Anda di halaman 1dari 12

KEPENTINGAN AKTIVITI REKREASI KEPADA

MASYARAKAT

Pada era globalisasi ini, masyarakat seakan terlalu sibuk mengejar


kemewahan duniawi lantas sering mengabaikan amalan gaya
hidup sihat terutamanya amalan beriadah atau rekreasi. Hal ini
demikian kerana mereka terlalu memandang enteng kepentingan
aktiviti rekreasi. Tanpa mereka sedari, sebenarnya terdapat varia
kepentingan rekreasi kepada masyarakat.

Antara maslahat rekreasi kepada masyarakat adalah mampu


mengeratkan hubungan sama ada hubungan dengan komuniti
setempat mahupun dengan ahli keluarga sendiri. Hal ini demikian
kerana melalui aktiviti rekreasi, individu akan bertegur sapa
dengan individu lain di sekelilingnya, lantas mengeratkan
hubungan silaturahim. Contohnya, melalui amalan rekreasi, kita
dapat berbual mesra dengan jiran tetangga. Jelaslah bahawa,
rekreasi mampu mengeratkan hubungan antara individu dengan
individu lain.

Selain itu, aktiviti rekreasi juga mampu memberi ketenangan jiwa


kepada anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana melalui
aktiviti riadah, masyarakat dapat menghayati keindahan alam
sekitar yang saujana mata memandang. Contohnya, melalui
aktiviti senaman seperti berjoging, masyarakat akan dapat
menghirup dan menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang segar,
seterusnya mampu memberi kedamaian jiwa. Oleh hal yang
demikian, aktiviti rekreasi dilihat mampu menjadi landasan utama
masyarakat bagi melapangkan fikiran.
Di samping itu, amalan rekreasi amat signifikan bagi
menyihatkan badan. Amalan yang menyihatkan seperti berjoging,
berkhemah mahupun sukan ekstrem seperti aktiviti terjunan udara
mampu meningkatkan kadar kecergasan dan mengelakkan
pelbagai penyakit koronari. Contohnya, melalui aktiviti
terutamanya sukan ekstrem yang menjadi kegilaan pemuda
pemudi, anggota masyarakat dapat meningkatkan kadar
metabolisme yang baik untuk tubuh. Sudah terang lagi bersuluh,
amalan rekreasi mampu menyihatkan badan bagi menjayakan visi
Malaysia Cergas.

Akhir sekali, aktiviti rekreasi mampu menggalakkan pertukaran


idea atau buah fikiran dalam kalangan masyarakat. Hal ini
demikian kerana, pertukaran idea yang bernas
mampu mematangkan tahap pemikiran masyarakat. Misalnya,
melalui diskusi ringkas dalam kalangan masyarakat, semangat
individualisme dapat dihapuskan dan semangat perpaduan yang
ampuh dapat dilakar. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa
rekreasi mampu merangsang pertukaran idea dan mencegah sikap
seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Kesimpulannya, aktiviti rekreasi dan riadah mempunyai banyak


kepentingan tertentu yang dapat dimanfaatkan oleh setiap
anggota masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita perlulah
mengutamakan dan mengamalkan aktiviti riadah dalam
kehidupan seharian kerana sesungguhnya, minda yang cerdas
terletak pada badan yang cergas.
Aktiviti rekreasi seperti aktiviti melancong, berkelah
dan bersenam membawa pelbagai manfaat kepada
masyarakat. Ulas pernyataan tersebut.
Aktiviti rekreasi merupakan salah satu aktiviti yang menjadi
kegemaran masyarakat untuk dilakukan pada waktu lapang.
Aktiviti rekreasi boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu
rekreasi aktif dan rekreasi pasif. Aktiviti rekreasi aktif ialah
aktiviti yang memerlukan pergerakan badan individu secara aktif
seperti berjoging, atau melakukan aktiviti sukan. Aktiviti
rekreasi pasif pula tidak memerlukan individu banyak bergerak
seperti berkelah atau bersiar-siar di taman. hal ini boleh
dilakukan pada bilaa-bila masa dan di mana-mana sahaja sama
ada di taman rekreasi ataupun di padang permainan. Kerajaan
juga telah menyediakan prasarana yang sesuai di kawasan
tertentu di negara kita bagi kemudahan orang awam berekreasi.
Taman-taman rekreasi juga telah dihias dengan tumbuh-
tumbuhan yang menyegarkan semata-mata untuk menarik
perhatian ramai pengunjung. Begitu juga dengan kemudahan
seperti bilik air dan gerai menjual makanan tersedia di taman
rekreasi dengan harapan dapat membentuk individu yang sihat
sejahtera. Persoalannya, apakah kebaikan aktiviti rekreasi
kepada masyarakat?

