Anda di halaman 1dari 9

SOALAN : Keharmonian dalam rumah tangga dapat diwujudkan daripada sikap

yang baik dalam kalangan anak-anak. Bincangkan sikap yang perlu ada
kepada anak-anak bagi melahirkan sebuah keluarga yang harmoni.

Keluarga bahagia adalah menjadi impian semua orang. Matlamat “Rumahku


Syurgaku” menjadi hasrat semua keluarga. Keluarga bahagia menjadi terminal untuk
membangunkan sebuah masyarakat yang sihat sama ada dalam aspek mental,
fizikal, emosi mahupun sahsiah. Namun demikian, bukan semua impian untuk
melahirkan sebuah keluarga yang harmoni boleh mencapai matlamat. Sekiranya
semua impian boleh dicapai dengan begitu mudah, nescaya tiadalah keluarga yang
pincang dan terbentur kecundang ditelan gelombang. Walaupun, tanggungjawab
membangunkan keluarga yang harmoni terletak atas kebijaksanaan ibu bapa,
namun anak-anak turut tidak terkecuali. Oleh yang demikian, bagi merealisasikan
matlamat keluarga yang harmoni, anak-anak haruslah bersikap positif dan turut
memainkan peranan agar keluarga yang dibina menjadi keluarga progresif, harmoni,
dan sejahtera.

Strategi penting untuk menjayakan matlamat di atas, anak-anak hendaklah


menjadi seorang insan yang patuh kepada agama dan taat kepada ibu bapa. Hal ini
demikian kerana sikap tersebut amat dituntut sama ada di sisi agama mahu pun
budaya. Oleh itu, jadilah anak-anak penawar hati dan pelunak perasaan kepada ibu
dan ayah. Hormati dan taatilah ibu bapa kerana kesejahteraan dunia dan akhirat
adalah dengan redha ibu bapa. Apabila ibu bapa dipatuhi manakala perintah Tuhan
ditaati nescaya lahirlah insan sempurna sama ada peribadi mahupun nurani .
Sesungguhnya, inilah watak yang menjadi resepi lengkap untuk mewujudkan
keharmonian dalam harapan menjadikan “Rumahku Syurgaku”.

Selain itu, anak-anak yang baik adalah yang mulia budi perkerti dan bermoral
tinggi. Budi pekerti dan moral sentiasa menjadi pakaian peribadi. Apabila elok
pekerti nescaya terserlahlah nilai-nilai insani. Sudah sewajarnya, anak-anak
mencerminkan diri dengan akhlak dan sopan santun, bak kata Imam al Ghazali,
“Hendak mengenal diri lihatlah pada cermin, hendak mengenal peribadi
bercerminlah pada wajah”. Oleh itu, hiasilah diri dengan kelembutan hati dan
kesederhanaan sikap sebagai penyuluh pekerti kita. Hormatilah setiap ahli keluarga
dengan yang tua dihormati, manakala yang muda disayangi. Seandainya, karekter
seperti ini kekal diperkasakan, insya-Allah lahirlah sebuah keluarga yang harmoni,
ibarat di air yang bening terpancar bayang yang jernih.

Sikap ringan tulang dan keletah yang ada pada sesetengah anak merupakan
kriteria yang amat baik untuk membentuk keluarga yang harmoni. Anak-anak seperti
ini tidak pernah berkira sama ada tenaga mahupun penat lelah dalam memberi
khidmat kepada keluarga. Mereka mudah mesra dan cepat peka terhadap segala
kerenah dalam keluarga. Ketiadaan mereka di rumah amat dirasa oleh semua ahli
keluarga. Malahan ada ketika wujud salah faham apabila anak-anak seperti ini
dianggap anak emas pula. Sepatutnya inilah sikap yang wajar ditunjukkan oleh
anak-anak sebagai tanda membalas budi ibu bapa di samping mengikat hubungan
mawaddah dengan ahli keluarga yang lain. Sebagai anak, ingatlah akan kelahiran
kita ke dunia adalah atas limpahan darah, peluh dan air mata seorang ibu. Dengan
hal yang demikian, balasi ibu bapa dengan sikap ringan tulang demi sebuah
keluarga yang harmoni dan prihatin.

