Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN ULASAN

Tajuk : Faedah Menyertai Aktiviti Sukan

No Isi tersurat Isi tersirat (sebab, mengapa, bagaimana, kesan)


1 dapat menyihatkan badan Badan cergas, otak cerdas
Dapat elakkan diri dari penyakit
2 dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti Boleh elakkan diri daripada gejala sosial yang
yang berfaedah menjatuhkan maruah diri atau keluarga
3 dapat berkenalan dengan rakan-rakan baharu Dapat eratkan hubungan persahabatan
Dapat berkongsi ilmu atau bertukar-tukar
pendapat
4 dapat mengharumkan nama sendiri, sekolah Boleh menjadi pendorong atau idola kepada
dan negara pelajar-pelajar lain untuk berjaya.

Aktiviti sukan adalah sangat baik kepada semua orang. Aktiviti sukan sangat sesuai kepada semua
peringkat umur tidak kira tua atau muda. Bersukan dapat menyihatkan badan kita dengan cara mengeluarkan
peluh dari badan kita. Bersukan juga dapat mengelakkan diri kita daripada penyakit di samping menjadikan
badan kita cergas dan otak kita cerdas. Selain itu, bersukan dapat mengisi masa lapang. Kita boleh
mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial yang boleh menjatuhkan maruah diri atau keluarga
apabila kita mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Seterusnya, kita juga dapat berkenalan dengan rakan-
rakan baharu semasa menyertai aktiviti sukan. Kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan persahabatan
malah dapat berkongsi ilmu pengetahuan. Oleh itu, kita perlulah bersukan kerana aktiviti bersukan
mendatangkan banyak faedah kepada kita.
KARANGAN ULASAN

Tajuk : Usaha-usaha mengekalkan Permainan Tradisional

No Isi tersurat Isi tersirat (sebab, mengapa, bagaimana, kesan)


1 Mewujudkan aktiviti kokurikulum berunsurkan Dapat belajar bermain permainan tradisional
permainan tradisional daripada guru atau rakan lain

2 Pihak kementerian dan swasta menganjurkan dapat mempromosi dan menarik minat orang
pesta permainan tradisional ramai untuk bermain permainan tradisional

3 Kerajaan menaik taraf prasarana permainan untuk memudahkan orrang ramai bermain
tradisional permainan tradisional

Pada masa kini, permainan tradisional semakin dilupai oleh masyarakat. Pelbagai usaha perlu
dilakukan supaya permainan tradisional ini tidak terus ditelan zaman. Antara usaha untuk mengekalkan
permainan traadisional ialah mewujudkan aktiviti kokurikulum berunsurkan permainan tradisional. Hal ini
demikian supaya pelajar dapat belajar bermain permainan tradisional daripada guru atau rakan lain. Selain itu,
pihak kementerian dan swasta perlu menganjurkan pesta permainan tradisional. Pesta tersebut perlu diadakan
supaya dapat mempromosi dan menarik minat orang ramai untuk bermain permainan tradisional. Seterusnya,
pihak kerajaan juga perlu menaik taraf prasarana permainan tradisional. Cara ini dapat memudahkan orang
ramai bermain permainan tradisional. Oleh itu, kita perlulah bermain permainan tradisional kerana ia adalah
budaya warisan bangsa kita.

Anda mungkin juga menyukai