Sudah tentu aktiviti rekreasi ini membawa kebaikan kepada


masyarakat. Hal ini dapat dibuktikan terutama daripada aktiviti
melancong. Melancong juga merupakan salah satu aktiviti
rekreasi yang gemar dilakukan oleh masyarakt di negara kita
terutamanya dalam kalangan remaja. Aktiviti melancong sama
ada di dalam atau di luar negara dapat menggembirakan
hati yang sedang berduka. Misalnya, masalah kemurungan atau
stres dalam kehidupan dapat dikurangkan dengan aktiviti
melancong. Hal ini tidak menjadi masalah bagi mereka yang
berpendapatan rendah turut boleh melawat tempat-tempat
menarik dalam negara kerana tempat-tempat di negara kita
setanding kecantikannya dengan tempat-tempat di luar negara
bak kata pepatah jauh berjalan, luas pemandangan. Apabila
pergi melancong, kita akan mempelajari adat budaya penduduk
setempat. Hal ini secara tidak langsung telah menambahkan
ilmu pengetahuan kita. Kita juga tidak akan menjadi seperti
katak di bawah tempurung kerana tidak mengetahui tentang
masyarakat luar. Apabila kita melawat ke tempat-tempat yang
menarik di dalam negara seperti Pulau Redang dan Cameron
Highland, semangat cinta akan tanah air dapat dipupuk dalam
diri. Kita akan menjadi bangga kerana menjadi anak jati
Malaysia yang kaya dengan kawawan yang setaraf dengan dunia
luar. Jelaslah bahawa aktiviti rekreasi seperti melancong
membawa kebaikan kepada masyarakat setempat dari aspek
emosi dan rohani serta fizikal.

Di samping itu, aktiviti rekreasi juga dapat mengurangkan kadar


penduduk yang menghidap penyakit berbahaya seperti obesiti.
Aktiviti rekreasi seperti aktiviti bersenam sudah pasti dapat
mengelakkan individu daripada penyakit yang boleh membawa
maut seperti sakit jantung.. Kajian juga ada menyatakan
penyakit berbahaya seperti sakit jantung bukan hanya
menyerang mereka yang sudah berusia tetapi juga golongan
muda. Oleh itu, ibu bapa terutamannya haruslah mengamalkan
aktiviti bersenam ini dalam keluarga dengan membawa anak-
anak berjoging sekurang-kurangnya pada hujung minggu kerana
melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Anak-anak akan
membesar menjadi individu yang sihat seterusnya mereka turut
akan membimbing keluarga mereka dengan aktiviti sihat ini.
Dengan ini masyarakat yang sihat dapat dilahirkan. bagi
golongan remaja pula, dengan aktiviti bersenam mereka akan
terhindar daripada gejala sosial seperti terlibat dengan najis
dadah. Sesungguhnya golongan remaja merupakan harapan
negara yang bakal menerajui pentadbiran pada masa akan
datang. Oleh itu, remaja yang sihat fizikal dan mental sangat
diperlukan oleh negara dan hal ini hanya boleh direalisasikan
jika masyarakat mengamalkan aktiviti bersenam. Tegasnya,
aktiviti bersenam turut menjadi faktor penting kepada
pembentukan masyarakat yang sihat dalam negara.

