Anda di halaman 1dari 7

5/4/2020 Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia

Karangan

Kepentingan Keluarga Yang Bahagia


Dan Harmoni

Ipendidikan » Karangan » Kepentingan Keluarga Yang Bahagia Dan


Harmoni
Disemak dan dikemaskini pada pukul 2:24 pm, 30 Mac 2020

Setiap orang mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia. Hal ini


kerana keluarga merupakan orang yang bernilai dalam hidup kita yang
dapat membantu menjamin kestabilan emosi dan mental kita.
Memperoleh keluarga yang bahagia adalah satu perkara yang sangat
penting kerana pembinaan dan pembangunan satu masyarakat dan
negara bermula dari pembentukan satu keluarga yang mulia. Berikut
dikongsikan contoh karangan kepentingan memiliki keluarga bahagia
buat rujukan pelajar.

Pelbagai masalah yang wujud di negara ini sering dikaitkan dengan


kegagalan sebuah institusi keluarga. Kebelakangan ini, hubungan
kekeluargaan terutama di kawasan bandar dilihat tidak erat berbanding
dengan keluarga yang tinggal di kawasan pedalaman. Hal ini
disebabkan oleh sikap ibu bapa yang tidak endahkan anak-anak mereka
kerana jarang meluangkan masa bersama mereka. Kehidupan yang
serba moden turut merenggangkan lagi hubungan kekeluargaan. Oleh
itu, amat penting bagi masyarakat kita didedahkan dengan manfaat-
manfaat mewujudkan perasaan kekeluargaan.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-memiliki-keluarga-bahagia.html#Contoh_Karangan_Kepentingan_Memiliki_Keluarga_Bahagia 1/7
5/4/2020 Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia

Isi Kandungan [Tutup]

1. Kepentingan Memiliki Keluarga Yang Bahagia Dan Harmoni


2. Contoh Karangan Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia

Kepentingan Memiliki Keluarga Yang


Bahagia Dan Harmoni

Isi-Isi Penting
Antara kepentingan-kepentingan mewujudkan perasaan kekeluargaan
dalam kehidupan masyarakat dalam era globalisasi ini adalah seperti
berikut:

1. Melahirkan satu generasi muda yang berketerampilan


2. Mengelakkan berlakunya masalah sosial dalam keluarga
3. Mengurangkan kes jenayah
4. Mampu meningkatkan produktiviti masyarakat
5. Mampu menjamin keamanan negara
6. Menyumbang kepada pembangunan negara

Contoh Karangan Kepentingan Memiliki


Keluarga Bahagia
1) Melahirkan satu generasi muda yang berketerampilan

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-memiliki-keluarga-bahagia.html#Contoh_Karangan_Kepentingan_Memiliki_Keluarga_Bahagia 2/7
5/4/2020 Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia

Umum mengetahui, dalam satu keluarga wujudnya ayah dan ibu yang
berperanan membantu anak untuk memahami erti kehidupan terutama
sekali aspek kesopanan yang mesti diamalkan oleh seseorang anak.
Sekiranya ibu bapa gagal melakukannya, datuk dan nenek pula menjadi
sandaran untuk mendidik anak tersebut untuk menjadi lebih baik.
Sehubungan itu, ibu bapa bertanggungjawab dalam menyemai
kesedaran mengenai pentingnya kehidupan beretika. Antara caranya
ialah dengan mencurahkan kasih sayang kepada anak bagai menatang
minyak yang penuh sejak mereka kecil lagi. Sebagai contoh, ibu bapa
sepatutnya meluangkan masa bersama anak-anak agar dapat
memahami tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran mereka
serta hobi dan pergaulan mereka dengan kawan-kawan. Tamsilnya, ibu
bapa juga boleh bercerita kepada anak-anak yang masih kecil sebelum
mereka tidur serta bergembira sesama anak-anak semasa sambutan
hari jadi mereka atau semasa mereka memperoleh kejayaan.

Intihanya, anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang


beradab sopan, ceria serta berkeyakinan diri. Mereka tidak akan
melibatkan diri dengan masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan
tersebut akan menyakiti hati ibu bapa. Sebaliknya, mereka menjadi
orang yang mempunyai sahsiah yang baik, serta menghormati ibu bapa,
bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu bapa.

Selain itu, ibu bapa sepatutnya memberikan didikan agama kepada


anak-anak. Ibu bapa patut membawa anak-anak ke tempat beribadat
untuk bersembahyang secara berjemaah atau menjalankan pelbagai
aktiviti bermanfaat seperti bergotong-royong. Walaupun anak-anak juga
seringkali berhadapan dengan cabaran dan pancaroba globalisasi,
mudah-mudahan mereka dapat mengawal diri dan tidak mudah
terpengaruh dengan gejala negatif seperti memeras ugut, berlumba
haram, merokok dan mencuri.

Apabila anak-anak sibuk mendalami ajaran kitab berdasarkan agama


masing-masing, mereka akan memperoleh panduan hidup yang baik
serta akan berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana sedar
bahawa kesudahan yang baik menanti diri mereka. Tambahan pula,
pendidikan agama akan menjadi bimbingan kepada mereka agar
membesar sebagai insan bijaksana dan beretika.

