Anda di halaman 1dari 8

KEPENTINGAN AKTIVITI BERIADAH DAN REKREASI

Harum sudah cempaka hiasan,


Berpuput semilir laungan jiwa,
Aktiviti riadah pencetus wawasan,
Pastinya lahir nusa wibawa.

Pantun di atas jelas mengetengahkan kepada kita betapa pentingnya aktiviti riadah.
Mengapakah aktiviti riadah kembali diperhangatkan dan menjadi polemik perbualan
masyarakat? Marcapada ini, seiring dengan era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini,
masyarakat kita sering berlumba-lumba mengejar unsur materialistik atau dalam erti kata
lain kemewahan . Tanggapan kekayaan merupakan kunci kepada segala kesenangan sudah
sebati dalam kehidupan mereka sehingga mereka alpa akan kepentingan aktiviti riadah yang
menjadi salah satu amalan dalam mempraktikkan gaya hidup sihat. Sesungguhnya, aktivit
rekreasi dan riadah yang boleh didefinsikan sebagai segala kegiatan yang dilakukan pada
waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan dan fikiran merupakan elemen yang penting
dalam menjayakan segala aktiviti dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, kita perlu
mempunyai kesedaran terhadap kepentingan mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi
sebelum nasi menjadi bubur.
Pertama, aktiviti riadah dan rekreasi boleh menyihatkan tubuh badan kita. Hal ini
demikian kerana apabila kita beriadah, kadar lemak yang terkumpul di dalam badan
manusia boleh dikurangkan. Contohnya, kita boleh berjoging pada waktu lapang, terlibat
dalam aktiviti senamrobik atau berkayak dan sebagainya. Tambahan lagi, jantung dapat
mengepam darah dengan lancar. Secara tidak langsung, pelbagai penyakit seperti penyakit
jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindarkan secara total .Dalam konteks ini,
berekreasi dan beriadah adalah penting supaya badan kita sihat dan otak kita cerdas bak
kata peribahasa Melayu, badan cergas otak cerdas. Oleh itu, kita perlu menjadikan aktiviti
riadah dan rekreasi sebagai agenda harian agar kesihatan badan yang hakiki dapat dinikmati
kerana mencegah lebih baik daripada merawat.
Menyingkap daripada sudut perspektif lain, aktiviti riadah yang dilakukan pada
setiap minggu mampu menjadi pemangkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri
seseorang. Bayangkan jika individu terbabit perlu bekerja selama 60 jam dalam 5 hari,
bukankah mereka akan mula mengalami tertekan? Kepenatan,keletihan dan beban kerja
yang memberatkan akan menyebabkan mereka menunjukkansimptom-simptom tekanan
seperti mudah marah,letih, lesu dan tidak bersemangat. Hal ini demikian akan
menyebabkan prestasi mereka sama ada di tempat kerja mahupun sekolah mengalami
kemerosotan dan mengundang pelbagai impak negatif seperti mendapat teguran daripada
pihak atasan, dilucutkan jawatan dan sebagainya. Dengan aktivitinya riadah, hal ini akan
membolehkan kita melakukan aktiviti yang kita gemar. Hal ini menjadi cara yang efektif
untuk menghiburkan kita. Kita dapat melupakan beban yang ditanggung dan menjadi lebih
bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, wajarlah aktiviti riadah dipraktikkan
dalam kehidupan kita untuk mengurangkan tekanan yang dialami.
Sementelahan pula, melakukan aktiviti riadah turut memberi peluang kepada kita
untuk mengeratkan hubungan antara keluarga mahupun taulan. Hal ini dapat menjadi
medium ke arah pembentukan keluarga sakinah. Misalnya, pada hujung minggu, seisi
keluarga boleh turun padang untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama sama ada di
taman atau padang. Bukan itu sahaja, ahli keluarga boleh berkongsi pandangan, pendapat
