Anda di halaman 1dari 1

Kesimpulannya, terdapat banyak manfaat yang kita mampu peroleh apabila mempraktikkan nilai

kekeluargaan dalam kehidupan seharian. Situasi ini dapat memastikan kehidupan yang kita jalani pada
masa hadapan lebih berkualiti dan bermakna kerana kita mempunyai keluarga yang menjadi penyebab
seseorang itu meneruskan kehidupannya. Justeru, masyarakat tidak boleh bersikap acuh tak acuh
dengan nilai-nilai murni ini agar mereka dapat melahirkan sebuah keluarga yang sempurna. Selain itu, ibu
bapa juga memainkan peranan yang signifikan dalam membentuk sebuah keluarga yang bahagia.
Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada ribuan batu-bata. Tanpa
keluarga bahagia, sudah pasti kemakmuran negara akan terjejas. Banyak anak muda akan terlibat dalam
kegiatan sosial yang sekali gus akan menjahanamkan agenda pembangunan negara sama ada dari
aspek politik, ekonomi dan sosial. Selain daripada itu, keluarga yang harmoni dan bahagia akan dapat
diwujudkan dengan mudah jika setiap ahlinya telah melalui pelbagai proses pemupukan kejiwaan yang
berkesan sejak kecil. Kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak asur sesama
mereka akan memudahkan proses pemupukan keluarga harmoni dan bahagia ini. Komitmen yang jitu
daripada semua pihak ini sudah pasti dapat merealisasikan impian negara untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang dan terbilang agar dapat digapai dengan mudah.

Ⓒ Artikel Asal Di : https://www.ipendidikan.my/kepentingan-memiliki-keluarga-bahagia.html

Anda mungkin juga menyukai