2) Mengelakkan berlakunya masalah sosial dalam keluarga


Remaja masa kini memerlukan seseorang yang lebih tua untuk
menasihati serta memberitahu mereka sekiranya mereka melakukan
sebarang kesilapan terutama dalam gejala yang tidak sihat.
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-memiliki-keluarga-bahagia.html#Contoh_Karangan_Kepentingan_Memiliki_Keluarga_Bahagia 3/7
5/4/2020 Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia

Pengawasan ketat mesti dilakukan oleh keluarga agar dapat


memastikan remaja tidak melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan
imej remaja tersebut kelak. Kita perlu memastikan gejala sosial tidak
mudah mempengaruhi minda mereka. Remaja yang kurang perasaan
kekeluargaan dan kasih sayang akan mudah terjebak dengan budaya
kuning seperti merokok dan melepak di pusat beli-belah jika mereka
tidak mempunyai panduan hidup yang jelas. Lantaran itu, mereka akan
menjadi mudah memberontak dengan melakukan perkara yang tidak
sihat untuk mendapat perhatian orang ramai.

Sebuah institusi keluarga yang bahagia akan dapat membendung


masalah sosial dalam kalangan remaja ini. Hal ini kerana, jika keluarga
itu kucar-kacir, selalu bertengkar, dan tiada lagi kasih sayang, sudah
pasti akan melahirkan generasi yang bermasalah dan cenderung terlibat
dengan masalah sosial yang sering menyebabkan kesejahteraan negara
tergugat. Namun begitu, keadaan sebaliknya akan berlaku jika sesebuah
keluarga berjaya mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian. Oleh itu,
sesebuah keluarga pasti akan melahirkan generasi yang
bertanggungjawab, memiliki sifat dan sikap yang terpuji dan penuh kasih
sayang kerana mendapat didikan serta mencontohi teladan yang baik
daripada ibu bapa mereka.

Dengan adanya keluarga yang harmoni, anak-anak tidak akan terlibat


dengan kancah negatif seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme dan
gengsterisme. Perkara ini akan menjamin golongan yang baru berdarah
setampuk pinang ini dapat melalui jalan yang benar bagi menjadi
individu yang berkualiti dan mengharumkan nama keluarga.

3) Mengurangkan kes jenayah


Kes jenayah sering dilakukan oleh individu yang mempunyai masalah
dengan keluarganya. Kebanyakan kajian membuktikan pencetus utama
penjenayah melakukan kesalahan undang-undang seperti membunuh
dan merogol adalah disebabkan masalah kekeluargaan. Mereka hilang
pertimbangan sehingga melakukan jenayah kerana tertekan dan cuba
mencari jalan penyelesaian bagi masalah mereka. Ketiadaan keluarga
untuk menjadi tempat mereka meluahkan masalah menjurus isu ini
berlaku. Fenomena negatif ini mampu dibendung jika semua keluarga
berupaya memainkan peranan mereka dengan begitu baik untuk
mendidik dengan sebaik mungkin. Setiap orang perlu ingat bahawa
keluarga yang menjadi penentu kelakuan seseorang anggota
masyarakat itu.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-memiliki-keluarga-bahagia.html#Contoh_Karangan_Kepentingan_Memiliki_Keluarga_Bahagia 4/7
5/4/2020 Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia

Didikan dan asuhan ibu bapa amat penting supaya anak-anak menjadi
golongan berkualiti serta dihormati dan tidak menjadi golongan agen
perosak terhadap pembangunan negara. Dalam hal ini, ibu bapa yang
merupakan tulang belakang keluarga dapat mewujudkan keharmonian
dalam rumah tangga dengan memperingati hari jadi ahli keluarga,
mengadakan hari keluarga, melancong dan sebagainya. Apabila
wujudnya suasana yang harmoni di rumah, anak-anak akan berasa lebih
selamat dan selesa untuk berada di rumah daripada membazirkan masa
dengan berpeleseran di luar rumah.

Secara tidak langsung, negara kita akan sentiasa dalam keadaan aman
damai apabila masalah gejala sosial dan kadar jenayah berkurangan.
Negara yang harmoni dan tiada masalah dalaman mahupun luaran
mampu melahirkan masyarakat yang tinggi nilai kekeluargaan. Hal ini
demikian kerana, mereka bebas melakukan pelbagai aktiviti bersama
keluarga tanpa memikirkan masalah-masalah yang menimpa negara
mereka.

4) Mampu meningkatkan produktiviti masyarakat


Kewujudan keluarga bahagia mampu meningkatkan produktiviti
masyarakat terutamanya dalam aspek kerjaya kerana setiap keluarga
merupakan alat keseimbangan kehidupan seseorang. Tekanan di tempat
kerja yang dialami oleh seseorang individu akan hilang jika dikelilingi
oleh keluarga mereka. Dengan ini, akan timbul perasaan ceria dalam
kalangan ahli keluarga.

