Anda di halaman 1dari 10

KARANGAN 1 : Faedah Membaca Surat Khabar

Surat khabar merupakan bahan bercetak yang memaparkan pelbagai berita dan rencana dan diterbitkan pada setiap hari. Masyarakat digalakkan membaca surat khabar agar dapat memperoleh pelbagai manfaat. Membaca surat khabar dapat meluaskan pengetahuan kita tentang perkara-perkara yang berlaku sama ada di dalam atau pun di luar negara. Membaca surat khabar juga merupakan aktiviti masa lapang yang berfaedah dan dapat menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang meroskkan akhlak. Selain itu, kita dapat meningkatkan kemahiran berbahasa dan meluaskan kosa kata melalui surat khabar. Secara tidak langsung, kita dapat menghasilkan penulisan karangan yang menarik dan bermutu. Faedah seterusnya ialah kita dapat berkomunikasi dengan orang lain terutamanya tertang isu-isu semasa. Kesimpulannya, kita perlu menyemai tabiat membaca dalam diri masingmasing kerana membaca akan menjadikan kita sebagai manusia yang berfikiran matang dan terbuka

KARANGAN 2 : Amalan Hidup Sihat

Amalan gaya hidup sihat perlu dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat. Antara amalan yang perlu dilakukan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang, melakukan senaman dan sebagainya. Kita perlu mengambil makanan yang seimbang dan memperbanyakpengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran dalam diet seharian.Hal ini penting kerana pemakanan yang seimbang akan mengelakkan kita daripada mengalami obesiti dan pelbagai penyakit kronik. Pemeriksaan kesihatan secara berkala juga perlu dilakukan. Tujuannya adalah untuk memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Kita juga perlu bergiat aktif dalam persatuan atau pasukan beruniform. Melalui kegiatan ini , kita dapat mengisi masa lapang scara berfaedah di samping mempunyai kenalan dan sahabat yang ramai. Amalan gaya hidup sihat dapat melahirkan golongan masyarakat yang aktif dan berkualiti untuk menyumbang kepada pembanguna negara. Tuntasnya, kita semua perlu mengamalkan gaya hidup sihat supaya kehidupan menjadi lebih bermakna dan ceria.

KARANGAN 3 :Langkah-Langkah Mengelakkan Kemalangan Jalan raya

Kemalangan di jalan raya merupakan satu tragedi yang begitu banyak meragut nyawa manusia. Walau pun pelbagai kempen keselamatan di jalan raya telah diuar-uarkan, namun angka tragedi tersebut terus meningkat hingga membimbangkan banyak pihak. Salah satu cara untuk mengelakkan kemalangan di jalan raya adalah denganmemastikan kondisi kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik . Kenderaan hendaklah di servis secara berkala supaya tayar, brek, lampu isyarat dan enjin dapat berfungsi dengan sempurna. Selain itu, kita jangan sesekali memandu dalam keadaan letih dan mengantuk. Sekiranya kita memandu di lebuh raya, kita perlulah berhenti untuk merehatkan badan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang disediakan. Sebagai pemandu yang berhemah, kita seharusnya sentiasa mematuhi had laju yang telah ditetapkan. Memandu melebihi had laju menyebabkan kita sukar untuk mengawal kenderaan apabila berhadapan dengan sesuatu kecemasan secara tiba-tiba. Pihak polis pula perlulah sentiasa melancarkan pelbagai operasi danmengenakan kompaun yang setimpal terhadap pesalah jalan raya. Operasi Ops Sikap merupakan antara langkah berkesan yang telah dijalankan bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara kita. Konklusinya, kemalangan dapat dielakkan sekiranya kita semua dapat mengawal emosi ketika berada di jalan raya.

