Anda di halaman 1dari 4

1

Aktiviti rekreasi seperti melancong, berkelah dan bersenam membawa pelbagai


manfaat kepada masyarakat. Ulas pernyataan tersebut.

Dalam melangkah ke era modenisasi, masyarakat sejagat terlalu


sibuk berlumba-lumba mengejar kemewahan duniawi lantas sering
mengabaikan amalan gaya hidup sihat khususnya amalan rekreasi. Hal ini
demikian kerana tanggapan kekayaan merupakan kunci kepada segala
kesenangan sudah sebati dalam kehidupan mereka sehingga mereka alpa
akan kepentingan aktiviti rekreasi yang menjadi antara amalan dalam
mempratikkan gaya hidup sihat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
aktiviti rekreasi dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dilakukan pada
waktu senggang untuk menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan minda.
Jika diteliti dengan lebih mendalam, aktiviti rekreasi merupakan elemen yang
prioriti dalam menjayakan semua aktiviti dalam kehidupan seharian kita.
Menurut pandangan saya, aktiviti rekreasi memang sewajarnya diamalkan
oleh semua orang tanpa mengira usia, pangkat dan asal usul. Fenomena ini
selaras dengan kata-kata William J.Siegel, “Manusia tidak merancang untuk
gagal, tetapi mereka gagal kerana merancang.” Memang tidak dapat dinafikan
bahawa aktiviti rekreasi banyak memberikan maslahat dalam kehidupan
setiap insan. Persoalan yang bermain di ruang legar minda kita, mengapakah
setiap insan di dunia ini perlu mengamalkan aktiviti rekreasi? Oleh hal yang
demikian, kepentingan aktiviti rekreasi yang mewarnai fokus perbincangan
akan dikupas dengan lebih terperinci sehingga ke peringkat akar umbi demi
kebaikan kita bersama.

Kebaikan dominan yang menyumbang kepada aktiviti rekreasi


ialah seseorang individu dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Hal
ini dikatakan demikian kerana apabila kita beriadah, kadar lemak yang
terkumpul di dalam tubuh badan dapat dikurangkan malahan kadar
metabolisme yang baik untuk tubuh juga dapat dipertingkatkan. Tamsilnya,
kita boleh melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti seperti bersenam, berkelah,
berkayak dan sebagainya. Dengan ini, daya tahan kardiovaskular dapat
dipertingkatkan serta jantung dapat mengepam darah dengan lancar. Hal ini
secara tidak langsung, dapat meningkatkan imuniti badan kita daripada
sebarang jangkitan penyakit seperti deman, selesema dan batuk. Dalam
konteks ini, aktiviti rekreasi berupaya kita melaksanakan aktiviti harian
secara efektif kerana badan cergas, otak cerdas. Lanjutan daripada huraian
yang telah dinyatakan di atas, apabila kita memanfaatkan masa kita dengan
aktiviti rekreasi yang kita gemari dapat mengurangkan stres. Hal ini dikatakan
demikian kerana apabila kita mengamalkan aktiviti rekreasi, kita akan
2

menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti tersebut dan bukannya


memikirkan masalah kehidupan yang kalang kala membebankan minda kita.
Dengan ini, masalah yang membelenggu sukma dapat dilupakan seketika.
Deduksinya, kita perlu menjadikan aktiviti rekreasi sebagai agenda harian
supaya kesihatan badan yang hakiki dapat dinikmati dan membebaskan diri
daripada sebarang masalah yang menghimpit kalbu kerana mencegah lebih
baik daripada merawat.

Meninjau dari perspektif yang lain kepentingan aktiviti rekreasi


juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama insan. Aktiviti
rekreasi bukan rekadar dalam lingkungan dunia individu sahaja malah dapat
dilakukan secara berkumpulan. Tamsilnya, aktiviti rekreasi yang boleh
dilakukan secara berkumpulan seperti melancong, mendaki gunung,
senamrobik dan sebagainya. Melalui komunikasi dua hala, secara tidak
langsung bukan sahaja dapat merapatkan hubungan silaturahim malahan
juga dapat mewujudkan kemesraan lantas memupuk semangat kerjasama
antara satu sama lain seperti serumpun bagai serai, selubang bagai tebu.
Dalam konteks ini, nilai saling membantu dan bekerjasama yang termaktub
sebagai nilai ke-35 dalam Pendidikan Moral dapat dipraktikkan. Perpaduan
turut dapat dilahirkan apabila masyarakat yang terdiri daripada multietnik
terlibat dalam aktiviti rekreasi yang sama, visi kudsi Wawasan 2020 &
Gagasan 1Malaysia sudah pasti dapat direalisasikan. Tuntasnya, aktiviti
rekreasi mendatangkan manfaat yang amat bermakna dalam mengakrabkan
perhubungan antara sesama insan.