Selain itu, aktiviti rekreasi lain yang boleh diamalkan oleh


masyarakat ialah aktiviti berkelah. Aktiviti ini juga boleh
dilakukan besama dengan keluarga atau rakan-rakan. Aktiviti ini
dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Begitu juga
dengan para pelajar tatkala sudah penat belajar, aktiviti
seperti berkelah dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan
stres dalam proses pembelajaran. Ketika berekreasi, setiap
individu perlulah menjaga adab-adab di taman rekreasi seperti
tidak membuang sampah di merata-rata tempat dan
menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik-baik mungkin.
Hal ini secara tidak langsung telah mendidik anggota masyarakat
dengan nilai disiplin dalam diri. Apabila kawasan rekreasi bersih
dan ceria, pelancong asing juga akan tertarik untuk melawat
negara kita. Mereka akan beranggapan bahawa negara kita
mempunyai masyarakat yang pembersih, imej negara di mata
dunia akan di pandang tinggi sekali gus meningkatkan sumber
pendapatan negara. Hasil daripada kemajuan ekonomi akan
dapat dinikmati oleh rakyat dengan kehidupan yang lebih selesa
kerana negara dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada
rakyat. Demikianlah impak positif hasil daripada sikap
masyarakat yang melakukan aktiviti berkelah secara berhemah.

Akhir sekali, aktiviti rekreasi ini dapat memupuk semangat


perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
Dengan bersenam, berkelah dan melancong, masyarakat akan
sentiasa berjumpa dan bergaul mesra sekali gus dapat
meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Masyarakat tidak akan menjadi seperti enau dalam belukar yang
hanya melepaskan pucuk masing-masing sebaliknya mereka akan
bekerjasama dan beramah mesra ketika melakukan aktiviti
rekreasi. Masalah perpecahan masyarakat atau rusuhan tidak
akan berlaku seperti Peristiwa 13 Mei yang telah merosakkan
imej negara di mata dunia. Sesungguhnya denga melaksanakan
aktiviti rekreasi, negara juga akan terpelihara daripada masalah
perbalahan dalam kalangan masyarakat. Walaupun aktiviti ini
dianggap kecil nilainya tetapi jika dilaksanakan dengan baik,
hasilnya sangat menguntungkan.

Kesimpulannya, aktiviti rekreasi seperti melancong, berkelah


dan bersenam juga bersiar-siar di taman, membawa pelbagai
manfaat kepada masyarakat. Oleh itu, setiap anggota
masyarakat perlulah menggunakan keistimewaan yang ada di
negara kita untuk melakukan aktiviti rekreasi demi kepentingan
bersama. Aktiviti rekreasi ini membawa banyak faedah sekiranya
dilakukan sebaik-baik mungkin. Benarlah seperti slogan yang
sering dipaparkan dalam media massa tentang aktiviti rekreasi
dapat melahirkan masyarakat yang cemerlang dan negara
terbilang. Masyarakat yang sihat fizikal dan mental dapat
menentukan hala tuju kebahagiaan hidup sesebuah masyarakat
itu. Secara keseluruhannya, aktiviti rekreasi mempunyai banyak
kepentingan kepada masyarakat di negara kita.
KEBAIKAN AKTIVITI RIADAH DAN REKREASI
Marcapada ini,seiring dengan era globalisasi yang penuh
dengan cabaran ini, masyarakat kita sering berlumba-
lumba mengejar unsur kemewahan. Tanggapan kekayaan
merupakan kunci kepada segala kesenangan sudah
sebati dalam kehidupan mereka sehingga mereka alpa
akan kepentingan aktiviti riadah yang menjadi salah satu
amalan dalam mempraktikkan gaya hidup sihat.
Sesungguhnya, aktivit rekreasi dan riadah yang boleh
didefinsikan sebagai segala kegiatan yang dilakukan pada
waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan dan fikiran
merupakan elemen yang penting dalam menjayakan
segala aktiviti dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, kita
perlu mempunyai kesedaran terhadap kepentingan
mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi sebelum nasi
menjadi bubur.

Pertama, aktiviti riadah dan rekreasi boleh


menyihatkan tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana
apabila kita beriadah,kadar lemak yang terkumpul di
dalam badan manusia boleh dikurangkan. Contohnya, kita
boleh berjoging pada waktu lapang,terlibat dalam aktiviti
senamrobik atau berkayak dan sebagainya. Tambahan
lagi, jantung dapat mengepam darah dengan lancar.
Secara tidak langsung, pelbagai penyakit seperti penyakit
jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindarkan
secara total .Dalam konteks ini, berekreasi dan
beriadah adalah penting supaya badan kita sihat dan otak
kita cerdas bak kata peribahasa Melayu, badan cergas
otak cerdas.Oleh itu,kita perlu menjadikan aktiviti riadah
dan rekreasi sebagai agenda harian agar kesihatan badan
yang hakiki dapat dinikmati kerana mencegah lebih baik
daripada merawat.

Menyingkap daripada sudut perspektif lain, aktiviti


riadah yang dilakukan pada setiap minggu mampu
menjadi pemangkin untuk mengurangkan tekanan dalam
diri seseorang.Bayangkan jika individu terbabit perlu
bekerja selama 60 jam dalam 5 hari,bukankah mereka
akan mula mengalami tertekan? Kepenatan,keletihan dan
beban kerja yang memberatkan akan menyebabkan
mereka menunjukkan simptom-simptom tekanan seperti
mudah marah,letih,lesu dan tidak bersemangat. Hal ini
demikian akan menyebabkan prestasi mereka sama ada
di tempat kerja mahupun sekolah mengalami kemerosotan
dan mengundang pelbagai impak negatif seperti
mendapat teguran daripada pihak atasan,dilucutkan
jawatan dan sebagainya. Dengan aktivitinya riadah,hal ini
akan membolehkan kita melakukan aktiviti yang kita
gemar. Hal ini menjadi cara yang efektif untuk
menghiburkan kita. Kita dapat melupakan beban yang
ditanggung dan menjadi lebih bersemangat untuk
meneruskan kehidupan. Oleh itu, wajarlah aktiviti riadah
dipraktikkan dalam kehidupan kita untuk mengurangkan
tekanan yang dialami.

Sementelahan pula, melakukan aktiviti riadah turut


memberi peluang kepada kita untuk mengeratkan
hubungan antara keluarga mahupun taulan. Hal ini dapat
menjadi medium ke arah pembentukan keluarga
sakinah.Misalnya, pada hujung minggu, seisi keluarga
boleh turun padang untuk melakukan aktiviti riadah
bersama-sama sama ada di taman atau padang. Bukan
itu sahaja, ahli keluarga boleh berkongsi pandangan
,pendapat dan masalah sepanjang masa mereka
bersama-sama. Dengan itu,setiap ahli keluarga boleh
memahami antara satu sama lain seterusnya merapatkan
jurang antara mereka. Keseronokan melaukan aktiviti
riadah juga akan lebih dinikmati dengan adanya orang
yang disayangi di sisi kita. Dalam hal ini kita akan menjadi
lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk
melakukan aktiviti riadah. Oleh itu, hubungan
kekeluargaan yang erat dapat dilahirkan dengan
melakukan aktiviti riadah.