Resam hidup, patah tumbuh hilang berganti. Sampai waktu ibu bapa akan
berlalu pergi, justeru anak-anak pula yang mengambil giliran. Memahami situasi
hukum alam itu, anak-anak wajar bersedia untuk mengambil tanggungjawab.
Tanggungjawab seperti menjaga rumah tangga, menghubungkan silaturahim
dengan adik beradik dan menjaga maruah serta nama keluarga amatlah dituntut
oleh mana-mana masyarakat pun. Seandainya, nilai-nilai murni ini boleh
diperkasakan sudah pasti keharmonian dalam rumah tangga akan terbentuk. Anak-
anak seyogia perlu berpandangan jauh kerana segala sikap mereka menjadi cermin
kepada ibu bapa kerana mengenal batang (perdu) lihatlah pada daunnya. Janganlah
terjadi seperti segelintir anak-anak yang lupa diri ibarat buah melayang jauh, tampuk
dilupakan. Oleh itu, sebagai anak yang baik bersedialah untuk mengambil
tanggungjawab untuk mengharmonikan keluarga.

Bertolak ansur dan saling memahami menjadi sebahagian resepi untuk


melahirkan sebuah keluarga yang harmoni. Oleh hal yang demikian, dalam kalangan
anak-anak wujudkan sikap saling bertoleransi supaya keluarga beroleh aman dan
tenteram. Daripada sikap bertoleransi akan lahirlah perasaan saling menyayangi dan
saling menghargai antara satu sama lain. Tiada masalah salah faham dan salah
anggap kononnya ada yang lebih istimewa dan ada pula yang terpinggir. Sesama
adik-beradik jalinan hormat dan kasih ibarat isi dengan kuku. Sebarang perbuatan
yang boleh menyakiti darah daging sendiri tidak lebih daripada cubit peha kiri peha
kanan pun sakit juga. Seandainya wujud salah faham pun, carilah jalan
penyelesaian kerana perselisihan dalam kalangan adik-beradik ibarat air dicencang
tidak akan putus. Oleh itu, setiap ahli keluarga bertanggungjawab untuk menjaga
dan memupuk institusi yang tertua dalam sejarah manusia ini agar terus subur
dengan sifat kasih sayang, harmoni dan penuh mawaddah.

Sesungguhnya, keluarga yang harmoni menjadi teras kepada masyarakat


yang dinamik. Sikap penyayang ibu bapa dan tingkah laku yang positif dalam
kalangan anak-anak menjadi wadah utama untuk membina keluarga yang harmoni.
Oleh itu, sebagai anak, berilah sumbangan yang terbaik agar keluarga memperoleh
kebahagiaan. Ingatlah pada pesanan, “Keluarga bahagia penjana kecemerlangan
ummah”.
Soalan : Usaha-usaha Memajukan Industri Pelancongan Negara

Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai


alam semula jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan. Oleh itu, negara
kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan
negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya. Berdasarkan jumlah
pelancong yang semakin bertambah ke negara kita sejak belakangan ini, jelas
menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.
Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha
negara menarik kedatangan pelancong. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan, menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus
menjadi tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja.
Saya berpendapat bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan
bagi memastikan lebih banyak pelancong mengunjungi Malaysia dan tinggal di
negara ini.

Antara faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya


kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan. Hal ini kerana
pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara ingin keselesaan dan mencari
ketenangan. Oleh itu, kerajaan wajar memperlengkap kemudahan pengangkutan
dan komunikasi yang ada khususnya untuk memudahkan pelancong sampai ke
destinasi yang akan dituju. Misalnya, banyak pelancong yang datang ke negara kita
adalah untuk menikmati keindahan pulau dan pantai. Oleh itu, kerajaan harus
menambah kemudahan perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa
buah pulau di sekitar Laut China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati
keindahan alam semula jadi. Tugas menyediakan kemudahan ini akan lebih
berkesan sekiranya kerajaan sentiasa mengawasi syarikat yang ditugaskan untuk
menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut.

Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya


turut menjadi faktor penting dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara
kita. Kemudahan penginapan penting kerana ini akan menentukan sarna ada
seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya. Jika tempat penginapan
selesa dan lengkap, hal ini akan mendorong seseorang pelancong itu tinggal lebih
lama di negara ini sekali gus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata
wang asing. Pembinaan hotel dan rumah penginapan yang tumbuh seperti
cendawan tumbuh selepas hujan di bandar atau di desa di seluruh negara
membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke
negara ini. Penyediaan kemudahan penginapan harus juga mengambil kira kadar
sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu.

Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM)


wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang
terdapat di negara ini, khususnya di tempat- tempat baharu yang dikenal pasti boleh
menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Hal ini dapat dilakukan sama ada
menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media
elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan mewujudkan halaman
pelancongan dalam internet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan
Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing.
Usaha LPPM mempromosi Malaysia dengan mengiklankan negara kita pada dinding
60 buah bas di kota London pada tahun lalu menandakan usaha serius pihak
terbabit dalam nenarik lebih banyak pelancong datang ke negara ini. Jika maklumat
yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, mereka tentunya akan datang
melawat negara kita pada suatu hari kelak.

Kepelbagaian kebudayaan dan adat resam penduduk tempatan juga dapat


menarik banyak pelancong datang ke negara ini. Malaysia yang memang kaya
dengan pelbagai jenis kebudayaan seperti tarian Melayu, India, Cina, dan suku
kaum di Sabah serta Sarawak mampu menghiburkan pelancong, khususnya kepada
pelancong yang gemar kepada sesuatu yang baru. Kebanyakan pelancong memang
gemar melihat kehidupan masyarakat di sesuatu tempat. Rumah Budaya di Kuching,
Sarawak menempatkan pelbagai jenis rumah dan kebudayaan suku kaum di negeri
berkenaan dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke sana.
Kementerian terbabit harus menjadikan pelbagai budaya yang unik di negara kita
sebagai daya tarikan utama dalam membangunkan industri pelancongan dengan
rnemperkemas persembahan yang sedia ada.

Mengadakan promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar


dilakukan oleh LPPM dalam usaha menarik lebih banyak pelancong mengunjungi
negara ini. Pelbagai aktiviti seperti rnengadakan Minggu Malaysia di beberapa buah
negara di seluruh dunia dan acara pertukaran delegasi kebudayaan dengan negara
tertentu adalah antara usaha berkesan memperkenalkan Malaysia kepada
pelancong asing. Tindakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
membuka pusat penerangan di beberapa buah negara membuktikan bahawa usaha
yang berterusan telah dilakukan dalam menarik pelancong. Buktinya, program
seperti Tahun Melawat Malaysia (TMM) ternyata berjaya menarik ramai pelancong
datang ke negara ini, sekali gus memberi keuntungan besar melalui tukaran mata
wang asing. Promosi pula perlu dipertingkat bagi menarik kehadiran pelancong
walaupun terpaksa rnembelanjakan wang yang besar, namun pulangannya juga
lumayan.

Berdasarkan penerangan di atas, jelas bahawa pelbagai cara boleh


dilakukan dalam usaha menarik pelancong datang ke negara ini. Oleh itu, pihak
terbabit harus memikirkan kaedah lain yang lebih berkesan, mudah, dan tidak
memerlukan perbelanjaan yang besar sejajar dengan keadaan ekonomi negara
yang meruncing dewasa ini. Jadi, tanggungjawab untuk mempromosi keunikan dan
keindahan alam semula jadi negara kita kepada pelancong harus dikongsi bersama
kerana rakyat juga akan mendapat manfaatnya. Industri pelancongan di negara ini
akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan
negara jika diusahakan secara lebih profesional.
Soalan : LANGKAH-LANGKAH MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN DESA

Sedasawarsa ini, pelancongan desa merupakan industri perkhidmatan yang


kian berkembang pesat di negara kita. Pada tahun 2000, purata pelancongan yang
berkunjung ke Malaysia dianggarkan sebanyak 10.2 juta orang. Senario ini
menjadikan Malaysia sebagai negara ketiga paling banyak menerima pelancong
Asia Timur selepas China dan Hong Kong. Lantaran itu, pelancongan desa telah
juga mendapat tempat di mata pelancong asing. Pelancongan desa dapat
memberikan pengalaman kepada pelancong supaya menghargai kehidupan di
kampung dan menikmati kebudayaan dan adat resam sesuai dengan
peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau
menguak. Pelancongan desa akan bertambah maju sekiranya pelbagai pihak
memainkan peranan penting untuk memajukan industri ini. Persoalannya, apakah
langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan industri ini agar terus
berkembang maju?

