan seperti cukai pokok kelapa yang
berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih
dan ternakan lembu serta kerbau.
Samb…
c)Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai
terletak di bandar.Penduduk yang gagal membayar
cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap
pengawai British yang bertugas menimbulkan
kemarahan penduduk terhadap British.

d)Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan


Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam berjihad
menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut
seruan tersebut dengan melancarkan penentangan
terhadap British di Pasir Puteh.
:: TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD ::

 Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat


Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan,
malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok
Janggut diganti dengan perkataan
‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.
 Inggeris benar-benar mahu memburukkan

nama baik pejuang kebebasan itu berikutan


kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan
kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut
tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan
bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.
Samb…
 Mereka mengambil keputusan membunuh Tok
Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu
meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat
Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan
peristiwa itu berulang.
 
 Seterusnya mereka melancarkan perang saraf
memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya,
dengan harapan generasi mendatang
menganggap lelaki itu dan kumpulannya
penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.
Samb…
 Umpama menyelimuti gajah dengan sapu
tangan, usaha itu tidak berhasil kerana
masyarakat masih menyanjung sumbangan Tok
Janggut berserta sahabat dan pengikutnya
terhadap negara.
 
 Walaupun usahanya menentang dan mengusir
penjajah dari bumi Melayu tidak kesampaian,
semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air
yang tertanam kukuh di jiwa tokoh itu masih
kekal disanjung sehingga kini.
Samb…
 Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah
air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di Kampung Saring,
daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya
berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan
dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.
 
 Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52
tahun dan masih di Makkah, Patani dikuasai Siam. Gurunya,
Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar
membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu.
Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri
Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya
menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.
Samb…
 Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara
Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan,
Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di
bawah kuasa Inggeris manakala Patani,
Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.
 Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui

orang Melayu dan perubahan pentadbiran


yang diperkenalkan penjajah ternyata
menindas penduduk watan.
Samb…
 Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan
dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak
terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan
diri kepada Ungku Besar Jeram untuk
menubuhkan barisan menentang penjajah itu.

 Mat Hassan juga berhubung rapat dengan


pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah,
Mat Kilau dan Datuk Bahaman.
Samb…
 Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila
tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914.
Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit
akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa
menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam
peperangan itu.
 
 Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan
Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia Pertama
mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan
fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan
umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.
Samb…
 Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi
menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu.
Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut
membayar cukai walaupun tidak berpuas hati.
 
 Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan
mengambil masa tiga hari untuk mengutip hasil
kerana hanya ada seorang petugas hingga
menyukarkan orang kampung. Berikutan itu, Mat
Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan
memulakan kempen penentangan.
 Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai
penduduk menyebelahi Tok Janggut dan kesedaran
membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi
prolog kisah perjuangannya.
 
 Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat
dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di
Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang
Inggeris dan memutuskan mengambil alih
pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan
jajahan itu merdeka.
  
Samb…
 Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai
Jajahan Pasir Puteh yang berasal dari Singapura iaitu
Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada
Ketua Balai Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk
menangkap Mat Hassan.
  
 Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya

bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April


bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba
di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di
hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang
kebanyakannya bersenjata.
Samb…
 Tok Janggut bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan
untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya.
Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan
timbul persengketaan. Beliau tidak setuju polis berjalan
di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka
mengawal tindakannya daripada melarikan diri dan
mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.
 
 Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat
Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya
sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok
Janggut dengan Inggeris.
Samb…
 Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir
Puteh menyebabkan pegawai Inggeris di jajahan itu
melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok
Janggut berjaya menawan Pasir Puteh dan
menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau
diisytihar Ketua Menteri dan Ungku Besar Jeram
sebagai Raja.
 
 Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak
istana di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah
memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan
memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.
Samb…
 Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter,
Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk
Menteri Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia
Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk
berunding dan mereka meminta bantuan Datuk
Imam Lebai Kadir.

 Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada


Datuk Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan
pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi
bertujuan menghalau Latiff yang dianggap sebagai
penindas.
KESAN PENENTANGAN
 Atas cadangan Penasihat British dan
sokongan Datuk Bentara Setia dan Datuk
Menteri, Sultan Muhammad ke-IV
memutuskan menangkap Tok Janggut dan
pengikutnya atas kesalahan menderhaka.

 Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada


masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya
menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut
kanannya akan menerima ganjaran.
Samb…
 Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan
menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain mengesyaki
baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik
Penambang bersimpati dengan Tok Janggut.
 
 Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke
Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris dihantar ke
negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok
Janggut mengambil keputusan bijak dengan tidak
berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan
senjata itu. Sebaliknya, mereka bersembunyi dan selepas
seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.
Samb…
 Selepas mendapat tahu kumpulan Tok Janggut akan
kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali
membawa masuk tentera Sikh untuk membakar rumah
penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan
kemarahan Tok Janggut dan menyerang khemah
tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.
 
 Langham-Carter, Pepys, AG Maxwell dan beberapa
pegawai Inggeris pula memimpin pasukan Malay State
Guides memburu kumpulan Tok Janggut dan
menggeledah rumah Khatib Abu Bakar di Kampung
Merbol kerana mengesyakinya bersembunyi di situ
Samb…
 Khatib Abu Bakar cuba menghalang askar Sikh
daripada mencerobohi rumahnya dan akibatnya
beliau ditikam mati.
 
 Pasukan Tok Janggut dan tentera Inggeris
bertembung di Kampung Dalam Pupoh tidak
jauh dari Kampung Merbol dan dengan laungan
“Allahu akbar!”, Tok Janggut dan pasukannya
bertempur hebat. Bagaimanapun, Tok Janggut
terbunuh bersama ramai pengikutnya.
Samb…
 Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh
sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung
dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di
Padang Merdeka sebelum dikebumikan di
Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan
  

Anda mungkin juga menyukai