dan masalah sepanjang masa mereka bersama-sama. Dengan itu,setiap ahli keluarga boleh
memahami antara satu sama lain. seterusnya merapatkan jurang antara mereka.
Keseronokan melakukan aktiviti riadah juga akan lebih dinikmati dengan adanya orang yang
disayangi di sisi kita. Dalam hal ini, kita akan menjadi lebih bersemangat dan bersungguh-
sungguh untuk melakukan aktiviti riadah. Oleh itu, hubungan kekeluargaan yang erat dapat
dilahirkan dengan melakukan aktiviti riadah.
Selain itu, aktiviti beriadah juga dapat membentuk integrasi kaum. Marcapada ini,
kita acap kali melihat pelbagai aktiviti riadah yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum
khususnya aktiviti yang berkaitan dengan Program Latihan Khidmat Negara. Contohnya
aktiviti berkayak, mendaki gunung dan meluncur. Kondusi ini akan memanifestasikan
elemen kesepakatan dalam kumpulan masing-masing. Sesungguhnya, muafakat
merupakan inti kepada perpaduan. Setiap ahli akan bersatu persis kata peribahasa
Melayu, serumpun bagai serai, selubang bagai tebu. Hal ini dapat menjadi medium yang
efektif bagi menyatukan kaum sekali gus membina semangat perpaduan. Oleh hal yang
demikian, aktiviti riadah yang melibatkan unsur kerjasama ibarat aur dan tebing dapat
menjadi wahana ke arah pembentukan integrasi kaum.
Dalam fasa itu, kebaikan aktiviti beriadah yang dapat dinikmati ialah mengelakkan
remaja daripadaterlibat dalam masalah sosial. Hal ini demikian kerana masa lapang remaja
dapat diisi dengan aktiviti yang menghiburkan dan menyeronokkan kerana masa itu emas.
Masa senggang seorang remaja agak banyak kerana tidak perlu menanggung
tanggungjawab seperti orang dewasa. Seandainya masa lapangitu tidak dipenuhi secara
bijaksana, remaja akan terjerumus untuk mendorong diri melakukan aktivitiyang kurang
berfaedah seperti melepak, bermain komputer tanpa batasan dan berbual-bual kosong
ibarat menghitung bulu kambing. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti riadah,mereka tidak
akanmelakukan aktiviti yang kurang berfaedah kerana telah merasai keseronokan aktiviti
riadah, bak kataperibahasa Melayu sambil menyelam minum air. Oleh itu, remaja dapat
menghindarkan daripadaterlibat dalam masalah sosial dengan melakukan aktivitSecara
tuntas,kita perlu mencapai kesedaran yang tinggi dalam usaha mengamalkan aktiviti
riadahdan rekreasi.
Akhirulkalam, semua pihak perlu berganding bahu ibarat aur dengan tebing bagi
menanamkan kesedaran dalam diri masyarakat mengenai kepentingan aktiviti riadah dan
rekreasi dalam kehidupan seharian . Dengan ini dapat melahirkan generasi masa hadapan
yang sihat . Seterusnya generasi yang dapat menjadi penyumbang kepada kemajuan
negara.
pandu pelancong dan perkhidmatan lain. Pelancong asing amat menggemari makanan sama
adamakanan tradisonal mahu pun makanan barat di Malaysia. Mereka diberi pilihan yang amat
banyaksama ada menikmati makanan di hotel bertaraf lima bintang, medan selera yang besar dan
berhawadingin mahupun di kedai dan warung yang terletak di tepi jalan. Mereka juga boleh
menikmati hidanganmakanan laut di restoran yang didirikan secara terapung di atas air. Sambil
menikmati makanan, merekadapat menghirup panorama yang amat cantik dan menghirup udara
segar di tepi laut. Permintaan yangtinggi terhadap makanan ini mewujudkan peluang perniagaan
yang luas kepada usahawan tempatan.Pusat-pusat penginapan juga giat dibina bagai cendawan
tumbuh selepas hujan di kawasan peranginanseperti di pulau dan tepi pantai. Pelancong asing diberi
pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima

bintang, resort atau menginap secara pakej seperti ”Eco

Tuorism” yang membolehkan pelancong asing

menginap di rumah kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara
berpakaian,makanan tradisional dan sebagainya. Pelancong juga memerlukan perkhidmatan
pengangkutan untukbergerak dari satu lokasi pelancongan ke lokasi yang lain. Ini membolehkan
pengusaha bidangpengangkutan seperti bas, teksi, van, bot, feri dan lain-lain mendapat peluang
untuk menjalankanperniagaan. Tidak dinafikan peluang yang datang memberi rezeki yang melimpah
ruah kepada peniagayang ringan tulang.Sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya
Malaysia yang unik lagi istimewa kepada dunia luar.Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai
penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu,Cina, India, Kadazan, Murut, Iban dan lain-
lain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budayadan cara pemakanan yang berbeza
dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Selain itu,sektor pelancongan dapat
mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dekpanas ke serata dunia.
Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkandengan persembahan
kesenian tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dankuda kepang. Mereka
juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti sepak raga,galah panjang,
congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian tradisional seperti baju kurung yangdiperbuat
daripada kain batik dan songket boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokanpengalaman
yang dibawa pulang ke negara asal pelancong akan menjadi memori indah yang akanmenggamit
mereka untuk datang semula ke negara kita. Keunikan budaya masyarakat Malaysia yangberjaya
dipromosi melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepadanegara
Malaysia.Akhir kalam, industri pelancongan banyak memberikan sumbangan yang besar terutama
dari segiekonomi kepada negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan
tebinguntuk mempromosikan Malaysia di mata dunia kerana tak kenal maka tak cinta.Cara-cara
yang berkesan untuk melahirkan insan yang cemerlangPada alaf digital yang mendepani ombak
globalisasi ini, negara kita telah pesat membangun danbangunan yang mencakar langit telah
didirikan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Namun

demikian, pembangunan kerohanian tidak mengalami transformasi yang ketara secara


anjakanparadigma. Untuk merealisasikan wawasan 2020, Misi Nasional atau Satu Malaysia, kerajaan
perlumenjanakan pembangunan kerohanian untuk melahirkan modal insan yang cemerlang,
terutamanyagolongan remaja kerana mereka merupakan tonggak negara yang bakal menerajui
cerucuk kepimpinandi negara kita. Dalam konteks ini, modal insan yang cemerlang memerlukan ciri-
ciri yang unik, iaituberintelek, berakhlak mulia, kreatif dan kritis, berbadan sihat serta memiliki
kepimpinan. William J.
Siegel berkata, “Manusia tidak meracang untuk gagal tetapi mereka gagal merancang.” Oleh itu,
semua

pihak yang terlibat perlu merancangkan tindakan-tindakan yang efektif untuk melahirkan insan
yangcemerlang dalam kalangan rakyat Malaysia.Untuk mencambahkan insan yang cemerlang, ibu
bapa memainkan peranan yang prioriti. MenurutHadis, anak dibaratkan kain putih yang akan
dicorakkan oleh ibu bapanya. Lantaran itu, ibu bapa yangbertanggungjawab dan memiliki ilmu
keibubapaan berupaya mencanai insan yang gemilang. Terlebihdahulu, ibu bapa perlu
menitikberatkan pencapaian akademik anak mereka. Selain menemani anakmereka mengulang kaji
dan membuat latihan, ibu bapa juga perlu menjadi role model atau suri teladankepada anak mereka
dalam amalan membaca kerana ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Amalan membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi, persis peribahasa “melentur buluh biarlah dari
rebung”.

Banyak membaca luasnya ilmunya. Ibu bapa tidak patut lokek atau kedekut untuk memberikan
pujiankepada anak atas sesuatu kejayaan. Hal ini dapat memberikan dorongan kepada mereka untuk
mendakilereng yang penuh dengan onak dan duri hingga mencapai kejayaan yang cemerlang. Hal ini
selarasdengan kata-

kata El Leseur, “Tanpa semangat tidak ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan.”