KARANGAN 4 :Sebab-Sebab Pelajar Ponteng Sekolah

Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Gejala ini perlu diatasi supaya tidak menjejaskan masa hadapan mereka. Terdapat sebilangan pelajar berjaga hingga lewat malam kerana menonton televisyen atau melayari internet. Akibatnya, mereka sukar untuk bangun pagi kerana keletihan dan masih dibelenggu rasa mengantuk. Ponteng sekolah juga berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri yang tidak berminat terhadap pelajaran. Hal ini disebabkan mereka tidak mempunyai motivasi diri atau aktiviti pembelajaran di dalam kelas yang kurang menarik. Gejala ini juga berlaku berpunca daripada pengaruh rakan sebaya.Terdapat sesetengah pelajar ponteng sekolah kerana menghabiskan masa bersama-sama rakan mereka sama ada di kafe siber, pusat snooker atau melepak di pasar raya. Akhir sekali, kurangnya pemantauan daripada ibu bapa turut menjadi penyebab ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Sebagai intihar, gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar perlu diatasi oleh semua pihak sama ada ibu bapa, pihak sekolah, polis dan sebagainya.

KARANGAN 5 :Faedah-Faedah Berkebun Sayur

Aktiviti berkebun sayur merupakan kegiatan yang digalakkan oleh pihak kerajaan. Kegiatan ini bukan sahaja boleh dilakukan secara kemersil tetapi juga untuk keperluan diri sendiri. Melalui aktiviti berkebun sayur, kita dapat menyihatkan tubuh badan. Kerja-kerja seperti menyangkul, menggemburkan tanah dan menyiram tanaman akan menyebabkan seseorang itu berpeluh dan boleh mengeluarkan toksin daripada tubuh badan. Selain itu, apabila aktiviti ini dilakukan bersama-sama keluarga, secara tidak langsung hubungan kekeluargaan dapat dieratkan. Seandainya kegiatan berkebun sayur dilakukan secara komersil, aktiviti ini akan memberikan pulangan yang lumayan serta boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan keluarga. Di samping itu, aktiviti berkebun sayur juga dapat membekalkan kita sayur-sayuran yang segar dan terhindar daripada penggunaan bahan-bahan kimia seperti baja dan racun serangga. Konklusinya, semua pihak perlulah menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan bumi hijau di negara kita

KARANGAN 6 :CARA-CARA MENGISI UNTUK MENGISI MASA LAPANG Masa lapang yang tidak diisi dengan kerja-kerja yang berfaedah akan merugikan seseorang. Sesungguhnya masa itu amat berharga seperti emas. Oleh itu, kita tidak harus membazirkan masa dengan begitu sahaja. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan untuk mengisi masa MEMBACA Membaca adalah aktiviti yang boleh kita lakukan apabila kita mempunyai masa lapang. Aktiviti membaca banyak faedahnya kepada kita. Di samping dapat menambahkan pengetahuan, kita juga dapat memperbaiki penguasaan bahasa dan menambahkan perbendaharaan bahasa. Antara bahan bacaan yang sesuai dibaca pada masa lapang lalah akhbar, majalah dan buku-buku agama atau motivasi. MENANAM POKOK HIASAN Menanam pokok hiasan di halaman rumah juga merupakan aktiviti masa lapang yang baik. Rumah yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan akan mencantikkan lagi pemandangan rumah tersebut. Di samping itu, udara di sekeliling rumah menjadi lebih bersih dan segar. Antara pokok hiasan yang boleh ditanam ialah pokok bunga kertas, bunga raya dan pokok puding. BERIADAH Di samping itu, aktiviti beriadah juga sesuai untuk mengisi masa lapang kita. Aktiviti beriadah boleh kita lakukan di taman permainan atau di tepi pantai. Aktiviti riadah juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memupuk nilai-nilai murni di kalangan ahli keluarga jika dilakukan bersama-sama ahli keluarga. Antara aktiviti riadah lalah berjoging, menunggang basikal dan berenang di tepi pantal. Dalam melakukan aktiviti riadah, aspek keselamatan perlu diutamakan. MEMANCING IKAN Masa lapang kita juga boleh diisi dengan memancing ikan. Di samping mengisi masa lapang, aktiviti memancing juga membolehkan seseorang mendapat ikan untuk dijadikan makanan keluarga. Lazimnya, aktiviti memancing juga membolehkan seseorang mempraktikkan nilai kesabaran dalam kehidupan. Aktiviti memancing ikan boleh dilakukan di tepi pantai, di tepi sungai dan di kolam. Jika dilakukan bersama keluarga, pasti hubungan kekeluargaan menjadi semakin erat. MENZIARAHI KELUARGA DAN SAUDARA-MARA Menziarahi keluarga dan saudara-mara juga merupakan aktiviti yang boleh kita lakukan pada masa lapang. Kehidupan masa kini yang semakin sibuk menjadikan hubungan kekeluargaan semakin longgar. Aktiviti menziarahi keluarga akan dapat merapatkan semula hubungan kekeluargaan. Hari yang sesuai untuk aktiviti ziarah ialah pada hujung minggu atau cuti umum. Aktiviti ziarah-menziarahi begini dapat mewujudkan keluarga bahagia.