Untuk itu, keluarga secara langsung ataupun tidak turut mempengaruhi


jatidiri sesebuah masyarakat. Dari keluarga munculnya generasi
manusia yang bermartabat, memiliki perasaan kasih sayang, dan saling
tolong-menolong di antara mereka. Dengan itu, akan tercipta satu aturan
kehidupan masyarakat yang kuat, yang disokong oleh keluarga-keluarga
yang harmoni dan berkasih sayang.

Produktiviti rakyat juga turut akan bertambah kerana mereka berasa


gembira melihat keluarga yang bahagia dan keadaan negara yang aman
dan makmur. Rakyat negara yang harmoni pasti berwawasan dan
mempunyai modal insan yang tinggi. Justeru, mereka dapat menjaga
kebajikan keluarga seterusnya meningkatkan taraf hidup keluarga,
bangsa dan negara mereka. Pertumbuhan ekonomi negara juga turut
akan berkembang dengan pesat. Oleh itu, nilai positif ini perlu
diwujudkan supaya kebahagiaan sesebuah keluarga dapat dikekalkan.

5) Mampu menjamin keamanan negara


https://www.ipendidikan.my/kepentingan-memiliki-keluarga-bahagia.html#Contoh_Karangan_Kepentingan_Memiliki_Keluarga_Bahagia 5/7
5/4/2020 Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia

Semua masalah yang berlaku dalam kehidupan berupaya diselesaikan


dengan wujudnya institusi keluarga yang sihat dalam sesebuah negara
itu. Setiap lapisan masyarakat mempunyai keluarga yang boleh menjadi
sandaran dan harapan buat mereka untuk mengharungi cabaran
kehidupan terutama yang sukar diselesaikan secara bersendirian. Ia
sangat jelas bahawa keluarga mampu menjamin keamanan negara serta
memastikan ia terus berada dalam keadaan aman sekiranya berfungsi
dengan baik.

Tambahan pula, imej negara di mata masyarakat dunia akan juga terus
bersinar. Keluarga yang bahagia menghasilkan semua impak yang
positif. Masyarakat luar akan melihat kejayaan ini dan cuba
menyebarkan kejayaan itu di negara mereka. Tindakan ini akan
menyebabkan semua masyarakat luar akan mengenali rahsia kejayaan
Malaysia ialah kekuatan sistem keluarga mereka. Maka, rakyat negara
ini boleh berbangga dengan pencapaian ini kerana mereka dipandang
tinggi oleh masyarakat luar.

6) Menyumbang kepada pembangunan negara


Institusi keluarga yang bahagia penting kepada pembangunan negara
kerana keluarga bahagia menjamin kesinambungan generasi masa
depan negara. Keluarga bahagia menjadi kunci kepada pembangunan
negara kerana dapat melahirkan modal insan yang berkualiti. Hal ini,
menerusi kekukuhan ikatan kekeluargaan dapat melahirkan generasi
berkualiti yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan dan
kesejahteraan negara. Selain itu, institusi keluarga yang bahagia juga
dapat melahirkan pemimpin masa depan yang berkaliber. Ibu bapa akan
memastikan anak-anak diberi pendidikan yang sempurna dan sebaik
mungkin. Mereka sentiasa menerapkan nilai-nilai moral. Modal insan
yang dilahirkan oleh keluarga bahagia turut menjadi pemimpin pelapis
dan penyumbang tenaga dalam proses pembinaan negara yang maju.
Oleh itu, jelas bahawa institusi keluarga yang bahagia mampu
membentuk sebuah negara yang sejahtera.

Kesimpulannya, terdapat banyak manfaat yang kita mampu peroleh


apabila mempraktikkan nilai kekeluargaan dalam kehidupan seharian.
Situasi ini dapat memastikan kehidupan yang kita jalani pada masa
hadapan lebih berkualiti dan bermakna kerana kita mempunyai keluarga
yang menjadi penyebab seseorang itu meneruskan kehidupannya.
Justeru, masyarakat tidak boleh bersikap acuh tak acuh dengan nilai-
nilai murni ini agar mereka dapat melahirkan sebuah keluarga yang
sempurna. Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang signifikan
dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Institusi keluarga
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-memiliki-keluarga-bahagia.html#Contoh_Karangan_Kepentingan_Memiliki_Keluarga_Bahagia 6/7
5/4/2020 Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia

boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada ribuan batu-


bata. Tanpa keluarga bahagia, sudah pasti kemakmuran negara akan
terjejas. Banyak anak muda akan terlibat dalam kegiatan sosial yang
sekali gus akan menjahanamkan agenda pembangunan negara sama
ada dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

Selain daripada itu, keluarga yang harmoni dan bahagia akan dapat
diwujudkan dengan mudah jika setiap ahlinya telah melalui pelbagai
proses pemupukan kejiwaan yang berkesan sejak kecil. Kesediaan
setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama
mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan
bahagia ini. Komitmen yang jitu daripada semua pihak ini sudah pasti
dapat merealisasikan impian negara untuk melahirkan modal insan yang
cemerlang dan terbilang agar dapat digapai dengan mudah.

https://www.ipendidikan.my/kepentingan-memiliki-keluarga-bahagia.html#Contoh_Karangan_Kepentingan_Memiliki_Keluarga_Bahagia 7/7

Anda mungkin juga menyukai