Anda di halaman 1dari 1

KELUARGA MALAYSIA

Keluarga Malaysia itu disifatkan lebih inklusif kerana merentasi sempadan agama,
bangsa dan kaum. Konsep itu menggariskan tiga teras utama iaitu ialah
Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran. Keluarga Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang, jurang ekonomi itu sangat perlu diperbaiki. Kita
Nampak rakyat tidak mengira kaum berganding bahu untuk memulihkan impak
negative kesan Covid-19, keadaan ini juga secara rakyat di negara ini.

Untuk menjadi rakyat Malaysia yang prihatin, kesedaran dan ilmu pengetahuan
adalah penting. Masyarakat Perlulah Cakna berkenaan sejarah, kehidupan,
persekitaran dan hal ehwal semasa. Ianya memerlukan usaha berterusan dari semua
pihak untuk membantu dalam memupuk, mengkukuh, memelihara perpaduan dan
kebersamaann dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pelbagai masalah yang wujud di negara ini sering dikaitkan dengan kegagalan
sebuah institusi keluarga. Kebelakangan ini, hubungan kekeluargaan terutama di
kawasan bandar dilihat tidak erat berbanding dengan keluarga yang tinggal di
kawasan pedalaman. Hal ini disebabkan oleh sikap ibu bapa yang tidak endahkan
anak-anak mereka kerana jarang meluangkan masa bersama mereka. Kehidupan yang
serba moden turut merenggangkan lagi hubungan kekeluargaan. Oleh itu, amat
penting bagi masyarakat kita didedahkan dengan manfaat-manfaat mewujudkan
perasaan kekeluargaan.

Sebagai contoh, ibu bapa sepatutnya meluangkan masa bersama anak-anak agar
dapat memahami tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran mereka serta hobi
dan pergaulan mereka dengan kawan-kawan. Tamsilnya, ibu bapa juga boleh bercerita
kepada anak-anak yang masih kecil sebelum mereka tidur serta bergembira sesama
anak-anak semasa sambutan hari jadi mereka atau semasa mereka memperoleh
kejayaan. Intihanya, anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang beradab
sopan, ceria serta berkeyakinan diri. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan
masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan tersebut akan menyakiti hati ibu bapa.
Sebaliknya, mereka menjadi orang yang mempunyai sahsiah yang baik, serta
menghormati ibu bapa, bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu bapa.

Tambahan pula, imej negara di mata masyarakat dunia akan juga terus bersinar.
Keluarga yang bahagia menghasilkan semua impak yang positif. Selain daripada itu,
keluarga yang harmoni dan bahagia akan dapat diwujudkan dengan mudah jika setiap
ahlinya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil.
Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama mereka
akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini.

Anda mungkin juga menyukai