Sehubungan dengan itu, aktiviti rekreasi juga dapat


membentuk integrasi kaum. Marcapada ini, kita acap kali melihat pelbagai
aktiviti rekreasi yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum khususnya aktiviti
yang berkaitan dengan Program Latihan Khidmat Negara. Antara adalah
seperti aktiviti berkayak, mendaki gunung dan meluncur. Program tersebut
telah memanifestasikan elemen kesepakatan dalam kumpulan masing-masing.
Sesungguhnya, muafakat merupakan inti pati kepada perpaduan. Melalui
pergaulan dua hala, aktiviti rekreasi mampu menggalakkan pertukaran idea
atau buah fikiran dalam kalangan masyarakat. Pada waktu yang sama,
pertukaran idea yang bernas mampu mematangkan tahap pemikiran
masyarakat. Misalnya, melalui diskusi secara ringkas dalam kalangan
masyarakat, semangat individualisme dapat dihapuskan dan semangat
perpaduan yang ampuh dapat dilakar. Natijahnya, jelaslah bahawa aktiviti
rekreasi mampu membendung masyarakat yang bersikap seperti enau dalam
3

belukar, melepaskan pucuk masing-masing dan menjadikan wahana ke arah


pembentukan integrasi kaum.
Dalam pada itu, kita sewajarnya mengamalkan aktiviti rekreasi
untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermaslahat. Bertitik tolak
daripada itu, kita patut menggunakan masa senggang untuk menjalankan
aktiviti rekreasi seperti berjoging, bersenam, berkelah dan sebagainya. Hal ini
secara tidak langsung menghindarkan diri daripada aktiviti kurang sihat dan
bergaul dengan rakan yang terlibat dalam masalah sosial. Amsalnya, aktiviti
yang boleh diketengahkan ialah remaja yang sedang mencari identiti diri dan
mengalami kecelaruan jiwa akan mudah terjerumus dalam aktiviti merempit,
melepak dan pergaulan bebas kerana matlamat mereka seperti layang-layang
yang terputus talinya. Dalam konteks ini, dengan amalan rekreasi, masa kita
tidak disia-siakan dan tidak terbiar begitu sahaja kerana masa itu emas yang
perlu diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Bukan itu sahaja, dengan
menjalankan aktiviti rekreasi dapat mengelakkan diri daripada berasa bosan
dan letih dalam mengharungi kehidupan seharian di alam fana ini. Hal ini
selaras dengan kata-kata El Leseur, “ Tanpa semangat tidak ada pekerjaan
besar yang dapat dilakukan.” Izharnya, aktiviti rekreasi mampu memenuhi
masa senggang kita dengan pelbagai aktiviti yang bermaslahat demi
memantapkan semangat dan disiplin diri.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti rekreasi membawa


seribu satu kelebihan kepada segenap strata masyarakat. Oleh hal yang
demikian, kita berperanan untuk berwaspada seperti menarik rambut di
dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak dengan
menguruskan masa untuk aktiviti rekreasi, kerjaya atau pelajaran kita secara
bijaksana. Selanjutnya, kita perlu menjadikan amalan rekreasi sebagai budaya
hidup moden mutakhir ini dan mengelakkan diri daripada laman sesawang
yang berunsur negatif supaya mental dan jiwa kita tidak goyah dek nafsu yang
bermaharajalela. Janganlah kita menolak amalan rekreasi kerana amalan ini
amat bertentangan dengan apa-apa agama sekalipun. Ironinya, kita
seharusnya menjadi golongan yang sentiasa bermunasabah terhadap diri
dengan menjadikan kehidupan hari lebih baik daripada semalam.
Akhirulkalam, dititipkan serangkap pantun untuk renungan semua.

Harum sudah cempaka hiasan,


Berpuput semilir laungan jiwa ;
Aktiviti rekreasi pencetus wawasan,
4

Pastinya lahir nusa wibawa.

Anda mungkin juga menyukai