Anda di halaman 1dari 3

Karangan Panjang

Kebaikan melancong
Pendahuluan

Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia


mempunyai alam semula jadi yang unik 独特. Keunikan ini menjadi
aset 资产 penting/signifikan 重要 negara untuk memancing hati 吸
引 pelancong asing untuk mengunjungi 参观 negara kita. Oleh itu,
negara kita mampu 能够 menjadikan industri pelancongan sebagai
sumber pendapatan 收入 dominan 主要 Dasawarsa ini, aktiviti
melancong sudah menjadi semakin popular di seantero dunia 全世
界. Namun begitu, masih ramai yang menganggap melancong
hanyalah sesuatu yang membuang masa dan wang semata-mata
untuk berseronok. Mereka tidak sedar akan faedah yang pelbagai
dalam aktiviti pelancongan. Pelancongan ibarat sambil menyelam
minum air kerana bukan sahaja menghiburkan malah mempunyai
pelbagai manfaat yang banyak. Persoalannya, apakah kebaikan-
kebaikan melancong?
Amalan melancong dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
seseorang .Sepanjang pelancongan, setiap orang mempunyai
pandangan masing-masing semasa berkunjung ke sesuatu tempat
bak kata peribahasa rambut sama hitam, hati lain-lain(每个人的看
法不一样). Seterusnya, mereka akan berkongsi 分享 tentang apa-
apa peristiwa yang menarik antara satu sama lain. Sebagai contoh,
terdapat sesetengah orang yang aktif akan tidak sabar lagi untuk
berkongsi tentang kesedapan makanan dan peristiwa istimewa
sepanjang pelancongan. Akibatnya,seseorang itu akan menjadi
lebih matang dan berfikiran terbuka kerana terdedah dengan
sesuatu yang asing daripada kehidupan biasanya. Seseorang juga
akan mempelajari ilmu pengetahuan yang tiada dalam buku teks
melalui amalan melancong selaras 同等 dengan peribahasa jauh
perjalanan, luas pemandangan. Cubalah kita fikirkan bagaimanakah
seseorang itu dapat menjadi cekap jika hanya belajar daripada
buku yang sedia ada tanpa menghayati 体验 sesuatu diri sendiri?
Sebagai lontaran idea yang kedua, melancong juga
berkemampuan untuk menghilangkan stres atau tekanan dalam
kehidupan. Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi
tekanan dalam kehidupan .Hal ini berlaku kerana masyarakat pada
zaman hedonistik ini rakus 贪婪 mengejar taraf hidup yang lebih
baik sehingga berasa tertekan 受到压力.Oleh itu,aktiviti
melancong merupakan herba yang sangat mujarab untuk
mengubati stres seseorang kerana aktiviti melancong dapat
menghiburkan seseorang sehingga dia melupakan masalah yang
menghantuinya selama ini. Tempat-tempat yang dapat
memberikan ketenangan seperti di tepi-tepi pantai, di pulau-pulau
atau di sekitar tasik biasanya menjadi pilihan utama mereka yang
mengalami tekanan.Dengan ini, aktiviti melancong dapat
merehatkan minda dan fizikal seseorang daripada segala
permasalahan.
Di samping itu, hubungan silaturahim kekeluargaan akan
dieratkan 被拉近 sepanjang pelancongan keluarga. Hal ini
dikatakan demikian kerana anak-anak dapat menikmati keindahan
alam bersama dengan ahli keluarga. Di samping itu, ibu bapa dapat
mengambil gambar bersama dengan anak-anak untuk
mengabadikan 永存 memori yang mesra tersebut. Misalnya, ibu
bapa boleh membawa anak-anak melancong ke tempat-tempat
bersejarah seperti Kota A’Famosa dan Makam 墓碑 Mahsuri. Ibu
bapa juga boleh menceritakan kisah-kisah 故事 sejarah tentang
tempat bersejarah tersebut kepada anak-anak dan menggalakkan
anak-anak mengambil gambar di tempat bersejarah tersebut.
Impaknya, anak-anak akan lebih menyanjung 称赞/崇拜 ilmu yang
dimiliki oleh ibu bapa dan turut 也 mencapai matlamat iaitu
mengintimkan 促进 hubungan ahli keluarga seperti isi dengan
kuku. Tuntasnya, hubungan kekeluargaan yang erat sangat penting
dan diibaratkan sebagai akar untuk merealisasikan slogan
“rumahku,syurgaku”.
Tidak ketinggalan, aktiviti pelancongan mempunyai peranan
yang signifikan dalam menjana ekonomi negara. Jika sektor
pelancongan negara dimajukan, pelancong dari negara luar akan
berasa tertarik untuk mengunjungi negara tersebut. Kunjungan ini
bakal meningkatkan ekonomi negara kerana mereka akan membeli
barangan dan cenderamata di negara itu. Pendapatan rakyat yang
terlibat dalam bidang pelancongan seperti pusat beli-belah,
restoran, kraf tangan akan memperoleh pendapatan yang berlipat
ganda 倍增的收入.Jelaslah bahawa pertumbuhan ekonomi negara
dapat terjana melalui pembangunan industri pelancongan negara
kita.
Kesimpulannya, masyarakat digalakkan banyak melancong
kerana aktiviti ini mempunyai banyak faedah untuk diri dan negara.
Pelancongan dapat menghiburkan diri, menambah ilmu
pengetahuan dan mengeratkan hubungan. Oleh itu, rakyat
Malaysia yang berhasrat untuk bercuti di luar negara perlu berfikir
terlebih dahulu kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Biarlah pepohon terus
bergoyang, biarlah matahari terus bersinar, biarlah industri
pelancongan negara terus maju di seantero dunia. Malaysia Boleh!

Pusat Tuisyen Elit Kreatif

Anda mungkin juga menyukai