Langkah pertama yang perlu dilaksanakan untuk memajukan pelancongan


desa ialah pihak kerajaan perlu mengadakan kempen melalui media massa dan
media elektronik. Melalui kempen yang dilaksanakan, keunikan dan kelebihan
sesebuah desa dapat disebarkan kepada masyarakat tempatan dan pelancong
asing dengan cepat. Dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi yang ada pada
masa kini, kerajaan boleh membina laman sesawang yang mengandungi pelbagai
informasi tentang keistimewaan sesebuah desa di negara kita untuk disebarkan
kepada masyarakat luar. Sekiranya pihak kerajaan memandang enteng dan
bersikap lepas tangan dalam usaha untuk memajukan sektor pelancongan desa,
maka industri ini akan terus hilang ditelan zaman justeru dapat mengurangkan
pendapatan penduduk kampung. Oleh itu, pelaksanaan kempen merupakan langkah
pragmatik dalam usaha memajukan pelancongan desa agar industri ini tak lapuk
dek hujan, tak lekang dek panas ditelan arus kemodenan.

Langkah seterusnya untuk memajukan pelancongan desa agar terus


berkembang ialah pihak kerajaan melalui Kementeriaan Pelancongan di bawah
pimpinan Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen haruslah menyediakan dan mencekapkan
infrastruktur di negara kita. Dengan adanya kelengkapan infrastruktur yang
sempurna dan kondusif, sudah pasti negara kita akan menjadi destinasi utama
kepada pelancong-pelancong asing. Selain itu, kemasukan pelancong asing akan
dapat meningkatkan ekonomi industri desa di negara kita melalui pengaliran mata
wang asing. Pihak kerajaan juga seharusnya mengeluarkan dana untuk diagihkan
kepada wakil-wakil di setiap negeri bagi menaik taraf infrastuktur seperti rumah
penginapan, siber kafe, bekalan air bersih, kafe dan kemudahan asas yang lain.
Cuba kita bayangkan bagaimana reaksi pelancong asing yang melancong ke negara
kita jika kerajaan tidak mengambil berat terhadap kemudahan infrastruktur?
Seandainya pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab seperti melepaskan batuk
di tangga, maka industri desa akan terus berada pada takuk yang sama. Tegasnya,
pihak Kementeriaan Pelancongan perlulah menyediakan dan mencekapkan
infrastruktur agar industri desa di negara kita terus berkembang maju.

Selain itu, pihak pengurusan inap desa perlu menyediakan pelbagai aktiviti
rekreasi sebagai satu minhaj untuk memajukan industri pelancongan desa di negara
kita. Aktiviti-akitiviti rekreasi perlu dilaksanakan dengan lebih efektif kerana aktiviti
tersebut merupakan daya tarikan utama kepada pelancong asing mahupun
pelancong tempatan untuk menyertai aktiviti yang dijalankan sekaligus
meningkatkan industri pelancongan desa. Pihak pengurusan inap desa boleh
menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi. Sebagai contoh, mereka boleh
memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti gasing, congkak,
wau, dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan tarian, aktiviti
menuai padi, dan pertandingan membuat kraf tangan. Di samping dapat
memperkenalkan budaya tempatan kepada pelancong asing, aktiviti ini juga dapat
mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mereka. Melalui aktiviti ini,
banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa pelancong-pelancong kerana ketika
menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk saling membantu ibarat hati
gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah. Seandainya aktiviti rekreasi tidak
dilaksanakan dengan penuh komitmen, sudah pasti industri pelancongan desa akan
terus mundur dan berada di takuk lama. Tegasnya, pihak pengurusan inap desa
perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai uslub penting untuk memajukan
industri pelancongan desa di negara kita.

Di samping itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan juga


haruslah memainkan peranan mereka dengan mempromosikan kawasan
pelancongan di desa kepada pelancong dalam dan luar negeri. Selain itu, untuk
meningkatkan keberkesanan promosi ini lagi, pihak kerajaan juga haruslah
bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk meningkatkan
kehadiran pelancong dalam negara kita ini lagi. Pihak Kementerian Pelancongan
haruslah menitikberatkan perkara ini kerana tidak banyak rakyat Malaysia dan
pelancong asing mengenali kawasan-kawasan yang strategik untuk melancong dan
melawat kawasan desa di negara kita. Lebih-lebih lagi, ekonomi negara Malaysia
juga bergantung kepada sektor pelancongan dengan pertambahan pelancong dari
luar dan dalam negara dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sumber
ekonomi negara kita lagi.

