Anda di halaman 1dari 4

5/4/2020 Kepentingan Keluarga Yang Bahagia – Daily Rakyat

(https://dailyrakyat.com/)

(https://www.facebook.com/DailyRakyat/) (https://www.facebook.com/DailyRakyat/)
(https://www.twitter.com/DailyRakyat/)

 MENU

UTAMA (HTTP://DAILYRAKYAT.COM/) PENGIKLANAN (HTTPS://DAILYRAKYAT.COM/PENGIKLANAN)

KELUARGA (HTTPS://DAILYRAKYAT.COM/KATEGORI/KELUARGA) PENDIDIKAN

(HTTPS://DAILYRAKYAT.COM/KATEGORI/PENDIDIKAN)

Kepentingan Keluarga Yang Bahagia


(https://dailyrakyat.com/kepentingan-
keluarga-yang-bahagia/14928)

Kepentingan Keluarga Yang Bahagia

https://dailyrakyat.com/kepentingan-keluarga-yang-bahagia/14928 1/12
5/4/2020 Kepentingan Keluarga Yang Bahagia – Daily Rakyat

Semua insan menginginkan sebuah keluarga yang bahagia. Keluarga yang bahagia ialah
sebuah keluarga yang mampu menyeselaikan masalah keluarga dengan berbincang atau
menyelesaikan dengan cara yang baik. Namun sekarang tanpa disedari, kepentingan
keluarga terabai oleh masyarakat. Senario ini lebih membimbangkan apabila banyak kes
penceraian berlaku, kes – kes jenayah yang melibatkan keluarga dan sebagainya. Jadi
disini keluarga yang bahagia sangat penting kerana banayak manfaat yang akan diperolehi.

Bertolak Ansur Dan Saling Memahami Antara Keluarga

Bertolak ansur dan saling memahami antara keluarga menjadi sebahagian resepi untuk
melahirkan sebuah keluarga yang harmoni. Oleh hal yang demikian, dalam kalangan anak-
anak wujudkan sikap saling bertoleransi supaya keluarga beroleh aman dan tenteram.
Daripada sikap bertoleransi akan lahirlah perasaan saling menyayangi dan saling
menghargai antara satu sama lain. Tiada masalah salah faham dan salah anggap kononnya
ada yang lebih istimewa dan ada pula yang terpinggir. Sesama adik-beradik jalinan hormat
dan kasih ibarat isi dengan kuku.

Dapat Melahirkan Anak-Anak Yang Berjaya Dalam Hidup

Sebelum anak bersekolah, ahli keluarga adalah individu yang paling dekat dengan anak-
anak. Ibu bapa dan keluarga yang bertanggungjawab untuk mengasuh dan mendidik
mereka. Ibu bapa merupakan profesor pertama bagi anak-anak, rumah merupakan

https://dailyrakyat.com/kepentingan-keluarga-yang-bahagia/14928 2/12
5/4/2020 Kepentingan Keluarga Yang Bahagia – Daily Rakyat

universiti pertama bagi anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa berperanan penting
untuk melatih anak-anak menjadi modal insan yang cemerlang. Dengan itu, kita dapat
melahirkan anak – anak yang berjaya dalam hidup.

Melahirkan satu generasi muda yang berketerampilan

Biasanya dalam satu keluarga akan wujud ayah dan ibu yang membantu anak untuk
memahami erti kehidupan terutama aspek kesopanan yang perlu dilakukan oleh seseorang
anak itu. Jika ibu bapa gagal melakukannya, datuk dan nenek pula menjadi sandaran untuk
mendidik anak tersebut untuk menjadi lebih baik. Jelaslah bahawa keluarga yang berupaya
melahirkan satu generasi yang baik.

Mengelakkan berlakunya masalah sosial dalam keluarga

Remaja akan memiliki seseorang yang lebih tua untuk memberitahu atau menasihati
mereka jika mereka melakukan sebarang kesilapan terutama dalam gejala yang tidak sihat
pada masa kini. Pengawasan keluargalah yang memastikan remaja tidak melakukan
kesilapan yang boleh menjejaskan imej remaja tersebut kelak. Maka, kewujudan keluarga
menjadikan masalah sosial terutama dalam kalangan remaja tidak menular begitu sahaja.

Jenayah Semakin Berkurangan

Kes jenayah sering dilakukan oleh individu yang mempunyai masalah dengan
keluarganya. Fenomena negatif ini mampu dikurangkan jika semua keluarga berupaya
memainkan peranan mereka dengan begitu baik untuk mendidik dengan sebaik mungkin.
Ketahuilah bahawa keluarga yang menjadipenentu kelakuan seseorang anggota
masyarakat itu.

Mampu meningkatkan produktiviti masyarakat

Mampu meningkatkan produktiviti masyarakat terutamanya dalam aspek kerjaya kerana


keluargalah yang menjadi alat keseimbangan kehidupan seseorang.  Tekanan di tempat
kerja yang dialami oleh seseorang individu akan hilang jika dikelilingi oleh keluarga
mereka. Dengan ini, akan timbul perasaan ceria dalam kalangan ahli keluarga.

Mampu menjamin keamanan negara

https://dailyrakyat.com/kepentingan-keluarga-yang-bahagia/14928 3/12
5/4/2020 Kepentingan Keluarga Yang Bahagia – Daily Rakyat

Semua masalah yang berlaku dalam kehidupan berupaya diselesaikan dengan wujudnya
institusi keluarga yang sihat dalam sesebuah negara itu. Setiap lapisan masyarakat
mempunyai keluarga yang boleh menjadi sandaran dan harapan buat mereka untuk
mengharungi cabaran kehidupan terutama yang sukar diselesaikan secara bersendirian.
Jelaslah bahawa keluarga mampu menjamin keamanan negara terus berada dalam keadaan
aman jika berfungsi dengan baik.

TAG: KELUARGA (HTTPS://DAILYRAKYAT.COM/TAG/KELUARGA) KEPENTINGAN

(HTTPS://DAILYRAKYAT.COM/TAG/KEPENTINGAN) SOSIAL (HTTPS://DAILYRAKYAT.COM/TAG/SOSIAL)

(https://dailyrakyat.com/wahai-ibu-bapa-jangan-bermimpi-nak-ada-
anak-jika-anda-tiada-tahap-kesabaran-yang-tinggi/4302)
HAL SEMASA (HTTPS://DAILYRAKYAT.COM/KATEGORI/HAL-SEMASA) UMUM

(HTTPS://DAILYRAKYAT.COM/KATEGORI/UMUM)

Wahai Ibu Bapa, Jangan Bermimpi nak Ada Anak Jika Anda
Tiada Tahap Kesabaran Yang Tinggi !
(https://dailyrakyat.com/wahai-ibu-bapa-jangan-bermimpi-nak-
ada-anak-jika-anda-tiada-tahap-kesabaran-yang-tinggi/4302)

(https://dailyrakyat.com/auntie-india-si-tukang-cuci-surau/3961)
AGAMA (HTTPS://DAILYRAKYAT.COM/KATEGORI/AGAMA) MOTIVASI

(HTTPS://DAILYRAKYAT.COM/KATEGORI/MOTIVASI) UMUM

(HTTPS://DAILYRAKYAT.COM/KATEGORI/UMUM)

https://dailyrakyat.com/kepentingan-keluarga-yang-bahagia/14928 4/12

Anda mungkin juga menyukai