KARANGAN 7 :KEBAIKAN AMALAN GOTONG-ROYONG Kebaikan amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja. Kerja yang berat, kalau dilakukan beramai-ramai, pastinya akan menjadi lebih mudah. Contohnya di kampung, majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong. Sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung gotong-royong yang dinamakan `rewang' diadakan. Penduduk kampung akan datang beramai-ramai bagi membantu memasang khemah dan memasak untuk majlis perkahwinan. Gotong-royong begini pastinya akan memudahkan kerja-kerja yang dilakukan. Amalan gotong-royong juga akan membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga. Sebagai contoh, jika kerja membersihkan dan menceriakan sesuatu kawasan sekolah, dilakukan oleh seorang pekerja, maka masa yang diperlukan mungkin selama beberapa minggu. Namun demikian jika ia dlakukan secara gotong-royong masa yang diperlukan hanyalah satu hari sahaja. Oleh itu, jelaslah bahawa program gotong-royong membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga. Selain itu, amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan wang. Misalnya dalam hal menyediakan makanan semasa hari perkahwinan, dijalankan secara gotongroyong, pasti kita dapat menjimatkan wang. Tetapi, jika makanan tersebut ditempah daripada syarikat yang menyediakan makanan, belanja yang perlu dikeluarkan adalah lebih tinggi. Begitu juga dengan aktiviti kemasyarakatan yang lain seperti membina tempat menunggu bas kosnya akan lebih rendah jika dijalankan secara gotong-royong Kebaikan seterusnya gotong-royong ialah dapat mewujudkan persefahaman dan kemesraan di kalangan anggota masyarakat. Amalan gotong-royong juga akan mewujudkan suasana hormat-menghormati. Contoh amalan gotong-royong ialah mengadakan sambutan hari perayaan peringkat kampung. Pada hari itu setiap keluarga akan membawa juadah masing-masing dan mereka akan bertukar-tukar juadah semasa jamuan diadakan. Keadaan itu pastinya menyumbang suasana harmoni. Aktiviti gotong-royong juga boleh membawa kepada wujudnya perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Justeru, banyak program yang telah disusun dan dilaksanakan oleh kerajaan. Antara program tersebut ialah Sambutan Bulan Kemerdekaan dan pogram Rumah Terbuka Rakyat Malaysia. Amalan gotong-royong ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Masyarakat yang bersatu padu dan aman membolehkan negara kita menjadi sebuah negara maju.