Langkah yang lain adalah dengan mengadakan kempen secara giat dan
efektif. Pihak media massa dan media elektronik juga haruslah memainkan peranan
mereka dalam menjayakan kempen pelancongan ini dengan menyiarkan dan
memaparkan lokasi-lokasi di desa yang strategik untuk dijadikan kawasan
pelancongan. Pihak kerajaan juga haruslah campur tangan dalam hal ini dengan
mengadakan festival-festival seni dan kebudayaan di kawasan-kawasan desa yang
terpilih untuk menambah minat pelancong lagi untuk mengenali dengan lebih
mendalam tentang kebudayaan dan adat resam sesebuah masyarakat di desa itu.
Secara tidak langsung, pelancong akan mengunjungi kawasan itu untuk mengetahui
dengan lebih mendalam lagi tentang kebudayaan di situ bak kata pepatah, tak kenal
maka tak cinta. Sebagai contoh, untuk menarik minat kedatangan pelancong dari
dalam dan luar negara adalah dengan mengadakan pesta wau, pesta mencanting
batik dan pesta kebudayaan masyarakat di kawasan desa itu. Seandainya langkah
untuk mempromosikan kawasan pelancongan di desa tidak diambil serius oleh pihak
kerajaan, kempen Cuti-cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia tidak dapat
dijayakan, seterusnya menjatuhkan kekukuhan sektor pelancongan di negara kita.
Tegasnya, peranan pihak kerajaan mempromosikan kawasan pelancongan di desa
kepada pelancong dalam dan luar negeri dapat menambahkan kehadiran pelancong
di negara ini.

Langkah seterusnya, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan perlu


membangunkan kawasan desa sebagai langkah untuk memajukan industri
pelancongan desa. Berdasarkan kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa
masih terdapat banyak tempat menarik di Malaysia yang mampu dieksploitasi
sebagai tempat pelancongan khususnya di kawasan-kawasan desa. Sehubungan
dengan itu, pihak berkuasa tempatan seharusnya mengambil langkah proaktif
dengan membangunkan sesebuah desa menjadi sebuah pusat pelancongan. Pihak
kerajaan bolehlah mendirikan sekurang-kurangnya satu industri dalam sesebuah
desa seperti industri pemprosesan makanan, batik dan kraf tangan. Industri desa
haruslah diperkembangkan supaya tak lapuk dek hujan tak lekangdek
panas serta dapat memberi pulangan yang lumayan dalam industri pelancongan.
Andainya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan mengambil langkah
sebegini, maka industri pelancongan desa di negara kita dapat terus berkembang
maju. Tegasnya, untuk memajukan industri desa, kerajaan negeri melalui pihak
berkuasa tempatan hendaklah membangunkan kawasan desa sebagai salah satu
pusat pelancongan desa.

Kesimpulannya, peranan semua pihak sangat signifikan dalam memajukan


industrI pelancongan desa di negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah
memainkan peranan dan bekerjasama bagai aur dan tebing dalam merealisasikan
modus operandi untuk memajukan pelancongan desa di negara kita. Pelancongan
menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-
industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam
pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Selain sudut
komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini
dengan sendirinya dapat memakmurkan Malaysia di mata dunia luar. Senario ini
secara tidak langsung dapat menangkis pandangan negatif negara-negara Barat
yang suatu ketika dahulu pernah mengatakan negara kita sebagai sebuah negara
yang penduduknya tinggal di atas pokok dan bercawat. Industri pelancongan secara
tidak langsung dapat menaikkan nama negara di mata dunia walaupun negara kita
merupakan satu titik kecil di atas peta. Oleh itu, kita sepatutnya mengusahakan
industri pelancongan desa di negara kita dengan sebaik-baiknya.
Soalan: Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat
terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini
bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga. Jadi,apakah punca-
punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya.

ISU PENGANGGURAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin


menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan
belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini
sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan
peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti
dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlaku

Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang
merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar
dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga
sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti
ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap
ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa
kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.

Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak
mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika
di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran
berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai
kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja
yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama
penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer.

Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap
belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil
konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau
sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan
berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama
menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan
akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar.

Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah


menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak
modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika
pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan
telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara
berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju
KL-Singpura dijangka mampu meninggikan pertumbuhan ekonomi negara selain
mengurangkan pelbagai cukai.

Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan


golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan
penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program
ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi
untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini
turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak.

Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya


kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk
mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan
mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri
kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang
lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil
peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan.

Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma


masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka.
Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering
meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang
hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Anda mungkin juga menyukai