Selain itu,aktiviti beriadah juga dapat membentuk


integrasi kaum. Marcapada ini,kita acap kali melihat
pelbagai aktiviti riadah yang melibatkan penyertaan
pelbagai kaum khususnya aktiviti yang berkaitan dengan
Program Latihan Khidmat Negara. Contohnya aktiviti
berkayak,mendaki gunung dan meluncur. Kondusi ini akan
memanifestasikan elemen kesepakatan dalam kumpulan
masing-masing. Sesungguhnya, muafakat merupakan inti
kepada perpaduan.Setiap ahli akan bersatu ibarat kata
peribahasa Melayu, serumpun bagai serai,selubang
bagai tebu. Hal ini dapat menjadi medium yang efektif
bagi menyatukan kaum sekali gus membina semangat
perpaduan. Oleh hal yang demikian,aktiviti riadah yang
melibatkan unsur kerjasama ibarat aur dan tebing dapat
menjadi wahana ke arah pembentukan integrasi kaum.
Dalam fasa itu, kebaikan aktiviti beriadah yang
dapat dinikmati ialah mengelakkan remaja daripada
terlibat dalam masalah sosial. Hal ini demikian kerana
masa lapang remaja dapat diisi dengan aktiviti yang
menghiburkan dan menyeronokkan kerana masa itu
emas. Masa senggang seorang remaja agak banyak
kerana tidak perlu menanggung tanggungjawab seperti
orang dewasa. Seandainya masa lapang itu tidak
dipenuhi secara bijaksana,remaja akan terjerumus untuk
mendorong diri melakukan aktiviti yang kurang berfaedah
seperti melepak,bermain komputer tanpa batasan dan
berbual-bual kosong ibarat menghitung bulu kambing.
Dengan melibatkan diri dalam aktiviti riadah,mereka tidak
akan melakukan aktiviti yang kurang berfaedah kerana
telah merasai keseronokan aktiviti riadah, bak kata
peribahasa Melayu sambil menyelam minum air. Oleh
itu, remaja dapat menghindarkan daripada terlibat dalam
masalah sosial dengan melakukan aktiviti riadah.

Secara tuntas,kita perlu mencapai kesedaran yang


tinggi dalam usaha mengamalkan aktiviti riadah dan
rekreasi. Semua pihak perlu berganding bahu ibarat aur
dengan tebing bagi menanamkan kesedaran dalam diri
masyarakat mengenai kepentingan aktiviti riadah dan
rekreasi dalam kehidupan seharian bagi melahirkan
generasi masa hadapan yang sihat seterusnya menjadi
penyumbang kepada kemajuan negara.
Aktiviti riadah dan rekreasi menyihatkan badan dan
mengeratkan hubungan kekeluargaan

Riadah merupakan salah satu amalan gaya hidup sihat. Pada


pandangan saya, riadah bermaksud menyihatkan badan dan
menenangkan fikiran. Aktiviti riadah ini boleh dijadikan amalan
mingguan keluarga.

Aktiviti riadah membolehkan kita mengisi masa lapang yang


berfaedah dan tidak berfaedah. Contohnya kurang faedah adalah
menonton televisyen,bermain permainan video,pergi ke kompleks
membeli-belah,berbual-bual dan sebagainya. Masa cuti yang tidak
diisi dengan aktiviti yang berfaedah akan merugikan kita. Dengan
beriadah bersama keluarga kita pada masa lapang, banyak
perkara berfaedah yang dapat kita lakukan contohnya berbasikal
bersama-sama, berjoging di kawasan taman dan berkelah.

Aktiviti riadah bersama keluarga juga dapat merapatkan hubungan


kekeluargaan. Semasa aktiviti ini dilakukan,ibu bapa boleh
menggunakan masa ini untuk menasihatkan anak-anak tentang
nilai murni yang baik dalam kehidupan seharian. Hubugan
keluarga yang rapat boleh menjadikan sebuah keluarga yang
dapat memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan kasih
sayang sesama ahli keluarga.

Aktiviti riadah juga boleh menjadikan badan kita sihat. Kalau badan
kita sihat, kita boleh melakukan aktiviti harian dengan pantas. Jika
badan kita sakit,kita perlu pergi ke hospital untuk mendapatkan
rawatan.Hal ini menyebabkan pembaziran wang kerana kita
terpaksa mengeluarkan wang untuk rawatan.

Anda mungkin juga menyukai