KARANGAN 9 :PUNCA-PUNCA BERLAKU KEMALANGAN JALAN RAYA Sebab pertama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri. Kebanyakan kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Kebanyakan pemandu cenderung untuk memandu laju iaitu melebihi had laju yang ditetapkan oleh kerajaan. Terdapat juga pemandu yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan jalan dan memberhentikan kenderaan di tempat yang dilarang. Sikap negatif pemandu ini bukan sahaja menyusahkan dirinya apabila berlaku kemalangan, malah dia juga turut menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik turut menjadi penyebab. Kenderaan yang hendak digunakan di jalan raya sewajarnya diselenggara sekurangkurangnya enam bulan sekali. Kebanyakan kos kemalangan berlaku disebabkan sistem brek yang gagal berfungsi dengan baik. Terdapat juga kemalangan berlaku disebabkan tayar kenderaan meletup akibat tayar tersebut rosak atau anginnya berlebihan. Oleh itu, pengguna jalan raya perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk menyelenggara kenderaan mereka. Sebab seterusnya berlaku kemalangan jalan raya ialah keadaan jalan raya yang kurang baik. Jalan raya yang kurang baik membuatkan pemandu kenderaan terpaksa memberikan sepenuhperhatian apabila melalui jalan tersebut. Selain itu, pemandu kenderaan juga mesti lebih berhati-hati apabila melalui jalan tersebut pada waktu malam. Antara ciri-ciri jalan raya yang kurang baik ialah terdapat banyak selekoh tajam, jalannya tidak rata serta berlubang. Oleh itu, pemandu kenderaan mestilah mematuil had laju yang ditetapkan apabila melalui jalan berbahaya. Faktor cuaca juga boleh menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan jalan raya. Di Malaysia, cuaca hujan sering menyebabkan jalan raya basah dan licin . Dalam keadaan yangsedemikian, kemalangan jalan raya banyak berlaku khususnya dl lebuh raya kerana pemandu tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapan tlba-tiba memperlahankan kenderaannya. Hujan yang turun juga boleh menyebabkan pemandangan pemandu kabur dan terhad. Sewajarnya pengguna jalan raya berhati-hati apabila memandu dalam keadaan cuaca hujan dan jalan raya licin. Kurangnya pemantauan daripada pihak berkuasa juga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku. Pihak berkuasa seperti pihak polis hendaklah membuat pemantauan di tempat-tempat yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan. Pihak berkuasa mestl mengambil tindakan undang-undang terhadap pesalah jalan raya. Contoh tempat-tempat yang perlu dipantau ialah jalan berbukit, di garisan berkembar dan kawasan lampu isyarat. Pemantauan yang dijalankan secara berterusan akan menjadikan pengguna jalan raya lebih berhemah ketika di jalan raya sekali gus boleh mengelakkan kemalangan

KARANGAN 10 : LANGKAH LANGKAH MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH Terdapat beberapa tangkah yang perlu dilaksanakan untuk menceriakan kawasan sekolah. Antara langkah yang perlu dibuat oleh pihak sekolah untuk menceriakan kawasan sekolah ialah dengan menanam pelbagai jenis pokok. Di samping menceriakan persekitaran, pokok yang ditanam juga dapat membekalkan oksigen. Penanaman pokok sewajarnya ditumpukan di bahagian pintu masuk dan hadapan pejabat sekolah kerana tempat ini menjadi tumpuan pelawat. Antara jenis pokok yang bo1eh ditanam ialah pokok bunga dan pokok tumbuhan hijau yang cantik. Pokok-pokok yang telah ditanam ini mesti dijaga dengan baik, sepertl menyiram air dan meletakkan baja. Selain itu, keceriaan sekolah juga boleh dipertingkatkan dengan mengecat bangunan lama. Cat bangunan yang pudar atau sudah luntur pasti akan mengganggu keceriaan sekolah. Sewajarnya bangunan sekolah dicat lima tahun sakali dan pihak sokolah boleh meminta peruntukan tersebut daripada Kementerian Pelajaran. Antara warna yang menarik untuk bangunan sekolah adalah warna yang terang. Sesungguhnya, bangunan yang baru dicat akan menyerlahkan lagi keceriaan pokok Di samping itu, pihak sekolah juga boleh membuat landskap di bahagian pintu masuk dan hadapan pejabat. Landskap yang menarik pasti dapat menceriakan lagi kawasan sekolah. Kos untuk membuat landskap ini boleh juga dipohon daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Bentuk landskap sewajarnya ringkas tetapi menarik dan kosnya pula seharusnya tidak terlalu tinggi. Selain itu, pihak sekolah juga boleh meminta khidmat nasihat daripada pihak berkuasa tempatan untuk membuat landskap yang bersesuaian.

