Anda di halaman 1dari 3

USAHA2 / LANGKAH2 MENINGKATKAN SEMANGAT KEJIRANAN Deduksinya, semangat kejiranan seyogia dipupuk dalam kalangan masyarakat kita.

gia dipupuk dalam kalangan masyarakat kita. Hal ini


kerana komuniti kejiranan merupakan tonggak yang menentukan kestabilan sesebuah
Dalam menempuh era dunia kemajuan dan kemodenan ini, masyarakat kian empayar. Oleh hal yang demikian, kita patutlah menjalankan tanggungjawab dengan
mengabaikan tanggungjawab terhadap orang di sekeliling. Budaya hidup seperti enau memanisfetasikan usaha-usaha untuk meningkatkan semangat kejiranan yang semakin
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Semangat kejiran kian luntur. Oleh luntur ini.
hal yang demikian, usaha-usaha untuk meningkatkan semangat kejiranan haruslah
diimplementasikan bagi membendung masalah kejiranan dalam masyarakat setempat. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu,
dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh.
Antara cara yang boleh dilakukan ialah ibu bapa haruslah mendidik anak-anak Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat
supaya mengenali jiran yang tinggal di sebelah rumah. Perihal ini persis peribahasa Melayu kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.
yang mengatakan melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ibu bapa seharusnya
menjadi teladan dengan mengamalkan amalan sering menziarahi jiran ketika senang
mahupun susah bagi mengeratkan lagi silaturahim yang telah terbina. Hal ini adalah bagi
memupuk semangat kejiranan pada usia setahun jagung supaya anak-anak ini dapat
membesar dalam komuniti kejiranan yang harmoni.

Selain itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mengukuhkan semangat kejiranan.


Hal ini kerana melalui amalan ini, jiran-jiran akan saling bekerjasama untuk membersihkan
kawasan perumahan mereka. Sebagai contoh, gotong-royong untuk membersihkan
kawasan perumahan dan bagi menyambut hari-hari istimewa seperti hari keluarga.
Semangat bagai aur dengan tebing ini akan merapatkan jurang yang sedia terbina
sesama jiran.

Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu
sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh
semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Sebagai contoh, semasa perayaan
Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis
rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan.

Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan


rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Melalui
aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita.
Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran
kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Melalui
lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh
jiran kita itu.
KEPENTINGAN PENGGUNAAN INTERNET perlu bersesak-sesak membeli belah di pasar raya sebaliknya boleh menempah barangan
yang ingin dibeli secara talian terus. Sesungguhnya, Internet banyak membantu usahawan
Pada era globalisasi ini, Internet memainkan peranan yang sangat vital dalam muda terutamanya dalam meluaskan pasaran mereka. Dan juga pengguna yang sibuk dan
kehidupan manusia. Internet dapat memberikan seribu satu kebaikan kepada manusia jika tiada masa untuk melawat ke pusat beli-belah.
digunakan sebaik-baiknya. Antara contoh laman-laman sesawang yang popular dikunjungi
di Internet ialah "Youtube", "Facebook" dan "Twitter". Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, jelaslah bahawa
Internet mendatangkan 1001 kebaikan kepada manusia sejagat. Kita sebagai manusia
Umum mengetahui bahawa penggunaan Internet sangat signifikan kepada manusia yang dianugerahkan akal fikiran oleh Tuhan sewajarnya memanfaatkan penggunaan
terutamanya dari aspek perhubungan dan komunikasi. Penggunaan Internet yang meluas, Internet dengan semaksimum yang mungkin.
seseorang akan mudah berhubung antara satu sama lain walaupun di luar sempadan
negara. Contoh yang boleh diambil ialah seorangibu berhubung dengan anaknya yang
belajar di luar negara hanya menggunakan "skype" melalui internet. Impaknya, seseorang
itu boleh melepaskan rindu dengan orang tersayang yang jauh di mata dekat di hati
seterusnya mengeratkan silaturahim. Jelaslah bahawa Internet dapat memudahkan
seseorang berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Internet juga penting dalam bidang
pendidikan terutamanya kepada pelajar dan pendidik. Bertitik tolak daripada itu, internet
dapat membantu palajar dalam mencari maklumat hanya dengan menggunakan hujung
jari. Sebagai contohnya, anak murid dapat menyiapkan folio yang diberi oleh guru hanya
dengan menggunakan enjin carian 'google' di Internet. Secara tidak langsung, pelajar
bukan sahaja memperoleh maklumat malah dapat mengetahui isu remaja yang berlaku di
dalam negara mahupun luar negara. Tegasnya, Internet dapat menghindarkan seseorang
daripada bersikap seperti katak di bawah tempurung kerana mereka akan dapat
mengikuti perkembangan semasa.

Sebagaimana yang kita maklumi, Internet juga dapat menghiburkan hati seseorang.
Dalam zaman yang serba canggih ini, individu dapat menghiburkan hati dengan memuat
turun lagu-lagu, filem-filem mahupun video-video yang digemari. Kesannya, seseorang itu
dapat manghiburkan diri ketika kesunyian dan kebosanan, sekali gus dapat mengurangkan
stres.

kita dapat menyaksikan betapa Internet banyak membantu golongan usahawan


mengembangkan perniagaan mereka. Dengan perkataan lain, usahawan muda dapat
mempromosikan produk baharu mereka dengan menggunakan talian secara terus di
Internet. contohnya usahawan dapat membina laman sesawangnya untuk menjual
produknya. Pada masa yang sama, pengguna yang memerlukan produck tersebut tidak
CARA-CARA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL layang, congkak dan batu seremban. Namun demikian, permainan tradisional semakin
dilupakan oleh generasi muda. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk
Permainan tradisional ialah permainan yang dimainkan oleh masyarakat dahulu pada masa mempopularkan permainan tradisional ini.
lapang. Antara permainan tradisional yang mendapat sambutan masyarakat ialah layang-

Antara cara mempopularkan permainan tradisional ini ialah Ibu bapa perlu memberi Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam mempopularkan permainan
sokongan kepada anak-anak dengan cara membelikan peralatan permainan tradisional. tradisional ini . Usaha yang berterusan penting supaya generasi akan datang dapat
Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyaksikan pertandingan permainan mengenali dan meminati permainan tradisional. Kesannya, permainan tradisional ini tak
tradisional ini. Selain itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak melawat ke muzium dan lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
galeri seni untuk melihat dengan lebih dekat peralatan permainan tradisional ini di samping
memahami cara-cara permainan ini dimainkan. Usaha-usaha yang dilakukan oleh ibu bapa
ini dapat mempopularkan permainan tradisional.

Pihak sekolah juga boleh menubuhkan kelab permainan tradisional. Dengan tertubuhnya
kelab permainan tradisional ini, ahli-ahli kelab dapat menganjurkan pertandingan. Sekolah
juga boleh menghantar ahli-ahli kelab mengikuti kursus permainan tradisional bagi menarik
minat pelajar melibatkan diri dalam permainan ini. Peserta yang mengikuti kursus
hendaklah diberi sijil penyertaan dan penghargaan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
pihak sekolah berperanan penting untuk mempopularkan permainan tradisional.

Kerajaan perlu mempromosikan permainan tradisional melalui televisyen dan surat khabar.
Usaha ini boleh dilakukan melalui kempen yang berterusan. Sebagai contoh, kerajaan
mengadakan karnival pertandingan tradisional seperti Pesta Layang-layang yang diadakan
di Pasir Gudang, Johor setiap tahun. Melalui Kementerian Belia dan Sukan kerajaan boleh
mengadakan kursus permainan tradisional ini untuk golongan belia. Hal ini secara tidak
langsung dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja. Usaha kerajaan ini
dapat menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita sekali gus dapat
mempopularkan permainan tradisional ini.

Sementara pihak swasta pula boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional ini.
Pihak swasta boleh menjadi penaja bagi pertandingan yang dianjurkan dengan
menyediakan hadiah yang lumayan. Sebagai contoh, penganjur menyediakan hadiah
berbentuk tiket pelancongan ke luar negara kepada para pemenang. Hal ini dapat menarik
penyertaan pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertainya. Pendek kata, jelaslah
bahawa pihak swasta juga memainkan peranan penting dalam mempopularkan permainan
tradisional negara ini.

Anda mungkin juga menyukai