Tegasnya ibu bapa perlu berusaha membimbing anak mereka ke arah kecemerlangan
akademik.Bagaimanapun, kecemerlangan akademik atau intelek tidak akan membawa sebarang
makna jika tidakdilengkapi dengan sahsiah yang mulia. Ternyata, banyak golongan yang terdidik
turut melibatkan diridalam pelbagai jenayah kolar putih atau gejala sosial terutamanya pengagihan
dadah dan kegiatanmaksiat bagai melukut di tepi gantang. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu
memastikan anakmereka menerima ajaran agama dan nilai-nilai murni di rumah. Ibu bapa perlu
membimbing anakmereka menjalankan solat sembahyang dan mengaji kitab-kitab suci. Golongan
muda perlu memilikikeimanan yang teguh untuk menjauhi segala godaan dan nafsu. Pemuda dan
pemudi yang berbudibahasa, bertanggungjawab dan berjati diri dapat melahirkan masyarakat
sakinat yang diidam-idamkan.Dengan kata lain, ibu bapa hendak membentuk anak remaja yang
berakhlak mulia untuk melahirkanmasyarakat penyayang menjelang wawasan 2020.Untuk
melunaskan hasrat negara, modal insan yang kreatif dan kritis merupakan komponen yangsignifikan.
Pihak sekolah berperanan penting untuk melahirkan insan yang kreatif dan kritis. Sukatanpelajaran
dan kokurikulum sekolah perlu mengalami reformasi dan keluar dari kepompong yang tradisidan
statik. Dalam dunia ICT, pendapatan Google, Facebook dan Microsoft telah mengatasi
pendapatannegara kita. Produk yang dijual oleh mereka ialah kreativiti dan ilmu mereka. Hal ini
telah membuktikanbahawa ilmu yang dimiliki tidak akan berguna jika tidak dicampuri dengan
imaginasi yang berani danpraktikal yang berterusan. Ekoran daripada itu, pihak sekolah perlu
menggalakkan pelajarmengemukakan idea mereka. Pertandingan reka cipta robotik, laman web dan
fesyen serta lain-lain lagiperlu diadakan . Secara tidak langsung, pihak sekolah dan warga didik tidak
boleh lagi bergantung pada
buku teks sahaja tetapi perlu bersikap terbuka untuk melatih anak buah mereka untuk
mencetuskanidea yang kreatif dan kritis.Di samping itu, ibu bapa dan pihak sekolah perlu
memastikan generasi muda kita memiliki badan yangsihat dan cergas. Pihak sekolah perlu
memberikan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menjagakesihatan kerana mencegah lebih baik
daripada mengubati. Pendidikan Jasmani di sekolah perludititikberatkan. Kementerian Pelajaran
telah menetap setiap pelajar perlu bergiat dalam satu sukan. Halini merupakan tindakan yang
bijaksana. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka senantiasa menjagakebersihan dan
mengamalkan pemakanan seimbang seperti kriteria dalam piramid makanan.Sehubungan dengan
itu, putera dan puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu dapat menjauhipenyakit kronik dan
penyakit berjangkit. Badan cergas otak cerdas. Fizikal yang sihat akan membentuksemangat kental
dan waja diri untuk menghadapi pancaroba dalam gelombang globalisasi. Natijahnya,ibu bapa dan
pihak sekolah perlu menitikberatkan kesihatan dan kekuatan fizikal anak muda kita.Sementelahan,
pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang terancang untuk melahirkan pemimpinyang
berwibawa . Apakah ciri-ciri seorang pemimpin yang berwibawa? Tidak lain tidak bukan
pemimpinyang berketerampilan perlu bersikap disiplin, tanggungjawab, amanah, dapat
bekerjasama, berinteraksidan bermusyawarah dengan orang lain serta berupaya berucap di khalayak
ramai. Dalam situasi ini,pihak sekolah perlu menyediakan satu ruang yang kondusif kepada pelajar
untuk menonjolkankepimpinan mereka. Setiap pelajar perlu diberikan peluang untuk menjadi ahli
jawatankuasa dalamkelas, persatuan kokurikulum dan pasukan beruniform. Menurut kata-

kata mutiara, “Anda memerlukansebanyak mungkin pengalaman getir untuk menziarahi keunggulan
anda.” Justeru itu, guru sebagai

penasihat harus membimbing pelajar untuk menjadi pemimpin tanpa banyak campur tangan.
Seperti

peribahasa, “bumi mana tidak ditimpa hujan”, pelajar yang bersalah atau bersilap perlu diberi
peluang

untuk membaiki diri mereka sehingga meminimumkan kelemahan mereka. Kepimpinan seseorang
insanakan berputik setelah dibimbing, diasak, dilatih dan diberi peluang. Hakikatnya, sekolah
merupakanmedan yang kondusif untuk membuahkan modal insan yang bercirikan kepimpinan.
Kesimpulan, bak kata peribahasa, “ pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”, golongan muda

perlu dicanai supaya menjadi modal insan yang cemerlang. Ibu bapa dan guru memainkan peranan
yangterpenting untuk mencapai aspirasi tersebut. Adakah pada tahun 2057, negara kita telah
memiliki saintisyang memperoleh hadiah Nobel? Adakah negara kita akan memiliki usahawan
seperti Bill Gates? Adakahnegara kita akan memiliki olahragawan yang akan memiliki pingat emas
dalam Sukan Olimpik? Hasrattersebut akan tercapai jika masyarakat kita mengalami anjakan
paradigma dari segi pembangunankerohanian untuk melahirkan model insan yang cemerlang seperti
tema Hari kebangsaan, 1 MalaysiaMenjana Transformasi.Pendahuluan: konsep pelajar cemerlang,
mengapa cemerlang, gambaran isi, peri

Anda mungkin juga menyukai