Langkah seterusnya supaya sekolah sentiasa ceria ialah dengan tidak membuang sampah di merata tempat. Sikap tidak membuang sampah merata-rata pasti dapat menceriakan persekitaran sekolah. Tindakan tegas hendaklah diambil terhadap pelajar yang tidak mengambil berat tentang peraturan membuang sampah. Dalam pada itu, pihak sekolah hendaklah meletakkan tong sampah di tempat yang strategik supaya pelajar dapat membuang sampah dengan mudah. Pihak pentadbiran sekolah juga hendaklah sentiasa mengingatkan pelajar supaya tidak membuang sampah di merata rata. Untuk pengukuhan, pihak sekolah wajar mengadakan pertandingan keceriaan kelas setiap minggu. Di samping dapat menceriakan persekitaran sekolah, kebersihan sekolah juga dapat memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar. Antara aspek yang perlu diambil kira dalam pertandingan keceriaan kelas ialah kebersihan lantai, kekemasan susunan kerusi dan meja serta pengisian maklumat pada papan kenyataan kelas. Kelas yang paling ceria akan diumumkan di perhimpunan mingguan dan diberi hadiah berserta piala pusingan. Bagi kelas yang tidak mencapai tahap minima keceriaan, denda patut dikenakan. Kawasan persekitaran sekolah sewajarnya sentiasa ceria bagi menghasilkan suasana yang kondusif untuk pelajar belajar. Bagi menampung kos menceriakan kawasan sekolah pula, pihak PIBG juga boleh membantu. Manakala, aktiviti gotong-royong antara warga sekolah dengan PIBG pula perlu diadakan untuk menceriakan kawasan sekolah. Sesungguhnya, persekitaran sekolah pasti akan lebih ceria jika Ibu bapa, pihak PIBG, para pelajar dan pihak sekolah berganding bahu untuk menceriakan sekolah.

KARANGAN 11 : CARA-CARA MENJADI PELAJAR CEMERLANG Setiap orang pasti meninginkan kecemerlangan dalam hidup. Begitu juga dengan seseorang pelajar. Sebagai seorang pelajar kecemerlangan dalam pelajaran merupakan matlamat yang ingin dicapai. Mereka sudah semestinya ingin mencapai keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan juga STPM. Persoalannya, adakah kecemerlangan itu boleh datang dengan sendirinya? Beberapa perkara mesti dilakukan oleh seseorang pelajar itu jika dia mahu menjadi pelajar yang cemerlang. 1. Memiliki Sikap Rajin Antara cara-cara menjadi pelajar cemerlang ialah pelajar mesti memiliki sikap rajin. Pelajar mesti rajin membaca buku di sekolah dan juga di rumah. Pelajar juga mesti rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan mereka perlu bertanya kepada guru jika mereka tidak faham tentang sesuatu perkara atau topic. Apabila peperiksaan, pelajar mesti mengulang kaji pelajaran dengan legih bersungguh-sungguh lagi. 2. Displin Diri

Selain itu, pelajar juga mesti mempunyai displin diri yang tinggi. Pelajar mesti menepati masa dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. Oleh itu, sewajarnyalah pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap dan mereka mesti mematuhi jadual belaar tersebut. Pada masa lapang pula pelajar mesti melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari internet bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka. 3. Menghormati Ibu Bapa Dan Guru Jika pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran, pelajar mestilah sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru. Pelajar juga mesti mendengar nasihat ibu bapa dan guru-guru. Pelajar mesti menerima teguran ibu bapa dan guru-guru dengan fikiran yang terbuka dan positif. Pelajar juga mesti menyayangi ibu bapa dan guru-guru agar pelajar juga akan sentiasa disayangi dan diberkati. 4. Aktif Dalam Kokurikulum Di samping itu, pelajar juga mesti aktif dalam aktiviti kokurikulum. Terdapat banyak faedah jika pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum. Antara faedahnya ilah pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan menjadi cergas dan mereka juga dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman. Selain itu, terdapat pengetahuan dalam bidang kokurikulum yang dapat membantu pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan. 5. Menjaga Kesihatan Diri Pelajar yang cemerlang juga akan menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya, kesihatan yang baik membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajar. Dengan kesihatan yang baik juga, pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan baik terutama ketika menjelang peperiksaan. Semasa hari peperiksaan pula, pelajar yang mempunyai kesihatan yang baik akan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik. Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa cara yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang. Ibu bapa perlu membantu anak-anak dalam menyediakan kemudhan belajar. Pada pendapat saya, pihak sekolah perlu mengadakan program-program motivasi agar mereka terdorong untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Pelajar pula mestilah membuat persediaan lebih awal dalam menghadapi peperiksaan agar mereka boleh menjadi pelajar yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai